Jumaat, 30 Oktober 2009

KERETA 15 TAHUN WAJIB JALANI PEMERIKSAAN PUSPAKOM

Bagi anda yang kaya, berita itu tidak memberi apa-apa kesan. Bagi aku dan golongan marhain lain pengumuman pihak berkuasa itu umpama halilintar yang menyambar keheningan malam.

Kebetulan kedua-dua keretaku dicipta pada tahun 1994, maka sudah pasti tahun hadapan aku terpaksa mengeluarkan duit lagi untuk urusan Puspakom itu.

Sudahlah baru-baru ini kereta-kereta lama diwajibkan mengambil insurans first party, berita baru ini membuatkan orang seperti aku terus jatuh terduduk.

Jika alasan kereta lama banyak terlibat dengan kemalangan, sila siarkan statistiknya. Banyak juga kereta baru yang hancur berkecai melanggar pembahagi jalan dan belanggar sesama sendiri.

Sebelum ini ada ura-ura untuk melupuskan kereta-kereta tersebut, namun mungkin ia menghadapi bantahan, maka cara terbaru ini lebih terhormat. Orang-orang seperti aku terus ditekan. Jika begini bila kita hendak kumpul duit? Kata suruh menabung?

Bukan begini caranya untuk melariskan jualan kereta baru. Buatlah tawaran yang lebih menarik, sebagai contoh menurunkan harga kepada harga yang lebih mesra pengguna.Atau pakej pinjaman yang lebih tidak membebankan pembeli.

Tukar kereta baru? Aku ingin bertanya kalian..sampai bila kita hendak bayar hutang? Lagipun kereta yang ada itu tiada masalah apa-apa. Satu keluaran Proton, satu lagi Perodua. Sudah berjasa juga aku kepada pengeluar kereta negara. Dari bujang lagi aku tidak habis-habis bayar kereta, ingatkan hendak berehat sekejap, sekonyong-konyong datang berita buruk ini.

Aku bukan apa, takut orang-orang kampung tu mula marah dan yang menerima akibatnya pihak kerajaan sendiri. Cukuplah PPSMI dijadikan pengajaran berguna.

Apa yang dibicara orang tentang kita apabila kita telah tiada?

"Si Mamat tu baik orangnya. Satu hari tu, aku marah dia, namun dia tidak membalas apa-apa, dia hanya tunduk diam, aku sekarang menyesal kerana belum sempat meminta maaf dia sudah meninggal"

"Suatu malam, isteri aku nak bersalin. Oleh sebab masa tu aku belum ada kereta, aku ketuk pintu rumah Allahyarham Abdul Rahman. Dengan penuh senang hati, dia menghantar kami ke hospital"

"Aku berjiran dengan Allahyarhamah Enab. Sepanjang berjiran dengannya, dia tidak pernah menyakiti hati kami sekeluarga. Dialah jiran yang terbaik pernah aku temui".

Begitulah antara komen orang tentang seseorang yang telah tiada di dunia ini.

Apakah yang diperkatakan orang tentang diri kita, apabila kita telah tiada nanti?

Justeru itu,
jadilah yang terbaik kepada diri sendiri, terhadap sahabat, terhadap jiran, antara sesama manusia, haiwan dan segala isi yang ada di dunia ini.

Alangkah malang, jika orang masih memperkatakan kejahatan kita walaupun kita telah meninggal dunia berpuluh-puluh tahun lamanya.

Nama Qabil, Firaun dan Namrud telah terpahat sehingga hari Qiamat.....sekian untuk renungan diriku sendiri pada pagi Jumaat yang hening ini, dan kepada sahabat-sahabatku....

Rabu, 28 Oktober 2009

SEJARAH-KISAH BINTANG TIGA MENGAMUK DI JOHOR

Sebelas orang penduduk kawasan Seri Medan dan Seri Pasir Batu Pahat menjadi korban di hujung senjata komunis, namun komunis yang berpangkalan di Kampung Air Putih Parit Sulong masih menaruh dendam terhadap penduduk di kawasan tersebut.

Mereka yang terkorban ialah:
1. Hj Ahmad Masmuda berusia 40 tahun- Pt Hj Khalid
2. Hj Nasmulia Othman berusia 70 tahun- Ketua Kampung Pt Ulong
3. Zaini Hj Abdul Rahman- 20 an- Pt Ulong
4. Hj Nawi Abdul Manap- 50 an - Pt Ulong
5. Allahyarham Ratnayan -50 an -Pt Ulong
6. Rokayah Binti Esa- 20 an- Pt Ulong
7. Hj Abas Hj Abdul Shukor-60 an- Pt Lapis Bangas
8. Hj Osman Mandan - 60 an- Seri Pasir
9. Hj Ismail- 50 an- Seri Pasir
10.Hjh Saadiah Binti Hj Othman- 30 an- Seri Pasir
11.Hj Tamin- 70 an- Pt Lapis Bangas

Pasukan Bintang Tiga semakin rakus, berang dan ganas setelah ketuanya Ah Chang yang lebih terkenal dengan gelaran Chuan yang berasal dari daerah Penadu Indonesia dibunuh oleh penduduk Seri Pasir.

Mana-mana pemimpin yang menyokong kerajaan Jepun telah menjadi buruan pasukan Bintang Tiga.

Anak-anak muda di kampung-kampung kawasan Seri Medan, Parit Sulong dan Mukim Empat ramai yang dipengaruhi untuk masuk ke hutan bersama komunis.

"Anak-anak dara hilang dari rumah kerana diculik oleh pengganas itu adalah cerita yang kian menjadi-jadi ketika itu". cerita seorang penduduk Pt Mohamad, En Mohamad Hj Kasda 55 tahun, anak tiri Panglima Ijam Bin Ahmad, pemimpin kumpulan Muhammadiah Simpang Kiri, Batu Pahat.

