Ahad, 22 Disember 2019

PERBEZAAN TONGKAT ALI HITAM DENGAN TONGKAT ALI PUTIH

 TONGKAT ALI HITAM
RM45 TERMASUK POSTAGE
140 gram

TONGKAT ALI PUTIH
RM38 TERMASUK POSTAGE
140 gram

Baru iklankan Tongkat Ali Hitam dan Tongkat Ali Putih ni ada prospek yang bertanya,  APA BEZA TONGKAT ALI HITAM DENGAN TONGKAT ALI PUTIH? 

Cari kat Youtube tiada jawapan jelas,  Google pun tak ada.  Jadi saya tanya bos saya,  Tuan Haji Halim Wahab dari Parit Laman Bukit,  Seri Medan. 

Beliau pun menjawab.. .

Jawapan ni susah nk dijawab ni..macam apa beza durian musang king dgn durian ioi.. dua dua durian..😄😄

Tgkt ali hitam warnanya pun hitam
Tgkt ali putih warnanya pun putih
Tgt ali hitam tak brp pahit
Tgkt ali putih terlalu pahit..

Kegunaanya dgn khasiatnya sama..dari sudut kualiti mana yg lebih baik? ( jawapan: terpulang kepada pengamalnya)
Cuma tgkt ali hitam harganya tinggi..susah nk dpt...
Sekian terima kasih..

Begitulah jawapan Tuan Haji Halim... 
Semoga anda berpuas hati

Ahad, 15 Disember 2019

BERITA SERI MEDAN 2019 BANJIR ADALAH BERITA PALSU


Kesian orang Kampung Seri Pasir Seri Medan yang didakwa telah banjir separas dalam gambar itu. Inilah group wasap ni, dia orang suka share buat andaian sendiri. Sehingga hari ini 15 Disember 2019, kawasan Seri Pasir tiada terjejas. Tolong ya jangan main share. Orang Seri Pasir geleng kepala lah...Itu adalah gambar lama, gambar banjir versi 2010

Gambar Oleh Sdra Sazali Daud 


Foto Sdra Sazali Daud membuktikan Seri Pasir masih kering, belum terjejas. Tak taulah seminggu dua lagi jika hujan berterusan. Kita sama-sama doakan banjir tidak memeranakan penduduk di sini.

Isnin, 2 Disember 2019

ORANG TUA ITU TERMENGAH-MENGAH SENDIRIAN



Orang tua ini aku jumpa dia di pejabat pos. Biasalah waktu tengah hari ni masa aku untuk pos barang yang customer aku order.

Entah macamana pagi ni aku agak peramah. Biasa aku tak pernah peduli siapa duduk sebelah kerusi aku.

Aku tanya dialah...duduk mana. Adalah dia sebut nama kampung dia. Jauh juga dia naik motosikal untuk ke pejabat pos ni.

Umurnya dah 85 tahun. Nampak termengah-mengah. Kepenatan. Aku tanyalah anak-anak mana? Kenapa tak suruh mereka bayarkan bil-bil tu?

Orang tua ni sebutlah anaknya semua sibuk. Sebutlah sipulan duduk KL, Ipoh...semua tinggal kat vandar belaka.

Terfikir aku bagaimanalah orang tua ni naik motosikal dalam suasana sekarang yang begitu sibuk. Nak naik tangga pejabat pos pun macam tu nampak keletihannya.

Iktibarnya, fikir2 kan lah kalau orang tua kat kampung tu masih ada, jangan dibiarkan begitu. Bayarkanlah bil-bil nya...cantikkan rumahnya. Yang bocor diganti zink baru. Maklumlah hujan sekarang ni luar biasa. Kesian kalau ada ibu bapa kita yang menadah air dengan besen dari celah zink-zink usang. Dan dinding yang kusam dicat baru....Maaf andai aku tak berbicara seeloknya. Cuma agak terkesan dengan pertemuan sekejap dengan orang tua tadi.

