Datuk Dr Maznah Hamid
Apabila disebut Iron Lady, gelaran itu di Malaysia adalah milik Datuk Dr Maznah Hamid. Dulu aku suka membeli karya beliau dan kata-kata hikmatnya yang penuh bersemangat. Dalam bukunya beliau ada menulis, pernah duduk di rumah setinggan, dan akhirnya berjuang habis-habisan. Kini beliau seorang ahli koperat tersohor di negara bertuah ini.
Dan hari ini, beliau menyampaikan motivasiya melalui Facebook....Apa kata kita lihat bicara beliau pagi ini.
APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI PRINSIP NIAGA ORANG CINA?
Imbas kembali sebelum saya mula membuka perniagaan bidang logistic dan warehouse di Hong kong, Shanghai dan Guangzhou. Saya perlu berguru dengan mentor yang berjaya disana.
Walaupun banyak ilmu yang diperolehi, kita sebagai seorang muslim mempunyai etika, tanggungjawab dan perlu menilai halal dan haram, apa yang dibolehkan atau diharuskan dalam setiap urusniaga.
Saya kagum sekali dengan prinsip-prinsip niaga mereka yang :
1) Sanggup berkerja tanpa mengira waktu (tidak berkira tentang waktu)
2) Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat taik ayam
3) Menerima kegagalan pertama sebagai pemberi semangat, kegagalan ke 2 dijadikan pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan
4) Menentukan matlamat sebelum melakukan sesuatu (jangka panjang)
5) Lebih menekankan budaya "siapa cepat dia dapat"
6) Mempunyai jaringan yang kuat menyokong asas perniagaan peruncitan dan amat sukar digugat kerana kemantapannya
7) Jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan tidak ada atau kehabisan stok
8) Suka kepada pembentukan persatuan dan setia mewarisinya sejak turun temurun.
9) Menganggap berniaga itu suatu seni adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarinya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
10) Setiap peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Ingatlah, bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik!
Sebelum itu, beliau juga menulis:
Suka saya kongsikan beberapa tip berniaga orang cina, yang tak sempat nak bercakap di seminar Transformasi Minda Usahawan di Keramat Mall dua hari lalu. Ramai juga sahabat kita yang tak berpeluang untuk turut serta meminta tip-tip sebagai panduan untuk memajukan diri dalam bisnes.
Apa kata peniaga bangsa Cina :
1) Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan kalau boleh permudahkan segala urusan
2) Kesusahan, kepayahan, keperitan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
3) Semakin banyak derma dan sumbangan semakin banyak keuntungan yang akan masuk di dalam kantung
4) Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum pasti akan setia dan tidak mengkhianati rakan
5) Tidak ada benda lain yang boleh memotivasikan orang cina melainkan menjadi bos kepada diri sendiri.
6) Orang cina sentiasa mengatur strategi dari masa kesemasa dan sering menukar strategi jika strategi yang dilakukan tidak mendatangkan hasil
7) Konsep meniaga orang cina suka berkongsi, tidak tamak dan mereka akan "makan sama-sama"
8) Orang cina tak suka berniaga bermusim macam hanya berniaga bila musim perayaan sahaja. Ini hanya kan membantutkan usaha mereka berterusan dengan kecairan modal yang berkurangan.
9) Orang cina pantang mengeluh di depan pelanggan jika menghadapi tekanan. Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi mengwujudkan keyakinan.
10) Peniaga cina tahu bahawa tawar menawar itu akan mengurangkan keuntungan namun bagi mereka kepuasan pelanggan itu lebih diutamakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan