Selasa, 28 Januari 2014

ALHAMDULILLAH, SYUKUR .....AKHIRNYA....


Alhamdulillah. Permohonan anak aku Irfan ke Kolej Vokasional diterima akhirnya setelah buat rayuan berkali-kali. Sekali dapat dua kolej ENGKO. Terpaksalah tolak satu. Isteri akulah yang menebalkan muka berjumpa dengan guru-guru di sana. Aku duduk aje di dalam kereta, kerana aku ni jenis tak pandai nak merayu-rayu ni. Anak aku sorang ni memang minat ke arah kemahiran, bukan bidang akademik yang memerlukan perahan otak, kalau disuruh berfikir tinggi sikit, dia akan tidur......baca buku ilmiah sikit dia pening KEPALA, jadi sama ada hidup atau mati, mesti masukKAN dia ke kolej itu supaya jadi orang. Empat tahun berada di sana ,In sha Allah dapat mengelakkan dia daripada gejala rempit, lepak-lepak dan sebagainya.      

3 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

Alhamdulillah ...
apa cabang sekali pun tetap jadi ilmu yang bermanfaat sekiranya dilaksanakan ke jalan yang betul...
tahniah irfan & keluarga cikgu MS

Umialya berkata...

Alhamdulillah rezeki Irfan..

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tahniah Irfan!!!.
Waaa bestnyaa!.
Mesti ramai peminat kat sana nt. ;)