Rabu, 30 Jun 2010

GERHANA OHHHH GERHANA!


Gerhana bulan 26 Jun 2010 sungguh menakjubkan kita semua.
Maha Suci Allah yang menciptakan semua alam ini.


Kamera murah ini agak terketar-ketar untuk mengambil gambar
gerhana bulan ini.

Konon-kononnya nak jadi jurugambar profesional, tetapi kerana kamera cuma mempunyai 8 mega fixel. Terliur juga tengok iklan Canon terbaru yang mempamerkan 14 mf. Tetapi sayang pulak duitnya. Bukan senang nak dapat duit sekarang ni.

Perginya Seorang Ustaz


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk para sahabat yang sentiasa setia mengikuti blog aku yang tidak seindah mana ini. Beberapa hari ini aku memang agak sibuk dengan tugas rutinku. Lantaran itu, aku tidak dapat menulis sesuatu untuk menceritakan perkembangan terbaru di sekelilingku.



Pada tanggal 29 Jun, kembalinya kerahmatullah Ustaz Meeraj. Allahyarham meninggal dunia pada pagi selasa pada tarikh tersebut. Beribu-ribu sahabat dan anak muridnya menghantar jenazah Allahyarham ke perkuburan Parit Besar, Batu Pahat. Jasa dan bakti ustaz dalam menegakkan agama Allah di atas bumi ini tetap menjadi memori abadi. Jenazah ustaz telah selamat dikebumikan selepas Asar pada hari tersebut. Sebagai bekas salah seorang muridnya, pasti ada kenangan yang tidak dapat aku lupakan sewaktu belajar dengan beliau dahulu.




Selain itu beberapa kawasan Parit Sulong seperti Parit Tegak, Pt Gantung, Pt Pulai dan perkampungan Jalan Muar Pt Sulong dilanda banjir kilat. Air dikatakan separas lutut di sesetengah kawasan. Namun aku tidak dapat mengambil gambarnya kerana keterbatasan waktu, kerana kami sedang dalam proses mengubah suai rumah, supaya suasananya lebih mesra tetamu terutama pada hari raya nanti. Ditambah pula UPSR yang semakin hampir, maka sudah semestinya banyak program yang dirancang perlu dilaksanakan dengan segera. Sekian sahaja coretan daripadaku untuk kali ini. Semoga kalian sentiasa dilimpahi kerahmatan dan perlindunganNya. Amin….

Jumaat, 25 Jun 2010

Kita Dikelilingi Kepalsuan


Lokasi kedai: Pekan Ayer Hitam


Jika kita meletakkan bunga-bunga plastik ini di depan rumah kita pasti akan menyegarkan pandangan. Ditambah dengan air terjun mini yang mengeluarkan bunyi gemersik air mengalir. Terasa penat di tempat kerja hilang melayang di udara, dibawa bayu terbang ke langit biru.

Tanpa disedari kita kini dikelilingi kepalsuan dan tiruan. Sehingga kita hidup pun kadang-kadang dalam kepura-puraan.

Walau apa pun yang anda tafsirkan, malam ini sebenarnya aku sudah tidak tahu hendak menulis apa di sini, lantaran dibebani kerja yang semakin bertimbun. Oleh itu aku menyokong penuh pemansuhan UPSR dan PMR yang diwar-warkan oleh Menteri Pelajaran kita.

Isnin, 21 Jun 2010

Akhirnya Yang Kutakuti Telah Berlaku


Petang Ahad 20 Jun aku menyambung kerja membasuh periuk
Chef Sahid. Aku ingat dah siap ni aku nak tidur dulu, nanti jam 6.00 petang aku hantar ke rumah Sahid.




Oleh sebab aku terlalu penat aku pun terlelap




Z

ZZ

ZZZ

ZZZZ

ZZZZZZZ


ZZZZZZZZZZZZZ



ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ


........






.............................



Bang....! Iwan bang.....!
Iwan...!



Kenapa?
Kenapa?




Adakah aku akan kehilangan seorang anak lagi?



Tidak!!!!!!!



Aku pun menjengok tingkap, ramainya jiran aku yang datang. Abang Sani memapah Ikhwan.


Kenapa ni?


Dia melanggar motor Kak Tifah!


Aku segera memakai baju dan basuh muka lalu memandu kereta.....

Semua ikut sekarang!



Dengan lajunya aku memandu kereta ke Klinik Sri Sulong kerana klinik lain semua ditutup pada hari Ahad. Doktor yang merawat menasihatkan kami menghantar Ikhwan ke Hospital Batu Pahat, kerana Ikhwan pengsan semasa eksident tadi. Ditakuti ada kesan-kesan dalaman.



Maka pada malam itu, Hamidah meminta pertolongan abangnya sekali lagi, dahlah semalamnya penat rewang, ni nak mintak tolong lagi. Jam 11.00 malam Hj Osman Ali dan Hjh Faridah datang mengambil Midah dan anak-anak kami dan menghantar ke rumah kami, kerana aku kena jaga Ikhwan di wad 1, memandangkan dia masih trauma.

