Selasa, 25 Mei 2021

KENAPA PALESTINE TIADA ANGKATAN TENTERA SENDIRI?

Baiklah, mari admin (AMAN PALESTINE) Berkongsi, Kenapa Palestin tiada tentera sendiri?



                 Briged Izzudin Al-Qassam


1) selepas penaklukan Palestin oleh kerajaan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1516 segala urusan ketenteraan dan pertahanan adalah tertakluk di bawah ketenteraan kerajaan  Uthmaniah. Palestin hanyalah sebuah wilayah di dalam wilayah takluk kerajaan khilafah uthmaniah.


2) pada tahun 1832, Palestin. Palestin ditakluk oleh kerajaan Mesir segala urusan pertahanan dan ketenteraan adalah di bawah urustadbir kerajaan Mesir.


3) pada tahun 1840 British masuk campur menyerahkan Palestin kembali kepada kerajaan Uthmaniyyah (Turki).

Tentera yang menjaga Palestin sekali lagi adalah dibawah urustadbir pertahanan kerajaan othmaniah.


4) pada tahun 1917 di era kejatuhan Turki othmaniah. British mengambil alih urusan tadbir pertahanan Palestin daripada Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah.


5) Pada 1917, terjadinya perjanjian balfour perjanjian di antara pimpinan zionis dunia dengan kerajaan British. Mereka menginginkan sebuah negara di bawah taklukan British untuk dijadikan sebagai sebuah negara untuk bangsa Yahudi. Pada ketika ini terdapat beberapa kumpulan bersenjata yang ditubuhkan oleh rakyat Palestin sendiri atas dasar ketidakpuasan hati terhadap perjanjian yang dikira sebagai berat sebelah.


Ini adalah balasan yang diminta Zionis Yahudi atas sokongan mereka kepada British dalam Perang Dunia kedua.


6) Pada 1920 tentera yang menjaga pertahanan Palestin masih lagi adalah tentera British.


7) pada tahun 1922 British mendapat mandat sepenuhnya daripada Liga Liga bangsa bersatu untuk menjaga Palestin dan bertanggungjawab memasukkan seberapa banyak pelarian-pelarian perang dunia kedua yang terdiri daripada bangsa Yahudi.


8) pada tahun 1936 hingga 1939 berlaku beberapa penentangan kecil daripada kalangan bangsa arab Palestin. Beberapa pertubuhan bersenjata ditubuhkan bagi menentang hasrat British untuk menjadikan wilayah di dalam Palestin sebagai sebuah negara bagi kaum bangsa Israel.


9) di antara 1920 hingga 1939 antara pertubuhan ketenteraan bagi memperjuangkan hak rakyat Palestin yang menonjol adalah sebuah kumpulan tentera yang ditubuhkan oleh ulamak daripada Syria yang bermastautin di Palestin iaitu Syeikh Izzuddin Al-Qassam.


10) Di antara 1939-45 British mula menghadkan kemasukan besar-besaran pendatang haram yahudi ke bumi Palestin  akibatnya, Bangsa Yahudi menubuhkan beberapa Kumpulan Militan Kecil mensasarkan beberapa lokasi penting tentera British dan penempatan Arab Palestin.


11) Pada tahun 1947-1949, terjadi nya perang besar antara pasukan bersenjata Yahudi-Zionis dan pejuang Arab Palestin-British mengakibatkan kemenangan Militan-militan Bangsa Yahudi yang berjaya disatukan sebagai sebuah kumpulan.


Mereka menang dan berjaya menguasai betapa kawasan baru di wilayah Palestin dan mengakibatkan ramai rakyat Palestin menjadi pelarian.


Bangsa Yahudi memanggilnya sebagai hari kemerdekaan bagi Bangsa Yahudi.


12) Pada 1949 tentera British keluar sepenuhnya daripada wilayah Palestin yang bergolak meninggalkan pasukan Pejuang dan saki baki pegawai Tenteranya yang berbangsa Arab menjaga kawasan yang masih belum ditakluk Bangsa Yahudi.


Sebahagian Tebing Barat dipindahkan urusan tadbir pertahannya kepada tentera Jordan.


