"Dalam hati manusia ada seketul daging, jika baik ia maka baiklah yang lain, jika rosak daging ini maka rosaklah anggota lain, daging seketul itu ialah hati". Hadis Rasulullah.
Hati yang kotor ini akan berjangkit dalam bentuk emosi yang akhirnya akan melakukan tindakan TIDAK RASIONAL. Inilah yang dinamakan MAKSIAT BATIN.
(Antara tindakan tidak rasional hari ini, membunuh ibu, menyimbah asid kepada anak sendiri, sumbang mahram, membunuh orang dengan sebab yang paling ringan, menjeling saja sudah kena bunuh. Dan pelbagai perkara lagi yang kita kata orang gilakah mereka itu?) Ini saya yang kata.
Apakah MAKSIAT BATIN itu? Jika anda melakukan maksiat batin ini, maka hati anda akan kotor. Kesannya, hari ini, mereka melakukan perkara-perkara yang tidak terfikir oleh kita.
Adapun MAKSIAT BATIN itu adalah seperti berikut:
MAKSIAT PERUT
Iaitu seseorang terlalu banyak makanan yang tidak halal atau haram seperti minum arak atau makan makanan daripada punca yang tidak halal seperti rasuah, riba, mencuri, tipu dan lain-lain.
MAKSIAT MATA
Iaitu seseorang yang suka melihat bahan yang lucah dan haram.
MAKSIAT LIDAH
Yakni bercakap perkara-perkara yang tidak elok seperti mengumpat dan memfitnah.
MAKSIAT KEMALUAN
Iaitu melakukan hubungan jenis di luar nikah dan lain-lain perhubungan jenis yang tidak dibenarkan.
MAKSIAT TANGAN
Bermaksud mencuri harta orang lain, pecah amanah dan lain-lain.
MAKSIAT KAKI
Sentiasa mengunjungi tempat-tempat maksiat seperti kelab malam, tempat pelacuran dan perjudian.
MAKSIAT TELINGA
Mendengar perkara yang keji seperti mendengar orang sedang mengumpat, memfitnah dan memburuk-burukkan orang lain.
Maksiat batin ini seterusnya kan berjangkit ke MAKSIAT ZAHIR, antaranya:
Bercakap banyak
Suka marah-marah
Berhasad dengki
Baghil
Suka bermegah-megah
Sombong dan takbur dengan diri sendiri
Cintakan dunia
Suka memfitnah
Ujub iatu menyangka dirinya terlalu sempurna
Riak iaitu ingin pujian orang lain
Untuk MENGATASI masalh ini, seseorang itu seharusnya kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Didaftasi daripada tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh Variasi 6 November 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan