Khamis, 11 November 2021

MULUT BURUNG KELUAR API DI AUSTRALIA?




Mula-mula terima video itu, aku kata fitnah apa pulak ini? 

Di Medsos sibuk dan viral kononnya ada burung keluar api dari mulut, berdesup macam ada power rangers, lalu membakar hutan-hutan di Australia. Video edit entah kuncu dajal mana yang buat. 

Aku jadi marah ni sebab ada yang kata Nabi Muhammad SAW dah cakap 1400 tahun dulu tentang perkara itu. Tapi apabila aku tanya, mana hadisnya? Tak ada pulak yang jawab.

Kalian cuba baca laporan web National Geographic tahun 2018 di bawah ini. Aku dah Google Translatekan ke bahasa Melayu tu. 

Aku harap kalian faham cerita sebenarnya. Kalau perkara ini tidak dikaitkan dengan Rasulullah SAW, memang aku tak ambik tahu.

Sila baca link ini,

https://www.nationalgeographic.com/animals/article/wildfires-birds-animals-australia

Australia tidak asing dengan kebakaran: Landskap yang tahan lasak disesuaikan dengan api, bertahan banyak terima kasih kepada manusia dan kilat. Tetapi orang Asli Australia telah lama mengenal pasti punca ketiga: burung.


Dalam temu bual, pemerhatian dan upacara sejak lebih satu abad, orang asli Wilayah Utara Australia mengekalkan bahawa sekumpulan kolektif burung yang mereka panggil "firehawks" boleh mengawal api dengan membawa kayu bakar ke lokasi baharu di paruh atau cakar mereka.


Ideanya ialah burung pemangsa ini menggunakan api untuk membantu mencari makanan—membuat makanan mudah daripada serangga dan haiwan kecil lain yang cuba melarikan diri dari api. (Baca bagaimana kebakaran hutan terbentuk dan sebab ia sangat berbahaya.)


Anekdot itu, yang disusun dalam kajian baru-baru ini yang diterbitkan dalam Journal of Ethnobiology, mungkin mendorong beberapa orang untuk memikirkan semula bagaimana kebakaran merebak melalui sabana tropika seperti yang berlaku di utara Australia.


"Kami tidak menemui apa-apa," amaran pengarang bersama Mark Bonta, penerima geografi dan geografi National Geographic di Penn State University. "Kebanyakan data yang kami bekerjasama adalah bekerjasama dengan orang Asli... Mereka telah mengetahui perkara ini selama 40,000 tahun atau lebih."

Sabtu, 6 November 2021

SIAKAP VIRAL DAN SITAMAK HALOBA



Melancong ke kawasan lintah darat seperti ni dicadangkan bawa Magie Cup. Cepat Dimasak, sedap dimakan. 



Saya makan sekeluarga (7 orang) makan lauk sotong besar dan ikan 2 ekor di Korea lebih2 pun nilai RM300 nilai duit kita.. itu pun rasa mahalnya ..ini di bumi Malaysia tanah airku dekat RM2000 kalau saya pun boleh mati terkejut.


Peniaga ini dikuasai sikap tamak haloba nak kaya cepat, berimpian  bina banglo mewah tiga tingkat, ada swinming pool, lampu mcm hotel 6 Bintang. 


Siakap kat pasaraya segar baru berapa ringgit. Kalau teringin masak sendiri. Lagi pun siapa nak puji makan mahal2 ni? Daripada makan ala kayangan ni, elok didermakan duit itu kepada sekolah tahfiz yg byk kekurangan dana tu. Banyak berita terpapar tahfiz nak ditutup kan...

Sabtu, 2 Oktober 2021

I LIKE THREE TRAVELLERS YOUTUBER

Yesterday we traveled to Semporna with Fikri Zamri......


Tonight let's go to travel to Mongolia with Eva Zu Beck


Klik here ..

https://youtu.be/4n9x2n7LL9E


After following some youtuber adventures, I was very excited about Eva’s show. 

       Eva Zu Beck The Best Traveller Youtuber 



Apart from that, I am also interested in the video of Fikri Zamri and Amir Arshad . Each has its own greatness.


I like reading the history articles...


A few days ago I read a history of *how the Mongols were once the strongest nation on earth* until they destroyed the caliphate city of Baghdad with  millions the book Islam knowledgeable civilization thrown into the river. Before we follow the sad history of Islamic history, let’s take a walk in Mongolia with a cute traveller youtuber Miss Eva.


Sometimes i dream of traveling with Amran, Hj Halim, Kasfi, Mr Zul Kelang and all of you whose names I cannot mention here to see the beauty of the many country in the world. 


Maybe it's just a dream that won't come true. But if we worked on it can definitely be....


Ok....Good night... I hope you all get nice dream tonight...


This is a video of my memories while eating grilled fish rice at a shop called Gosame. It is also difficult to find halal restaurant in Seoul. Sometimes it is not compatible with our tastes.


Many people travel but they don’t want to share video with their friends. I usually don’t care, it depends on what they have to say. In fact, I encouraged them to go there as well.


Throwback my journey To South Korea. Gosame Restaurant...

Sabtu, 18 September 2021

PIDATO SEKOLAH RENDAH: SAYANG BUMI SELAMATKAN GENERASI

Adik Mazni Zawani Binti Md Zaidi wakil dari
SK Seri Pasir antara lima orang pelajar yang mewakili Zon Parit Sulong ke peringkat Daerah Batu Pahat bagi pertandingan Pidato Piala Diraja Kategori Sekolah Rendah 2021.

Teks saya ucapkan terima kasih kepada sumber Google, dan saya edit sedikit sebanyak agar sesuai untuk murid sekolah rendah. Saya tidak tahu penulis asal petikan pidato ini.