Manakala Sebahagian besar Semenanjung Gaza dipindah kan urus tadbir pertahanny kepada tentera Mesir.


13) Atas kesedaran yang tinggi, pada tahun 1964 rakyat Palestin berjaya mengumpulkan semua kumpulan bersenjata di bawah satu panji Palestine Liberation Organization (PLO). ia diiktiraf oleh 100 buah negara sebagai sebuah pertubuhan ketenteraan yang berobjektif untuk membebaskan tanah Palestin dari jajahan Israel.


Objektifnya adalah untuk menubuhkan sebuah Negara Bangsa milik Arab Palestin.


Ia tidak boleh disamakan dengan sebuah pertahan sebuah negara, kerana Palestin masih bertungkus Lumus mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara. Sisi ketenteraan PLO juga tidak mampu menyamai kemampuan sebuah angkatan tentera yang berdaulat.


14) Tahun-tahun berikutnya Pada tahun-tahun berikutnya, PLO dilabel sebagai pertubuhan pengganas oleh US akibat siri serangannya ke atas Israel.


Sehinggalah pada tahun 1993, PLO mengubah pendirian, iaitu mengiktiraf Israel sebagai entiti yang sah dan menerima solusi 2 state solution.


Pada ketika ini Hamas baru sahaja 5 tahun ditubuhkan dan mendapat sokongan ramai rakyat Palestin sebagai kumpulan yang tidak menerima solusi tersebut.


15) Pada tahun yang sama, 1993, Unit ketenteraan atau pasukan bersenjata ditubuhkan oleh Hamas,


Pasukan inilah yang dinamakan sebagai Briged Izzuddin Al Qassam, bersempena dengan nama pemimpin yang menyerlah di era 1930an.


Mereka bermodalkan beberapa puluh senjata, mereka memulakan gerak kerja memerangi negara Haram Israel.


Mereka juga masih belum boleh dipanggil sebagai Tentera Palestin kerana terhad kelengkapan dan pengiktirafan.



16) PLO Ketika mana mereka mengiktiraf Israel sebagai entiti sah sebuah negara, Israel memberikan rakyat Palestin pengiktirafan untuk memiliki angkatan polis mereka sendiri.


Angkatan Polis Palestin inilah yang mungkin menyamai sebuah angkatan 'tentera'. 


Namun hanya bagi tujuan mengawal keselamatan masyarakat Palestin di Gaza dan tebing barat sahaja, mereka dilantik daripada kalangan rakyat Palestin.


Tambahan pula mengikut perjanjian perjanjian yang telah dimeterai oleh wakil pimpinan Palestin dan Israel Palestin tidak dibenarkan untuk memiliki ketenteraan mereka sendiri.


Mereka diberi kelengkapan yang cukup sebagai organisasi pegawai polis dan bukan ketenteraan. Kebanyakan pimpinan PLO akhirnya memulakan hubungan diplomatik melalui pertubuhan politik Fatah.


17) Pada tahun 2006 Hamas memutuskan untuk menyertai pilihanraya Palestin. Mereka menang dalam Pilihanraya tersebut dan dipilih rakyat Palestin untuk berkuasa sebagai sebuah kerajaan.


Berlaku kekacauan di tebing barat dan Gaza, penyokong dan pertubuhan Fatah yang menguasai angkatan polis di tebing barat dan Gaza cuba untuk menjatuhkan kerajaan baru Hamas dengan kekerasan. 


Ini kerana, seluruh dana yang selama ini didanai Amerika syarikat dan Israel tidak disalurkan kepada kerajaan baru rakyat Palestin yang diperintah Hamas. Gaji tersekat dan bekalan makanan dan keperluan lain disekat Israel.


Di tebing barat ramai pemimpin Hamas dan anggota sayap pergerakan tersebut ditangkap dan dipenjara oleh angkatan polis Palestin di tebing barat, ada juga yang mati ditembak.


18) Lain pula yang terjadi di Semenanjung Gaza, Briged Izzuddin Al Qassam sebagai Unit bersenjata Hamas dapat mengawal keadaan.


Pemberontakan Polis di Gaza berjaya dipatahkan oleh Briged Izzuddin Al Qassam dan kebanyakan mereka dipenjarakan.


Hamas terpaksa membersihkan Jabatan Polis di Gaza supaya kestabilan politik di Gaza lebih selamat.


Angka korban ke-dua dua belah pihak juga tidak boleh dielakkan.


Ini adalah kejadian yang menjadi turning point sehingga ke hari ini.


19) Selepas beberapa tahun berlalu pergolakan politik di Palestin dan krisis dalaman dapat distabilkan selepas beberapa pertemuan pimpinan Hamas dan Fatah bagi menguatkan perpaduan dalaman dalam kalangan rakyat Palestin.


Mereka menerima tragedi tersebut sebagai detik hitam dalam sejarah dalaman rakyat Palestin.


20) Sehinggalah ke hari ini, Palestin masih belum dan tidak mampu memiliki ketenteraan negara yang lengkap dan teratur serta berpusat.


Kemunculan Pasukan bersenjata yang baru juga dikawal sepenuhnya oleh Hamas di Gaza dan Fatah di Tebing Barat. Masing-masing memiliki cara untuk mengawal aktiviti persenjataan dia dua buah tempat.


Di Gaza, aktiviti ketenteraan yang berobjektif untuk membebaskan Palestin dibenarkan oleh kerajaan memerintah Hamas. Selagi mana ia tidak menghalalkan senjatanya ke arah rakyat Palestin.


Di Tebing Barat, Fatah mengambil pendekatan tidak bersenjata dalam berurusan dengan penjajah Israel sesuai dengan siri-siri perjanjian mereka dan Israel sebelum nya.


Tidak bagi Hamas yang tidak mahu mengiktiraf negara haram Israel sebagai jalan penyelesaian, mereka akan meneruskan penentangan ke atas Israel sehinggalah syarat-syarat mereka dipenuhi.


Ikuti perkembangan terkini perjuangan Palestin 🇵🇸

t.me/AMANPALESTINBERHAD


🚨Bantuan Kecemasan Al-Aqsa

CIMB: 8600460353

Maybank: 562263010787

Bank Islam: 12029010047880


Rabu, 19 Mei 2021

LIRIK LAGU: KASIH IBU BAPA NYANYIAN EL SORAYA

LIRIK LAGU

Kasih Ibu Bapa


Mari mari kita sejenak mengingat 

Kasih ibu bapa yang tiada terkira

Walaupun dirinya letih serta penat

Namun diwajahnya tetap bergembira


Cubalah bayangkan kasih ibu bapa

Yang mengasuh kita petang dan pagi (2X)

Hanya dibayangkan banyaklah yang lupa

Setelah dewasa tak terkenang lagi (2X)


Wahai orang muda janganlah lupa 

Wahai orang muda

janganlah lupa

Taatlah kepada dua ibubapa 


Jangan jangan jangan

Andakan menjadi 

Anak yang derhaka pada ibu bapa (2X)

Balasan didunia dah banyak terjadi

Berbagai derita yang datang menimpa (2X)


Bila ibu bapa telah dibawa pergi

Menuju pusara meninggalkan kita (2X)

Baginya permata tak berguna lagi

Selain doa dari anak yang tercinta (2X)


Wahai orang muda janganlah lupa

Wahai orang muda janganlah lupa

Taatlah kepada dua ibubapa


Mari mari kita sejenak mengingat 

Kasih ibu bapa yang tiada terkira (2X)

Walaupun dirinya letih serta penat

Namun diwajahnya tetap bergembira (2X)

Isnin, 17 Mei 2021

BOM ISRAHELL TAK MELETUP


Peluru besar dari Israhell hanya berpusing-pusing, dan lelaki P4lestine itu selamat. 

BENARKAH DANA NGO MALAYSIA TIDAK SAMPAI KE AL AQSA?

ISU DANA NGO MALAYSIA TIDAK SAMPAI KE AL-AQSA; SATU PENJELASAN




1. Tuduhan bahawa dana daripada NGO-NGO Malaysia tidak sampai kepada Masjid Al-Aqsa, secara umum tanpa penjelasan terperinci, adalah berniat jahat.