Rabu, 27 November 2019

PRODUK NAVELA NATURAL PAIN RELIEF

NAVELA NATURAL PAIN RELIEF
HARGA RM98 TERMASUK POSTAGE

PRODUK NAVELA

1. Produk Navela dirumus eksklusif untuk melegakan sakit sendi, otot , migrain dan mengurangkan stress!

2. Haruman aromaterapi yang menyegarkan, tidak melekit dan cepat serap.

3. Menggunakan 100% Bahan semulajadi seperti Minyak Kelapa Dara dan Minyak Pati Asli (Essential Oils) yang melegakan seawal 5 minit!

4. Mendapat kelulusan KKM: NOT170800684K dan dihasilkan dari kilang yang mendapat pengiktirafan GMP.

Yang Berminat Wasap Saya
Klik 


Jumaat, 8 November 2019

PELUANG BISNES AFFILIATE NAVELA TERAPI FABULOUZ

NAVELA TERAPI FABULOUZ

Tidak kira sama ada anda pelajar, suri rumah, profesional atau sesiapa sahaja, boleh join bisnes terbaru ini.

Dalam bisnes affiliate NAVELA ini pengurusan syarikat telah menyediakan satu sistem khas untuk membolehkan ejen-ejen mendaftar dalam sistem tersebut.

Selepas pendaftaran diluluskan, anda akan diberi link khas dan tools lain seperti gambar, preview produk dan ayat promosi.

Jadi, tugas anda adalah hanya buat promosi dan sebarkan link khas yang diberi, supaya bakal prospek klik pada link yang disediakan itu.

Dan jika ada pembeli yang mendapatkan produk melalui link khas tersebut, maka  anda akan diberikan komisen.

Itulah proses buat duit dengan affiliate Navela...

Jom Daftar Bisnes Affiliate Terbaru ini..Nak join klik link berikut

Isnin, 4 November 2019

APA KHABAR GUSYS?


BUDAK KECIL MEMANCING IKAN

                              IKAN PUYU

Assalamualaikum semua Silent Readers dan sahabat-sahabat blogger yang dah lama aku tak aktif menulis di sini.

Almaklumlah, zaman ni macam-macam medium media sosial lebih pantas untuk berinteraksi dengan dunia maya, maka banyak blog terbiar sepi umpama banglo seram tak berpenghuni. Tapi secara jujur aku masih cinta blog ini.

Teringat dulu kita bersembang di sini, aku dapat ramai kawan baru. Seronok untuk dikenang. Sedih apabila mengetahui beberapa rakan blogger sudah tidak ada di dunia ini. Kadang-kadang aku baca komen mereka. Al-Fatihah buat mereka.

Kepada rakan-rakan yang tak ingat lagi nak tulis blog anda..Aku tak boleh nasihat apa, sebab aku pun hampir-hampir hanyut dibawa arus Instagram, Facebook, Whatsapp dan Telegram. WeeChat aku tak minat langsung, sebab banyak remaja yang rajin bersembang di sana.

Gambar di atas tu menunjukkan aktiviti aku ketika ingin lari dari stress. Melayan anak bongsu aku memancing supaya tak asyik menghadap tablet yang boleh menjejaskan matanya yang masih muda sangat tu.

Anak sulong aku Ili pun tinggal dua purnama lagi akan menamatkan pengajian di Seoul tu. Bulan Januari ni akan mula bekerja In Sha Allah di Kuala Lumpur.

Anak kedua aku Irfan Iman dah setahun setengah bekerja di bidang perindustrian ....itu yang dia minat kan....Yang penting tak jadi penganggur setelah menamatkan pelajarannya di Kolej Vokasional Muar tahun 2017. Kini Irfan duduk bersama kami, kerana dia lebih memilih untuk bekerja di daerah sendiri, maklumlah anak emak.

Anak ketiga aku akan mula ambil exam SPM esok. Doakan dia dapat kejayaan yang dia idamkan. Lepas tu katanya nak kerja sambilan sebelum meneruskan pembelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi, In Sha Allah.