Jutaan terima kasih kepada Ibu bapa adik Mazni Zawani, Cikgu Md Zaidi dan isterinya yang melatih dan memberi tunjuk ajar dan sokongan padu kepada Mazni.

TAJUK PIDATO: SAYANG BUMI SELAMATKAN GENERASI

Sekalung apresiasi  saya hulurkan buat saudara pengerusi majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, seterusnya hadirin  yang dihormati sekalian.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua. 


Hadirin sekalian, 

Sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengatur bicara izinkan saya mendefinisikan secara konseptual SAYANG BUMI SELAMATKAN GENERASI sebagai menjaga alam sekitar akan melindungi masyarakat dalam jangka masa yang panjang. Jika kita renung dan teliti, senario ini mempunyai aspek yang luas maka pidato saya pada hari ini berpaksikan kepentingan alam sekitar dalam kehidupan manusia, kesan kemusnahan alam sekitar dan langkah-langkah mengekalkan kelestarian alam sekitar agar seluruh organisma di bumi ini dapat hidup dengan selesa dan harmoni.  



Warga dewan yang dihormati sekalian, 

Alam sekitar ialah sumber keperluan kehidupan kita. Misalnya sungai merupakan komponen penting dalam kehidupan seharian kerana ia membekalkan sumber air yang kita gunakan pada setiap masa, Baru-baru ini kita saksikan, apabila sungai tercemar di ibu kota kita yang tercinta, beratus ribu orang telah terjejas kehidupan mereka. Begitu juga jika laut kita tercemar, akan menjejaskan sumber perikanan utama kita.


Seperti yang kita sedia maklum, manusia memerlukan udara yang segar untuk meneruskan kehidupan yang selesa di samping memberi ketenangan jiwa kepada manusia sejagat. Selain itu, pembekalan udara yang segar dapat menghindari pelbagai penyakit seperti asma, stress, penyakit yang melibatkan paru-paru dan jantung.


Menurut kajian saintifik, pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku. Hal ini kerana benda asing seperti habuk, asap dan gas seperti karbon monoksida akan menyebabkan kepekatan udara dan akan menghasilkan bau-bauan yang tidak menyenangkan. Oleh itu alam sekitar yang terpelihara akan memastikan generasi akan datang dapat menikmati bekalan makanan, air dan udara yang berkualiti.


Warga dewan yang saya muliakan, 

Kita sering dipaparkan dengan arus pembangunan ekonomi di seluruh dunia yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Namun di sebalik kemajuan ini, masyarakat semakin leka dan mengabaikan alam sekitar. Bukit-bukau ditarah, tabiat pembuangan sampah yang seolah-olah tidak dapat diubah, menyebabkan bumi kita merintih dan akhirnya berlaku banjir kilat di mana-mana, bukit melungsur dan kejadian  tanah runtuh sudah banyak memakan korban di segenap penjuru dunia.


Meningkatnya perindustrian  dan pencemaran akibat asap kenderaan di seluruh dunia menyebabkan meningkatnya karbon monoksida, menjadi penyebab naiknya suhu global dan akhirnya satu persatu glasier di kutub utara dan kutub  mencair ke laut. Ini mengakibatkan paras air laut meningkat dan menenggelamkan pulau-pulau kecil serta kota-kota di pinggir laut yang rendah. Seringkali kita dengar air banjir melimpah dengan pantas ke tengah kota apabila berlaku air pasang besar yang disertai hujan lebat.


Sidang hadirin yang saya hormati,

Secara keseluruhannya, marilah kita bersama-sama menggembleng tenaga, menyumbang usaha, bersatu suara, mengubah minda agar lebih bertanggungjawab sebagai penghuni planet bumi ini dan memelihara kelestariannya agar generasi akan datang terus dapat menikmati keindahan bumi kita ini.


Harus dikejut mana yang lena

Harus ditegur mana yang alpa

Sebelum manusia ditimpa bencana

Sebelum alam mulai bicara


Sekian, terima kasih.

Rabu, 15 September 2021

KHASIAT DAN MANFAAT LEMPUYANG

KHASIAT DAN KELEBIHAN LEMPUYANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera gaisss.

Anda pernah dengar nama Husin Lempuyang dalam filem P Ramlee? P Ramlee pun tahu khasiat lempuyang!



Hari ini saya cuba bicarakan tentang khasiat lempuyang. Lempuyang ini banyak diadunkan dalam jamu-jamu tradisi orang-orang terdahulu terutama jamu dari Indonesia. 


Kopi Makota Dewa yang banyak terdapat di pasaran itu saya dapati antara kopi yang ada ektrak lempuyang (tapi sedikit saja). Lempuyang juga disertakan dalam makjun yang selalu kita jumpa di kedai-kedai ubat. Apatah lagi jamu bersalin, sememangnya mengandungi ekstrak lempuyang.


Sayang sekali, pokok lempuyang ini kadang-kadang ada di halaman rumah kita, tetapi kita tidak memanfaatkannya. Malah ada yang meracunnya hingga terbunuh😂😂 hingga tujuh keturunan sehingga anak cucu kita tidak mengenalinya.


Ini khasiat lempuyang yang saya kumpulkan dari beberapa laman web:


1. Merencatkan pertumbuhan sel kanser

2. Menurunkan gula dalam darah

3. Melawan infeksi bakteria

4. Menambah Selera makan

5. Mengatasi Penyakit Perut

6. Mengawal Berat Badan

7. Mengatasi Penuaan Pramatang

8. Mengatasi Angin dalam badan

9. Mengatasi Kaki Bengkak Selepas Bersalin

10. Meredakan Kekejangan

11. Membanyakkan susu ibu


Baiklah ..Peliharalah ia supaya tidak pupus pada saat kesihatan manusia terancam dengan pelbagai penyakit.