2. Saya yakin bahawa pihak yang melontarkan tuduhan tersebut cukup tahu dengan modus operandi NGO-NGO di Malaysia. Pertamanya, majoriti NGO-NGO ini tidak mensasarkan kutipan sumbangan ke Masjid Al-Aqsa atau Tebing Barat secara am, malah menumpukan kepada Gaza, dengan sebab-sebab yang akan saya terangkan di bawah. Keduanya, tidak ada syarat yang diletakkan mana-mana pihak bahawa sumbangan yang hendak disalurkan kepada Masjid Al-Aqsa, atau Palestin secara am perlu melalui Kementerian Wakaf yang dipertanggungjawabkan menjaga Al-Aqsa.

3. Justeru kenyataan yang lebih bijak dan diplomatik sepatutnya berbunyi, dana NGO Malaysia tidak disalurkan kepada Masjid Al-Aqsa, atau dana NGO tidak disalurkan melalui Kementerian Wakaf, sebagai galakan berbuat demikian.

4. Misalnya, kalau berlaku banjir di Kelantan atau Terengganu, kerajaan-kerajaan negeri tersebut, tidak boleh menuduh bahawa berlaku penyelewengan bantuan am semata-mata kerana sumbangan tidak disampaikan kepada mangsa melalui agensi kerajaan yang mengurus bencana. Malah, mana-mana pihak bebas menyampaikan bantuan samada melalui pihak ketiga atau terus kepada mangsa.

5. Isu Palestin adalah isu yang lama dan besar. Tetapi apabila isu tersebut signifikan hanya dengan krisis kemanusiaan dan perjuangan di Gaza, sehingga menyebabkan fokus media, solidariti  dan bantuan kewangan hanya sampai ke Gaza, maka ada pihak yang perlu menjawab, kenapa penduduk Malaysia hanya mengenali Gaza? Jawapan saya, ialah kerana pihak yang berada di Gaza, secara kolektif daripada penduduknya, kerajaannya (tanpa persoalan diiktiraf atau tidak), dan aktivisnya memainkan peranan yang sangat berkesan sehingga kemelut mereka dirasai dan dikongsi dengan masyarakat antarabangsa.

6. Tetapi tidak ramai yang mengenali kesusahan penduduk yang berada di Tanah Jajahan 1948 dan di Tebing Barat. Tidak ramai yang faham dengan proses normalisasi yang sedang giat berlaku sehinggakan sedikit demi sedikit negara luar mengiktiraf kewujudan negara haram tersebut tanpa disedari. Tidak ramai yang menyedari bagaimana demografi Kota Al-Quds berubah dengan mendadak setelah puluhan ribu penduduk asal terpaksa berhijrah akibat tidak mampu membayar cukai yang bernilai puluhan ribu ringgit setahun yang dikenakan oleh kerajaan Zionis, dipaksa merobohkan rumah dengan tangan sendiri dan dilarang dibesarkan rumah sehingga puluhan anggota tinggal di dalam ruang kecil.

7. Malah, dukacitanya masih banyak pihak yang mendabik dada bangga bahawa ziarah mereka ke Al-Aqsa sebagai pelancong membantu ekonomi penduduk kerana menginap semalam dua di hotel penduduk tempatan dan membeli cenderahati dari mereka. Kalau jahil, silakan bertanya, jangan tegakkan benang yang basah.

8. Waktu ini bukan waktu yang sesuai untuk mencari lawan. Ia waktu untuk menyusun semula saf dan memperbetulkan barisan berdepan musuh yang tidak berpecah-belah. Berbanding mencari salah dan menuding jari, lebih baik mencari jalan menyatukan faksi yang banyak di dalam barisan Palestin - yang menyebabkan pendokong kalian muak - dan bersatu tatkala ummah sedia bersatu untuk kalian. Daripada sibuk mengorek lubang baru, wujudkan gelombang bagaimana memaksa kepimpinan menghentikan kerjasama sekuriti dengan penjajah dan menoktahkan saki-baki Perjanjian Oslo dalam berdepan neo-Oslo iaitu Deal of The Century.

