Selasa, 28 Disember 2010

....KERJA....KERJA.....KERJA.....!

Dah penat cari barang-barang sekolah relaxlah dulu kat sini. Tiga empat hari cari barang kelengkapan sekolah.

Selama lima hari juga aku sudah mula ulang alik ke tempat bertugas. Kepala sudah mula senoneng dengan istilah-istilah pendidikan. KSSR, Headcount, analisis item, minit mesyuarat, tugas-tugas khas, Linus, Protim.

Sekian banyaknya tugas yang menanti 2011. Tetapi yang paling berat meningkatkan jumlah 5A untuk calon-calon UPSR 2011. Aku kena bersedia kerja di bawah tekanan sebagaimana guru-guru Tahun 6 yang lain. 

Wakil PPD telah memberi taklimat antaranya tugas guru semakin berat dan bersedialah dengan transformasi pendidikan. Patutlah seorang kawan aku tu cuba nak mohon bersara awal. Malangnya....tak dibenarkan.




3 ulasan:

Kak Kay berkata...

bersedia lah cikgu memikul tanggungjawab yang diamanahkan, dah itu kerja yang kita pilih kan. kalau kita rasa kerja tu berat,banyak lagi diluar sana yang menggalas tugas yang lebih berat. asalkan hati kita ihlas dan redha insyaallah akan dipermudahkan

Mama Miraki berkata...

tahun ni mula sistem KSSR ...

MSOM berkata...

Mama Miraki dan Kak Kay,
seandainya tugas guru itu hanya mengajar, saya sanggup mengajar sehingga umur 60 tahun.