Orang ramai lebih gelisah lagi apabila mendapat tahu setengah daripada anak-anak muda dan anak dara kampung itu dijadikan sebagai anggota tentera dan jururawat, rupa-rupanya dijadikan hamba nafsu mereka.

"Kejadian rumah-rumah dan kedai-kedai terbakar, pembunuhan, penduduk hilang dan berbagai-bagai angkara keganasan tambah meruncing lagi" katanya.

Orang ramai semakin tidak tertanggung. Cukai yang dikenakan keatas hasil kerja mereka seperti hasil minyak kelapa yang mereka proses secara tradisional ketika itu.

Mereka yang pernah menjadi musuh kepada tali barut itu sebelumnya mudah menjadi mangsa fitnah hingga berakhir dengan hukuman penggal leher. Atau senyap-senyap diculik atas laporan jahat yang diada-adakan.

Suasana semakin genting, kegiatan ekonomi tidak wujud dan ketenteraman jauh sekali ketika itu sebaliknya dengki mendengki, fitnah memfitnah, lapor melapor sahaja yang menjadi amalan para penduduk setempat, sedangkan yang rugi tetap di pihak rakyat, manakala yang memperoleh kepentingan hanyalah pihak komunis.

Dalam api kegelisahan itu, Mian Bin Sulong menjadi ketua Pt Sulong. Ketika itu umurnya 39 tahun.

Sebelum memegang jawatan penting dalam pemerintahan Jepun, Encik Mian telah dilantik sebagai Ketua Kampung Pekan Parit Sulong dalam sistem warisan ayahnya sendiri yang memegang jawatan yang sama sebelum itu.

SURAT UGUTAN

"Sebelum diserang ayah saya pernah menerima ugutan yang tertulis dalam tulisan jawi" ujar Cikgu Hj Abdul Karim Mian anak Encik Mian Bin Sulong.

Surat itu berbunyi,
"Wahai anjing hitam, kamu akan dibakar, daging kamu akan dicecah kicap!"

Daripada surat ugutan itu, sudah tentulah daripada agen-agen PKM berbangsa Melayu. Beberapa hari selepas menerima surat itu, Encik Mian menasihati isterinya Puan Nyemah Nordin 36 tahun menumpang di rumah saudara mara bersama empat orang anak-anaknya, Rahmah 14, Saadiah 12, Abdul Karim 10 dan Hashim 8 tahun.

Isteri dan anak-anaknya selepas itu ditempatkan di Rumah Guru Sekolah Melayu Parit Sulong.

Pemerintah Jepun yang dimaklumkan tentang ugutan itu telah mengarahkan pasukan pengawal di bawah pimpinan Jegedang Encik Mohd Sahal Bin Bongsu 58 tahun.

Pada 13 Mei 1945, kira-kira jam 6.00 pagi, waktu itu pasukan pengawal selesai menjalankan tugas dan kembali ke rumah masing-masing, tibalah satu gerombolan komunis seramai kira-kira 200 anggota.

"Saya dan adik-beradik serta emak saya lari bersembunyi di tepi sungai dekat Parit Sulong kerana rumah guru tempat kami bersembunyi digelidah dan dibakar komunis" kata Cikgu Abdul Karim.

Hj Abdul Karim sempat menyaksikan tragedi yang mengerikan dan paling hitam yang menimpa ke atas ayahnya.

Ayahnya memiliki sepucuk pistol dan selaras senapang patah dan senjata itulah yang digunakannya untuk menentang musuh yang sedemikian besar dengan hanya seorang diri.

Ketika
rumah bahagian dapur dibakar, En Mian berusaha melarikan diri dan lari bersembunyi di ruang tengah rumah itu. Serangan demi serangan bertubi-tubi hingga tidak tertangkis lagi.


Ketika itu juga, bapa saudara Hj Abdul Karim, Semat Abdullah 45 tahun, sempat melepaskan beberapa das tembakan senapang patah dari jarak dekat hingga mengenai bom tangan yang terlekat di pinggang ketua ketua komunis yang bernama Ah Chai.

Akibat daripada itu berlakulah ledakan yang amat kuat hingga memusnahkan tidak kurang 10 anggota komunis.

Pada hari tersebut Soncho Mian Bin Sulong tidak terbunuh. Beliau mendapat cedera parah di peha dan kaki.

Oleh sebab Encik Mian cedera parah dan berlumuran darah, beliau pengsan hingga komunis menyangka beliau telah terkorban lalau meninggalkannya lalu menyerang rumah-rumah penduduk yang lain.

Pada hari yang sama, beberapa orang penduduk Parit Sulong turut menjadi sasaran di muncung senjata api komunis termasuklah:
- ibu seniman dan pengarah filem Jamil Sulong, iaitu Temun Binti Manang 44 tahun
- adik ipar pengarah itu iaitu Harun 30 an dari Melaka
- dua orang anak Harun, seorang anak lelaki yang berusia baru dua tahun, seorang anak perempuan tiga tahun
- adik kepada Cikgu Abdul Karim bernama Ismail Nordin-12 tahun
- anak saudara Jamil Sulong iatu Tahir Harun 8 tahun yang meninggal beberapa hari selepas serangan kerana cedera parah

MEMBAWA NASIB

Jamil Sulong ketika itu kebetulan sedang berada di Batu Pahat kerana sedang berada di Batu Pahat kerana menuntut di High School Batu Bapat.