Ingatlah, Allah jadikan penawar di sekeliling rumah kita, malangnya kita lebih percaya herba-herba yang diimport.


Sekian content saya hari ini. Semoga memberi manfaat kepada anda semua.

Jumaat, 10 September 2021

BAHAYA ANCAMAN WAHABI

 Modus operandi Wahabi hanya fokus sasarannya kepada ASWJ. Mereka tidak menentang Syiah, Hisbu Tahrir, Khawarij Oman, Zi0nis. Bahkan mereka berbaiah dengan Zi0nis Y4hudi. 


Wahabiah juga pakar dalam memusnahkan kuburan peninggalan sejarah Islam yang berkait rapat dengan Rasulullah SAW, sahabat dan para waliyullah. Kononnya atas menghindari syirik. Tetapi Wahabiah masih kekalkan rumah Musailamah Al Kazab malah dijaga rapi.


Sebahagian berhala yang dulu terkenal masih disimpan di muzeum Riyadh. Apa jadi dengan rumah Saidatina Khadijah? Rumah Rasulullah SAW sendiri? 


Ternyata tindakan wahabiah hanya mendorong ke arah merosakkan kecintaan umat Islam kepada baginda, termasuk membidaahkan sambutan Maulidurrasul SAW. Sebaliknya sambutan kelahiran tokoh pengasas Wahabi dibenarkan. 


Haruslah diingat sebelum kemunculan Wahabi, umat Islam nusantara hidup dalam kedamaian dan keamanan. Namun setelah kemunculan Wahabi, berbagai peristiwa buruk, perbalahan dan bantahan berlaku berurutan tanpa henti. 


Ancaman bahaya dari dalam lebih memberi impak buruk menggugat kesejahteraan umat ini. Inilah antara fitnah besar akhir zaman.


Kita sedang disesatkan oleh ulama Wahabiah yang bijak berbicara, petah berkata-kata dengan ucapan khairul bariyah yang mengabui dan mengelirukan orang awam seperti kita. 


Mereka menuduh sesat ulama terdahulu yang mutakaddimin, yang muktabar dan mengkritik ramai ulama mujtahidin mutlak zaman salaf dan kalaf. Sedangkan pendokong dan penyebar Wahabi bukan ulama yang bertaraf mujtahid, dan bukan ulama salaf atau kalaf tetapi ulama khilaf. Pengasas Wahabi, Muhammad Abdul Wahab lahir tahun 1115 hijriah, 800 tahun selepas zaman Salafussoleh.


Fikir2kanlah!!!

Kredit : Hassan Abdullah


Dengar ceramah Ustaz Wadi Anuar, menjelaskan Wahabi itu bahaya kepada kita kerana mereka mendakwa 95% orang Islam di atas muka bumi ini sesat dan menyesatkan (kerana kita ini berfahaman Ahli Sunnah Waljamaah Al-Asya'irah Al-Maturidiyyah).


Gambar ustaz2 Wahabi boleh anda Google, ada puluhan orang, tak perlu saya siarkan di sini.


Di bawah ini saya sertakan beberapa ciri wahabiah:


1. Memahami Nash-Nash Mutasyabihat menurut terjemahan bebas, tanpa merujuk ke kitab Ulama.


2. Mengkafirkan pengikut Imam Abu Hasan Al-Asy’ari dan Abu Mansur Al-Maturidi (dua Imam Aswaja).


3. Mengkafirkan Sufi, dan menganggap Tasawuf bukan ajaran Islam.


4. Sangat anti dengan Sifat 20 pada Allah Ta’ala.


5. Menuduh Imam Abu Hasan Asy’ari telah bertobat dari aqidah Asy’ariyah (aqidah yang diyakini oleh kebanyakan ummat dan para ulama terdahulu).


6. Menolak Ta’wil dalam bab Mutasyabihat.


7. Menuduh Ayah dan Ibu Rasulullah kafir dan tidak akan selamat dari neraka.


8. Menuduh syirik Tawassul, Tabarruk dan Istighosah dengan para Anbiya, Aulia dan Shalihin.


9. Sering mengajak kembali ke Al-Quran dan Sunnah dengan meninggalkan ilmu yang telah diwariskan oleh Ulama.


10. Sangat anti dengan pendapat Imam Madzhab dan pengikut Madzhab.


11. Mudah membid’ah-sesatkan amalan yang tidak sharih dan shahih menurut mereka.


12. Menuduh Maulid itu Tasyabbuh dan Sesat.

Menuduh Tahlilan, Yasinan itu Tasyabbuh dan Sesat.


13. Menyamakan orang baca Al-Quran di kuburan dengan penyembah kubur.


14. Menamakan diri dengan Salafi dan tidak mengakui nama Wahabi, sehingga seolah-olah Wahabi itu hanya fiktif.


Dan banyak lagi...


#bahayawahabi

#wahabimalaysia

#wahabi

Sabtu, 28 Ogos 2021

APA PERLU BUAT APABILA KENA TIPU SCAMMER?

Aku dapat ni kat Facefook Bangang Forever.

Tahukah anda,

Dapat info hari ni. Boleh cuba try cara abang ni bagi tau. Saya sendiri tak tahu boleh dapat balik atau tak duit dengan cara ni sebab tak pernah tau bole upah lawyer. Tapi boleh cuba yang mana kena scam tu. Credit to Abang tu ye. 😅 bawah ni dia punya komen.

