Sabtu, 4 September 2010

8 TIP UNTUK CANTIK

Sorylah Lisa Surihani, gambar anda saya copy paste daripada facebook Lisa

Setiap wanita tentu ingin cantik? Malah nenek-nenek pun ingin sentiasa cantik, supaya datuk-datuk tidak mengurat anak dara di sebelah rumah. Cantik yang saya maksudkan bukanlah cantik kerana kosmetik, tetapi cantik yang lahir atau memancar-mancar daripada dalaman.

Untuk memiliki itu maka wajarlah memberi perhatian terhadap 8 perkara yang berikut:


  1. Air-adalah sumber kecantikan dan kosmetik yang paling murah kerana mudah didapati. Dengan membersihkan muka, kotoran-kotoran yang melekat di wajah dapat dihilangkan. Sebagai muslimah, kita haruslah membasuh muka 5 kali sehari (mengambil air sembahyang).Sudahlah di dunia anda berwajah bersih, di akhirat nanti air wudhuk itulah yang akan menyebabkan wajah anda memancar bercahaya.   
Dengan air tubuh menjadi sihat dan segar. Mandilah di bawah pancuran air kerana ia berfungsi untuk merangsang otot-otot dan pengaliran darah di dalam badan.

Minumlah air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk melancarkan sistem di dalam badan. Kalian tengok sahajalah longkang di belakang rumah kalian itu. Jika tidak ada air pastilah susah handak membersihkannya.

2. Bau badan- Memang bau wangi hanya untuk suami. Namun janganlah sampai orang di sekeliling anda menutup hidung apabila berdekatan dengan anda. Ia disebabkan bau kurang menyenangkan. Perlulah gunakan deodorant sebelum ke mana-mana. Elakkan bau minyak wangi yang menyebabkan lelaki mengekori anda. Deodorant untuk mengatasi masalah badan berbau sudah mencukupi. Mandilah sehari 2-3 kali.

3. Cantik- Definisi cantik bukan bermakna paras yang rupawan dan jelita sahaja.Orang yang cantik akan menjadi hodoh jika diri kelihatan kuyu dan membiarkan jeragat tidak pernah dirawat. Sel-sel kulit terbiar seumpama kebun yang tidak pernah dijaga.

4. Diet- Pendek kata makanlah makanan seimbang. Pasti kita semua tahu tentang piramid makanan. Taip sahajalah di Google tentang Penduduk Lembah Hunza. Bagaimana mereka mengekalkan kesihatan sehingga majoriti jangka hayat mereka antara 90 tahun ke 100 tahun. Kebanyakan mereka mengurangkan makan daging dan memperbanyak makan sayur-sayuran dan bijirin. Di samping itu mereka sangat berpegang kuat terhadap ajaran Islam.

5. Feminin- Sebagai wanita, bersopanlah dalam setiap pergerakan atau penampilan diri. Pilihlah pakaian yang melambangkan kewanitaan dan menutup aurat. Elakkan pakaian yang menjolok dada mahupun pakaian yang menjolok peha. Juga elakkan pakaian tomboy atau pengkid. Ia hanya merosakkan mata semua yang melihatnya.

6. Gigi-Sudah penat pula saya menaip, diringkaskan cerita, jadikanlah gigi anda seperti model iklan ubat gigi. Cara bagaimana? Terpulang, sama ada hendak menggunakan arang kah atau apakah terpulanglah. Kalian lebih bijak daripada saya. Anak-anak kecil usah dibelikan gula-gula. Anak saya kini bergigi hitam. Namun tidak mengapa, saya belum menyesal kerana umurnya baru 5 tahun.

7. Rehat- Berehat penting. Jangan biarkan anda kehilangan tenaga. Walau sibuk bagaimanapun, lebih-lebih lagi seminggu hendak raya begini, pastikan kita tidur dan berehat dengan cukup. Usah dipaksa menyiapkan kerja sehingga kesihatan terjejas. Akhirnya wajah menjadi masam dan tidak bermaya keesokan harinya.

8. Jerawat- Eh yang tua-tua masih ada jerawatkah? Hindarilah makanan yang berlemak. Janganlah sekali-kali memicit jerawat dengan jari kerana ia akan merosakkan wajah anda.
Sekali lagi bersihkanlah wajah anda selalu. Makanlah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Jika jerawat telah menyerang anda, bersegaralah jumpa pakar kecantikan. Usah sayang duit, kerana wajah yang rosak menyebabkan segala aktiviti anda terbantut.
Sekian sahaja pesanan daripada saya.

Sumber daripada pembungkus nasi lemak yang sempat kubaca tempoh hari. Pengarang asal, tidak dapat diketahui, kerana surat khabar lama ini telah dipotong-potong. 

5 ulasan:

~ Mummy Gee ~ berkata...

para suami kalau nak muka paras istri mulus dan licin janganlah kedekut nak bagi duit utk isteri gi buat rawatan kat saloon...

MSOM berkata...

Dengar tu Tuan-tuan, apa kata Mummy Gee.

en_me berkata...

jeliternyerr .. ekeke

kang, tampallah keratan suratkhabar lama tewww..

MSOM berkata...

En Me
Bila tengok gambar ni teringat iklan syampu Sunsilk yg main futsal.

kratosellas berkata...

http://kratosellas.blogspot.com blog from greece