Anak keempat aku Arina masih belajar di sebuah Mahad tahfiz. Doakan dia agar berjaya di dunia dan di akhirat.

Anak kelima aku tu lah yang dalam gambar kat atas tu. Masih darjah 3. Tinggal dialah yang banyak duduk rumah.

Isteri aku pula masih sibuk menjahit. Hamidah sangat komited dengan tugasnya sebagai tailor itu. Alhamdulillah rezeki dan pelanggannya tak pernah putus.

Emak aku dah dua bulan tinggal bersama aku. Emak lebih banyak berehat di rumah aku. Kerana rumah aku tiada rumput yang hendak dicabut seperti rumah adik, kakak dan rumah abang aku. Kami berempat bergilir-gilir jaga emak. Emak pun tak kisah di mana emak berada. 

Itulah kisah terbaru aku. Kini usiaku dah 53 tahun. Apabila tengok entri terawal blog aku tahun 2008 kat sebelah tu...Anak-anak aku kecil-kecil lagi. Cepatnya masa beredar...kadang-kadang terasa sendu... 

Untuk hobi terbaru aku, kalau ke YouTube tu, singgahlah ke Channel aku, MAT SOM SADONA. Jangan lupa SUBCRIBE yaa!


LEMPOYANG UBAT KANSER

.                        Lempoyang

                Jus Lempoyang


BACK TO THE NATURE

Ini ialah jus Lempoyang (Nama Sainsnya Zingerber aromaticum) saya dah siapkan pagi ini. Untuk menghilangkan bau herba dan kepahitannya saya titiskan Stevia. Tuan puan juga boleh gunakan madu.

Kelebihan dan keajaiban Lempoyang ada dinyatakan dalam link berikut:



Antaranya anti kanser, sesuai untuk ibu bersalin agar pulih tenaga dan membanyakkan susu, awet muda, anemia, dan sangat berkesan untuk memulihkan mereka yang hilang selera makan dan banyak lagi khasiatnya.

Sesungguhnya setiap apa yang Allah cipta tidak sia-sia melainkan ada manfaatnya kepada manusia.

Selasa, 1 Oktober 2019

TINGKATAN PEMBACA AL QURAN

BACAAN AL QURAN DALAM SEHARI

KATEGORI MANAKAH KITA..?
Dipetik daripada Buku Amalan Sepanjang Zaman oleh Ustaz Ismail Kamus dan Sahabat-sahabatnya.

Khamis, 5 September 2019

GELENGGANG ITU PENAWAR SAKIT KULIT

Pada awalnya saya tak berapa endah produk Gelenggang ini. Bertahun-tahun saya hanya lalu saja di pasar Parit Sulong yang tersohor itu, tanpa mahu berkenalan dengan lelaki berkopiah putih dan berkemeja cerah itu.

Sementalahan masa tu, saya tengah menjual produk herba jenama yang lebih popular. Jadi produk Gelenggang ini saya anggap seperti jamu-jamu kampung yang tidak ada masa depan....

Hari itu, entah macamana, pagi itu saya tergerak nak singgah di gerai itu dan berbual-bual dengan pengusaha IKS itu iaitu Haji Halim. Lalu terfikir dalam hati, kalau saya cuba jual dalam blog saya, mana tau boleh laku.

Seminggu selepas entri blog ditulis, sudah mula ada orang order. Ini mesti pelanggan dari search  Google. Masa tu saya jual krim sahaja. Saya jual dalam bentuk pakej.

Lama-lama orang bertanya sabun "Gelenggang ada jual tak?" Dan saya pun cari pembekal sabun...

Kini saya sudah empat tahun menjual produk Gelenggang ini. Tidak saya sangka produk yang saya pandang sebelah mata ini menerima banyak permintaan daripada pelanggan.

Banyak testimoni positif juga saya dapat daripada orang yang menggunakan produk ini. Apa pun ia bergantung kepada jodoh ubat dan rezeki seseorang. Doktor pun bukan boleh mengubati semua penyakit. Apa lagi saya....Semua kan dengan izin Allah SWT.