Mengenang nasib En Mian Bin Sulong, beliau dirawat di Hospital Batu Pahat, manakal anak-anak dan isterinya ditempatkan di rumah penduduk bandar itu.

Setelah tiga bulan En Mian sembuh dan beliau pulang dengan diiringi seorang pemuda yang bernama Salleh dari Low Piak. Pemuda ini kemudian terkenal dengan gelaran Panglima Salleh, Kiyai Hj Salleh atau Penghulu Hj Salleh.

Keluarga En Mian menumpang di rumah Hj Othman Taib di Pt Mohamad. Beberapa bulan kemudian mereka menumpang di rumah saudaranya di Parit Penghulu.

Setelah itu beliau kembali ke Parit Sulong.

Beliau meninggal setahun selepas peristiwa berdarah itu. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sangat berdukacita kerana Parit Sulong dalam huru-hara dan sentiasa diancam komunis.

*****************************TAMAT***********************************



Isnin, 26 Oktober 2009

Anugerah Allah

Gambar pokok kelapa ini berdiri gagah di Kolam Air Panas Grisek.
Entah kenapa aku minat sangat dengan anugerah Allah ini daripada pemandangan di situ?
Kalaulah ia milikku, sudah lama kuambil buahnya yang menyegarkan itu
dan dapat menghilangkan dahaga pada petang yang panas ini.

http://www.bio-asli.com/Stokis_bio/senarai-stokis.asp

Ahad, 25 Oktober 2009

LAWATAN SK SERI PASIR KE JOHOR BAHRU

Destinasi pertama ialah Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar.

Oleh sebab kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam muzium ini,
maka hanya gambar lanskap ini yang dapat diambil
MAT SOM (Terasa seperti di Eropah pulak)

Peserta rombongan murid perempuan SK SERI PASIR

Rombongan kali ini sungguh memenatkan, tidak sesuai untuk yang sakit gout dan lenguh-lenguh sendi

Zoo Johor kini telah diupgrade, tidak seperti yang kulihat dulu-dulu


Orang-orang kuat kantin sekolah pun turut serta kali ini

Macam tak sarapan je pagi tadi....letih benar nampaknya!


Kalau ular ni belit leher aku, nahas!


Panorama indah di Hutan Bandar

Jawatankuasa Lawatan sedang berbincang
Sdra Zulkeflee Rahmat, Ustaz Shahrul, Roy Fahmi Yusof dan Ustaz Sukran Awang
Aku ingat Hutan Bandar ni sama dengan hutan batu

Pemandangan indah di Puteri Harbour Kota Iskandar

Kedatangan kami di sambut dengan lagu Widuri




Destinasi terakhir shoping di Angsana
Kelihatan Ustaz Syukran Awang
meninjau keadaan di sana sebelum melepaskan murid-murid
yang tidak sabar-sabar untuk menghabiskan wang yang dibawa

Gedung buku Badan Book Store


Ada yang tertinggal tak? Menangis nanti emak bapak kamu!
Lepas ni pergi mana cikgu?
Mana lagi....Seri Medanlah!

Khamis, 22 Oktober 2009

SETIAP ENTRY HARUSLAH MEMPUNYAI MESEJ

Sampaikanlah Walau Satu Ayat, merupakan prinsip yang harus ada pada kita semua. Sejak akhir-akhir ini aku agak sibuk dengan urusan kerja di sebelah pagi, dan pada sebelah petang dan malam pula aku meneruskan tugas sebagai stokis Bio Asli Batu Pahat.

Alhamdulillah permintaan terhadap produk Bio Asli agak memberangsangkan. Sampaikan aku kehilangan idea untuk mengisi artikel dalam blog aku ini.

Berbalik pada ayat pertama tadi, aku mahu setiap yang aku tulis harus menjurus kepada MESEJ yang berguna kepada khalayak. Lainlah kalau aku menulis diari, aku bebas menulis apa yang aku suka. Ia mungkin dibaca oleh orang-orang yang tersesat ke sini, walaupun blog ini tidak segah blog tersohor Aznil Nawawi atau blog Linda-onn.

Selepas hari raya, setiap yang terlibat dengan dunia jualan langsung akan mengambil peluang masa-masa keemasan ini untuk mengembangkan rangkaian mereka. Jualan dijangka menjunam semula pada hujung Disember kerana ramai yang kehabisan wang membayar yuran dan buku sekolah anak-anak. Graf itu akan meningkat semula pada awal Februari. Maklumlah sudah lama terlibat dengan MLM, cuma kejayaan sahaja yang belum nampak.

Pelbagai perkara berlaku di negara kita, namun bagi peminat politik, usah mengharap apa-apa daripada blog aku. Blog aku adalah blog rojak. MATSOMHERBS mulanya membawa mesej HERBA, namun akhirnya jadi cacamarba.

Hari ini aku ingin bercerita tentang pengalaman aku sebagai seorang ahli syarikat jualan langsung. Kalian tahu Akta Jualan Langsung 1993? Aku ingat sikit-sikit. Nah....antaranya yang aku ingat:

1. Jurujual tidak boleh pergi ke rumah pelanggan pada hari Ahad dan Cuti Umum
2. Waktu urusan jualan tidak boleh lebih daripada jam 7.00 petang.

Itu sahajalah yang aku ingat, jadi kalau ada jurujual yang datang pada hari Ahad dan Cuti Umum anda boleh UGUT mereka, dengan akta tersebut.

Tetapi ikut pengalaman aku, jangan memaki hamun jurujual. Kalau tidak mahu diamkan diri sahaja di sebalik pintu. Pedih rasanya sampai hari ini, ada seorang penduduk di kampung P****g S**i memarahi aku sepuluh tahun lalu, sedangkan aku belum berkata apa-apa, baru Assalamualaikum.....

Namun yang terlalu baik ramai juga siap hidang kuih dengan air. Setengahnya menjadi rakan-rakan aku sampai sekarang.

Itu dulu.....waktu aku tengah berkobar-kobar sebagai salesman. Apa benda yang aku tak jual? Kuih raya? Kismis Minda? Penapis air.....Yang kekal.... herba sampai sekarang....sampai aku hendak mengadu sakit pun tidak berani. Kalau demam biasanya aku buat macho saja kerana aku sudah tahu apa yang hendak dikatakan oleh orang-orang itu.

Sekarang aku bisnes dengan lebih senang, guna flyer, iklan surat khabar dan blog. Tidak ada lagi dipandang sebagai penjenayah. Yalah maklum ramai orang tua di kampung-kampung sudah kena tipu dengan penagih dadah dan orang-orang yang kaki pembelit. Yang menyamar menjadi pegawai banci. Ada yang menyamar jadi itu dan ini.

Apabila aku fikir-fikir balik apa yang telah aku lalui itu, semuanya mematangkan aku tentang ragam manusia yang ada di dunia ini. Jadi ia bukanlah kerja yang membuang masa. Yang buang masa tuuuuu....dari pagi sampai petang lepak kat warung, sampai tuan punya warung pun sudah tak tau nak buat apa.

Selasa, 20 Oktober 2009

KESEJAHTERAAN DAN KEHANCURAN SUATU BANGSA



Seperti kata bijak pandai, pada asasnya dunia ini penuh dengan segala kekayaan. Sumber alamnya sudah cukup untuk memenuhi keperluan manusia sejagat. Al-Quran sendiri menegaskan bahawa Allah sudah menjamin rezeki setiap orang, bahkan setiap makhluk yang bergerak (bernyawa) di muka bumi ini (Hud:6). Namun tidak bagi yang serakah (tamak haloba)! Sebab, tidak pernah ada kata "CUKUP" bagi mereka.

Tidak berlebihan dikatakan:
"Sesungguhnya kesejahteraan suatu bangsa adalah kerana iman dan takwa, dan kehancurannya adalah serakah dan nafsu yang tinggi" Ramai sekali golongan yang berebut tiga TA, (Tahta, harta dan wanita).

Jumaat, 16 Oktober 2009

HAND PHONE MEROSAKKAN SOLAT JUMAAT

Ketika orang sedang khusyuk solat Jumaat, tiba-tiba sahaja telefon bimbit di dalam poket seluar lelaki itu berbunyi. Bunyi suara burung wak-wak yang dipilih untuk deringan telefon itu menjadikan suasana mesjid itu tidak keruan. Dalam hati masing-masing menyumpah seranah lelaki yang tidak berdisiplin itu. Lelaki itu tunduk keseganan yang tidak terhingga. Selesai solat Jumaat, semua mata tertumpu ke arahnya. Dia buat tidak peduli. Dia nampaknya bukan penduduk tempatan. Dia dalam perjalanan ke sesuatu tempat atas beberapa urusan. Kalau tidak masakan dia membawa telefon itu ke dalam mesjid dan terlupa mematikannya.

Ketika di luar mesjid dan semasa memakai stoking, sahabatnya bertanya.
" Handphone engkau kan yang berbunyi tadi?"
" Ya....aku lupa off handphone tu, benggang betul"
" Siapa yang call?"
" Siapa lagi, kalau tak bini aku"
" Engkau pun satu, boleh lupa"

Aku pun meninggalkan dua orang sahabat itu berbual, kerana mereka pun telah menuju ke kenderaan mereka.
Dalam benakku, isteri dia pun satu hal, tidak ingatkah hari ini hari Jumaat? Nasihatku kepada wanita-wanita di luar sana, para isteri, makwe, saudara, teman wanita.....JANGAN TELEFON PASANGAN, SAUDARA, ABANG, ADIK DAN TEMAN LELAKI ANDA pada hari Jumaat antara jam 1.00 - 2.00 petang. Perbuatan anda mungkin menjadikan solat Jumaat satu mesjid jadi rosak!

Isnin, 12 Oktober 2009

ASAL USUL NAMA PARIT SULONG


Sumber Diperoleh Daripada Sdra Abd Hakim-Taukey Roti Tempayan Pt Sulong 

Dua Ekor Rusa Mulakan Sejarah Parit Sulong? 

Kata orang-orang tua zaman dahulu, jika rusa masuk kampung, tanda kampung akan menjadi bandar. Begitulah alamat yang terbayang pada orang-orang Pt Sulong sebelum ia ditandakan sebagai salah satu kawasan pembangunan pada tahun 
1950.

Dalam tahun itu dua ekor rusa tiba-tiba muncul di Kampung Parit Jalil. Melihat rusa, orang-orang kampung jadi terkejut. Ada yang sempat mencapai parang dan mengejarnya untuk dijadikan makanan.

Seperti lazimnya, rusa itu pun bertempiaran lari. Tiba di bibir Sungai Simpang Kiri, kedua-dua ekor rusa itu berpisah. Seekor menuju ke hutan tebal dan seekor lagi menyeberang sungai ke arah Parit Sulong.Bagaimanapun, kemuncuan tiba-tiba rusa itu di Parit Sulong seolah-olah memukau orang-orang kampung di situ. Rusa itu berjalan dengan gemalainya menyeberang Kampung Dalam lalu ghaib.

Dua tahun kemudian, apabila cerita rusa memukau itu hampir dilupakan orang, tiba-tiba kerajaan mengumumkan Parit Sulong akan dijadikan pusat pemindahan orang-orang kampung pedalaman yang diancam komunis. 