Apa perlu buat kalau kena kencing dengan Scammer ?

Pertama skali tak payah lah nak dengar cakap orang suruh call bank and then bank akan terus Block account Scammer tu

Hahahaha 😂 Ingat semudah ABC ?

Bank akan Freeze bila dah ada kebenaran daripada BNM sahaja

Jadi cara dia mudah je . First kau call atau whatsapp scammer tu kau cakap mcm ni

" Kau nak pulang duit aku atau kau nak Jumpa aku dekat mahkamah , kalau dh smpai mahkamah , nak settle standby RM 100K lah bro "

Kalau dia pulang duit kau time tu Jugak . Alhamdulillah rezeki . kalau dia tak pulang , bermakna dia dah masuk dalam kita punya Game

Jadi apa kau nak buat ?

Pertama , kau buat report polis . dakam report kau jangan cakap kau Ditipu , Jangan cakap kau di Scam , tapi cakap kau " Diperdaya "

Ada sebab kenapa aku suruh buat mcm tu

Dah ada report , kau bawak pegi bank and mintak statement yang kau ada masukkan duit dekat account scammer , and bagi tahu pihak bank skali yang kau kene scam

Lepastu kau google lah cari Lawyer yang Free , iaitu YBGK , nnti selebihnya dorang akan susun step , yang penting Free

Tahu tahu sampai . apa yang sampai ?

Nanti scammer bodoh tu akan dapat surat dari mahkamah . dia akan dapat surat yang dipanggil Sapina

Jadi time tu baru dia akan klam kabut call kau . sbab mahkamah boleh batalkan kes kalau kau tarik report atau lawyer declare selesai

Jadi masa scammer Call kau , Kau jawab je macam ni

" Nak aku tarik report and selesai luar mahkamah ? Bagi RM 100K , aku dh penah cakap sebelum ni "

Jadi kau relax je , sbab dia nak taknak dia kene buat apa kau nak untuk kau tarik report , kalau kau taknak 100K pandai pandai kau la deal mintak bende lain , Jangan la kau bodoh bagi muka , slalu bila scammer nangis , mak bapak scammer melutut merayu , mula laa orang kita ni bangang mudah makan umpan , orang mcm ni kau kene ajar sikit Jangan bagi muka

Apa jadi kalau kau tak tarik Report ?

Dia akan dijatuh hukum lepas dah 3/4 hari reman , Jadi minimum dia kene penjara 1 tahun , dan 1 sebatan . itu baru minimum bukan maximum

Jadi dia mesti fikir panjang punya . Dia nak settle luar mahkamah bagi 100K atau belayar setahun ? pegi mampos biar dia fikir , Jangan bgi muka

Apa jadi kalau dia tak naik mahkamah pada hari tersebut ?

Kau jangan risau . nama dia akan di wantedkan dalam sistem SSO , polis seluruh malaysia Bro

Kau nak Loan tak boleh , Luar negara tak boleh , nak kerja tak boleh , Roadblock tak boleh lalu , dengan anggota 42 tak boleh sangkut , and banyak lagi

Masa tu dia akan tahu

" Macam mana hidup Jadi penjenayah dan buruan polis "


Jadi dia nak ikut cara susah atau cara senang

Kalau dia refund awal awal , dia selamat

Kalau dia buat keras , kita bagi End dalam dia punya Game sendiri


Aku cakap bukan acah borak pandai . aku cakap berdasarkan pengalaman . dah naik mahkamah lebih 40 kali . dah jumpa lebih 30 IO , dah macam macam kes dah aku Suply and SOS , berpuluh OKT dah hadap


Jadi apa yang baik , ambik sebagai iktibar 👍🏻


Dipetik dari Fb Saudara Mohamad Faizul

Khamis, 26 Ogos 2021

VIDEO VIRAL RISAU PULAK


Video yang aku berikan tajuk Jom Ikut Aku Pusing-pusing Parit Sulong ini sebenarnya tidak kuduga akan jadi viral bagi perantau yang berasal dari Parit Sulong. 

Semasa aku upload di Youtube tontonan hanya 30 views.

Tetapi apabila video ini kuupload di Facebook, tiba-tiba saja dikongsi oleh 229 orang dan 7000 views. 

Dalam dua tiga hari ni apabila aku ke pekan, ada saja yang bertanya tentang video ini. Aku sendiri malu nak menonton semula video itu.


Tapi sebenarnya ikut rekod minggu lepas aku lagi terkejut dengan video yang aku ambik dari Tiktok karya Zack9599...

Video yang bertajuk, Pokok-pokok Yang Menghalang Sihir, terkejut aku paparan menunjukkan lebih setengah juta views. Dan dikongsi oleh 46000 orang


Lalu aku bertanya kepada diri aku sendiri. Apa yang aku dapat? Jika ia baik, moga Allah beri fahala kepada aku. 

Minggu ini juga aku dah terima gaji pertama sebagai youtuber. Pengalaman menerima gaji pertama ini sangat menarik untuk aku kongsikan dalam video Youtube aku seterusnya.

Sabtu, 14 Ogos 2021

IMAM MASJID NEGARA MENINGGAL DUNIA

 


Imam Masjid Negara, Imam Khisamudin Bin Ismail.

KUALA LUMPUR: Imam Masjid Negara, Ustaz Khisamudin Ismail, 53, meninggal dunia di rumahnya di Kota Puteri, Batu Arang, Rawang, sekitar jam 4 pagi tadi.


Aku check wasapnya, terakhir dia lihat wasapnya pukul 4.30 petang semalam.

Tahun lepas aku pernah berwasap dengan beliau atas urusan bisnes krim Gelenggang. Dan beliau seorang yang humble. 

Beliau yang dilahirkan pada 14 Ogos 1968, meninggal dunia pada hari ulang tahun kelahirannya ke-53 hari ini.


Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni, berkata pegawai kanannya itu sebelum ini menghadapi masalah kesihatan berkaitan jantung.


"Sebelum ini beliau menghadapi masalah kesihatan iaitu injap jantungnya sempit dan mula mendapatkan rawatan sejak tahun 2018.


"Khisamudin juga mendapatkan rawatan di Hospital UiTM Sungai Buloh sejak seminggu lalu sebelum meminta untuk pulang ke rumahnya di Kota Puteri semalam, sebelum meninggal dunia awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.


Ehsan berkata, beliau sempat menghubungi Khisamudin tiga hari lalu ketika sedang mendapatkan rawatan dan memaklumkan keadaannya sedikit kritikal dan masih ditempatkan di wad hospital berkenaan.


"Ehsan adalah seorang imam yang dedikasi, dan kehilangannya sangat dirasai oleh kami.


"Dia juga meninggal pada hari ulang tahun kelahirannya iaitu 14 Ogos 1968," katanya.


Khisamudin meninggalkan seorang isteri dan tiga anak.


Kredit: Berita Harian

Khamis, 12 Ogos 2021

BONDAKU TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW..


Hari ini 2 Muharam 1443 hijriah bersamaan 11 Ogos 2021 bonda saya Hjh Tumut Binti Ikhsan telah kembali kerahmatullah pada jam 10.25 pagi kerana sakit tua (83 tahun).


Saya bagi pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua jiran sekampung yang telah menyempurnakan jenazah ibu kami dari mula sehingga selesai petang tadi di perkuburan Parit Ju, Seri Medan, Batu Pahat.









Terima kasih juga kepada sahabat dan saudara mara jauh dan dekat yang terus menitipkan doa dan Fatihah kepada bonda kami.


Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah ibu kami, Rahmatilah dia, Maafkanlah dia, Muliakanlah ia, Lapangkanlah kuburnya, jadikanlah Taman-taman syurga sebagai ganti tempat tinggalnya..


Al-Fatihah

. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞

مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ ñعَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

Jumaat, 6 Ogos 2021

DAP HANCURKAN MELAYU


DAP pandai gunakan kuasa sepenuhnya 22 bulan berkuasa... Tu baru 22 bulan.. Kalau 44  bulan.. Hilang semua Hak keistimewaan Orang Melayu..


Masih ingat lagi ke???


1)  Pecat 17 000 org kaki tangan kontrak.

2)  Hapuskan JASA, BTN, SPAD.

3)  Pindahkan asset TH 19 bilion ke sykt bawah MOF. 

4)  Wujudkan Petugas Khas utk kaji pendidikan Islam dan yg bukan islam boleh bagi  pendapat.

5)  Jual asset LTAT

6)  76% asset ladang TH dijual dan dlm   proses.

7)  Gugurkan semua dakwaan melibatkan orang mereka.

8)  Beri bantuan pada sekolah swasta dan kolej Cina yang berkiblat ke Taiwan dan guna sijil UEC.

9)  Potong peruntukan sekolah kebangsaan lebih dari RM500 juta.

10) Jual aset ladang gula Felda.

11) Jual aset strategik Khazanah.

12) Batalkan peruntukan RM2.5 bilion untuk bina sekolah di Sabah dan Sarawak 

13) Mahu hapuskan elaun kritikal dan pencen Penjawat Awam.

14) Program PLKN dibatalkan.

15) Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan kutipan lebih RM200 juta.

16) Ganti GST dgn SST yg penuh dengan ketirisan.

17) Refund cukai pada pengelak cukai.

18) Pecat 45000 orang kakitangan pencuci dan sekuriti sekolah yang melibatkan lebih 1600 sykt.

19) Program untuk kurangkan Penjawat Awam sebanyak 5%.

20) Hapuskan unit STAGG, STING, STFOC PDRM.

Banyak lagi sebenarnya, Awak fikirlah sendiri contohnya Icerd...dan lain2 lagi.

Semua Ini Melibatkan Kepentingan Melayu Dan Bumiputera. Itu Pun Masih Ada Melayu Yang Buta Mata..Buta Hati...Buta Akal.

Khamis, 5 Ogos 2021

TEH DAUN SENNA

TEH DAUN SENNA : TEH SENA: TEH DAUN SENA 



 Khasiat Teh Daun Senna:

1. Mengempiskan perut.

2. Melangsingkan badan.

3. Membuang lemak.

4. Mencuci usus/ kerak usus.

5. Mengatasi Sembelit.

6. Mengatasi Masalah Gastrik.

7. Mengelakkan Kolesterol.

8. Membuang Toksin.


Harga : SEMENANJUNG RM20 

Harga : SABAH SARAWAK RM24


Whatsap Saya:

http://www.wasap.my/+60103443880/NAKTEHSENNA


Sabtu, 31 Julai 2021

GENERASI BARU TIDAK SEGAN SILU MENCERCA PARA ULAMA

 Daripada anda mengutuk para ulama yg memberi nasihat, (lebih baik anda tanam pokok serai, cili, kangkung dapat juga manfaatnya.) Dulu zaman penjajahan kita terjaga akidah kita, kerana adanya para ulama. Jika tidak mungkin iman kita sudah hilang seperti yg dihadapi org2 Filipina dibawah penjajahan Sepanyol. 


Kutukan2 dan cercaan kalian, akan dipertanggungjawabkan..di akhirat nanti. TGHA hanya menyampaikan pesan, supaya kuasa yg ada tidak terlepas ke tangan org2 yang ingin memusnahkan masa depan kita. 


Apabila kalian telah menghina ulama, maka bala akan terus menimpa umat ini. Kalian yang menulis yang menghentam beliau ini berapa buah kitab yang kalian hasilkan berbanding Tuan Guru? Melainkan kalian hanya mengumpul ratusan makian-makian amarah dan memaparkan kebobrokan hati kalian sendiri. 


Kalian dah setaraf dengan ejen2 RBA yg dibayar gaji bulanan oleh pihak musuh2 itu.


PAS telah bertanding sepenuhnya di banyak kerusi pada PRU14, malangnya cuma dapat meraih 18 kerusi, kerana kalian terpesona dengan manifesto bukan kitab suci. Akhirnya PAS bersama kerajaan setelah PH dikhianati Tun M.


Apalah yang PAS dapat buat dengan kerusi yang sedikit itu. PAS hanya diberi jawatan yang tidak penting dan tak dapat mengubah apa2. Sedang kerusi UMNO yang lebih banyak pun terpinga2. Kalian menyalahkan PAS seolah2 PAS menang majoriti.

Isnin, 26 Julai 2021

BEZA GELANG PUTIH DENGAN GELANG PINK COVID19

Swab test ada 2 jenis …yg 1 nama dia RTK 1 lagi nama dia PCR …untuk org yg di swab, tp xpakai gelang, kebiasaannya diorang guna RTK, rapid test kit, result keluar dlm 30mnit ke sejam selepas swab

Utk swab PCR, biasanya kita tagging utk PUS & PUI, people under surveillance & people under investigation, ada kemungkinan org tu positive @ x, tp kalau dh pki gelang, mmg kena kuarantin.

Bila terbukti positive baru la upgrade gelang pink….

Beza antara RTK & PCR bergantung pd berapa lama org tu dgn exposure covid.

Ini kata anak sdra aku (Hafiz Baharuddin), semasa aku tanya beza gelang putih dgn gelang pink..._

Ahad, 18 Julai 2021

MUSNAHKAN SEL KENSER

TESTIMONI KANSER HIDUNG TELAH SEMBUH

Klik:

http://www.wasap.my/+60103443880/NakPenawarKanser

TAHNIAH TUAN ISA. SABAR MENGGUNAKAN NTDOT SEBAGAI TERAPI PENYEMBUHAN MUTLAK...


En Isa,

Lepas 100% Pulih Dari Kanser Hidung Semakin Hensem beliau ini, rambut pun makin lebat. Alhamdulillah Asbab NTDOT.

Kuasa Allah Tak ada sape yg boleh menidakkn nya...

ASBAB NTDOT KINI BEBAS KANSER PAYU DARA DAN KANSER KELENJER

Puan Sapinah dari Kahang yang dulunya ada kanser payudara dan kenser kelenjar , kini sembuh mutlak asbab amalkan md7 Ntdot Dengan Izin Allah 

Testimoni kak Miza...

👉Bebas Cancer setelah bertarung Nyawa bertahun2 lama ..

Asbab Amalkn Ntdot Sembuh Mutlak tanpa UBAT ..

Alhamdulillah..dgn Izin nya ...kita hanya berusaha allah maha penyembuh.






Hubungi saya klik:

http://www.wasap.my/+60103443880/NakPenawarKanser

Sabtu, 17 Julai 2021

USTAZ EBIT LIEW DIAM SAJA, CAPRISE YANG NAMPAK BANYAK BERCAKAP

Aku Terbaca di Facebook tentang kemelut Caprise ini. 


Lupa pulak siapa yang tulis...katanya

Kali pertama aku terdetik nk tulis pasal benda panas sebab kes ni ramai lagi gi backup Caprice. 


Buat sape yang xtau cerita sebenar n xfaham apa berlaku tentang caprice ngan Ustaz Ebit liew boleh baca kat sini. Full story diringkaskan. 


Watak dalam cerita ni


1 Redhow 

2 Ustaz ebit 

3 Caprice

4 Arif PA ebit.


Caprice ni lama dah aku xsuka tapi aku follow cerita ni siasat tengok beberapa live berjam sebab aku rasa mungkin Caprice ni baik . Cuma aku slalu sangka buruk kat dia. Tapi lepas kaji mmg betul la sangkaan aku. 


Redhow ni plajar mesir . Dia buat live ngan arif . Byk tersebar dah video dia nge arif tu. Sapa pun xtgk sampai habis mesti kata 2 org ni keras palo n sombong. 


Dia nge arif terangkan apa berlaku di sana. Sebab Caprice xpuas hati. 


Caprice mula2 sampai di Mesir mesej Ustaz Ebit Liew ajk masuk skali sebab masa tu Ustaz Ebit xmasuk lagi. Ebit liew n team 34 hari di mesir baru dapat masuk Gaza lepas 3 minggu submit nama nge bantuan Hishamuddin, TMJ nge kerajaan mesir.


Caprice sampai mesir selepas Ebit liew n team dah submit nama. Caprice terasa hati sebab ebit liew xmasuk skali nge dia xbwk dia masuk Gaza. Jadi sebab tu dia kata macam2 kat ebit liew. 


Dia kata ebit liew melutut sembah menteri mesir untuk masuk padahal ustaz ebit xbuat begitu. Dia ada contact ngan Nadir(NGO lama bantuan gaza) untuk backup dia.. 


Nadir terasa hati nge ebit liew jgk sebab ebit liew mari nk masuk palestin xjumpa dia dulu pun. 


Ebit liew masuk sendiri xjumpa dia sebab si Nadir ni kata "hanya wali je boleh masuk gaza" sambil gelak n sindir Ebit liew dalam live. Ebit liew terasa hati situ. Sebab tu Ebit Liew Xjumpa pun atau contact Nadir malah cari jalan lain nak masuk gaza.


Redhow ajak Caprice jumpa bincang sebab Redhow ni boleh contact team Ebit liew.  Caprice jumpa terus nk pukul Redhow  sahabat Redhow. Caprice kata dia bukan calang orang dan bukan orang biasa kepada Redhow.  Dia kata sebelum dia masuk Gaza lagi sijil dh siap nama dia Caprice bukan mcm orang biasa. 


Dia tunjuk gambar kat Redhow kata orang Gaza xpuas hati ebit liew ambik 2 angle masa bagi bantuan.  Dia kata orang palestine marah kat Ebit Liew. Arief tunjuk bukti xada pun org marah kat Ebit liew . Ebit liew dapat sijil tertinggi bantuan gaza. Menteri siap ucap takziah ayah ustaz ebit liew sakit.  Org Palestine sdiri pun xtau n xkenal dengan Ebit Liew.


Lepas tu Caprice maki hamun Redhow. Sebut f**k u, kat redhow ngan ebit liew lepas redhow kata "u nak beri bantuan ke nk dapat nama?". Redhow terkejut sebab dalam live bukan main alim Caprice ni . Tapi luar mmg perangai macam sial.


Team  Caprice mintak maaf kat Redhow. Perjumpaan caprice ngan redhow tidak dirakam sebab awal2 Caprice dh ambik telefon geng Redhow masa mula2 jumpa. 


Basically Caprice rasa diri dia yang terbesar , cable paling besar , semua orang mesti ikut cakap dia. Dia boleh pergi mana2 dia suka tapi dia malu sebab hanya team ebit boleh masuk gaza.. dia nak sijil mcm ebit tapi xboleh sebab dia xboleh masuk. Dia nak escort tentera kereta kebal macam ebit tapi xdapat.

 

Tak ada orang luar stakat ni boleh masuk Gaza kecuali team Ebit Liew.. Caprice tak puas hati reka macam2 cerita fitNah Ebit Liew n assistance beliau Arif PA Ebit yang tahu cerita sebenar , Arif rapat ngan Ebit , Arif tau setiap gerak geri Ebit n tindakan Ebit yang disalah tafsir oleh influencer media sosial. 


Arif tengok Ebit liew menangis kecewa bila Caprice yang amat baik ngan Ebit liew tiba2 tikam belakang. Arif juga tengok Ebit liew bersedih apabila Nadir sindir Ebit liew " hanya wali dapat masuk gaza"


Banyak lagi cerita Caprice yang Arif n Redhow xnak cerita sebab untuk menjaga aib beliau dan sekiranya live Caprice 21hb ni ada kaitan .barulah mereka buka cerita.


Tanggapan aku kat Caprice selama ini benar.. jijik aku ngan Caprice ni. Mmg penunggang agama . Rapatkan saf motto dia tapi dia memecahbelahkan segalanya.


Tapi penjilat caprice n orang yang xtengok live sampai habis mmg akan tetap sokong caprice.

Jumaat, 16 Julai 2021

MENGAPA TAKUT MENJADI YOUTUBER?



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sewaktu anda berkubu di rumah sekarang ini, usah waktu berlalu tanpa menambah ilmu. Anda boleh mendapatkan  pelbagai ilmu daripada internet. Kepada yang tidak minat membaca blog, video Youtube boleh mengajar kita pelbagai perkara. 


Yang aku nak ketengahkan kali ini, kita masih takut-takut hendak menjadi youtuber dengan pelbagai bayangan ketakutan.


Satu hal yang aku tertarik, orang Indonesia lebih terkehadapan dalam penghasilan video Youtube. Dari cerita memasak, tutorial itu ini, memancing, menceritakan keindahan desa, penceritaan hobi dan lain-lain yang berkaitan lingkungan kehidupan mereka.


Soalnya sekarang kenapa anda tidak mahu turut merebut peluang ini? Mereka juga bermula dengan kosong. Bermula dengan apa yang seadanya, guna handphone biasa-biasa sahaja. Labanan Gondrong misalnya, bermula dengan tanpa tripod, hanya ikat handphone pada batang kayu yang dipatahkan.


Kisah Viveonah  di Sabah tempoh hari membuktikan, tanpa liputan internet yang baik dan terpaksa memanjat pokok untuk upload video pun, pelajar itu kini jadi antara Youtuber yang dikenali di Malaysia.


Jadi, apa anda nak tunggu? Ayuh mulakan sekarang. Orang berjaya mencari cara, orang gagal mencipta a...l...a..

s...a....n.


Contoh Youtuber yang bermula dengan zero


Indonesia: 

https://youtube.com/c/GondrongLabanan

Dan

https://youtube.com/c/gokilabisbajindul


Malaysia:

https://youtube.com/channel/UCnoVeiS-qv_Wo7A3rQ8VdOw


Dan kini mereka menikmati pendapatan bulanan yang lumayan....


Jika waktu gawat ini anda pening nak cari side income tanpa perlu mencari downline, Youtubelah jalan keluarnya.


Syaratnya anda perlu tekun, gigih, kreatif dan cekal. Rajin menambah ilmu. Jangan risau di Youtube sendiri dah ramai Youtuber yang boleh mengajar anda dengan percuma. Pokok utamanya anda, mau atau tidak?