9. Saya telah bertemu dengan pihak yang melontar tohmah ketika berada di Malaysia dan menasihati supaya mereka mengadakan pertemuan mahabbah bersama-sama dengan NGO tempatan dan membentuk kerjasama. Pandangan yang sama juga telah saya berikan kepada pihak di kerusi sama sebelumnya, tetapi tidak ada tindakan yang diambil. Yang ada hanyalah tuduhan dan persoalan mengapa NGO-NGO Malaysia gemar bekerjasama dengan pecahan Palestin yang tidak diiktiraf, dan mengapa kerajaan Malaysia sendiri menjalinkan hubungan dengan pihak terbabit yang ‘tidak diiktiraf dunia’. Kalau pun kami terlalu kecil dan usaha kami terlalu kerdil untuk dibentuk kerjasama, paling-paling kumpulkanlah mereka yang berusaha membantu anak bangsa kalian untuk bersilatur-rahim sebagai penghargaan.

10. Malaysia mempunyai sejarah panjang membantu perjuangan rakyat Palestin, daripada kerajaan sehinggalah kepada NGO dan rakyat marhaen. Kami di PALM Strategic sendiri pernah menyiapkan kertas kerja berkaitan tajuk tersebut, sebagai tanda bangga bahawa kami merupakan sebahagian perjuangan pembebasan tanah milik ummah ini. Perjuangan ini, adalah perjuangan ummah, perjuangan milik bersama yang tidak ada tuan atau pemilik. 

11. Justeru itu, puluhan NGO bekerjasama di bawah payung Wisma Malaysia di sini untuk membantu dari segenap aspek dan sudut. Dan kami akan terus membantu penduduk Palestin di Gaza, di Masjid Al-Aqsa, atau di mana sahaja bumi yang dijajah, sama ada melalui Kementerian Wakaf, secara terus kepada penduduk atau melalui mana-mana badan yang kami yakini sebagai jalan dan jambatan menyampaikan amanah tersebut, sehinggalah Kiblat Pertama ummah kembali ke tangan kita.

Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman,
PALM Strategic Initiatives Centre, Gaza

Senarai NGO bersama :

Cinta Gaza Malaysia - CGM
MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization
Iman Care
Warga Cakna
Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd Official
Serantau Muslim
Perdana Global Peace Foundation
Dana Kita
Sedekah Subuh
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)

Selasa, 11 Mei 2021

PKP DI SELURUH NEGARA RAYA 2021 HANCUR BERKECAI

KENYATAAN MEDIA

YAB PERDANA MENTERI


Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, 

Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang 

lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam 

masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.


Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif 

dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia 

sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh 

mencetuskan suatu krisis nasional.


Kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih 

tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin 

meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian 

anggota masyarakat menuntut Kerajaan untuk mengambil tindakan yang 

lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka 

kesihatan yang lebih parah.


Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan 

yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam 

ruang yang sesak menjadi punca utama penularan COVID-19. 


Rantaian jangkitan COVID-19 hanya dapat diputuskan dengan 

menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan 

pergerakan yang lebih ketat.


Sehubungan itu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai 

Pengurusan COVID-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat 

keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di 

SELURUH NEGARA seperti berikut:


1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan

kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan 

pasangan jarak jauh;


2. Melarang SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri￾kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat 

dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta 

majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta. 


Sebarang bentuk seminar, 

persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak 

dibenarkan. 


Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah 

kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama 

Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara 

bagi orang bukan Islam;


3. Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan 

rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal 

dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal;


4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada

pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.


Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan

beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan 

kerja ibu bapa atau penjaga;


5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing

dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu. 

Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa 

barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung 

kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran 

kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam 

pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan 

mematuhi SOP yang telah ditetapkan.


6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. 

Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah 

dibenarkan; 


7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah 

(BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan 

pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh 

garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari 

semasa ke semasa; dan


8. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari 

Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN. 


9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan 

kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau 

yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada

1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat 

fardu lima waktu dan solat Jumaat.

10.


Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan 

diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan 

oleh Kementerian Perpaduan;


11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di 

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan 

aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 

6 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan 

Pertahanan pada 8 Mei 2021.

Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain

bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.


Sepanjang tempoh ini, semua SEKTOR EKONOMI DIBENARKAN untuk 

beroperasi.

SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam 

Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kerajaan akan terus menggunakan sistem HIDE untuk memantau premis 

dan kawasan hotspot COVID-19 serta mengambil tindakan susulan 

seperti yang telah diputuskan.

Saya berharap semua rakyat terus berdisiplin dan mematuhi SOP bagi 

memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Yang terbaik ialah duduk di 

rumah atau stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk

jangkitan COVID-19.

Kita telah berjaya melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 dalam 

gelombang pertama dan kedua penularan wabak ini. 


Saya ingin 

mengingatkan gelombang ketiga yang sedang kita hadapi ini lebih ganas 

dan kritikal. Kita masih belum menang.

Hadapilah gelombang ketiga ini dengan penuh disiplin. Hanya diri kita 

yang boleh jaga nyawa kita sendiri selain ketentuan Ilahi. Duduklah di 

rumah jika tiada perkara penting yang perlu diurus. 


Wabak ini menjadi lemah dan tewas jika kita mengamalkan disiplin kendiri 

yang tinggi. Disiplin kendiri ini bukanlah sukar untuk dilaksanakan. 

Elakkan tempat yang sesak, jaga penjarakan fizikal, sentiasa memakai 

pelitup muka di tempat awam dan bersihkan tangan anda pada setiap 

masa di samping mengamalkan kebersihan kendiri yang baik.


Insya-Allah, dengan pertolongan Allah s.w.t. kita akan berjaya 

menewaskan virus COVID-19.


TAN SRI DATO’HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

PERDANA MENTERI MALAYSIA

10 MEI 2021

Selasa, 4 Mei 2021

PKP DI ENAM DAERAH DI SELANGOR




*Datuk Ismail Sabri*


*Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor*


• Setelah meneliti pembentangan Kerajaan Selangor serta

merujuk kepada KKM dan data HIDE, Majlis Keselamatan 

Negara (MKN) bersetuju untuk melaksanakan PKP ke atas 6

daripada 9 daerah berikut:


o Hulu Langat

o Petaling

o Gombak

o Klang

o Kuala Langat

o Sepang


• PKP bagi daerah yang terlibat akan mula berkuat kuasa pada 

6 Mei sehingga 17 Mei 2021. 


• Manakala 3 lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam 

dan Hulu Selangor masih berada di bawah PKP Bersyarat

(PKPB). 


• Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira peningkatan 

mendadak kes positif COVID-19 dan bagi memutuskan 

rantaian jangkitan COVID-19. 


Negeri Selangor telah 

mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi sejak 20 April 

sehingga 4 Mei 2021


• Dengan itu, pergerakan merentas negeri dan daerah dalam 

enam daerah ini adalah tidak dibenarkan sama sekali, 

KECUALI atas urusan kecemasan. 


• Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan 

kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 

malam sahaja.


• Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi

juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 

malam. 


• Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 

10.00 malam, bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya 

dibenarkan beroperasi 24 jam. 


• Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh 

beroperasi seperti biasa.


• Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar 

minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 

petang.


• Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi 

mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk 

meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah 

tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak 

Berkuasa Tempatan (PBT). 


• Bagi mengetahui SOP lanjut berhubung PKP di 6 daerah ini, 

anda boleh mengakses laman sesawang MKN di 

http://www.mkn.gov.my.

SOP Hari Raya Aidilfitri


• MKN turut meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam

(JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka akan 

disambut pada 13 Mei 2021.


• Bagi Takbir Raya di Masjid/Surau, ianya dibenarkan di 

kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak 

berkuasa agama negeri. Namun begitu, bagi kawasan PKPD, 

ianya TIDAK DIBENARKAN. 


• Walaubagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah

adalah TIDAK DIBENARKAN di semua kawasan. 


• Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, Solat Sunat Hari Raya 

dibenarkan berlangsung di Masjid/Surau, namun dengan 

jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan 

kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama 

negeri.


