MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 27 Mei 2010

TAMBAHKAN MANIS DALAM SENYUMAN

Tambahkan MANIS dalam SENYUMAN, kurangkan MANIS dalam minuman. Baru beberapa hari masalah air selesai, kini muncul masalah baru dalam hidupku. Malam tadi baru teringat gula di dapur kami kehabisan. Maka menjajaulah aku dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Semua kedai kata, gula tak ada. Fasal dah empat kedai mendakwa begitu, maka terpaksalah aku gunakan gula alternatif, aku beli gula caster ini untuk minuman pagi tadi. Jika anak-anak kami dibekalkan dengan air kosong, pasti air itu tidak luak. Kawan aku kata, di Carfour banyak gula. Tetapi paling banyak boleh beli dua kilogram sahaja. Lalu pagi tadi aku pergi ke sebuah kedai, akhirnya dapat dua kilo gula. Aku tanya taukey itu kenapa jadi begini dia cakap ada dua sebab:

1. Kilang gula menuntut kenaikan 0.70 sen, tetapi kerajaan benarkan 0.20 sen sahaja baru-baru ini.
2. Kerajaan lambat membayar subsidi gula kepada pekilang.

Peliknya, pekilang gula telah jadi billioner. Bagaimana mereka kata tidak untung? Nampaknya kita kena belajar minum menggunakan gula merah atau gula melaka.

3 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

org2 BP selalu dilanda pelbagai masalah la aku tgk...mesti ada ramai sgt org wat maksiat kot..semua org kena tempiasnya...hehehe..pekata ko pindah je JB.

MSOM berkata...

Masalah gula ni masalah satu negara.

JB ni dekat dengan pusat membeli-belah,so masalah itu tidak terasa, kerana anda membeli barang keperluan di tempat2 tersebut.

Econsave, Carfour dan pusat membeli-belah di BP tidak menghadapi masalah segawat kedai runcit.

Kedai2 runcit yang kecil inilah yg selalu jadi mangsa pemborong yang suka menyorokkan barang termasuk gula.

Mereka SUKA bermain tarik tali dengan kerajaan.

Jika diikutkan, maksiat di JB lagi dahsyat. Tidak perlulah saya nak jelaskan di sini, KERANA semua orang pun sudah tahu. Rajin2lah meninjau bangunan-bangunan yang berhampiran City Square itu. Rajian2lah juga meronda malam hari di kawasan Danga Bay.

Israel negara yang sombong dan kejam, tetapi kurang mendapat bala. Orang Acheh ramai yang warak, tetapi mereka sentiasa diuji Allah.

Jadi perkara-perkara tersebut, tidak boleh kita jadikan sandaran bahawa mereka mendapat bala.

ONE ZABA berkata...

tanam tebu tepi bibir je la...manis jugak.