Pengumuman itu disertakan dengan pelan lengkap tentang pembangunannya. Dan sejak itu Parit Sulong terus membangun sebagai salah sebuah pekan besar dan penting di Johor ini.Bagaimanapun, apa yang menarik tentang pekan ini kini ialah sejarah bagaimana ia memperoleh namanya? Soalnya SULONG itu berasal daripada apa?

Sebenarnya, pekan itu mengambil nama sempena nama seorang pemburu diraja yang terkenal dalam awal kurun ke 20 ini.


Sulong ialah anak seorang panglima bernama Gantang keturunan Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan pada zaman Kerajaan Johor Purba.


Semasa berlaku krisis dalam Istana, kerajaan Johor antara Raja Kecil, pewaris Sultan Johor dan orang-orang Bugis, ayah Panglima Gantang,Panglima Bontak, dan keluarga serta pengikutnya,mengundur diri ke Pahang kerana tidak mahu mencampuri perebutan kuasa itu.

Bagaimanapun, tidak lama di Pahang, istana Pahang juga mengalami krisis perebutan kuasa dan campur tangan British. Panglima Gantang ketika itu sudah berkeluarga berserta pengikutnya dan beberapa pembesar Pahang, mengundur diri ke Bukit Inas, dekat Parit Sulong sekarang. 


Tiba di Bukit Inas yang mempunyai sejarah Raja Donan, rombongan Panglima Gantang pun berkhemah dan kemudian berkhemah di situ.

Dan sehingga hari ini masih terdapat ratusan batu nisan lama iaitu pengikut dan keluarga diraja Pahang (akan saya siarkan gambar perkuburan itu jika berkesempatan nanti, Insya Allah. Lokasi berhampiran kawasan penggambaran Filem Puteri Gunung Ledang, ada kilang Minyak Wak Dakam di situ)


Bagaimanapun, bak kata pepatah 'Ke mana tumpahnya kuah,jika tidak ke nasi?' anak-anak Panglima Gantang- Sulong, Awal, Manang dan Manap meninggalkan Bukit Inas untuk membuka kampung di kaki bukit. Bersama-sama mereka tertanam semangat dan kecekapan bermain dan membuat senjata Megat Seri Rama.


Keempat-empat beradik ini terkenal dengan kecekapan memburu. Apatah lagi apabila diperkenalkan dengan senjata moden seperti senapang, memburu menjadi satu kerja yang mudah bagi mereka.

Kecekapan mereka mashur hingga ke seluruh negeri Johor.

Suatu hari ketika melawat Singapura, Sultan Ibrahim ternampak sepasang gading gajah besar dipamerkan di sebuah kedai. Apabila ditanya dari mana asalnya gading itu, Sultan diberitahu ia dijual oleh seorang pemburu ternama dari Simpang Kiri, Johor, Pendekar Sulong namanya.

Sultan murka kerana Sulong memburu tanpa izin kerajaan, sedangkan semua hidupan liar di bawah takluk baginda.

Satu rombongan dihantar ke Simpang Kiri untuk menangkap Sulong. Dan Sulong telah dipenjara beberapa bulan.

Bagaimanapun, oleh sebab banyak pembesar menasihati baginda Sultan supaya membawa pengiring yang cekap semasa memburu dan mengenang cerita orang tentang kecekapannya, Sulong kemudian diarahkan memandu Sultan semasa masuk hutan.

Ketika Sultan berburu di Kota Tinggi, Mersing dan lain-lain di pelusuk Johor, Sulong sempat menunjukkan kehandalannya. Dan dia segera memenangi hati Sultan yang kemudian mengampunkannya.

Dan sebagai menghargai jasa-jasanya pada Sultan, Sulong dilantik oleh baginda menjadi Ketua Kampung Simpang Kiri.

Pulangnya ke kampung, Sulong segera membangun kampung dengan menjemput lebih ramai orang-orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir di Kangkar Merlimau dan Kangkar Senangar.

Di samping itu, beliau juga menggalakkan lebih ramai orang keturunan Jawa untuk meluaskan lagi Kampung Simpang Kiri.

Apabila Sulong meninggal dunia, mengenangkan bahawa pelantikannya dibuat oleh Sultan sendiri, anak lelakinya hendak dilantik menggantikannya. Bagaimanapun, oleh sebab anak lelakinya yang tua sekali masih kecil, lalu menantunya,

Mohamad yang berasal dari Melaka diangkat menjadi ketua sementara.

Apabila anaknya meningkat dewasa, tempat ketua kampung itu diserahkan kepada anaknya yang tua, MIAN BIN SULONG. Ketika itu berlaku peperangan Dunia Ke Dua dan Jepun masuk memerintah.

Ketika itulah Kampung Simpang Kiri ditukarkan namanya kepada PARIT SULONG oleh pemerintah Jepun dan Mian pula dilantik terus menjadi Soncho (Ketua Kampung).

Tetapi apabila Mian Bin Sulong meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung apabila hendak ditangkap oleh British, Panglima atau Kiyai Salleh yang menjadi hero orang-orang Melayu semasa pemerintahan Bintang Tiga diangkat menjadi Penghulu Kampung Parit Sulong.

Bagaimanapun, nama Sulong pewaris darah pahlawan Bentan tetap diabadikan kepada pekan yang cukup banyak kesan sejarahnya itu.

BACA INFO SETERUSNYA
Gambar-gambar bersejarah berikut sumbangan RESTORAN HAMIDAH, PARIT SULONG
 Parit Sulong terbakar tahun 1978
 Parit Sulong tahun 1978
 Kebakaran Pt Sulong tahun 1978
 Datuk Kamisan ADUN Pt Sulong ketika itu
 Allahyarham Datuk Kamisan
 Parit Sulong tahun 1950-an


BETAPA SUKARNYA KITA UNTUK MEMUJI

Satu hari tujuh tahun lalu aku mendengar perbualan dua orang rakan.

" Tak nampak perubahan aku ke?" Mr X ingin mengambil perhatian.
" Kenapa dengan kau? Dapat untung lebih ke?" Tak sabar Mr Y bertanya.
" Aku pakai baju baru...Crocedile, takkan tak nampak?"
Mr Y diam sekejap. Dia melihat baju baru yang dipakai Mr X.
" Terus teranglah X, kau jangan kecil hatilah,kau ni kan....kalau pakai baju apa pun...kau memang tak hensem! Ha ha ha ha!"
Aku terperanjat dengan ulasan Mr Y kepada Mr X. Habislah Mr X merajuklagi. Baru bulan lepas tu dia sebulan merajuk dengan aku. Dia ni lelaki sensitif....gurau-gurau pun diambil serius.Aku sampai tiga kali minta maaf.

Kini ia telah berlalu.Mr Y pun kini telah kembali kerahmatullah kerana penyakit berbahaya. Tinggallah Mr X kesepian kerana kehilangan kawan yang celupar seperti Mr Y dan aku yang kini sudah tidak sebumbung lagi dengannya.

Ahad, 11 Oktober 2009

USAH MENGUNDANG BALA ALLAH

Negara jiran kita telah diturunkan bala demi bala. Bala itu diturunkan sehingga rasanya terlalu dahsyat untuk diperkatakan. Apakah sebab berlakunya semua itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Kita lihat negara kita, apakah Allah akan terus mengasihi kita selama-lamanya? Betapa banyak berlaku perkara-perkara yang mengundang bala Allah. Antaranya maksiat berleluasa sehingga di hadapan mata kita. H1N1 yang berlaku di Malaysia adalah tanda-tanda amaran Allah....

Fokus saya sekarang ialah tentang zina. Beribu-ribu anak sah taraf telah berada dan membesar di Malaysia. Sehingga saya kalau ingin bercakap di sekolah pun, kena cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar kerana jumlah mereka telah ramai dalam masyarakat kita. Bukan salah mereka, tetapi itu semua terjadi disebabkan kesilapan 'ibu bapa' mereka.

Maka marilah sama-sama menjauhi zina. Dalam akhbar hari ini telah dipaparkan tentang betapa ramainya suami yang curang. Malah lebih menggerunkan isteri-isteri pun sudah mula menunjukkan belang. Tertangkap bersama kekasih lama, tertangkap khalwat dengan pemuda kacak Bangladesh yang punya wajah bak hero Hollywood.

Remaja-remaja juga telah berkahwin dahulu sebelum bernikah. Memikirkan gejala ini, saya cukup bimbang Allah akan menurunkan taufan bak Parma, Ketsana atau Tsunami yang tidak disangka-sangka. Atau penyakit misteri yang tiada ubatnya. Ataupun tiba-tiba gunung yang gagah tiba-tiba menguburkan perkampungan kita?

Dalam Metro Jumaat 9 Oktober, Ustaz Mohd Zawawi ada menulis tentang kesan-kesan zina kepada individu yang melakukannya. Daripada keratan akhbar itu hilang dan reput, eloklah saya abadikan di blog ini agar ia memberi peringatan kepada kita semua.

Kesan-kesan zina kepada seseorang ialah:

1. Dalam zina terkumpul pelbagai dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama sipenzina, hilang sikap warak(menjaga diri daripada dosa),buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, pada hal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak dipercayai.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut dan badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah disebalik daripada apa yang diinginkannya. Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah, maka Allah akan memberikan sebaliknya daripada apa yang dia inginkandan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga nanti.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturahim, derhaka kepada ibu bapa, pekerjaan haram, zalim dan menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya disamping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada penzina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya. Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya dia bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

Jika wanita yang berzina itu hamil dan untuk menutup aibnya, ia menggugurkannya, maka dia telah berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga dia hamil dan membiarkan anak itu lahir,maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya
sehingga anak itu mendapat hak warisan tanpa disedari siapa dia sebenarnya! Na'udzubillahi min dzalik!

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit Aids, sifilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan mereka, baik lelaki mahupun perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu Bukit Uhud?

Alhamdulillah jika kita masih suci daripada zina. Semoga kita dan anak keturunan kita terselamat daripada bencana durjana ini. Perangailah iblis dan agen-agen yang mengajak kita ke arahnya!

Sabtu, 10 Oktober 2009

DOA DIJAUHI MUSIBAH

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan apa yang dihembuskan oleh angin dan kebaikan apa yang ada di dalamnya. Aku berlindung dengan-Mu dari keburukannya dan keburukan apa saja yang ada di dalamnya. Ya Allah, jadikan angin itu rahmat bagi kami dan azab bagi orang-orang yang ingkar kepada-Mu, semoga shalawat Allah senantiasa tercurahkan kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
dipetik daripada blog Generel Manager HPA

KOPI KELAPA DARA BERUBAH WAJAH

Tuan-tuan dan Puan-puan, produk di atas ialah wajah baru bagi KOPI KELAPA DARA yang lebih dinamik dan menjurus perniagaan global. Alhamdulillah, saya telah disenaraikan antara 50 stokis paling aktif di Malaysia bagi Bio-asli dan antara 3 stokis teraktif di Johor. Kopi ini bukan menjurus kepada hal keintiman sahaja, tetapi juga dapat mengatasi masalah penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.