• Solat Sunat Hari Raya di masjid/surau TIDAK DIBENARKAN di kawasan PKPD


• MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas 

Solat Hari Raya di Masjid/Surau, rumah terbuka hari raya, 

ziarah tanah perkuburan adalah tidak dibenarkan di kawasan 

PKP dan PKPD.


• Bagi kawasan PKPB dan PKPP, Jamuan Selepas Solat Hari 

Raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak 

berkuasa agama negeri. 


Jawatankuasa Masjid/Surau 

digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan 

diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.


• Ziarah Hari Raya bagi PKP adalah dibenarkan pada 1 SYAWAL 

SAHAJA dengan kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 

orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan 

penjarakan fizikal. 


• Ziarah Hari Raya bagi PKPB dan PKPP adalah dibenarkan pada 

1 sehingga 3 SYAWAL SAHAJA. Namun begitu bagi kawasan 

PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.


• Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan

dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.


• Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah 

digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, 

menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku 

bagi mencatatkan nama dan no. telefon tetamu. 


• Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP 

dengan syarat had tidak melebihi 6 orang bagi satu lot/petak 

kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.


• Walaubagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP 

dan PKPD adalah tidak dibenarkan.


• Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari 

Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli 

keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna 

mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada 

rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.


• Penganjuran sebarang majlis/ rumah terbuka hari raya bagi 

semua kawasan adalah tidak dibenarkan.


MySejahtera

• Bagi memperkasakan lagi sistem HIDE, Kerajaan telah 

membuat keputusan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi

MySejahtera di semua tempat awam, premis perniagaan, 

pejabat, masjid dan rumah-rumah ibadat. Semua premis juga 

diwajibkan untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera.


• Pengecualian diberikan bagi kawasan-kawasan yang tidak 

mempunyai capaian internet khususnya di kawasan 

kampung dan pedalaman.


Gelembung Pelancongan Bersasar

Kerajaan juga membuat keputusan untuk MENGGANTUNG 

KEBENARAN rentas negeri melalui Gelembung Pelancongan 

Bersasar (Green Travel Bubble) ke kawasan PKPP ke PKPP bagi 

tujuan pelancongan menggunakan agensi pelancongan 

berkuat kuasa serta-merta.

 

Hari Raya Kian Menghampiri

Kita sudah berada di sepuluh Ramadan terakhir. Syukur tahun ini kita masih diberi waktu oleh Allah untuk beribadah di bulan yang amat mulia dan penuh barakah ini.

Perasaan bercampur baur, apabila bercerita tentang sambutan Syawal yang bakal disambut. 

Tahun lepas, kita ingatkan tahun 2021 ini, dunia sudah kembali normal, rupa-rupanya dunia semakin kalut. Kes covid bukan semakin lenyap, tetapi semakin mencengkam. 

Berbilion umat manusia kini merasai keperitannya. Ada jutaan kisah sedih, kehilangan orang-orang tersayang, terpisah antara antara sempadan negeri, malah negara, bahkan ada yang terpisah antara benua. 

Di Malaysia sahaja semalam 18 jiwa telah kembali kepada penciptanya,ahli keluarga menangisi pemergian mereka itu.
Dunia ini sudah terlalu tua. Dunia ini sudah sakit. Teringat lirik lagu Al Jawaheer yang dicipta oleh M. Nasir 

Dunia semakin tua, semakin indah 
Dunia semakin tua, semakin mewah 

Kini aku rasakan lirik itu perlu ditukar

Dunia semakin tua, semakin parah 
Dunia semakin tua, semakin musnah

Inilah saja bebelan aku pagi ini. Majlis perkahwinan di pihak lelaki pun telah dirancang pada Raya Ketiga, tetapi aku sendiri pun tidak pasti dapat hadir meraikan anak sulongku di tempat besan aku. Semoga Allah memudahkan urusan besanku dan majlis berjalan lancar.

Aku telah mewakilkan anak-anak saudaraku di Kuala Lumpur, untuk menjadi wakil pihak aku, kerana mereka pun tidak dibenarkan balik ke kampung.