Isnin, 27 Februari 2023

DITIPU SCAMMER RM1 JUTA? CARA ELAK JADI MANGSA

Aku entah macamana terpandang komen Facebook En Hamidon Ali Hassan dalam Facebook berita online. Biasa orang komen pendek dan sesetengahnya melawak. Tapi apabila terpandang komen En Hamidon ini aku cuba baca dua kali dan fahami. Sebab beliau sudah bertugas 40 tahun di salah satu bank negara kita ini.

Mangsa Scammer Hari ini

Maaf En Hamidon, saya muatkan idea tuan ke blog saya ini agar memberi manfaat dan kesedaran kepada lebih ramai orang.

En Hamidon Ali menulis komen Facebook itu begini........

Salam sejahtera buat semua. Izinkan saya memberikan sedikit penjelasan mengenai kes scammer dan berkongsi sedikit pengalaman saya yg telah berkhidmat bersama bank tempatan selama hampir 40 tahun.

Maaf, ianya agak panjang lebar, namun ianya agak berguna untuk kita semua sebagai pemegang akaun. 

Kebanyakan pengeluaran wang melalui 2 cara:

1. Pengeluaran tunai melalui kuanter bank 

2.  Pengeluaran tanpa tunai melalui On line Banking atau Pindahan melalui mesin ATM .

Sekiranya pengeluaran tunai melalui kuanter ... selalunya pihak bank akan bertanya ... "Mengapa pengeluaran di buat secara tunai begitu banyak?" Itu yg kekadang pelanggan berasa kurang senang bila ditanya begitu. "Sibuk pasal org punya hal", (ditakuti ada scammer yang turut bersama pelanggan semasa pengeluaran dibuat..mungkin tengah tunggu di dalam kereta dan sebagainya, dengan cara pukau dan sebagainya).

Harus diingat dengan teknologi masakini..pengeluaran secara tunai hanya dibenarkan setelah proses biometrik kad pengenalan, kes penipuan serupa ini kurang popular.

Kedua melalui pindahan di mesin ATM ... dimana pelanggan akan di minta oleh scammer utk memindahkan wang ke akaun lain, baik bank yg sama atau bank lain. Walau bagaimanapun had pindahan ini amat terhad ... mengikut had pengeluaran tunai yg diminta oleh pelanggan selalunya RM1k ... RM3K..RM5K dan semaksimun RM 10K.

Manakala had pindahan semaksimun ialah 30k..dan ianya memerlukan pin pelanggan. Manakala pindahan melalui on line banking adalah selalunya sebanyak 50k ... dan iannya amat popular. Malah dalam kes terbaru di akhbar di atas sampai RM500K dan ditransfer 2 kali hanya dalam beberapa minit!

Pertamanya pelanggan mesti mempunyai dan mendaftar terlebih dahulu on line banking. Namun perlu diingat ... setiap transaksi ... ianya memerlukan OTP ... ataupun TAC. Yang merupakan password tambahan yang dihantar ke talipon pelanggan yang nombor tel berdaftar. bermaksud hanya pelanggan saja hanya menerima nombor OTP atau TAC ni.

Dengan lain perkataan, hanya tuan punya badan saja yg mengetahui transaksi tersebut, jadi tidak timbul ada kakitangan bank yg turut serta dalam prosess scammer ini.

Banyak risalah risalah telah pun dikeluarkan oleh pihak bank..malahan pihak PDRM juga sama sama cuba membantu pelanggan pelanggan namun mungkin dah sikap kita ... tidak mengendahkan malahan langsung tidak membaca risalah tersebut .. Oleh itu saya suka mengingatkan sekali lagi bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer.

Pihak PDRM juga sama-sama cuba membantu orang awam, namun mungkin dah sikap kita, tidak mengendahkan malahan langsung tidak membaca risalah tersebut. Oleh itu, saya suka mengingatkan sekali lagi bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer ini ... tolonglah!!!


Pertama JANGAN SESEKALI BERKONGSI NOMBOR PIN KAD ATM !!!

Kedua ... JANGAN BERKONGSI NOMBOR TAC atau OTP APABILA BERURUSNIAGA MELALUI ON LINE BANKING !!!


Scammer akan membuat panggilan secara RAWAK, yg kononnya panggilan dari pihak 

KASTAM..PDRM..MAHKAMAH..AGEN 

PENGHANTARAN BUNGKUSAN ..SPRM.dan sebagainya..oleh itu tolong jangan PANIK ... fikirkan yang NEGATIVE ... terlebih dahulu ... berbincang dengan orang kepercayaan terutama dalam keluarga dan perlu diingatkan ..Kalau kita tidak pernah melakukan kesalahan ..mengapa kita perlu takut..jikalau panggilan tersebut dari PDRM ke SPRM ke KASTAM ke . maupun dari pihak MAHKAMAH ... Saya harap perkongsian ini dapat kita bertukar fikiran bagi menghapuskan penipuan sebegini .... kita buka untuk berdiskusi ... 

