Sabtu, 10 Mac 2012

PERCUTIAN YANG BERISI

Entri kali ini sekadar untuk simpanan peribadi. Blog kan Diari Online.

Sabtu, hari pertama cuti bermula menguruskan pendaftaran ibu bapa di SKSP sempena mesyuarat agung PIBG. Setelah urusan itu selesai, aku berkejar ke sini kerana dah berjanji dengan En Tapong (Jawa nama macam orang Sarawak). Tiba di kebun aku dan abang aku, Tapong dan jentera-jenteranya belum sampai lagi. Aku makan bekal nasi. Lapar betul. Makan di kebun rasa lebih sedap daripada biasa, lagi-lagi kalau perut dah berdisko.

Untuk pengetahuan kalian, 2012, azam aku ialah menjadikan kebun ini produktif dan sebagai salah satu cabang persediaan pencen umur 56 tahun, kalau aku panjang umurlah.Selain buat bisnes yang biasa aku buat tu.

Aku tenang di sini. Ia mengingatkan aku akan arwah ayahku. Arwah banyak menghabiskan masanya di sini semasa hidupnya. Kebun ini telah banyak berjasa membesarkan adik-beradikku.

 Gambar sebelum ditraktor
 Kerja-kerja bermula, Tapong masih tak kelihatan, dia menghantar orang-orangnya.



 Empat buah lori Tapong terlibat dalam projek 2012 aku hari ini
 Mesyuarat sekejap kut...JCB pun tiba khas untuk mencabut sebatang pokok yang menghalang jalan yang akan dibuat. 



Berurusan dengan Tapong baru aku tahu 1 rantai bersamaan 66 kaki (1 RANTAI=66 KAKI). 1 rantai upahnya RM 400. Kebun ni banyak juga rantainya. Untuk lori sawit pusing kena nagi RM 200 pula. Tak apa...tak apa, pelaburan kan.
  Anak-anak aku ni kat mana-mana mesti dengan hobi memancing mereka ni.
Pukul 5.00 petang masih tak siap. Batu kerikil belum ditimbus lagi. Akan bersambung hari Isnin. Esok Ahad banyak jemputan kahwin. Esok saja ada empat orang yang jemput aku. Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.

10 ulasan:

ciK LyndaWawa berkata...

wah....sibuknye....=]

MSOM berkata...

Lynda Wawa
Anak dah ramai kena sibuk hahaha

Kayu Manis berkata...

mmg berisi pun..bebudi pada tanah.

teruskan usaha.

hebat.

NoorGie berkata...

semoga 'projek' besar-besaran MSOM..menjadi..selamat berbudi kepada tanah...

Mat Som Sadona berkata...

Norgie, Amin ya robbal alamin

Noorgie, ni nak beritau, bahagian Miss Miror dapat tanah atas bukit, tapi dia tanam pokok senduduk dengan pokok leban hahahaha!

Miss Miror sila sahut cabaran.

Mat Som Sadona berkata...

Lynda Wawa
oh...sibuk dan menyibuk hahaha
Supaya tak sedar diri semakin tua, kena sibuk.

Mat Som Sadona berkata...

Terima kasih Cinnamon, doa dan sokongan semangat kawan2 dapat meningkatkan semangat saya....

Mat Som Sadona berkata...

Ketik Ketok

Bisnes apa tu? Jual tanah ladang ke?

Mama Janet berkata...

suka baca n3 pasal kebun.sebab sy pen jaga kebun.berapa ekar kebun tu MS..siap wat jalan lagi..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Amboii.... ngumpat aku nampak!!
Aku sayang nak meng"apa2kan" pokok2 durian peninggalan arwah ayah aku tu.. sebab dgn pokok2 tu la, arwah akan dpt pahala yg berkesinambungan...