Malam itu aku mendapat pengalaman baru, menjaga anak di wad 1. Di kiri dan kanan katil Ikhwan dipenuhi kanak-kanak yang menjerit dan menangis kerana pelbagai kes. Ada satu kes, dimana abang menggusti adik sehingga adik budak itu terpaksa dibedah limpanya. Siibu menangis teresak-esak. Namun aku tidak merasa sedih langsung, seperti perasaan jururawat-jururawat itu. Tangisan sudah tidak berguna. Satu organ sudah tidak boleh digunakan lagi. Pastikan anak-anak anda tidak bergusti sampai berlaku kejadian seperti itu.

Sepanjang malam aku tidak dapat tidur, budak-budak itu semuanya ditemani ibu mereka. Aku sorang sahaja lelaki yang menemani anak di wad itu. Daripada aku disuruh menyusukan Aliff Iskandar, lebih baik aku bersengkang mata di wad ini menjaga Ikhwan.
Kulihat disebelahku seorang perempuan bertudung, dia kata
"Kalau dia ni bukan anak saya dah lama saya tinggal"
"Dah berapa lama puan ada di sini?"
"Dua minggu"
"Patutlah"

Sebelah aku lagi, seorang ibu, tidak memakai tudung dan berbaju dan berseluar sendat. Aku lihat macam bukan anaknya yang sakit, tapi dia yang sakit. Sampai jam 8.00 pagi masih berdengkur! Macam-macam kerenah manusia ni. Doktor kejut dia pun, dia buat tak tahu!
Setelah dirawat dan di x-ray doktor menjelaskan Ikhwan ok dan setiap kali doktor datang
mereka akan bertanya tentang bagaimana kejadian itu berlaku.
Aku sendiri pun tidak begitu jelas, sebab belum sempat berbual dengan jiran-jiran aku.
Tetapi aku faham sangat, Ikhwan tidak akan berhenti di simpang kalau menunggang basikal. Dah banyak kali aku pesan.

Lepas ni taulah Ikhwan. Aku akan belikan rantai besi. Basikal Ikhwan dan Irfan akan disita selama enam bulan.

Berapa lama?

ENAM BULAN



Kesian Aliff Iskandar, sepanjang Isnin 21 Jun
(pagi sampai petang) turut berada di hospital



Mereka semua kami cutikan pada hari pertama persekolahan
penggal kedua ini demi untuk melancarkan urusan mengejut itu.
Isnin 21 Jun, Jam 5.30 petang Ikhwan Rabbani dibenarkan pulang.
Aku sendiri mengambil Cuti Rehat Khas akibat kejadian ini.
Doktor memberikan cuti selama empat hari kepada Ikhwan.

Ahad, 20 Jun 2010

MAJLIS KESYUKURAN ALIFF ISKANDAR



Cucu pertama dan tunggal (setakat ini)
kepada Ustaz Baharuddin
Aku memang tidak menjangka kedatangan Abang Din malam tadi kerana dia pun sibuk


Cendul Jely Era ciptaan Siti Muriyati.
Cendul ini belum dicampur dengan santan dan susu cair lagi.
Ramai berminat dengan cendul yang unik ini.

Nasi Jagung

Menu makanan disediakan sepenuhnya oleh Chef Sahid


Nurul dan suami hadir dengan kereta idaman Vitec terbaru
Tahniah!


Majlis kesyukuran ini kami adakan di rumah kami di Parit Sulong dengan menjemput rakan-rakan dan jiran-jiran setaman di Parit Sulong serta kaum kerabat terdekat. Jika di sana ada yang kukenali dan tidak kujemput maaflah ya, tunggulah rumah kami dibesarkan sedikit nanti, baru boleh jemput semua.

Pada masa kehadiran saudara dan sahabat sebelah siang aku tak sempat ambil gambar. Sehingga aku sendiri lupa memgambil gambar Aliff Iskandar yang diraikan. Gambar-gambar yang diambil di sini banyak pada waktu malam kerana ketika itu aku sudah lapang.

Terima kasih kepada emak mentua Hjh Yaimah, bondaku Hjh Tumut, Hj Osman Ali dan Hjh Faridah, En Ikhsan dan Kak Siti, Siti Muriyati, En Isa dan Kak Hamsaton yang bertungkus lumus membantu melancarkan majlis kami.

Jutaan terima kasih aku ucapkan
Khas kepada Encik Sahid yang memasak makanan yang sungguh sedap dan lazat.



Sebahagian adik-beradikku.
Batik kuning-Abang Baharuddin, Abang Timyati, di belakang tu Siti, Marfiah (anak bongsu),
Yg comel tu bondaku Hjh Tumut, Hjh Saripah (Kak Long) dan kakak iparku Kak Fatemah sulaiman isteri kang Baharuddin.Dan yang berbaju biru tu permaisuriku. Ustazah Amanah sekeluarga telah datang sebelum Magrib dan memohon pulang dengan cepat kerana ada urusan penting. Miss Mirror seorang sahaja yang tidak dapat bersama-sama dalam majlis ini.

Tanpa disangka bakal calon menantu Kak Saripah dari Melaka
turut hadir ke rumah kami, Fariza bersama Amira (putri cahaya).
Gambar terpaksa dikaburkan untuk bagi suspen....


Sudah lama aku tidak bertemu Marfiah


Kenduri tahlil ini untuk adik-beradik dan kerabatsahaja, Alfatihah untuk Almarhum ayahanda Hj Sodono, Hj Ali ayah mentuaku dan Aulia Safiah anakanda kami yang meninggal dua tahun lalu pada 13 jun 2008.