Selasa, 4 Mei 2021

Hari Raya Kian Menghampiri

Kita sudah berada di sepuluh Ramadan terakhir. Syukur tahun ini kita masih diberi waktu oleh Allah untuk beribadah di bulan yang amat mulia dan penuh barakah ini.

Perasaan bercampur baur, apabila bercerita tentang sambutan Syawal yang bakal disambut. 

Tahun lepas, kita ingatkan tahun 2021 ini, dunia sudah kembali normal, rupa-rupanya dunia semakin kalut. Kes covid bukan semakin lenyap, tetapi semakin mencengkam. 

Berbilion umat manusia kini merasai keperitannya. Ada jutaan kisah sedih, kehilangan orang-orang tersayang, terpisah antara antara sempadan negeri, malah negara, bahkan ada yang terpisah antara benua. 

Di Malaysia sahaja semalam 18 jiwa telah kembali kepada penciptanya,ahli keluarga menangisi pemergian mereka itu.
Dunia ini sudah terlalu tua. Dunia ini sudah sakit. Teringat lirik lagu Al Jawaheer yang dicipta oleh M. Nasir 

Dunia semakin tua, semakin indah 
Dunia semakin tua, semakin mewah 

Kini aku rasakan lirik itu perlu ditukar

Dunia semakin tua, semakin parah 
Dunia semakin tua, semakin musnah

Inilah saja bebelan aku pagi ini. Majlis perkahwinan di pihak lelaki pun telah dirancang pada Raya Ketiga, tetapi aku sendiri pun tidak pasti dapat hadir meraikan anak sulongku di tempat besan aku. Semoga Allah memudahkan urusan besanku dan majlis berjalan lancar.

Aku telah mewakilkan anak-anak saudaraku di Kuala Lumpur, untuk menjadi wakil pihak aku, kerana mereka pun tidak dibenarkan balik ke kampung. 

Tiada ulasan: