Selasa, 11 Mei 2021

PKP DI SELURUH NEGARA RAYA 2021 HANCUR BERKECAI

KENYATAAN MEDIA

YAB PERDANA MENTERI


Berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat, 

Kerajaan telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang 

lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam 

masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak.


Dengan jumlah kes harian melebihi 4,000 kes dan 37,396 kes aktif 

dengan 1,700 kes kematian dilaporkan setakat 10 Mei 2021, Malaysia 

sedang berhadapan dengan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh 

mencetuskan suatu krisis nasional.


Kewujudan varian-varian baharu dengan kadar jangkitan yang lebih 

tinggi, kekangan ke atas kapasiti sistem kesihatan awam yang semakin 

meruncing dan kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian 

anggota masyarakat menuntut Kerajaan untuk mengambil tindakan yang 

lebih drastik bagi mengelakkan negara terjerumus ke dalam malapetaka 

kesihatan yang lebih parah.


Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan 

yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam 

ruang yang sesak menjadi punca utama penularan COVID-19. 


Rantaian jangkitan COVID-19 hanya dapat diputuskan dengan 

menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan 

pergerakan yang lebih ketat.


Sehubungan itu, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai 

Pengurusan COVID-19 yang saya pengerusikan hari ini telah membuat 

keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di 

SELURUH NEGARA seperti berikut:


1. Larangan rentas daerah dan rentas negeri kecuali untuk tujuan

kecemasan, kesihatan, bekerja, ekonomi, temu janji vaksinasi dan 

pasangan jarak jauh;


2. Melarang SEMUA bentuk perhimpunan sosial termasuk kenduri￾kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, majlis doa selamat 

dan tahlil, majlis makan malam, majlis sambutan hari jadi serta 

majlis-majlis rasmi kerajaan dan swasta. 


Sebarang bentuk seminar, 

persidangan dan mesyuarat secara bersemuka adalah tidak 

dibenarkan. 


Majlis akad nikah adalah dibenarkan dengan jumlah 

kehadiran dan SOP yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama 

Islam negeri bagi orang Islam dan Jabatan Pendaftaran Negara 

bagi orang bukan Islam;


3. Melarang semua aktiviti sukan dan rekreasi kecuali sukan dan 

rekreasi individu di kawasan terbuka seperti jogging, berbasikal 

dan senaman dengan mengamalkan penjarakan fizikal;


4. Semua institusi pendidikan ditutup. Pengecualian diberikan kepada

pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan antarabangsa.


Pusat Asuhan Kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan

beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan bagi membantu urusan 

kerja ibu bapa atau penjaga;


5. Bilangan orang di dalam kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing

dihadkan kepada TIGA ORANG SAHAJA termasuk pemandu. 

Bilangan orang yang dibenarkan di dalam kenderaan membawa 

barangan serta rantaian aktiviti ekonomi/industri adalah bergantung 

kepada jumlah yang dibenarkan dalam lesen pendaftaran 

kenderaan perdagangan. Bilangan orang yang dibenarkan di dalam 

pengangkutan awam mestilah mematuhi penjarakan fizikal dan 

mematuhi SOP yang telah ditetapkan.


6. Dine-in di restoran dan kedai makan adalah TIDAK DIBENARKAN. 

Penjualan makanan secara pandu lalu dan take-away adalah 

dibenarkan; 


7. Majikan DIWAJIBKAN melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah 

(BDR) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratus kakitangan 

pengurusan pada setiap masa. BDR sektor awam ditentukan oleh 

garis panduan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dari 

semasa ke semasa; dan


8. Ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari 

Raya Aidilfitri adalah TIDAK DIBENARKAN. 


9. Solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan 

kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau 

yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada

1,000 jemaah. Had bilangan jemaah yang sama terpakai bagi solat 

fardu lima waktu dan solat Jumaat.

10.


Operasi Rumah Ibadah Bukan Islam juga akan 

diperketatkan. SOP bagi Rumah Ibadah Bukan Islam ditetapkan 

oleh Kementerian Perpaduan;


11. Langkah-langkah khusus yang sedang dilaksanakan di 

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diteruskan.

Tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan 

aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 

6 Jun 2021 seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Kanan 

Pertahanan pada 8 Mei 2021.

Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain

bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.


Sepanjang tempoh ini, semua SEKTOR EKONOMI DIBENARKAN untuk 

beroperasi.

SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam 

Perintah Kawalan Pergerakan ini akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Kerajaan akan terus menggunakan sistem HIDE untuk memantau premis 

dan kawasan hotspot COVID-19 serta mengambil tindakan susulan 

seperti yang telah diputuskan.

Saya berharap semua rakyat terus berdisiplin dan mematuhi SOP bagi 

memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Yang terbaik ialah duduk di 

rumah atau stay at home untuk bersama-sama melandaikan lengkuk

jangkitan COVID-19.

Kita telah berjaya melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 dalam 

gelombang pertama dan kedua penularan wabak ini. 


Saya ingin 

mengingatkan gelombang ketiga yang sedang kita hadapi ini lebih ganas 

dan kritikal. Kita masih belum menang.

Hadapilah gelombang ketiga ini dengan penuh disiplin. Hanya diri kita 

yang boleh jaga nyawa kita sendiri selain ketentuan Ilahi. Duduklah di 

rumah jika tiada perkara penting yang perlu diurus. 


Wabak ini menjadi lemah dan tewas jika kita mengamalkan disiplin kendiri 

yang tinggi. Disiplin kendiri ini bukanlah sukar untuk dilaksanakan. 

Elakkan tempat yang sesak, jaga penjarakan fizikal, sentiasa memakai 

pelitup muka di tempat awam dan bersihkan tangan anda pada setiap 

masa di samping mengamalkan kebersihan kendiri yang baik.


Insya-Allah, dengan pertolongan Allah s.w.t. kita akan berjaya 

menewaskan virus COVID-19.


TAN SRI DATO’HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

PERDANA MENTERI MALAYSIA

10 MEI 2021

Tiada ulasan: