Selasa, 14 Januari 2014
LAGU TENTANG KANGKUNG 2014
Pengakap semua...............ini saya baru cipta satu lagu baru, mari nyanyi bersama-sama saya......tepuk tangan sama-sama......okey........
Lenggang-lenggang kangkung, kangkung di tepi paya
Siapa yang tak mahu untung, mari jual di alam maya.....
Lenggang-lenggang kangkung, kangkung di tepi bukit
Siapa yang tak mahu kangkung, jadi ubat sakit sembelit
Lenggang-lenggang kangkung, kangkung dibuat jenaka
Siapa yang tak balik kampung, nanti akhirnya menyesal juga
Lenggang-lenggang kangkung, PM kita buat seloka
Siapalah yang tak ketawa, agaknya tersasul dalam bicara?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
sekarang ini kangkung turun regakan tapi naper di sini tetap RM2 seikat kecil..?
hari2 masak kangkungpun xper, feveret saya tu tapi nak siangnya agak leceh sebab kena cuci betul2, kang ada cacing tanah @ apa2 makluk yg suka melekat pada batang & daunnya..
** makhluk, silap taip..
Oh faveret, untunglah UA
Lepas ni sape yg naikkan harga kangkung mesti didakwa kerana mengengkari arahan.
Tak apa salah taip, saya faham.
Cacing tanah tk apalah
Jangan lintah
Catat Ulasan