Terima kasih seadanya.

Jumaat, 24 Februari 2023

16 NASIHAT TIP MENUNAIKAN UMRAH



Seorang sahabat aku bertanya dalam group Whatsap, Sdra M.

Katanya : "Lagi satu tolong Bagi 10 nasihat untuk buat umrah, Bini Aku nak pergi minggu depan."

"Fasal MSS sebut nama aku, maka aku kongsikan juga"

Cikgu Arifin senaraikan 10 Tip Itu :

1. Mula niat apa tujuan kesana 

2. Mula beramal dari sekarang... solat sunat taubat, hajat, tahajud, witir dll

3. Banyakkan zikir Rabbi Yassir...., istifar, solawat dll

3. Banyakkan tawaf sunat kurangkan tawaf kidai๐Ÿ˜€

4. Semua yg berlaku fikir positif

5. Kalau tukar duit kat sana hati-hati pasti ada pemerhati. Jangan tunjuk banyak duit๐Ÿ˜Š

6. Nak sedekah sedia duit kecik awal

7. Nak makan roti canai kuah kena beli

8. Nasi arab oder satu boleh makan berdua.

9. Kalau nak makan free ada je orang infak di kawasan kedai makan

10. IC, lesen, barang kemas tak payah bawak.


Aku balas whatsap itu,

TERBAIK, SGT LENGKAP Tn Hj Arifin Sapawi

Di bawah Ini Aku tambah lagi 6 perkara. Semua jadi 16 perkara:๐Ÿคฉ

11. Eloknya pakailah Mask, kerana kebyakan yg balik ni batuk2 (Antara sebabnya memang majoriti dah tak nak pakai mask)  Tp kalau dah kawan bilik pun batuk, tak dpt buat apa. Di tempat makan pun terdedah juga 

12. Minumlah sepuas-puasnya Air Zam2, kerana sekarang nak bawak balik agak mustahil ..jgn berani2 seludup...kena denda nangis nanti.

13. Simkad carilah yg murah, jgn terbeli yg harga lebih SA 60 Rial. Hari tu aku beli SA58 Rial dpt 15GB saja...siap boleh upload byk video...cukup 12 hari. Isteri aku guna 1GB je ..yg lain derma kpd syarikat Telco...jgn bazir beli sampai 120 rial...beli jgn di kedai runcit. Cari ofis Syarikat tu boleh google..apa nama syarikat Mobily gitu lah...Di Madinah ada Ofis dan kedainya 

14. Kedai dobi mahal juga. Satu kilo 20 -30 rial. Kalau baju perempuan biasa 2-3 kilo. Elok pandai2 lah nak jimat mcmana...basuh dlm bilik pun mcm tak praktikal. 

15. AWAS SCAMMER DI KELILING KAABAH, konon nak tolong cium Hajar Aswad.

16. Scammer yang konon nak pinjamkan gunting masa Saei. Elok bawa sendiri gunting, Dan Scammer ambik gambar di Jabal Rahmah. Tp ni Jabal Rahmah ditutup..tgok dari tembok je.

17. Subuh pagi Jumaat kalau imam bawa surah AsSajadah jangan lupa sujud tilawah. Takut nanti rukuk dua kali ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ (Hj Arifin Sapawi tambah)

18. Bagi lelaki pergi solat Jumaat elok pergi paling lambat pkl 9.00, sebab kalau pergi pkl 10.00 pagi, pintu akan ditutup. Anda akan solat di luar, ok juga tapi tak berapa selesa.

19. Lispglos lipstik anti bibir kecut..

Ini saja, jika anda ada idea lagi, tulis di komen di bawah. Pengalaman orang lain-lain. Semoga ia akan memberi kebaikan kepada yang ingin menunaikan umrah buat pertama kalinya.



Ahad, 19 Februari 2023

DUA MARHALAH BERSAMAAN 81 KM


 
2 MARHALAH = 81 KM

Penceritatv En Azrul bertemu Timbalan Mufti Perak dan memberitahu viewer bahawa 2 marhalah bersamaan 81 km.

Sebelum ini kita difahamkan, 2 marhalah bersamaan 90 km. Ini merupakan makluman yang terkini. 

"Dah dibuat kajian" Terdengar Timbalan Mufti Perak bercakap dengan Tiktoker tersohor juga seorang wartawan Berita Harian, En Azrul

Isnin, 6 Februari 2023

PENYELEWENGAN DR MAZA TENTANG HADITH

https://youtu.be/TLXpy1DBOxk
Klik Videonya

Penyelewengan Muhammad Asri Zainul Abidin Mengenai Hadis Penilaian kritis oleh Shaykh Gibril Fouad Haddad terhadap buku kecil setebal 50 halaman bertajuk " Impak Negatif Hadith Rekaan Terhadap Imej Islam "yang dikarang dan diterbitkan pada 2019 oleh Mufti Perlis Muhammad Asri Zainul Abidin, yang menganut pandangan batil tentang beberapa isu Islam termasuk Usul al - Hadith ( Prinsip Hadis ) .

Penilaian ini mendedahkan metodologi yang diikuti oleh Asri . Beberapa cirinya ialah :
 

1. Penyederhanaan yang berlebihan terhadap subjek yang nampaknya bertujuan untuk mengelirukan orang ramai . 


2. Meniru secara semberono terhadap penulis - penulis kontemporari yang memburukkan nama sendiri dalam kejahilan yang disengajakan terhadap sumber - sumber yang diiktiraf Ahlus Sunna wal - Jamaah . 


3. Kurang istiqra ' ( tiada pengetahuan yang menyeluruh tentang sumber - sumber ) mengenai disiplin Hadis , perawi - perawinya dan karya - karya rujukan , dan pendirian mereka dalam isu - isu tersebut .


4. Memperomosikan mazhab yang tidak asli dan ulama sesat dengan melawan arus dari pihak berkuasa arus perdana dan Mazhab Sunni. 


5. Melemahkan umat Islam di Asia Tenggara dengan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan melalui perkara sebelum ini khususnya , yang memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada ateis , penyebar agama lain , liberal dan lain - lain dengan doktrin Wahabi .  


6. Pendokumentasian sebahagian dan tidak lengkap perbincangan mengenai periwayatan palsu , sama ada dengan pilihan yang disengajakan atau kerana kejahilan sebenar tentang disiplin hadith . 


7. Kesalahfahaman yang berulang dari sumber yang dipetik , sama ada dengan mendakwa bertentangan dengan apa yang sebenarnya dinyatakan oleh sumber itu , atau dengan memetik secara terpilih dan mengabaikan apa sahaja yang tidak menyokong dakwaannya . 



8. Serangan yang membuta tuli terhadap hadith Musalsal yang telah diamalkan dan diriwayatkan oleh para ulama sejak zaman Sahabat Nabi SAW.



9. Menunjukkan tapisan luaran yang ketat tentang riwayat palsu untuk menyamarkan kelonggaran yang tidak dapat dimaafkan dalam prinsip Hadis dan amaturisme .


Analisis ini ditujukan sebagai amaran kepada masyarakat awam untuk mengingati akan amaran Nabi bahawa, 

Perkara ini adalah perjalanan iman, maka perhatikan baik-baik dari siapa kamu mengambil perjalanan Iman kamu

Artikel:
Dipetik daripada Youtube tersebut.

Jumaat, 3 Februari 2023

PERJALANAN UMRAH DAN ZIARAH DI BUMI BARAKAH


 

UCAPAN TUAN RUMAH ATAS KUNJUNGAN KUMPULAN MARHABAN SETAMAN/SEKAMPUNG




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW.


Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan-tuan/Puan-puan/Saudara/saudari daripada kumpulan Marhaban____________ yang diketuai oleh__________kerana sudi datang berziarah ke rumah kami. Kedatangan Tuan-puan semua sangat2 kami hargai, dan ia amalan sunah yang amat dituntut dalam Islam.


Seterusnya kami memohon maaf seandainya sepanjang tahun ini ada ahli keluarga kami telah melakukan kesilapan tutur kata, perbuatan dan sebagainya , maklumlah anak-anak kami tengah meningkat remaja. Atau mungkin juga saya dan isteri yang terlanjur bicara dan perbuatan yang mungkin mengguris hati Tuan puan sebagai jiran setaman/sekampung.


Akhir sekali, saya juga memohon maaf , kerana hanya hidangan ini sahaja yang sempat kami sediakan. Sebabnya kami bab masak-memasak ni memang agak kurang pakar. Kalau untuk makan sendiri bolehlah...(tetamu akan kata.. "Sedap sangat tu....)


Semoga pada tahun hadapan, kita akan dapat mengadakan marhaban lagi di kawasan kita ini, kerana ia dapat mengeratkan ukhuwah dan silaturahim antara kita.


Sekian. Wasalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh