Rabu, 19 Mei 2010

HUJAN RAHMAT TERUS MENCURAH


Bangunan Klinik Tawakkal Parit Sulong kelihatan kelam akibat hujan lebat pada malam yang
indah ini. Hujan dimulai dengan angin yang agak kuat menyebabkan aku hampir gagal menghantar Irfan ke Tuisyen di SK Pt Sulong. Oleh sebab hujan lebat, selepas menghantar Irfan, aku termenung di dalam kereta, dan akhirnya aku terlelap di dataran ini.


Apabila terbangun hujan telah pun berhenti, jam masih menunjukkan jam 9.15 malam. Dan
pemandangan dari cermin tingkap kereta ini mentafsirkan seribu satu persoalan. Mengapa air terus dicatu sedangkan hujan tidak pernah berhenti sepanjang dua bulan ini?
Nampak gaya, aku kena menyiasat juga ke Empangan Bekok jika diberikan kelapangan. Benarkah hujan tidak mahu turun di empangan itu?

7 ulasan:

tunbegia berkata...

masih kena catu? siannya kanns,

salamm,

~ Mummy Gee ~ berkata...

ernie...engkat kain jemuran...hujan dah turun....

cepat2 tadah air dalam tempayan buat stock... mandi air dalam tempayan zaman dolu2...sejukkkk

MSOM berkata...

TunBegia dan Mummy Gee, ketika saya menulis jawapan komen kalian ni, nampaknya catuan seperti telah berakhir...tapi tak taulah apa yang berlaku seterusnya.

aryadevi berkata...

salam rahmat tuan...semoga berkenan

MSOM berkata...

Tkasih Aryadevi, atas kunjungan dari jauh.

YIN berkata...

Msom, ada tak baca komen saya di ruangan surar dan email Berita Harian pada 24 Mei lepas. Saja hentam Ceupacs.

MSOM berkata...

Maaflah En Yin, saya tak sempat baca.
Kalau ada uploadlah di blog Tuan tu, boleh kita baca bersama