Khamis, 1 Mac 2012

EKSIDENT DI DEPAN MATA

PARIT SULONG-1 Mac 2012,pukul 6.30 pagi, aku mengerahkan anak-anakku Ili, Arina dan Iwan untuk segera masuk ke kereta. Begitulah rutin harian aku setiap pagi hari persekolahan.


Namun kali ini, aku ada pengalaman lain. Sebelum lampu isyarat, aku brek dengan tiba-tiba, apabila Ili menjerit ada orang terbaring di tengah jalan. Aku pun brek, dan turun dari kereta. Aku lihat seorang pemandu lori mengajak aku mengangkat dua lelaki yang cedera itu ke tepi jalan. Motosikal yang mereka naiki nampak dalam samar-samar itu, pecah di sana, pecah di sini.


Turut membantu mengangkat dua lelaki yang cedera parah ialah dua orang perempuan. Rasanya wanita itu datang dari rumah depan trafik light itu. Mereka memang lebih hebat daripada para memandu yang hanya menonton keadaan yang bahaya itu. Mungkin masing-masing hendak ke tempat kerja dengan segera. Seorang lagi lelaki berbaju batik datang membantu dan segera menghubungi polis dan ambulans.

Lelaki-lelaki malang itu dilanggar lari. Mereka langsung tidak berkata apa-apa. Mungkinkah mereka telah pengsan. Yang aku rasa, orang yang aku angkat tadi tulang dia ada yang patah.


Selepas itu semakin ramai yang ingin membantu. Aku pun meneruskan perjalanan. Apakah yang terjadi kepada lelaki-lelaki itu, aku pun tak tahu? Balai polis pun hanya kira-kira 100 meter dari lampu isyarat itu. Biarlah polis meneruskan kerja-kerja ini.  

1 ulasan:

Kayu Manis berkata...

yg hendak menolong teruskan menolong..yg tgh pandang2 dr dlm kereta,teruskan perjalannan,

maka lancar segalanya.

tahniah kpd yg membantu.

mudah-mudahan selamat mereka itu.