Jumaat, 2 Ogos 2013

HUBUNGAN INTIM IRAN DENGAN YAHUDI



Siapa sangka, kerajaan Syiah Iran yang anti Israel ternyata mesra dengan umat Yahudi di negaranya. Mungkin anda tercengang dan tak percaya namun fakta dan data membuktikannya.

Meski pun Iran pada zahirnya melaung-laungkan slogan  anti Israel, namun umat Yahudi di Iran hidup tenteram dan bahagia  di Iran. Menurut  web Yahudi di Iran, Iran Jewish, pada masa ini ada kira-kira 25,000 hingga 30,000 orang Yahudi di Iran. Paling ramai di ibukota Teheran, yakni berjumlah  kira-kira 15,000 orang.

Sebahagian lain tinggal di Shiraz, Isfahan, Kermanshah, Yazd, Kerman, Rafsanjan, Borujerd, Sanandaj dan Oromieh

Di negara tersebut  ada sekurang-kurangnya 100 rumah ibadat Yahudi, kira-kira 26 di antaranya ada di Tehran. Mereka bebas beribadah di dalamnya. Selain ibadat, umat Yahudi di Iran juga boleh mendirikan sekolah, pusat budaya, perkumpulan pelajar dan mahasiswa, perpustakaan dan balairung perkumpulan. Mereka juga kerap menerbitkan buletin secara berkala.

Sejak kira-kira 100 tahun lalu, Yahudi mempunyai seorang perwakilan di parlimen. Selepas Revolusi Islam tahun 1979, wakil-wakil Yahudi di Parlimen atau Dewan Perlembagaan Elit berperanan lebih aktif.

Salah seorang pemimpin komuniti Yahudi Iran, Unees Hammami, semasa ditemu ramah oleh BBC beberapa waktu lalu mengatakan bahawa Yahudi di Iran memang kerap dipandang aneh. Namun itulah yang berlaku di negara itu. "Kerana sejarah kami yang panjang di sini, kamii dibiarkan," kata Hammami.

Dia juga mengatakan, Ayatullah Khomeini telah menganggap Yahudi sebagai agama minoriti yang mesti dilindungi di Iran. "Imam Khomeini membezakan antara Yahudi dengan Zionis, dan dia menyokong kami," kata Hammami.

Fakta mesra dengan Yahudi di atas, jauh berbeza  dengan fakta kaum Muslimin di Iran. Pada buku 'Zionis dan Syiah Bersatu Hantam Islam', penulis buku Muhammad Pizaro, membuat satu bab berjudul 'Derita Ahlusunnah di Iran'. Di situ disebutkan betapa kaum Muslimin mendapatkan siksaan dan sukar sekali mendapatkan masjid kaum Muslimin Sunni.

"Apakah ada ibukota di dunia ini yang berdiri tanpa sebuah masjid Sunni, kecuali Tehran ibukota Syiah. Iran yang mempunyai empat puluh gereja Kristian dan sebuah perkuburan untuk Baha'i," demikian tulis Syekh Abdurrahman al-Baluchy, Pengerusi Persatuan Ahlussunnah Iran.

"No sunnah masjids in Iran". Itulah kempen salah seorang ulama Ahlusunnah Iran di laman komuniti Muslim Iran Sunni Online. Kempen itu disampaikan melalui dunia maya untuk menunjukkan kepada umat Islam dunia, nasib kaum Muslimin Ahlusunnah di ibu negara Syiah itu. Mereka bukan tidak mempunyai masjid tapi memang tidak dibenarkan.

Data statistik menunjukkan jumlah Muslim Ahlusunnah di Iran berkisar antara 14-19 juta, atau sekitar 20-28% dari rakyat Iran. Mereka terbahagi menjadi tiga etnik utama iaitu Kurdi, Turkmen dan Bluchis. Sebahagian mereka tinggal di garis sempadan yang memisahkan antara Iran dan Pakistan, Afghanistan dan Iraq.

Pengasas Maktab Qur'an Syekh Zadeh telah menderita  selama lima tahun di penjara  akibat penolakannya dengan sistem Republik Syiah. Padahal Syekh Zadeh adalah tokoh Sunni Kurdi yang cukup berjasa dalam menumbangkan rejim Pahlevi. Setelah Pahlvi tumbang, Khomeini mengkhianatinya. Khomeini mendirikan Republik Islam Syiah dan bukan Repukblik Islam yang sebenar sebagaimana yang dijanjikan.

Rejim Khomeini juga menganiaya dan memenjarakan setiap orang yang berani hingga apabila perlu dihukum mati. Jika mereka diketahui terlibat dalam dakwah Islam, para ulama Ahlusunnah itu siap-siap untuk dipenjara, diasingkan hingga mengalami penganiayaan.

Dr. Ali Mozafarian, seorang pemimpin sunni dan seorang pakar bedah ternama telah menjalani penyiksaan hingga membuatnya dihukum mati pada tahun 1992. Dia telah bersabung nyawa kerana dituduh mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi. Dua tahun sebelumnya, rejim syiah juga menghukum mati Syekh Abdel Wahab Khafi dari Khurasan dengan tuduhan yang  sama.

Syekh Mawlawi Muhyiddeen dan Syekh Mohammed Dost Sirawani adalah dua ulama Ahlusunnah yang juga dipenjara dan diasingkan rejim Syiah ke Najaf. Begitu pula dengan Syekh Ibrahim Dammini yang terus dipenjara dan telah menerima penyiksaan selama lebih daripada lima tahun.

Itulah hakikat yang berlaku atas ulama sunni yang diperlakukan oleh bapa Syiah moden Khomeini dan pengikut-pengikutnya yang kita sanjung-sanjung pada tahun 1980-an dahulu.

Terjemahan drp:  arrahmah.com

2 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

Assalam cikgu MS,

terima kasih atas perkongsian maklumat. Sangat mengerikan la bila baca tentang syiah ni ... terbayang2 pahaman diorg terutama implemen perkahwinan mutaah tu... huhuhuh ...

boni kacak berkata...

segala-gala yang berlaku kononnya mereka bergaduh dengan Amerika dan Israe adalah wayang dunia semata-mata