Jumaat, 2 Mac 2012

BISNES MELALUI BLOG KITA SENDIRI.

Jika kita tidak dapat mengejar pendapatan melalui Nufnang (yalah kalau sebulan pun susah nak dapat RM 10), elok sangat kalau kita tambah dengan iklan produk kita sendiri. 

Aku buat macam tu, Alhamdulillah setiap minggu ada pelanggan yang contact. Semalam Mr Singh dari Rawang menelefon aku bertalu-talu nak produk yg aku iklankan di sini. Minggu lepas En Joe dari Muar, juga mengetahui produk aku melalui blog ini. setelah membuat temu janji En Joe sanggup datang ke Parit Sulong berjumpa aku kerana nak dapatkan harga diskaun.  Mereka buat carian Google.


Cadangan aku, kalian kena rajin buat tinjauan ke kilang-kilang herba, atau produk-produk unik yang lain. Dengan membeli terus ke kilang, kita dapat harga yang baik, dan dapat menjualnya kepada bakal pelanggan dengan harga yang berpatutan.


Selain itu, kalau ada rakan yang nak jual rumah, kereta, sewakan rumah, juga kita boleh iklankan. Kena janji dengan dialah, berapa yang dia nak beri kepada kita kalau dah dapat pelanggan. 


Selain itu bagi suri rumah yang rajin membuat kraftangan yang menarik, sarung bantal ke, apa ke, yang lain daripada yang lain, boleh diiklankan dalam blog mereka sendiri.


Satu Contoh Carian dalam blog aku, aku dah tak jual pun orang tetap hubungi aku, macamana aku nak jual, kalau harga yang kilang beri tidak menarik?


Tajuk mesti berkaitan produk, kerana ia akan masuk dalam search engin itu. 


CONTOH 2: Tengok Search Engin aku 6 jam lepas...jual garam...oh tu cuma nak tau harga garam. Keris...cuma nak tengok keris. Ha, yang bawah tu STOKIS tu mesti dia cari sesuatu produk, tak taulah produk apa. Sebab aku selalu sebut perkataan STOKIS kat sini. Kalau jual SARUNG BANTAL kenalah ulang perkataan itu setiap kali tulis entri blog Puan-puan.
Satu pesanan aku, kalau nak tawarkan harga, kena fikir juga KOS POS LAJU, biasa kalau barang ringan macam produk saya ni dalam RM 6. Kalau ke Sabah/Sarawak dalam RM 9-RM 10. Lagi berat lagilah banyak. Kurier lebih mahal, namun lebih pantas. 


Aku tak jual pakaian kanak-kanak pun, dia masuk sini, baik puan-puan jual baju budak-budak.

Cubalah hari ini juga. Semoga Puan-puan dapat membantu suami menambahkan pendapatan buat mengharungi kehidupan yang semakin menghimpit ini. Kalau suami dah kaya-raya tak payahlah nak bisnes macam ni...hehehe. 

12 ulasan:

RHI berkata...

wah...bagus jugakan? InsyaAllah

Mat Som Sadona berkata...

Yatie
Sambil masak, atau sambil buat kerja tu, elok cari idea...KUT KUT jadi jutawan senyap.

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Yg penting kita jgn give up utk berblog. Teruskan update. Makin lama sesebuah blog itu, makin tinggi nilai "hartanah"/tapak utk meletak iklan.

Mat Som Sadona berkata...

Ya betul MM kata tu,
Apabila pengunjung ramai ramai blogger yg sewakan tapak iklan utk pengiklan2.

Tapi utk org macam aku ni yang pengunjung setakat puluh-puluh ni elok mulakan dgn jual produk sendiri dulu.

Unknown berkata...

Salam matsom,

Mmg bagus idea ni! saya masih berfikir2 nak jual ape lak ni...hahaha!

Psst... tak pernah rs masak lomak dgn kacang panjang ke? Sodap! must try! :)

Mat Som Sadona berkata...

Waalaikumusalam Marya
cómo la gente Perú

Mestilah lagi banyak org di Malaysia ni nak tau produk2 unik dari Lima tu.

Masak lemak kacang memang sedap, lagi kalau tambah serai dengan sedikit kunyit.

Kazman / Sue berkata...

salam kenal dari kami sekeluarga... bagus idea berjual dalam blog sendiri tu... lama2 terus maju ...insyallah....

Ungu Violet berkata...

yep mmg betul...blog juga salah satu cabang utk bisnes..:)

Kayu Manis berkata...

bagus, semangat mcm ni le yg kita nak..gunakan kemudahan siber ni..dgn perkara yg bermanfaat.

Mat Som Sadona berkata...

Kazman/Sue

Tkasih kerana sudi ke sini.

Yg istiqomah akan berjaya, Insya Allah
Cuma, kena cari produk yg unik
Terus direct dari Kilang.

Mat Som Sadona berkata...

Ungu Violet

Kita boleh bisnes drp Blog, FB dan
semua saluran internet yg ada.

Mat Som Sadona berkata...

Cinnamon

Betul, usah asyik hantam-menghantam
Jatuh-menjatuhkan sesama umat