Selasa, 4 Mei 2021

PKP DI ENAM DAERAH DI SELANGOR




*Datuk Ismail Sabri*


*Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor*


• Setelah meneliti pembentangan Kerajaan Selangor serta

merujuk kepada KKM dan data HIDE, Majlis Keselamatan 

Negara (MKN) bersetuju untuk melaksanakan PKP ke atas 6

daripada 9 daerah berikut:


o Hulu Langat

o Petaling

o Gombak

o Klang

o Kuala Langat

o Sepang


• PKP bagi daerah yang terlibat akan mula berkuat kuasa pada 

6 Mei sehingga 17 Mei 2021. 


• Manakala 3 lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam 

dan Hulu Selangor masih berada di bawah PKP Bersyarat

(PKPB). 


• Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira peningkatan 

mendadak kes positif COVID-19 dan bagi memutuskan 

rantaian jangkitan COVID-19. 


Negeri Selangor telah 

mencatatkan jumlah kes harian yang tinggi sejak 20 April 

sehingga 4 Mei 2021


• Dengan itu, pergerakan merentas negeri dan daerah dalam 

enam daerah ini adalah tidak dibenarkan sama sekali, 

KECUALI atas urusan kecemasan. 


• Premis makanan seperti restoran, food truck, penjaja dan 

kiosk dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 12.00 

malam sahaja.


• Kedai runcit, serbaneka dan keperluan harian serta farmasi

juga dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 10.00 

malam. 


• Stesen minyak dibenarkan beroperasi dari 6.00 pagi sehingga 

10.00 malam, bagaimanapun stesen minyak di lebuhraya 

dibenarkan beroperasi 24 jam. 


• Selain itu, hospital, klinik dan makmal perubatan boleh 

beroperasi seperti biasa.


• Untuk operasi pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar 

minggu dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 

petang.


• Bazar ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi 

mengikut SOP ketat. Walau bagaimanapun, keputusan untuk 

meneruskan ataupun menutup operasi bazar adalah 

tertakluk di bawah kuasa Kerajaan Negeri melalui Pihak 

Berkuasa Tempatan (PBT). 


• Bagi mengetahui SOP lanjut berhubung PKP di 6 daerah ini, 

anda boleh mengakses laman sesawang MKN di 

http://www.mkn.gov.my.

SOP Hari Raya Aidilfitri


• MKN turut meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam

(JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka akan 

disambut pada 13 Mei 2021.


• Bagi Takbir Raya di Masjid/Surau, ianya dibenarkan di 

kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak 

berkuasa agama negeri. Namun begitu, bagi kawasan PKPD, 

ianya TIDAK DIBENARKAN. 


• Walaubagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah

adalah TIDAK DIBENARKAN di semua kawasan. 


• Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, Solat Sunat Hari Raya 

dibenarkan berlangsung di Masjid/Surau, namun dengan 

jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan 

kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama 

negeri.


• Solat Sunat Hari Raya di masjid/surau TIDAK DIBENARKAN di kawasan PKPD


• MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas 

Solat Hari Raya di Masjid/Surau, rumah terbuka hari raya, 

ziarah tanah perkuburan adalah tidak dibenarkan di kawasan 

PKP dan PKPD.


• Bagi kawasan PKPB dan PKPP, Jamuan Selepas Solat Hari 

Raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak 

berkuasa agama negeri. 


Jawatankuasa Masjid/Surau 

digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan 

diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.


• Ziarah Hari Raya bagi PKP adalah dibenarkan pada 1 SYAWAL 

SAHAJA dengan kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 

orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan 

penjarakan fizikal. 


• Ziarah Hari Raya bagi PKPB dan PKPP adalah dibenarkan pada 

1 sehingga 3 SYAWAL SAHAJA. Namun begitu bagi kawasan 

PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.


• Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan

dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.


• Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah 

digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, 

menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku 

bagi mencatatkan nama dan no. telefon tetamu. 


• Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP 

dengan syarat had tidak melebihi 6 orang bagi satu lot/petak 

kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.


• Walaubagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP 

dan PKPD adalah tidak dibenarkan.


• Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari 

Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli 

keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna 

mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada 

rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.


• Penganjuran sebarang majlis/ rumah terbuka hari raya bagi 

semua kawasan adalah tidak dibenarkan.


MySejahtera

• Bagi memperkasakan lagi sistem HIDE, Kerajaan telah 

membuat keputusan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi

MySejahtera di semua tempat awam, premis perniagaan, 

pejabat, masjid dan rumah-rumah ibadat. Semua premis juga 

diwajibkan untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera.


• Pengecualian diberikan bagi kawasan-kawasan yang tidak 

mempunyai capaian internet khususnya di kawasan 

kampung dan pedalaman.


Gelembung Pelancongan Bersasar

Kerajaan juga membuat keputusan untuk MENGGANTUNG 

KEBENARAN rentas negeri melalui Gelembung Pelancongan 

Bersasar (Green Travel Bubble) ke kawasan PKPP ke PKPP bagi 

tujuan pelancongan menggunakan agensi pelancongan 

berkuat kuasa serta-merta.

 

Tiada ulasan: