Ahad, 26 Februari 2012

WARNA-WARNI LE TOUR DE LANGKAWI 2012 DI PARIT SULONG


Tengoklah video aku yang terketar-ketar kerana teruja sangat dengan perlumbaan ini di samping terlupa makan tengah hari pada masa kejohanan ini.
 Guardini tetap unggul dengan juara LTDL 3 MELAKA-PARIT SULONG, dan ANUAR MANAN menduduki tempat ketiga. Gambar kredit untuk web LTDL (Utk 3 Pic teratas ini)
Pemenang kumpulan warna



Tarian Zapin...






Para pelumba akan menaiki bas eksklusif ini menuju ke hotel penginapan di Batu Pahat

Juruacara menggelarkan mereka yang berada di atas bangunan yang belum siap itu sebagai SUPERMAN PARIT SULONG. Polis jangan tangkap, mereka bukan nak bunuh diri, tetapi kerana nak menyaksikan LTDL dari udara!
Mana aku nak lawan kamera mereka yang besar macam meriam portugis ini
Orang Parit Sulong bergambar dengan Juruacara LTDL yang petah itu(bertopi)




 Anak-anak aku, ada yang tidur kat rumah.
PRENTOL...satu watak Barongan turut memeriahkan suasana


Semasa dalam perjalanan menuju ke kereta, aku terdengar suara merdu, gerangan siapalah punya suara itu? Oh ADIRA AF, berhentilah kejap, dia tengah praktis untuk persembahan malam. Adira banyak membelakangkan penonton nampaknya, maklumlah praktis.


Nak balik, muncul pulak Bagio, tapi nampaknya budak-budak tu tak berapa kenal Bagio. Lagu kegemaran aku zaman bujang dulu, Umpama Mimpi dalam Mimpi... Bagio menyanyi dengan penuh perasaan nampaknya....Jeritan bagai ketawa, sedu sedan.menjadi syair cinta...bla...bla.....bla...

17 ulasan:

NoorGie berkata...

nampak seronok n memang berwarna warni.......

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Fulamak PS skrg dah mcm Paris la... warna warni, perang semua ada. :D

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Alamak ruginya. Rancang memang nak balik PS tapi orang rumah ada kursus pulak...kalau tau ada LDTL n ada pesta...mau gak balik petang.

~ Mummy Gee ~ berkata...

kampung halamanku fofuler seantero dunio....

ciK LyndaWawa berkata...

ooo..rindu saya tempat ini.....

aza ni berkata...

tengahari tadi, muar sesak...saya nak ke seberang jambatan kesang pun lenguh menunggu... rupanya deme dah sampai muar..

Mama Janet berkata...

x dpt g tenguk2 gmbr jadi ler.tadi kat Muo tak g gak....masa kurang sesuai..kul 2pm.panasssssssssss

Mama Miraki berkata...

wow...kampung halaman tu....cantik dan meriah.......abgn kopi berniaga tak hari tu...

Ungu Violet berkata...

err..parit sulong tu kat batu pahat kan...hehe

Kayu Manis berkata...

meriahnya acara kat parit sulong..tak pernah lg jejakkan kaki..ke sana.

seronok le anak2nya.

Mat Som Sadona berkata...

Norgie:
Dengan berada dalam kemeriahan itu dapat melupakan sejenak beban2 tugas hakiki yg masih bertimbun

MMirror:
Macam Paris? Memang kau tgok video yang ada helikopter, burung merpati tu bertebaran, tak tau nak hinggap mana, semua tempat lepak mereka dah penuh dgn orang.

Mat Som Sadona berkata...

WKL
Kalau balik petang, dah tak ada ada-apa. mERTEKA MENGEMAS BEGITU CEPAT SEKALI, yg tinggal konsert artis2 tu.

Mummy Gee
Dah sinonim dah Pt Sulong dengan LTDL sejak kebelakangan ini.

Mat Som Sadona berkata...

Lynda Wawa
Bilalah pulak Lynda dah menjejakkan kaki ke bumi Parit Sulong ni?

En Azani
Jangan sampai jambatan Muar runtuh sudahlah.

Mat Som Sadona berkata...

Mama Janet
Yang sanggup hitam saja yg dapat tengok lumba basikal ni.

Mama Miraki
Bukan Abang Kopi saja tak boleh berniaga, malah yg jual ikan pun disuruh cuti, takut bau busuk. Kedai Rafeah Buang pun ditutup.

Mat Som Sadona berkata...

Ungu Violet
Cikgu Ungu ni mesti orang UTARA kut?

Cinnamon
Parit Sulong biasa tak meriah macam tu. Ia menjadi tempat orang beli baju dan keperluan rumah, tempat orang bersembang di warung2 yang dibuka sampai malam buta.

Kak Kay berkata...

cam tak caya lak gambar2 yang aku tengok tu kat pt sulong...wow..meriahnya

Tanpa Nama berkata...

ok onsert tu xdpt nk pg..xde geng ngan hujan hu..mls nk kuar..

awal cikgu smpai sini, saya dtg dh pnuh...xdpt port baik hehehe