Ahad, 27 September 2009

BERKUNJUNG SEMULA KE RENGIT-PUSAT JUALAN BARANG TERPAKAI

 Jalan merah tu jalan yg perlu anda lalui
jika keluar dari Tol Air Hitam
RAMAI PULA YANG MINTA TUNJUKKAN LOKASI RENGIT
ha ...kali ini saya letak petanya...kira ok kan?
Jarak Air Hitam ke Rengit- 41 km.
Jarak Batu Pahat ke Rengit 36.6 km



Mintak Tolong Kawan-kawan Klik Iklan ni....tak kena bayar, jangan takut..
Tolong saya ya....












Hari Raya kelapan,barulah kami dapat meluangkan masa berhari raya di rumah abang Baharuddin di Rengit. Setiap kali ke rumahnya pasti kami tidak melepaskan kunjungan kami ke perkampungan orang asli yang lebih terkenal daripada pekan Rengit itu sendiri. Kalau orang kata Segamat itu Jakel, Jakel itu Segamat, begitulah Rengit yang popular dengan jualan barang terpakai dari Singapura ini.
Panorama Pekan Rengit

Pembelinya bukan sahaja penduduk setempat, malah dari Kuala Lumpur dan juga negeri-negeri pantai Timur. Ini dapat dilihat daripada flat-flat kenderaan yang pakir di sini.


Jika anda melalui Lebuh Raya Utara Selatan, anda boleh menemui perkampungan ini melalui susur keluar Air Hitam. Belok ke kiri sehingga bertemu Simpang ke Pt Botak, iaitu jalan ke Senggarang. Habis Jalan Pt Botak anda akan menemui jalan ke Pontian. Belok ke kiri dan jalan terus sehingga berjumpa pekan Rengit. Bertanyalah penduduk di sana tentang lokasi kampung ini.


Jika anda lalu di Batu Pahat pula, jarak Rengit dengan Batu Pahat lebih kurang 30 km.

Pada mulanya aku mengajak famili ke sini untuk membeli speaker kereta Kancil kami.

Namun akhirnya booth kereta Iswara kami penuh dengan barang-barang ini. Beg James bond

yang cantik itu cuma berharga RM 10.00, NAMUN akhirnya beg itu diminati abang aku. Pada hal dia duduk di Rengit, tetapi setiap kali dia ke sini, jarang dia menemui beg yang diidamkan itu. Kipas angin tu harganya RM 25 sahaja.



Peminat-peminat PA Sistem pasti duduk lama di kedai ini




Barang baru sampai dari Singapura, tetapi Speaker kereta tetap tidak kelihatan. Belum rezeki kami lagi...

Perabot pun banyak terdapat di sini. Perabot jati pun ada. Tetapi anda harus pandai tawar-menawar.

Kalau nak beli perabot kena sewa lorilah beb! Booth kereta manalah muat!

TV ni berharga RM 500.00. Jaminan tanggung sendiri le!

Adik-adik boleh borong basikal ini. Harganya dalam lingkungan RM 30-60


Barang-barang terpakai ada peminatnya sendiri. Kalau anda golongan elit mungkin anda tidak berminat dengan barang-barang seperti ini. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
Setengah kota di Eropah pun dengar khabarnya ada menjual barang terpakai, jual di kota besar lagi
Ramai pelanggan, entah datang dari mana-mana

Aku ingat lagi Cikgu Osman Bongsu yang kini menjadi Senator merupakan penduduk asal kampung ini.

EMPAT TAHUN KEMUDIAN......
UPDATE BLOG DENGAN GAMBAR TERKINI: 29 SEPT 2012......................

















ENTRI TENTANG INI  TELAH DILAYARI OLEH 9000 PELAWAT, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS KUNJUNGAN ANDA.....Cuma kedatangan terkini saya di situ, menyaksikan harga barang di situ turut naik macam peniaga Malaysia yang lain....mereka pun dah mula demand jugak...

11 ulasan:

Kaligrafi Malaysia berkata...

seronoknya pergi tpt macam nie...
mesti byk barang yg tak pernah ditemui pun ada..

ape dia barang yang tak pernah ditemui tue?

visit amsuda.blogspot.com

MSOM berkata...

Tahniah lah brader! Dah dilancarkan blog yg lain daripada yg lain.Macam ada gambar seseorang,tu awek ham ke?

Hafriz Mohamad berkata...

uwah! rengit..

tp tmpat ni femes dgn nama pekan kuala kn.. tmpt kwsn org asli..
mak sy org rengit. time balik kg, mmg slalu smpai ke kuala.. tengok2 barang..hehe

Tanpa Nama berkata...

As salam. boleh x bg alamat lengkap tempat di atas nie? ayaupun bg no sapa2 yg boleh sya hubungi peniaga2 disana? trima kasih..

Mat Som Sadona berkata...

MEREKA TAK GUNA NO TEL DLM URUSAN BISNES MEREKA.

Pergi saja ke Rengit, dan tanya org di sana semua tahu perkampungan ini.

Peta saya dah bubuh sebagaimana di atas itu.

Unknown berkata...

Assalamualikum,cikgu mat cikgu osman bongsu dulu pun cikgu sekolah saya di smkdo bahagian kaunseling banyak pengalaman beliau dlm memperjuangkan org asli.Byk juga motivasi yg diberi oleh beliau yg saya ingat sampai sekarang.......

Mat Som Sadona berkata...

Cikgu nya hebat, tentu amak muridnya akan ikut jejak langkahnya.

Beliau seorang yg berkarisma, sebab tu dipilih sebagai seorg senator

acik jon berkata...

as salam ziarah

Fun Fair Malaysia berkata...

Saya baru je ke sana sabtu lalu 14 december 2013,

Ini amaran kepada sesiap yang nak beli barang kat sana.

jangan beli perabut atau katil atau Tilam.

mattress di sana semunya penuh dengan bed Bugs.(Kutu tilam)

menyesal saya ke sana.

kalau nak beli barang electrik ok la. tapi check dulu la ya, mungkin ada telur Kutu Tilam didalam barang elecktrik.

My advice to you guys, Please dont go there , nanti you akan membawa bed bugs (Kutu Tilam balik ke rumah anda.

Untuk yang ada kat selangor, Boleh Beli dgn lebih Murah di Mudah . com atau kat kedai perabot di selangor, lebih murah .

Menyesal saya ke Renggit. menyesal sunguh.

Mat Som Sadona berkata...

Saya tak pnh beli perabot di situ
Dan cerita anda ini SANGAT MENGEJUTKAN saya!
Yg anda maksudkan ialah PEPIJAT?

Lagipun
SAYA rasa harga yg diberi oleh mereka
agak melampau
tidak spt 10 tahun dulu
Lebih baik kita beli yg baru
di kedai biasa

Humaira Beauty berkata...

wow ada stroller double la disitu.. next time balik johor boleh la singgah ke rengit.