Bisnes ini yang utama diniatkan kerana Allah dan membantu masyarakat. Kalau nak cepat kaya, sila buka kilang sendiri. Itu sahaja cerita beriklanku pada hari yang syahdu ini.

Yang nak tambah pendapatan sila mesej saya, mana tau nak jual kat pasar malam, Instagram dan lain-lain media sosial yang tengah hangat di persada tanah air tercinta ini.

Berminat
www.wasap.my/+60103443880

Selasa, 3 September 2019

DAH 62 TAHUN KITA KAYAKAN MEREKA

Buletin Utama TV3 beberapa hari yang lalu melaporkan bahawa Menteri Perdagangan Dlm Negeri berkata tiada apa2 kesan kpd tindakan memboikot barangan bukan bumiputera (non Muslim). Kalau xde kesan apasal sibuk2 drp Menteri hingga ke PM dok ulas hal tersebut. Yg Lim Guan Eng pula sibuk minta campur tangan Umno-Pas utk bantu halang kempen tersebut. Ini menunjukkan kempen tersebut telah memberi kesan.



Gunakan Produk Orang Kita

Ada menteri PH yg kata tindakan tersebut merugikan atau menurunkan taraf ekonomi negara. Saya rasa menteri ni tak buat homework sblum buat press statement. Mcmna boleh merosot sbb org ramai bukan x beli barang. Cuma duit pelanggan muslim pergi ke peniaga muslim sahaja. Putaran kewangan dlm pasaran tetap berlaku & tidak berkurangan. Kecualilah org ramai tidak keluar membeli barang.

Syukur sebenarnya, dah 62 tahun kita kayakan Cina2 DAP ni hingga jadi sombong, sekarang giliran kita kayakan orang Islam kita.

Produk Bukan Islam dibuat oleh kilang kafir, yg tak bayar zakat, malah keuntungannya didermakan UTK buat gereja, tokong, kuil.

Tokeynya tak mandi junub, tak cebuk, buat MCM2 makanan dan minuman, tak baca Bismillah... Kita sapu semua masuk perut anak-anak kita. Mereka bukan tahu maksud suci. Bersih dan suci berbeza. Kalau tak tau beza pergi balik belajar agama.

Teringat kisah orang Yahudi, berdiri di satu kedai. Dia mencapai kotak rokok. Tiba2 hujan pun turun. Mancis tak ada. Kedai yg ada di persekitarannya kedai Arab... Lelaki itu matanya tetap ke depan seberang jalan ada satu kedai runcit Yahudi. Dia sanggup meredah hujan lebat itu semata-mata nak beli mancis itu. Ngko faham ke tak faham, disebalik kisah yang aku cerita ini? Kita orang Melayu terbalik. Kita tolong kedai Kafir berbanding kedai kawan kita seagama sendiri. Akhirnya yg berlaku hari ini. Kerana kita tak mampu dari segi ekonomi kita dihina sebagai bangsa pemalas, yang makan dan tidur saja. Kalau ngko tak ada perasaan apa-apa, itu tandanya banyak sangat zat babi yang telah ngko dah telan dari jus dan makanan yang mereka pasarkan.

Perasaan ni bukan rasis, tetapi akibat kaduk dah naik junjung. Mereka dah langgar garisan merah, yg menyebabkan kita sudah membuak2. Inilah perang ekonomi yg boleh kita sertai. Tukarkan produk2 yg kita guna daripada produk kafir kepada produk Islam kita yang bayar zakat. Zakat yg membangunkan ekonomi ummah kita.


  • Tukarkan semua barang dapur, barang bilik air (syampu, ubat gigi, sabun DLL) kepada produk Islam. Beli HP di kedai Melayu. Cari walaupun jauh. Kita memang nak ajar mereka cukup-cukup. Cukuplah kita dihina dan dipandang rendah selama ini.

