Isnin, 31 Ogos 2009
OBJEK MISTERI DI PT JAYUS 7- SERI MEDAN
Jumaat, 28 Ogos 2009
SEDETIK DI BAZAR RAMADHAN PT SULONG
Norain Mohd Noh turut aktif memperkenalkan
buah-buahan segar kepada pengunjung
Hello bang, saya kat Pt Sulong ni. Abang nak makan apa? Apa? Ikan keli bakar?
Sedap jugak air soya ni!!!!Peh tak sabar nak tunggu waktu berbuka
Rabu, 26 Ogos 2009
GURU LULUSAN UPM YANG MEMPRAKTIKKAN ILMUNYA
Kenapa pulak pokok sebatang ni lebih tinggi daripada sahabat-sahabatnya?
Mesti Zailani terlebih baja ni?
Selasa, 25 Ogos 2009
SEHARI DALAM HIDUP AKU
Anak saudara aku Nurul Amira
merupakan bakal guru turut menemani kakaknya Yati
pada cuti (eh cuti apa pulak Mira ni, kan baru daftar kat Maktab tu?)
Mesti cuti H1N1 ni....?
Pagi tadi aku membeli ikan di Pt Jawa, Pt Sulong ni.
Dah lama tak ke sini. Kedai ini dibuka pada waktu pagi sahaja.
Banyak pilihan ikan di sini, berbanding di Pasar Pt Sulong.
Pemiliknya bekas tentera. Kini usahawan ikan berjaya
Sedikit sebanyak Yati dapat membantu suami dalam menghadapi kegawatan ekonomi sekarang ini. Cuma bagaimana Yati mengatasi masalah bekalan gula yang terbantut dek permainan peniaga-peniaga yang tamak dan menyembunyikan gula supaya harga meningkat?
ZIKIR KEPADA ALLAH
Jumaat, 21 Ogos 2009
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
SELAMAT MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN.
Semoga bulan yang mulia ini akan meningkatkan iman kita agar menjadi hamba-Nya yang lebih bertakwa.Pesan saya,jagalah kesihatan pada saat kita ditimpa musibah ini. Meskipun jumlah kematian yang diumumkan semakin berkurangan, berhati-hatilah kerana penyakit ini Umpama Api Di Dalam Sekam, dalam diam-diam ia telah menjangkiti 5496 orang dan mengorbankan 68 orang rakyat kita.Malaysia telah termasuk dalam TOP 10 di arena global (sila klik logo Swine Flu) di sebelah yang berwarna biru.
Memasak sendiri makanan dan minuman untuk keluarga adalah lebih baik daripada kita membeli juadah yang terdedah. Bukanlah saya ingin menjejaskan bisnes perniagaan orang-orang kita, namun jiwa keluarga kita lebih penting daripada segala-galanya. Wang ringgit boleh dicari, tetapi nyawa tiada galang gantinya walau dengan segunung emas.
Isnin, 17 Ogos 2009
MANUSIA DAN MASALAH KEHIDUPAN
Aku teringat seorang Rasul berkata kepada anaknya, apabila aku sudah tiada di dunia ini, adakah kau masih menyembah Allah? Sampai ke tahap itu aku memikirkannya!
Allah telah mengatakan bahawa manusia itu bersikap keluh-kesah. Dan adakah malam ini aku sedang termasuk dalam kategori itu?
Jika ada seseorang mengadu sesuatu masalah kehidupan melalui lisan, soal jawab dengan pakar motivasi dalam akhbar dan majalah maka terlintas dalam fikiranku, tentang firman-Nya itu.
Masalah itu ada yang kecil, ada yang besar. Michael Jackson dilimpahi wang ringgit, tetapi dia mempunyai barisan masalah hingga membawa kematiannya. Artis legenda Monroe, mati menelan pil tidur, pada hal peminatnya jutaan manusia termasuk mendiang Presiden Kenedy.
Ada insan tersohor, setiap insan Melayu di Nusantara ini mengenalinya, suaminya bukan calang-calang, seorang jutawan yang juga hebat, tetapi beliau belum dikurniai anak. Di balik senyuman manisnya, siapa tahu jeritan jiwanya?
Kita melihat jiran-jiran kita. Cuba lihat pula teman-teman sekeliling kita. Masing-masing mempunyai masalah sendiri. Ada yang kekurangan wang, banyak hutang, sampai dia tidak sedar bahawa dia menikmati satu rahmat iaitu dia masih sihat walafiat. Ada yang duit simpanannya cukup untuk tujuh keturunan, namun dia memiliki koleksi pakej penyakit dan hidupnya lebih banyak di hospital daripada di mahligai indahnya.
Aku masih ingat lagi sewaktu kecil dulu. Memang dahulu majoritinya hidup dalam kesusahan. Aku merasakan telur dadar yang dibagi-bagi bersama adik-beradik itu sangat menyelerakan. Apabila arwah ayahku menghidupkan lampu gasolin (minyak tanah), aku rasa pada masa itu terlalu bahagia. Kami adik-beradik melonjak kegembiraan, kerana ruang tamu lebih terang daripada biasa. Biasanya ayahku menghidupkannya pada malam Jumaat.
Aku ingat lagi ketika lepas terawih di mesjid, aku dan rakan-rakanku berebut-rebut makan kuih yang dibawa oleh orang kampungku di Pt Baru, Sri Medan itu.
Tetapi mengapa sekarang semua itu sudah tidak seenak seperti pada masa itu? Apakah lidahku kini telah hilang deria rasa?
Aku bercerita ini supaya jika kalian sekarang ini merasa kekurangan, miskin dan tidak mampu, bersukurlah. Kerana dalam kesusahan itu ada nikmat yang kita tidak ketahui. Namun kalian mesti terus berusaha untuk terus mengubah kehidupan.
SK SERI PASIR DALAM SEMINGGU
Sabtu, 15 Ogos 2009
8PAX ......YANG SELAMA INI AKU ABAIKAN
Baiklah, hari ini aku ingin bercerita tentang SMS daripada CELCOM yang selalu aku terima:
"Nikmati SMS PERCUMA KE 8pax setiap bulan dengan Bonus Setia. Taip (8PAX ON hantar ke 28882)
Pendaftaran adalah PERCUMA.
Buat pertama kali, aku pun cubalah bagaimana yang diarahkan. Caranya adalah seperti di atas tadi. Maka selanjutnya caranya ialah kita taip:
8PAX ADD 0191234567 sent ke 28882
(INI KALAU KITA NAK MASUKKAN SALAH SATU NOMBOR)
8PAX DEL 0131234567 sent ke 28882 (INI KALAU KITA INGIN MEMADAM NOMBOR YANG DISENARAIKAN)
8 NO KE RANGKAIAN CELCOM 013/019. 8 NOMBOR PERTAMA TADI PERCUMA. Jika kita nak tambah nombor ke 9 dan seterusnya kita dikenakan bayaran RM 1 bagi setiap nombor yang didaftarkan. Untuk CELCOM ke nombor DIGI dan MAXIS tiada kemudahan itu ya.
Maka aku pun mencari lapan nombor keutamaan. OK dah jumpa, pertama tentulah nombor Hamidah, kedua nombor anakku Nabilah. Empat nombor lagi adik beradikku yang mengguna CELCOM iaitu Kak Saripah, Kang Baharuddin, Siti dan Sam. Dua lagi sahabatku.
Apa pula keistimewaan 8pax?
Celcom juga kata "Nikmati kadar panggilan 15 sen/minit dan 1 sen utk SMS sepanjang masa utk 8 teman teristimewa".
Barulah aku teringat akan satu SMS daripada CELCOM sebulan lalu yang masih belum aku padam:
"XPAX! eNJOY 65 free sms to your 8pax until 15/8/09. More FREE SMS next mth!"
Ya Allah! Tinggal 40 minit ni, cepat-cepat, aku pun sms kang Odin, Sam, Masrom dan Khasfe. Tangan aku sampai penat menekan punat Hand phone ni nak habiskan 65 sms DALAM MASA 40 MINIT. Kenapalah aku selama ini tak ambik endah perkara ini? Aku anggap sms itu sebagai sms spam.
Aku juga baru teringat, smpena hari lahir aku Januari lalu CELCOM pun hantar SMS supaya aku dapat berbual dengan 8pax aku PERCUMA dalam sehari tersebut tetapi aku pun abaikan. Ok...lepas ini, aku gunakan 8pax ini sebaik-baiknya!