Hanya ingin membuka minda anda

~Chanel Mat Som Sadona

 

Rabu, 14 Julai 2021

LUAHAN HATI RAKYAT MARHAEN


 

     Aku baca berita di Harian Metro online, kematian seorang guru di Melaka yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan Pdpr. Namun kematian beliau masih dalam siasatan pihak polis.


     Selepas baca berita itu, banyak komen ditulis oleh netizen, betapa guru juga tertekan dan bermacam-macam lagi komen andaian tentang apa yang berlaku.


    Namun tiba-tiba terbaca komen Ddfazreen, yang menulis komen yang agak panjang. Namun komen itu tiada kaitan dengan peristiwa yang berlaku.


    Entah kenapa aku terpana dengan komen hamba Allah ini. 


Mari kita baca sama-sama komen Ddfazreen.


"Ini luahan hati saya..saya dah 8bln tak ada kerja tak ada pendapatan..berniaga kecil2 tutup sbb sekejap pkpb pkp pkpd..saya mkn nasi putih dan sebiji telor goreng dgn kicap saja hari2 dan minum air kosong kdg2 minum air kopi sekali saja sehari dah 8bln nak bertahan hidup berjimat janji ada mkn dan minum..saya duduk di kl ni seorg diri saja..mkn sehari sekali saja ikat perut..seblm covid19 boleh lah mkn 2 ke 3 kali sehari dgn berlauk ayam, ikan, daging dll..boleh mkn burger, pizza dan KFC lg..boleh jln2 bebas dll..sekrg ni terkurung berbulan tgk dinding saja hari2..dah naik boring..dah stress saya kes tak turun2 juga..

Hidup saya dah koyak..kdg2 jatuh juga air mata lelaki saya..sedih gila hidup sekrg ini..hidup tak seperti hidup..mati tak seperti mati..berbulan terkurung di rumah tanpa boleh berkerja sampai bila mcm ni..dah 8bln juga saya tak jumpa isteri dan anak ppuan seorg umur 7tahun di kg di sabah..isteri saya pula sakit terkena sihir..nasib baik saya dpt juga bantuan makan sikit2 melalui ngo kwn2 yg bantu dptkan boleh lah bertahan sikit2 tpi sampai bila berharap bantuan, sewa rumah, bil2 dll nak kena byr bln2..duit nak kena cari juga byr semua tu lama2 berhutang..sampai bila lah pkpd dan sewaktu dgn nya kita tak boleh berkerja, rentas daerah dan negeri..mcm ni sampai bila kita rakyat berkurung saja sampai kita rakyat mereput kah duduk di rumah..terus terang ckp emosi saya selalu terganggu tgk hari2 kes covid19 tak turun2..nasib baik kwn2 yg ada di kl ini bg saya semangat untuk terus hidup dan hadapi ujian dan dugaan ini dgn tabah serta bersabar..kdg2 mental saya down juga..nasib baik iman saya kuat lg tak bunuh diri sbb saya syg isteri dan anak saya..kdg2 saya terpaksa ambil pil tidur bila saya tak boleh tidur fikir kes covid19 yg tak turun2 ni..

Saya rindu sgt nak jumpa isteri dan anak dpt kami berkumpul semula dpt jln2 mkn sama2 seperti seblm ada covid19..minta tlong sgt2 lah pd kerajaan, PM, TPM, MKN dan KKM buat lah sesuatu untuk rakyat yg tgh susah sekrg ini..jgn sampai ramai rakyat stress yg bunuh diri dari mati kena covid19..sejak covid19 melanda malaysia, ini kali pertama saya bersuara sbb saya dah terkesan sgt2 teruk..ramai rakyat terkesan teruk skrg ni.."

Tlong ambil dgr suara rakyat..jgn pdg saja..buka mata besar2 tgk apa yg berlaku pd rakyat skrg..jgn tidur..bangun lah..buka besar2 telinga tu dgr rintihan rakyat..ramai rakyat tak ada duit dan mkn..brape ramai tak kerja, brape ramai tak mkn, brape ramai tidur dlm kelaparan dll..ini kisah hidup saya lalui sekrg ni..kisah hidup org lain mcm mana pula..sedihlah tgk negaraku MALAYSIA hari ini..dulu bkn main negaraku di mata dunia TERBILANG, GAMILANG dan CEMARLANG..sekrg apa dah jd MALAYSIA..rakyat hidup dlm tekanan..tlong lah kami.."

Bersyukurlah kepada kalian selama covid melanda ini, kalian masih memiliki segala-galanya. Ada jutaan orang di tanah air ini yang menderita, hilang kerja, hilang segala, malah ada ribuan orang yang kehilangan nyawa (sila rujuk jumlah kes kematian akibat covid 5000 dan campur bunuh diri 300).

Isnin, 12 Julai 2021

PERATURAN DAN TINGKAH LAKU KESIHATAN TAHUN 5

Assalamualaikum dan selamat Sejahtera.. Di sini Cikgu nak kongsikan bahan pdpc minggu ini:


📝Mata pelajaran: PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 KSSR SEMAKAN 


📝 Tajuk: PERATURAN TINGKAH LAKU

Mula-mula Tonton Video ini:

😍Link video pembelajaran:

https://youtu.be/08EjAyIR8eY


Tugasan: Murid-murid hanya perlu menonton video yang cikgu sediakan dan membuat nota ringkas. Salin Nota di bawah ini sahaja.




KREDIT BUAT CIKGU YAYA.

Semoga bermanfaat untuk semua 🥰

Rabu, 7 Julai 2021

CONTOH CORAK BERULANG

PILIH SATU DARIPADA BERIKUT. KAMU JUGA BOLEH EDIT IKUT KREATIVITI KAMU SENDIRI.