Selasa, 23 Julai 2019

AWASI JANJI ANDA

KALAU BERJANJI, MASA MESTI DISEBUT DENGAN TEPAT


Assalamualaikum Sahabat Mayaku Semua..

Petang ni aku nak cerita fasal JANJI. Dua hari lepas dah upload buat Sambal Tahun, tak sangka ada 450 views...Ramai berminat makan sambal rupanya.

Hal Janji yang aku nak cerita bukan cerita politik....Politik yang semakin menjijikkan itu ...Tetapi kisah kerenah janji manusia....

Dalam kehidupan aku ni lah, pagi kerja hakikilah. Petang ada bisnes sambilan, berurusan dengan customer ...macam-macam jenis perangai orang ada, terutama bab berjanji..

Daripada pengalaman itu, aku simpulkan ada 3 Jenis janji.

PERTAMA: Menepati Janji Sungguh. Memang tepat, kadang-kadang aku terlewat 3 minit kerana kesesakan jalan raya, orang tu siap tunjuk jam. "Awak lambat tiga minit". Orang macam ni, aku memang cukup kagum. Golongan ni tak suka ada istilah Janji Melayu dan mereka telah buktikan. Aku harap korang jenis yang pertama ni.

KEDUA: Janji kata pagi nak datang ambik sendiri barang kat rumah. Tunggu punya tunggu sampai ke malam tak datang juga. Sampai kita tak boleh ke mana-mana. Esok tunggu lagi, tak datang juga. Apabila aku wasap dia. Selamba dia jawab.. "Oh..engko tunggu yaa? Sorylah aku tak sempat".

KETIGA: Janji nak kena jelas. Kalau petang kena sebut pukul berapa. Ni fasal aku dah kena. Masa kena tu memang geram pun ada. Tapi rasa salah sendiri.

Petang tu, aku berjanji dengan seorang customer ni. Umur lingkungan 60 tahun. Ada masalah resdung. Aku janji dengan dia..

"Petang esok saya hantar ubat resdung tu ke rumah Tuan Haji.."

Dia balas ok.

Esoknya pkl 4.00 petang, dia call dan memaki hamun aku. Aku agak terkejut dan termangu-mangu.

"Awak tau tak, saya dah tunggu awak dari pkl 1.30 tadi!!!"

Saya tenangkan orang tua tu..
"Pakcik kan tau pagi saya kerja, pkl 3.00 petang baru sampai rumah. Pukul 3.30 ambik anak sekolah agama. Maksud petang tu bagi saya lepas Asar. Sekitar pukul 5.00 hingga pukul 6.00"

Orang tua tu dah naik antu. Bagai saka dah menguasai diri. Dia memarahi aku macam aku kacau anak dara dia...hahaha... Aku pujuk diri aku... Terus aku blok nombor dia hahaha... Malaslah nak layan orang lain macem seperti tu..hahaha

Itu je lah cerita aku. Pengajaran daripada peristiwa itu, kalau janji dengan orang, kena sebut masa yang TEPAT dan JITU (Contohnya Pukul 5.17 petang hahaha)

Rabu, 10 Julai 2019

SOLOCO BATU PAHAT

SOLOCO
RM138

Saya agen jualan Produk Soloco bagi daerah Batu Pahat. Yang berminat boleh buat temu janji. Bagi mereka di kawasan lain boleh order online. Produk Soloco dipos melalui Pos Laju.
⭐1 Tin ada 12 biji
⭐Cara makan - Hanya hisap seperti makan gula2 coklat
⭐ 1/2 biji makan untuk power hingga 4 hari
⭐1 tin tahan 2 bulan
⭐ Berkesan 2 jam sebelum "PERMAINAN"
Produk Original Australia

Diperbuat daripada bahan semulajadi
✪ Ginseng
✪ Acai Berry
✪ Aweto
✪ Damiana
✪ Honey
✪ Dark Chocolate

Boleh wasap saya
Klik


Selasa, 28 Mei 2019

BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA CHANNEL YOUTUBE

Mat Som Sadono
Tahun lepas kami merancang cuti sekolah dua minggu ini, kami nak beraya di Seoul, kerana sejak Ili Nabilah belajar di sana, kami tidak pernah pun hatta sekali menjengoknya. Pejam celik pejam celik tempoh lima tahun sudah hampir berakhir! Hujung tahun ini tamatlah sudah pengajiannya di sana. Rasanya hari pertama kami menghantar dia ke Klia seperti baru lagi. Ternyata putaran masa begitu cepat beredar.

