MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Ahad, 5 Disember 2010

BUAT BANNER HEADER CARA SENDIRI

(Ini header Blog Fatin Liyana ciptaan Ezan, bukan header aku)

Godek punya godek dapatlah aku buat header sendiri. Kalau pakar web nak bagi markah, aku mungkin dapat D. Tetapi gasaklah, asal ada header aku sendiri. 


Orang hebat selalu guna Fotoshop, tapi aku tak menguasai lagi, jadi aku guna Paint saja (macam kanak-kanaklah pulak).


Untuk latar belakang...
Taip saja imej di Google, seperti HEADER BLOG, HEADER BACKGROUND, HEADER FOR BLOG dll..Copy dan Save.  

Lepastu aku masuk Paint untuk masuk gambar dan tulisan. 


Nak kecik besarkan gambar masuk ke Microsof Office Picture Manager, klik pada picture, kemudian crop. 


Ikutlah size mana nak pilih. Dlm picture manager tu pilih Resize...pilih size....Dokument large 1024 px X 768 px...kalau ikut saiz web, ia jadi kecil.


Ada seorang blogger tu, dia boleh buatkan banner header ni. Dia jual RM 10. Kalau korang nak tengok MANIS-MANIS MASAM. Aku ni tak kesah, promote blog orang, bisnes orang. Kita kan kena bantu-membantu, bukan bantut-membantut. Kenapa aku tak beli baner dengan dia? Sebab aku suka kerja aku sendiri walau hodoh.

Aku juga pelik bagaimana blogger yang muda-muda macam FATIN LIYANA boleh membina legasi blognya  sehingga tersenarai antara 30 blogger terbaik? Ya, mungkin dia jelita tak macam aku yang dah tua bangka ini. Atau dia memang genius? Namun daripada entri-entrinya menunjukkan FL seorang yang bijak menarik pengunjung.

Tiada ulasan: