Jumaat, 24 Disember 2010

AKHIRNYA TERTANGKAP JUGA DALANG ITU

Dengan tersiarnya pic ini hati kami telah puas kerana dalang itu akhirnya kecundang


Semasa kami bangun tidur, kami dapati darah tikus itu berselerak di sekitar perangkap usang ini.
Aku mendengar suara rintihan di dalam stor rumah kami. Akhirnya aku dapat menangkap ekor tikus yang sudah tidak bermaya itu.




Untuk mempercepat hukuman mati, aku rendam tikus ini di dalam air. Antara kesalahan yang telah dilakukan
oleh dalang ini ialah:
1. Memakan carpet murah kami yang disimpan di dalam stor sebanyak dua gulung sehingga raya tempoh hari dan aku terpaksa beli tikar buluh dan ia memakan belanja ratusan ringgit.
2. Mencuri ikan bilis kami yang belum sempat dimasukkan ke dalam bekas bilis
3. Berlari-lari di atas siling dan mengganggu kententeraman awam.
4. Menakut-nakutkan anak-anak kami yang sedang tidur, macam bunyi toyol berari-lari.
Maka dengan itu dia dijatuhi hukuman mati mandotori di bawah seksyen kanun keseksaan



Lalu aku campakkan mayatnya kepada anak-anak kucing sah taraf yang sentiasa ada di belakang rumah aku ni. Kalau aku buang kucing ni, minggu depan datang pula kucing yang lain. Paling kurang pun ada enam ekor. Kalau kami rajin, kami bagi nasi lauk sedap-sedap, ikan masak asam pedas. Kalau malas, aku biarkan sahaja. Ada 5 dapur yang berkongsi kucing tersebut. 



 
Eh aku pulak yang dapat. Agak-agak habis tak sekor ni aku makan.


Sedap betul daging tikus ni. Macam makan piza!!!

Apa tengok-tengok?

Carikanlah seekor lagi untuk aku Pakcik....!

Untuk aku tak ada ke bro?

Prinsip kucing kalau tengah makan tak boleh berebut. Nasib le siapa yang dapat.
Kalau boleh habis, memang rezeki dia. Tak macam ayam. Kat mulut orang pun dirampas.

Ibu Mithali....Alhamdulillah rezeki anak aku pagi ni
Kepada pecinta-pecinta binatang liar harap membuat bantahan dengan membeli produk BIO ASLI KITA KELAPA DARA....!

6 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

oic..ilmu baru nih cikgu msom, saya baru tau kucing tak makan berebut macam ayam...hehehe...

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Tikus mmg menggelikan!

Mama Janet berkata...

Hilang selera makan tengok blok MS ni.

MSOM berkata...

SZ,
Hasil dapatan itu mengikut kajian saya ke atas kucing2 di belakang rumah tersebut. Tak taulah kucing2 di tempat lain.

MSOM berkata...

MM,
Ingat IMUDA begitu geli dgn tikus dalam rancangan yg popular tahun 80-an dulu. Rancangan 2 campur 1.

MSOM berkata...

MJanet,
Kalau saya keluarkan panorama di sekitar pasar ikan Pt Sulong lagi termuntah, ulat-ulat yg sedang bergerak2....contohnya