Tak kenal maka tak cinta, tunggu apa lagi daftar percuma di
http://www.bio-asli.com/?id=matsom (klik pada daftar ahli)

Segalanya di hujung jari anda, anda tak perlu berjumpa saya. Dan anda boleh mengajak seramai mungkin rakan-rakan anda di seluruh dunia untuk menyertai bisnes ini.

Segala panduan bisnes ini, saya telah muatkan dalam

http://ptsulong.blogspot.com

Jumpa anda di puncak kejayaan
!

Isnin, 5 Oktober 2009

BUDI BAHASA ITU KUSIMPAN SEKEJAP

Telah lama aku perhatikan, budak-budak belasan tahun itu berkumpul di rumah abang aku di Pt Baru Sri Medan itu. Berkumpul tidak kira siang dan malam. Kadang-kadang sampai jam 3.00 pagi. Sering kali juga mereka duduk di bawah rumah emak aku. Berborak-borak kosong yang tidak berfaedah langsung untuk kepentingan agama, bangsa dan negara. Diselang- seli dengan perkataan " Hoi bodoh! Sial! Babi" Balik-balik perkataan itu jadi sebutan rutin mereka. Sehari sebelum raya pun ada di situ. Hari raya pun ada di situ. Aku macam tidak cukup masa untuk berada di rumah, mereka boleh berada di situ saban waktu.

Semalam aku sudah nekad hendak membasuh mereka. Aku nak berus lidah-lidah itu. Aku nak cuci otak mereka dengan clorox.

Aku pun memandu keretaku seorang diri ke rumah ibuku itu. Rumah abang aku bersebelahan dengan rumah emak aku. Tetapi aku parking agak jauh dari rumah itu. Aku pun berjalan kaki ke sana. Aku dapati ada tiga empat orang di situ. Aku terus bertanya dengan keras.

" Awak semua nak beraya ke rumah Timyati?(nama abang aku)"

Semua tersentak dan tidak menjawab sepatah pun.

" Awak masih tidak faham-faham apa yang kami katakan dulu, jangan berkumpul siang dan malam di rumah ini!"
" Datang beraya setahun sekali sahaja, yang awak ni tiap-tiap hari ada kat sini ni apa hal?, abang saya tu bisu, tak tau nak cakap apa-apa dengan awak, saya beri amaran, kalau awak semua masih berkumpul di sini, saya akan laporkan kepada Polis"

" Emak awak semua pun tak bagi awak semua kumpul kat rumah awak!"

"Awak semua balik sekarang! Dan beri tahu kawan-kawan awak semua jangan datang sini!

Dengan perasaan tidak puas hati dan muka merah mereka meninggalkan kawasan rumah ibu dan abangku itu. Aku apa peduli, aku tidak bersalah. Mereka yang salah.

Banyak keburukan apabila budak-budak ni berkumpul. Lebih-lebih lagi mereka duduk dalam rumah, ada yang baring, tengok TV, hisap rokok, kadang-kadang jumlahnya sampai sepuluh orang. Abang aku ada anak dara, itu yang aku cukup risau. Mengapa ibu bapa mereka membiarkan anak-anak mereka mengganggu privacy rumah orang lain?

Kadang-kadang mereka memulas motosikal kuat-kuat. Dan budaya di kampung-kampung Sri Medan sekarang ini, apabila beraya marhaban, amalan buruk memulas motosikal itu dibiarkan sahaja. Tanpa rasa peduli tuan rumah itu sakitkah atau pening kepala. Aku jadi tidak faham kepada golongan ini?

Amalan budak-budak berlonggok itu bukan sahaja berlaku di rumah abang aku. Tetapi juga di mana-mana pun terjadi. Di taman perumahan aku duduk ni pun ada budak-budak berkumpul. Biasanya ketawa terbahak-bahak dan menghisap rokok. Lama-lama menghidu gam, ganja dan sebagainya. Di situlah segala-galanya bermula.

Justeru, pastikan anak-anak kita berdisiplin dan menjauhi daripada berkumpul dengan budak-budak yang bermasalah.

Ahad, 4 Oktober 2009

PT SULONG KEMBALI AMAN

Ini bukan rumah aku.Bukan juga rumah Tok Penghulu, tetapi GALERI SMK DATUK SULAIMAN.
Aku tanya anak aku yang bersekolah di situ. Ada apa di dalam Galeri ini? Dia pun tidak tahu.
Agaknya barang-barang bersejarah kut?
Hari ini syawal yang ke 15. Pekan Pt Sulong, kembali aman seperti biasa.

Aktiviti ekonomi di Pt Sulong berjalan seperti sebelum raya.


Padang telah direntap petaka, Vietnam dilanda Ketsana Menggila,
Samoa diterjah gelora perkasa,
Namun Pt Sulong Sekadar dihujani Cuma

Panggung Wayang Pt Sulong dalam memori JBB
Siapa JBB? Mungkin pemilik kereta antik? Asalnya dari Pt Sulong, kini
menjadi penghuni Kota Metropolitan Kuala Lumpur namanya!

SMK DATO' SULAIMAN YANG MENJADI KENANGAN MUMMY GEE, MAMA MIRAKI DAN PARA
PERANTAU YANG DAHULUNYA BEKAS PELAJAR SEKOLAH INI. Nah! INI LAH
GAMBAR DARI AKU UNTUK KALIAN

PUSAT SUMBER SMK DATUK SULAIMAN

DEWAN SMK DATUK SULAIMAN

KUATERS GURU/ PANGSAPURI GURU SMK DATUK SULAIMAN
YANG TERSERGAM BAK KEDIAMAN MEWAH
SEBAHAGIAN KELAS YANG DAPAT DIPERTONTONKAN KEPADA ANDA

Sabtu, 3 Oktober 2009

KHASIAT DAN KELEBIHAN TEH MISAI KUCING

TEH MISAI KUCING

Pokok Misai Kucing

TEH MISAI KUCING + MAS COTEK + STEVIA
HARGA RM 40 (termasuk pos)
Yang malu nak berkata-kata sila emelkan ke matsom@ymail.com

BAGAIMANA PEMBAYARAN DIBUAT?

