Sumber Diperoleh Daripada Sdra Abd Hakim-Taukey Roti Tempayan Pt Sulong
Dua Ekor Rusa Mulakan Sejarah Parit Sulong?
Kata orang-orang tua zaman dahulu, jika rusa masuk kampung, tanda kampung akan menjadi bandar. Begitulah alamat yang terbayang pada orang-orang Pt Sulong sebelum ia ditandakan sebagai salah satu kawasan pembangunan pada tahun
1950.
Dalam tahun itu dua ekor rusa tiba-tiba muncul di Kampung Parit Jalil. Melihat rusa, orang-orang kampung jadi terkejut. Ada yang sempat mencapai parang dan mengejarnya untuk dijadikan makanan.
Seperti lazimnya, rusa itu pun bertempiaran lari. Tiba di bibir Sungai Simpang Kiri, kedua-dua ekor rusa itu berpisah. Seekor menuju ke hutan tebal dan seekor lagi menyeberang sungai ke arah Parit Sulong.Bagaimanapun, kemuncuan tiba-tiba rusa itu di Parit Sulong seolah-olah memukau orang-orang kampung di situ. Rusa itu berjalan dengan gemalainya menyeberang Kampung Dalam lalu ghaib.
Dua tahun kemudian, apabila cerita rusa memukau itu hampir dilupakan orang, tiba-tiba kerajaan mengumumkan Parit Sulong akan dijadikan pusat pemindahan orang-orang kampung pedalaman yang diancam komunis.
Pengumuman itu disertakan dengan pelan lengkap tentang pembangunannya. Dan sejak itu Parit Sulong terus membangun sebagai salah sebuah pekan besar dan penting di Johor ini.Bagaimanapun, apa yang menarik tentang pekan ini kini ialah sejarah bagaimana ia memperoleh namanya? Soalnya SULONG itu berasal daripada apa?
Sebenarnya, pekan itu mengambil nama sempena nama seorang pemburu diraja yang terkenal dalam awal kurun ke 20 ini.
Sulong ialah anak seorang panglima bernama Gantang keturunan Megat Seri Rama atau Laksamana Bentan pada zaman Kerajaan Johor Purba.
Semasa berlaku krisis dalam Istana, kerajaan Johor antara Raja Kecil, pewaris Sultan Johor dan orang-orang Bugis, ayah Panglima Gantang,Panglima Bontak, dan keluarga serta pengikutnya,mengundur diri ke Pahang kerana tidak mahu mencampuri perebutan kuasa itu.
Bagaimanapun, tidak lama di Pahang, istana Pahang juga mengalami krisis perebutan kuasa dan campur tangan British. Panglima Gantang ketika itu sudah berkeluarga berserta pengikutnya dan beberapa pembesar Pahang, mengundur diri ke Bukit Inas, dekat Parit Sulong sekarang.
Tiba di Bukit Inas yang mempunyai sejarah Raja Donan, rombongan Panglima Gantang pun berkhemah dan kemudian berkhemah di situ.
Dan sehingga hari ini masih terdapat ratusan batu nisan lama iaitu pengikut dan keluarga diraja Pahang (akan saya siarkan gambar perkuburan itu jika berkesempatan nanti, Insya Allah. Lokasi berhampiran kawasan penggambaran Filem Puteri Gunung Ledang, ada kilang Minyak Wak Dakam di situ)
Bagaimanapun, bak kata pepatah 'Ke mana tumpahnya kuah,jika tidak ke nasi?' anak-anak Panglima Gantang- Sulong, Awal, Manang dan Manap meninggalkan Bukit Inas untuk membuka kampung di kaki bukit. Bersama-sama mereka tertanam semangat dan kecekapan bermain dan membuat senjata Megat Seri Rama.
Keempat-empat beradik ini terkenal dengan kecekapan memburu. Apatah lagi apabila diperkenalkan dengan senjata moden seperti senapang, memburu menjadi satu kerja yang mudah bagi mereka.
Kecekapan mereka mashur hingga ke seluruh negeri Johor.
Suatu hari ketika melawat Singapura, Sultan Ibrahim ternampak sepasang gading gajah besar dipamerkan di sebuah kedai. Apabila ditanya dari mana asalnya gading itu, Sultan diberitahu ia dijual oleh seorang pemburu ternama dari Simpang Kiri, Johor, Pendekar Sulong namanya.
Sultan murka kerana Sulong memburu tanpa izin kerajaan, sedangkan semua hidupan liar di bawah takluk baginda.
Satu rombongan dihantar ke Simpang Kiri untuk menangkap Sulong. Dan Sulong telah dipenjara beberapa bulan.
Bagaimanapun, oleh sebab banyak pembesar menasihati baginda Sultan supaya membawa pengiring yang cekap semasa memburu dan mengenang cerita orang tentang kecekapannya, Sulong kemudian diarahkan memandu Sultan semasa masuk hutan.
Ketika Sultan berburu di Kota Tinggi, Mersing dan lain-lain di pelusuk Johor, Sulong sempat menunjukkan kehandalannya. Dan dia segera memenangi hati Sultan yang kemudian mengampunkannya.
Dan sebagai menghargai jasa-jasanya pada Sultan, Sulong dilantik oleh baginda menjadi Ketua Kampung Simpang Kiri.
Pulangnya ke kampung, Sulong segera membangun kampung dengan menjemput lebih ramai orang-orang Cina untuk mengusahakan tanaman gambir di Kangkar Merlimau dan Kangkar Senangar.
Di samping itu, beliau juga menggalakkan lebih ramai orang keturunan Jawa untuk meluaskan lagi Kampung Simpang Kiri.
Apabila Sulong meninggal dunia, mengenangkan bahawa pelantikannya dibuat oleh Sultan sendiri, anak lelakinya hendak dilantik menggantikannya. Bagaimanapun, oleh sebab anak lelakinya yang tua sekali masih kecil, lalu menantunya,
Mohamad yang berasal dari Melaka diangkat menjadi ketua sementara.
Apabila anaknya meningkat dewasa, tempat ketua kampung itu diserahkan kepada anaknya yang tua, MIAN BIN SULONG. Ketika itu berlaku peperangan Dunia Ke Dua dan Jepun masuk memerintah.
Ketika itulah Kampung Simpang Kiri ditukarkan namanya kepada PARIT SULONG oleh pemerintah Jepun dan Mian pula dilantik terus menjadi Soncho (Ketua Kampung).
Tetapi apabila Mian Bin Sulong meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung apabila hendak ditangkap oleh British, Panglima atau Kiyai Salleh yang menjadi hero orang-orang Melayu semasa pemerintahan Bintang Tiga diangkat menjadi Penghulu Kampung Parit Sulong.
Bagaimanapun, nama Sulong pewaris darah pahlawan Bentan tetap diabadikan kepada pekan yang cukup banyak kesan sejarahnya itu.
BACA INFO SETERUSNYA
Gambar-gambar bersejarah berikut sumbangan RESTORAN HAMIDAH, PARIT SULONG
Parit Sulong terbakar tahun 1978
Parit Sulong tahun 1978
Kebakaran Pt Sulong tahun 1978
Datuk Kamisan ADUN Pt Sulong ketika itu
Allahyarham Datuk Kamisan
Parit Sulong tahun 1950-an
12 ulasan:
oh..itu rupanya sejarah PS yea....tulis lah lagi..best gak baca ni....cikgu ni ajar subject sejarah ker..
dulu bosannya subject sejarah ngan geografi sebab nak kena hafal byk fakta, klu math senang jer hafal formula sure blh buat...sbb tu sjarah dpt 4 masa SRP dan geog SPM dpt 9...kwang3...minyak wak dakam, dulu abah suka beli. Dan K.Long klu blk kg beli minyak tu berbotol2, selalu kita org kata dia nak mandi ngan minyak tu..heheh...terkenal dah minyak tu sekarang ek...
Kalau seseorang itu minat Matematik takminat Sejarah/ itu cenderung ke dunia Sains. Jika sebaliknya,maka org itu minat sastera dan yang berkaitan dengannya.
Mummy Gee dan MamaMirakibersabar, cerita Pt Sulong ini panjang lagi. Tunggu....!!!!!!
cepat la sambong cerita asal usul PS tu, cam nak tunggu drama bersiri la pulak...tengah ngantuk kat opis ni......
selain dari cerita PS..tu carilah pulak sejarah kenapa ler kat Johor ni ni bnayak sangat Parit....dari yang "sulong" sampai ke "bongsu", dari "gantung" sampai "tegak" dan macam2 pt kan....hihihihiih..
mUMMY gEE dan Mama Miraki,berakhirnya syawal ini,kesibukan melanda diri saya selaku Stokis Produk Kelapa Dara. Pelanggan kena servis baik2,semua brg mesti dihantar pada masa yg dijanjikan. Pelanggan adalah RAJA...!Saya kena hantar walaupun jauh dari rumah saya.
mAKA keterbatasan waktu menyebabkan cerita Sejarah ini tersenggut-senggut....
Tentang PARIT-PARIT tu saya akan cuba, tetapi saya tak janji. Tugas tu berat juga MAMA MIRAKI. tAPI KALAU pkt SERI tu saya tau..SAYA RAKYAT INDONESIA...ramai kan penduduk kita ni berasal dari sana termasuk ayah saya.
Salam,
Saya amat berbangga dengan adanya penulis seperti saudara. untuk pengetahuan saudara saya juga sebenarnya salah seorg ahli keluarga kepada Saudara Abd Hakim si Tokey Roti Tempayan. Saya juga adalah cucu yg sulong kepada Hj Ibrahim bin Sulong sebelah rumah Tn Haji Cikgu Abd Karim bin Mian. Harap saudara dapat meneruskan penulisan saudara dan saya akan terus mengikuti sejarah Salasilah keturunan Megat Seri Rama dan juga kaitan nya dengan Kiai Salleh.
Ad Bangi
Insya Allah BABA..saya tulis ni pun mintak kebenaran Abd Hakim, maklumlah beliaulah yg penat kumpulkan bahan-bahan bersejarah tu....saya akan cuba teruskan cerita yang panjang itu...tak sangka berjumpa cucu orang kuat Pt Sulong. Dengan kehadiran anda dalam blog ini menguatkan semangat saya utk menyambung artikel itu.
Aku menulis bukan kerana nama....!
dulu memang ddk kt pekan p.s,memori lama ingat le ckit2.klu dapat tgk gmbr2 lama kws pekan p.s bestnye..
Salam... nak tanya... Sulong ni ade ke anak perempuan?
Kn alangkah baiknya klau dpt dkumpulkn salasilah kluarga ini
Salam, buat pengetahuan saudara, nenek saya, Asiah Binti Mohamad (Anak Numa) yang kini tinggal di Ulu Tiram, Johor juga merupakan salah seorang keturunan sulong. Saya rasa hanya dia yang paling tua yang masih hidup, tetapi kini keluarga kami masih tercari-cari dan berhajat ingin menjejak keturunan sulong yang lain. saya rasa teruja kalau sejarah ini dapat dicatatkan / dibukukan dengan dikembangkan lagi sejarah keturunan sulong sehingga sekarang agar tidak dilupakan.
Catat Ulasan