Salah seorang sahabat yang aku hubungi bertalu-talu melalui SMS ini membalas. "Terima kasih kerana menyenaraikan aku dalam 8pax engkau".
Daun selasih daun keladi, terima kasih jumpa lagi!
Jumaat, 14 Ogos 2009
H1N1 SEKARANG BAHAYA TAHAP APA?
Tengku Mahkota Pahang mahu kerajaan kategori ancaman H1N1
KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, mahu kerajaan mengkategorikan tahap ancaman Influenza A (H1N1) bagi meningkatkan kesedaran rakyat mengenai bahaya wabak itu yang setakat ini sudah pun mengorbankan 51 orang.
Tengku Abdullah yang baru pulang dari London, dua hari lalu, menegaskan baginda terkejut kerana kes kematian akibat H1N1 semakin meningkat, tetapi tiada langkah lebih ketat diambil bagi mengekangnya, manakala kebanyakan rakyat seolah-olah menganggap ancaman wabak itu sebagai perkara biasa.
Tengku Mahkota berharap kerajaan mengambil langkah lebih drastik dan melaksanakan program kesedaran yang lebih berkesan supaya rakyat peka terhadap ancaman wabak maut itu. "Saya berkata seperti ini bukan disebabkan isteri dan lima anak saya menjadi mangsa H1N1, tetapi untuk kebaikan rakyat. Bila kes kematian semakin sukar dikawal, ia sudah terlambat untuk mengambil tindakan dan ketika itu jangan salahkan rakyat.
"Bagi saya, jumlah kematian sekarang sangat membimbangkan kerana peningkatannya secara mendadak dan tidak boleh dikawal tetapi kita masih bersikap alpa. Kenapa perlu menunggu lebih banyak kematian, baru mahu bertindak lebih keras termasuk membatalkan majlis keramaian yang tidak berfaedah? "Saya sedih kerana kebelakangan ini, ramai kanak-kanak dan bayi yang menjadi mangsa.
Saya berharap wabak ini tidak sampai memudaratkan negara dan di Pahang, saya akan berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengadakan sembahyang hajat bagi memohon kepada Allah supaya diberi perlindungan daripada wabak maut ini. "Saya sendiri dinasihatkan doktor supaya berehat kerana mengalami masalah asma, lelah dan sinus serta berisiko tinggi untuk dijangkiti H1N1 jika tidak berhati-hati," titahnya.
Tengku Mahkota bertitah, tindakan proaktif kerajaan penting kerana setakat ini tiada ubat khusus untuk merawat H1N1, selain menggunakan antiviral, Tamiflu.
"Sebab itu, saya akan mengarahkan Kerajaan Pahang supaya membatalkan semua program membabitkan kedatangan orang ramai kerana tidak mahu jumlah mereka yang dijangkiti wabak H1N1 itu terus meningkat. "Ini bermakna, kelulusan permit oleh pihak berkuasa tempatan perlu diperketatkan.
Sebagai contoh, dalam keadaan sekarang, tidak wajar mengadakan pesta keraian (fun fair) kerana ia tidak memberi faedah. "Jika sesuatu majlis perlu diadakan juga, penganjur perlu menyediakan topeng muka dan pembersih tangan supaya orang ramai yang hadir menggunakannya sebagai langkah berjaga-jaga," titah baginda. Tengku Mahkota juga kesal kerana masih ramai rakyat membawa anak-anak tanpa memakai topeng muka ke tempat awam, termasuk di pusat beli belah.
Baginda bertitah, dalam keadaan cuaca berjerebu sekarang, kegiatan luar sepatutnya dihadkan, malah sekolah wajar ditutup jika ada guru dan murid mempunyai simptom H1N1. Mengenai keadaan kesihatan Tengku Puan dan lima anakanda baginda, Tengku Mahkota bertitah, mereka kini semakin pulih tetapi perlu terus berada di wad pengasingan HTAA sehingga disahkan bebas daripada jangkitan itu sepenuhnya. "Mungkin keluarga saya dibenarkan pulang ke istana minggu depan. Akibat penyakit itu, doktor tidak membenarkan saya bertemu mereka dan tidak dinafikan, perasaan sedih dan bimbang saya dengan keadaan yang menimpa keluarga kami," katanya.