CARA ORDER:
Bank In ke CIMB: no 
7043 9284 74 MAT SOM/HAMIDAH
atau
Bank In
ke BSN : 01126-41-0000-3090-5 
MAT SOM SADONO
Setelah bank in SMS segera
ke 010-3443 880
Kemudian nyatakan:



Nama<>Alamat<>Bank in di bank<>Jumlah RM

Produk dihantar secara Pos Laju

Misai Kucing atau Java Tea (Orthosiphon Aristatus) mempunyai khasiat dan kelebihan-kelebihan berikut:

Membersihkan & Menyahkan Toksik Ginjal
Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid, perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan:
* keletihan
* kulit tidak berseri
* daya ketahanan yang lemah
* sengal-sengal
* kesakitan dll
Misai Kucing membersihkan GINJAL, salah satu organ penyahtoksik utama dalam badan dan membantu menyingkirkan air dan toksin berlebihan. Ia melakukan secara semulajadi serta lembut tanpa membebankan ginjal, tidak seperti diuretik yang lain, ia tidak mendatangkan kesan sampingan seperti ubat diuretik sintetik.

Mengurangkan Inflamasi & Gout
Fungsi anti-inflamasi Misai Kucing membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak untuk melegakan kesakitan di sendi dan otot. Selain fungsi anti-inflamasinya, ia menyingkirkan asid dan toksin yang terkumpul di sendi dan otot. Pengumpulan asid dan toksin selepas sesuatu jangka masa akan merengsangkan tempat tersebut dan menyebabkan sengal-sengal, kesakitan dan inflamasi. Misai kucing telah digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan dan bengkak yang disebabkan oleh gout.

Membantu Mengembalikan Tekanan Darah Tinggi Kepada Normal
Methylripariocromene A (komponen semulajadi yang terdapat dalam Misai Kucing) telah terbukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dalam beberapa cara:
* Menggalakkan penegenduran sel-sel otot dalam dinding saluran darah, menyebabkan vasodilatan atau meluaskan saluran darah untuk mengurangkan tekanan darah
* Menormalkan kadar denyutan jantung untuk mengurangkan tekanan pada jantung
* Mengeluarkan natrium (garam) berlebihan melalui air kencing. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh pengambilan garam berlebihan akan memperoleh manfaat daripada meminum misai kucing.

Mengurangkan Pembendungan Air
Terbukti sebagai diuretik, Misai Kucing dapat membantu mengeluarkan air berlebihan dan mengurangkan pembendungan air dalam badan melalui air kencing.
Antara masalah pembendungan air yang dapat diatasi oleh Misai Kucing ialah:
* Kesembapan sebelum dan semasa haid
* Ketidakcergasan
* Muka sembab
* Kebengkakan pada mata
* Berat badan meningkat
* Kaki yang bengkak dan berat

Manfaaat-manfaat Misai Kucing Yang Lain ialah:
* Mengurangkan tahap kolesterol
* Mengawal atur tahap gula dalam darah
* Mengelakkan pembentukan batu dalam ginjal (batu karang)
* Membaiki tahap stamina dan tenaga.

Jumaat, 2 Oktober 2009

SAJAK UNTUK WARGA MALAYSIAKU

Apa khabar warga dunia?

Ke mana tujuan hidup ini? Anda mencari duit yang banyak, lalu anda membeli rumah dan harta. Anak yang comel dan pandai. Akhirnya anda menjadi tua. Selepas itu anda ke mana? Bukankah akhirnya anda akan mati dan menghadap Tuhan?

Maka, mengapa anda bersikap sombong di atas dunia ini? Bukankah semua itu hanya sementara? Wang dan harta memang perlu dalam kehidupan. Namun janganlah anda menjadi tamak kerananya.Usahlah anda menindas orang lain kerana mahukan semua itu.

Ramainya manusia yang memiliki wang berjuta-juta dollar tetapi mereka tidak bahagia. Lalu mereka mencari bahagia di seluruh pelusuk dunia, namun mereka tidak menemuinya.

Kenapa mereka gagal menemui kebahagiaan? Kerana kebahagiaan itu hanya apabila kita berkasih dengan pencipta alam ini iaitu Allah.

Yusof Islam telah menemui bahagia setelah dia menemui kekasih yang sebenar. Di sana, ramai manusia mencari bahagia dengan berfoya-foya di pusat hiburan. Meminum arak dan menari seperti monyet yang terkinja-kinja. Sungguh aneh manusia ini? Apakah itu kebahagiaan yang mereka cari-cari? Benarkah mereka menemui kebahagiaan di sana?

Sekianlah celoteh saya pada hari yang sungguh indah dan tenang ini. Jumpa lagi semua.....!!! Daripadaku Matsomherbs





Tika Vietnam diratah Ketsana

Tika Samoa menjadi neraka dunia
Tika Padang telah sirna direntap bencana

........kita cuma kekeringan wang belanja selepas raya
Itu pun ada rumah terbuka di sini-sana
Justeru...usahlah pening kepala, merintih segala
Kerana dugaan kita setitis cuma
Daripada kemelut warga dunia lainnya!

KARYA MERAPU MATSOM SADONO