     Semangat kami berkobar-kobar untuk merealisasikan impian itu. Namun apabila melihat kalendar 2019, cuti kali ini berada di penghujung Ramadhan, dan cuti raya pun cuma sekitar empat hari, kami pun batalkan hasrat yang terpendam. Nak pergi bulan Ogos pula kata Ili, cuaca di Korea ketika itu panas terlampau. Nak pergi cuti bulan Disember pula dia tengah exam akhir. Jadi .... keputusan akhir, kami sekeluarga akan ke sana semasa majlis konvokesyen pada bulan Februari nanti. In Sha Allah.

     Pada waktu ini, aku sudah mulakan channel Youtube aku. Kalau nak tengok Klik Channel aku KAT SINI ok. Jangan lupa SUSCRIBE ya! Aku pun telah membeli kamera idaman aku walaupun aku beli yang biasa-biasa je. Kamera GoPro Hero 7, tapi yang silver je. nak beli yang black, raya pun dah dekat. Banyak guna duit. Entah macamana anak aku pula, pinjamkan motosikalnya kepada kawannya. Last-last aku juga yang kena saman kerana membenarkan budak bawah umur menunggang motosikal. Tak fasal-fasal melayang duit aku RM250, derma kepada kerajaan Pakatan Harapan. Dan bulan Mei ni juga aku kena bayar cukai Pendapatan sebanyak RM300. Jadi bulan ni saja duit yang aku bagi kerajaan PH sebanyak RM550. Belum lagi duit-duit cukai lain yang tak nampak seperti Cukai SST. Sedangkan bonus yang aku dapat RM450 sahaja. Sesungguhnya aku patut bersyukur. Adalah juga bonus, daripada Atuk tak bagi. Maklumlah dia memang kedekut dari dulu lagi . Hahahahaha!

     Betul, aku seronok share video youtube. Walaupun yang tengok tak capai target. Ada juga video aku yang capai ribu-ribu dalam channel aku yang terdahulu. Tetapi aku dah lupa paswordnya. kena buka channel yang baru. chanel yang baru ni paswordnya aku dah tulis besar-besar kat rumah aku, in sha Allah tak lupa! Siapa nak curi, silakan. tapi jangan menyesal kalau korang berenang di lantai rumahku...hahahahah!

     Satu lagi aku nak bagi tau ngko, anak kedua aku pun dah besar panjang. Jadi kami suruh dia kerja. Lima bulan kerja di Pelabuhan Gelang Patah. Tapi oleh sebab asyik kena marah dengan omputeh, dia pun berhenti kerja. Senang je. Kalau aku boring jadi cikgu, aku berhenti, apa nak jadi. Budak muda begitulah. Rehat sebulan. Lepas tu mohon kerja kat Batu Pahat. Dapatlah kerja swasta. Industri Kain sebagai pengawal enjin. Biarlah dia berdikari. Gaji biasalah, lulusan diploma sekitar RM1600. Aku tahu itu masih dikira tahap golongan miskin (tentu Irfan marah baca entri ini). Sekurang-kurangnya dia dah tau susahnya cari duit.

     Insha Allah akan datang, dia akan dapat kerja yang lebih baik. Juga anak-anak korang. Dalam keadaan ekonomi lembab ini, ada kerja sudah dikira beruntung. Manalah ada kerja yang tidak stress dan tidak penat. Kalau nak tau cikgu tu kerja macaman, jadilah guru kontrak sebulan dua.



Ahad, 14 April 2019

FACEBOOK, INSTAGRAM DAN WHATSAPP JEM SATU DUNIA

KUALA LUMPUR - Jutaan pengguna laman media sosial Facebook dan Instagram sekali lagi dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing hari ini.


Antara masalah yang dikesan sejak beberapa jam lalu ialah gangguan teknikal sehingga para pengguna tidak boleh mengakses atau memuat naik sebarang status atau gambar.


Dalam pada itu, aplikasi Whatsapp juga dilaporkan turut terjejas lewat petang tadi ekoran pengguna mengalami masalah untuk menghantar teks, foto dan video.

Sebagai rekod, Kosmo! Online pada 14 Mac lalu turut melaporkan jutaan pengguna laman media sosial Facebook dan Instagram dilaporkan mengalami masalah untuk mengakses ke akaun masing-masing.

Gangguan itu dianggap yang terbesar kerana mengikut laman web downdetector.com pada hari kejadian berkenaan, laporan tertinggi turut dicatatkan daripada pengguna di Amerika Utara, Asia dan Eropah.

Kejadian yang sama turut berulang pada lewat petang hari ini, sehingga kini belum ada lagi pengumuman rasmi daripada Facebook dan Instagram mengenai kejadian itu. -

Kredit: Kosmo

Khamis, 21 Mac 2019

MOHD HAZIQ RAKYAT MALAYSIA DISAHKAN TERKORBAN SYAHID


MOHD HAZIQ BIN MOHD TARMIZI


CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. [DIKEMASKINI] Selepas hampir seminggu mencari, sumber Sinar Harian memaklumkan Mohd Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang hilang sejak Jumaat lepas disahkan telah meninggal dunia.

Beliau memberitahu maklumat terkini tersebut menerusi satu panggilan telefon sebentar tadi.
Menurutnya, difahamkan esok Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dijangka terbang ke New Zealand untuk menghadiri majlis pengebumian.

“Dukacita dimaklumkan jenazah Mohd Haziq yang hilang sejak Jumaat lepas telah ditemukan.

“Dia meninggal dunia akibat ditembak dalam insiden di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand,” katanya.

Sebelum ini, difahamkan keluarga Mohd Haziq akan melakukan pengecaman mayat di Hospital Christchurch yang dijadualkan esok.

Maklumat itu dikongsi Rahasnan Abdul Rashid, 57, abang kepada Nazril Hisham Omar, salah seorang mangsa tembakan yang menerima rawatan di hospital sama.

“Saya sempat bertemu dengan keluarga seorang lagi mangsa Mohd Tarmizi Shuib, 42, pagi tadi (waktu tempatan).

“Kemungkinan Tarmizi esok boleh balik tapi anaknya seorang lagi (Mohd Haziq) masih hilang. Keluarganya sepatutnya hari ini pergi buat pengecaman mayat kerana ada satu lagi mayat belum dikenal pasti.

“Sepatutnya hari ini tapi tak jadi lagi, tak tahu sebab apa. Saya tanya mereka dan mereka kata belum buat lagi, mungkin esok (hari ini) buat. Ramai keluarganya datang ke hospital,” katanya ketika dihubungi petang tadi.

Sebelum ini, ibunya, Marina Hamzah,46, telah menyerahkan gambar dan nama anak sulungnya itu kepada polis New Zealand bagi memudahkan usaha mengesan remaja berkenaan dibuat.

Dalam kejadian itu, Mohd Haziq mengikut bapanya, Mohd Tarmizi ke masjid pada hari kejadian sebelum dilaporkan hilang selepas kejadian tembakan berlaku.

Sinar Harian akan cuba mendapatkan maklumat penuh dari semasa ke semasa dan buat masa ini, hanya ini sahaja maklumat diperoleh pihak kami.

Sumber:
https://www.sinarharian.com.my/article/19247/KHAS/Christchurch/Haziq-damailah-kau-di-sana

Khamis, 14 Mac 2019

TIADA KEPERLUAN DARURAT DI PASIR GUDANG-PM

JOHOR BAHRU, 14 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Pasir Gudang memandangkan situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim, dalam keadaan terkawal.

Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan semua pihak untuk terus berhati-hati memandangkan situasi pencemaran masih belum berakhir.


“Tidak...belum sampai tahap itu (darurat). Kita tidak perlu isytihar darurat, tidak perlu pemindahan, tetapi kita perlu berhati-hati.


“(Dan) mereka yang ditugaskan untuk mengawal keadaan ini mesti bersedia menangani masalah (kesan pencemaran) yang berlaku,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa pencemaran di Hospital Sultan Ismail, di sini hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana dan keperluan untuk memindahkan penduduk dari kawasan zon bencana ekoran pencemaran berkenaan.


Ketika ditanya sama ada yang terburuk berakhir berdasarkan bilangan mangsa akibat kesan pembuangan kimia secara haram Khamis lepas, Dr Mahathir berkata: "Kita tidak boleh mengatakan yang terburuk sudah berakhir."


Sebaliknya, kita tidak fikir ia akan menjadi lebih serius daripada sekarang. Tetapi yang penting ialah mereka tahu bagaimana menangani masalah ini," katanya.


Dr Mahathir turut memuji kecekapan dan kepakaran agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri terutamanya petugas perubatan dan keselamatan kerana berjaya menangani dan mengawal impak pencemaran dari menjadi lebih teruk.


“Saya dapati dalam taklimat yang diberi dari pelbagai pihak bahawa mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna walaupun kes seperti ini tidak pernah berlaku tetapi nampak dari segi bomba, polis, hospital sekolah dan lain lain, mereka telah menangani masalah ini dengan cekap dan berhasil,” kata beliau. 


Beliau turut menyifatkan kecekapan doktor dan petugas perubatan “luar biasa” kerana sedar dan tahu bagaimana menangani “gas beracun” seperti ini. 


“Saya yakin akan kebolehan kita untuk memulihkan mereka (mangsa) dari gas yang beracun.


“Masyarakat juga mesti menganggap ini (pencemaran) sebagai satu perkara yang serius tapi perlu ingat kebolehan mereka (petugas) yang bertugas berjaya menyelamatkan mangsa baik, berhasil...itu sebab keadaan terkawal,” kata Dr Mahathir.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.


Terdahulu, keduanya mendengar taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, hari ini.


Taklimat yang berlangsung lebih sejam, turut dihadiri Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.


-- BERNAMA

TAJUK BLOG BERTUKAR MENUNJUKKAN TANDA-TANDA...



Apabila blog ini sudah bertukar tajuk, itu menunjukkan aku ingin kembali menulis dalam medan blogger, setelah berhempas pulas menulis status Facebook yang entah apa-apa. Kadang-kadang status ringkas pun orang copy paste. pelik betul dia orang ni. Apalah salah kalau share je, kalau nak copy paste pun, tulis cnp pun tak apa. Hai, manusia ini macam-macam. Tapi 1 peratus je ada manusia macam tu. 

Antara punca aku hilang semangat menulis blog dulu, sebab banyak gambar-gambar aku digodam oleh blogger.com sendiri. Tiba-tiba je sebahagian besar gambar-gambar itu bertanda tengkorak dan sebagainya. Bukan senang aku nak ambik gambar itu. lagi-lagi majlis bersejarah dan sebagainya, bagaimana hendak diulang kembali, kerana yang ada dalam kamera pun sudah aku delete. Ingatkan simpan gambar dalam blog ini selamat. Benarlah kata-kata Wak Gelas, blog bukanlah hak milik kekal.

Diam tak diam, usia blog aku ini sudah menjangkau sepuluh tahun. Macam-macam peristiwa aku lalui daripada penulisan blog ini. Daripada anak aku kecik-kecik, memancing di tepi sungai, kini mereka bertebaran di mana-mana....huhu...