MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 23 September 2010

TULIS BLOG TAK BOLEH LETIH


Ni gambar aku (candid daripada AMSUDA )

Ya, tulis blog memang tak boleh letih. Teruja juga tengok mereka tu rajin betul tulis blog. Agaknya mereka tu penulis blog sepenuh masakah? Yang online baca blog mereka sampai 80-100 orang dalam satu saat!
Blog aku ni nak capai 3 orang online dalam satu saat pun payah.

Ada juga blog yang ditulis oleh orang terkenal dalam politik, tetapi jarang ada komen dalam blog dia. Tengok blog Redhuan Tee pulak lagi aku takjub, tanpa Nufnang atau iklan, yang komen sampai 500 komen mengalahkan blog Che Det.

Jadi, kesimpulannya, tulislah blog ikut keseronokan sendiri. Syukurlah purata 100 pengunjung sehari ke blog aku yang entah apa-apa ni. Terima kasihlah kepada anda kerana jadi antara 100 pengunjung blog aku. Dulu mula-mula dapat 20 pengunjung je sehari. Kat mana pulak dapat stastistik tu? Apa lagi tengoklah kat akaun Nufnang kita tu. Kata Kunci apa yang popular pun ada. Kalau nak income yang banyak sikit, sehari mesti ada 1000 pengunjung.

Banyak sangat yang perlu aku belajar!

5 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

dlm purata 100 tu... aku la penyumbang terbesar tau...sebabnya aku kalau nak update blog mesti pinjam ko punya blog dulu (sbb template kat blog aku tu takde SIGN IN punya icon). Oleh itu... aku nak redeem hadiahnya.

MSOM berkata...

Ada lebih2 redeem maintain le kat BIO
ASLI engko tu. Bulan Sept ni belum lagi aku key in, fasal jualan agak slow. Tunggu sehingga hujung bulan ok

WONG KHOO LAI berkata...

Aku punya blog selalu bersawang dan bermusim. Tengok mood. Busy ma...

WONG KHOO LAI berkata...

Aku punya blog selalu bersawang dan bermusim. Tengok mood. Busy ma...

MSOM berkata...

Tak apa bang, seminggu sekali pun dah kira ok.