Khamis, 13 Ogos 2009
DOA SUPAYA DIJAUHI PENYAKIT -termasuk H1N1
CARA MEMASUKKAN GAMBAR DALAM BLOGSPOT
sila KLIK
Memasukkan gambar ke blogspot...
LINK DI SINI UTK TUTORIAL SETERUSNYA
Bagi yang tidak tahu nak masukkan gambar ke KOMPUTER pula Klik
PANDUAN DISINI>SILA KLIK
Siapa yang rosakkan gambar2 aku kat sini...tak taulah...?
Aku ingatkan tak ada teman yang bertanya bagaimana nak upload gambar
Maka akan berlaku keadaan berikut...LAMA TAU MACAM NI, Kalau
server baik, boleh cepat. Tapi kalau ambik pakej internet murah macam aku ni
mau 10 -20 minit...sabar tunggu...jangan tuduh Komputer hang pulak.
Kalau server baik biasa 2-3 minit je
Proses akhir...zeng zeng....klik pada TERBITKAN CATATAN
WARNA OREN tu...!!!
Apabila dah keluaq macam ni, maka proses upload gambar korang dah berjaya
Senang bukan? Kalau dah pandai tu, habaqlah kat kawan kat sini... aku nak tengok juga hasil korang tu
MAKLUMAT TENTANG H1N1
sebagai panduan kita bersama...
Apa itu Influenza A H1N1?
Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan Babi sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan @ manusia Dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.
Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah Virus yang 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.
Apa Yang Perlu Tahu
Asal virus ini:
Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrakedi Mexico .
Virologi Virus H1N1 Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4 H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
Cara Serangan
Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi. Siapa yang berisiko:
1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk.
2. Perempuan yang mengandung.
3. Orang yang ada asthmatic (Bronkiol Asthma)
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.) *kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas.
Simptom-Simptom
1 - rasa kurang sihat, tak bermaya hari
2 - selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam) hari
3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas hari
4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera hari
5 - and above lung collapse @ koma
Langkah-langkah kawalan
1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yg padat dgn orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran .
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' .
4. Jika kurang sihat, elakan diri dr beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask).
6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
8. Jika sihat, jgn ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi bnyk virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa2 ubat influenza. jika sihat dan mengambilnya, akn mengakibatkan resistan kpd vaksin @ ubt2 untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal2nya pada oktober dan hanya utk 'frontliner' shj. dan utk awam selewat2nya pada 2010.
11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal shj di malaysia . mengambil masa 6 jam utk run test kpd 1 batch sample. jika klinik menyatakan mereka boleh jlnkan ujian, itu tidak betul. tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yg tinggi amat perlu utk kita sama2 menghadapi outbrake ini. sama2lah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin…
Sumber Rujukan:
Taklimat Influenza A H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01 Ogos 2009.
Rabu, 12 Ogos 2009
MENTERI KESIHATAN BERKATA-H1N1
Oleh HELMI MOHD.FOADpengarang@utusan.com.my
SERDANG 11 Ogos - Kerajaan masih belum sampai ke peringkat perlu mengisytiharkan 'darurat kesihatan' meskipun bilangan kematian dan kes positif selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin meningkat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan mengejut dan meninjau proses pemeriksaan ke atas pesakit luar dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan kes H1N1 di Hospital Serdang di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican.
Beliau berkata, bagaimanapun terdapat majlis-majlis penting kerajaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 negara yang tidak boleh dibatalkan, namun pihak penganjur perlu mengambil langkah pencegahan termasuk membekalkan penutup mulut dan hidung kepada pengunjung.
Dalam pada itu Tiong Lai berkata, esok, beliau akan mengumumkan garis panduan baru berkaitan arahan penutupan sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) ekoran penularan wabak H1N1.
''Saya telah berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bagi semua garis panduan, perlu ada yang baru kerana terdapat sekolah-sekolah yang mengambil langkah berbeza-beza.
''Jadi kita hendak tetapkan prosedur operasi standard (SOP) yang seragam dan esok jawatankuasa teknikal kementerian akan bermesyuarat untuk memperincikan garis panduan itu,'' katanya.