Sabtu, 4 Disember 2010

BELAJAR JADI AGEN HARTANAH


Minggu lalu aku menghantar kopi kelapa dara ke rumah seorang kawan.
Tiba-tiba dia hulurkan aku satu kertas fotostat geran tanah lot.
"Kau tolong carikan orang yang boleh beli tanah aku ni."
"Dah jual tanah pulak? Hebatlah kau"
"Dah penat kerja tulang empat kerat, aku nak kerja senang-senang pulak, macam Sosilawati juga"
"Oklah aku cuba...."
Aku pun SMS kawan-kawan aku.
Tetapi, semua tak berbalas.
Malam tadi baru aku teringat http://www.mudah.my
Aku pun terkial-kial, almaklumlah baru pertama kali nak mencuba buat pengiklanan kat sini.
Apabila aku dah sent ke sana, baru aku teringat tanah tu sebenarnya 3 ekar, tapi aku terbubuh 1 ekar.
Iklan tu rupa-rupanya mengambil masa satu hari baru mereka akan siarkan.
Dan hari ni aku mula menerima panggilan.
Alamak! Aku tak tau langsung bab-bab tanah ni, maka aku berkali-kali menelefon member aku tu. Dia pun tergagap-gagap nak jawab istilah-istilah dalam jualan tanah ni.
Lepas ni korang jangan terkejut kalau aku iklankan bantal busuk, TV seconhand, kasut buruk kah kah kah!

6 ulasan:

Mama Miraki berkata...

hehe//memang mudah dengan Mudah.Com ni...free lagi...anyway selamat jadi broker tanah yea.

MSOM berkata...

Broker tanah kepada kawan rapat je. Sebelum ni dah jualkan tanah 3 tempat, tuan tanah buat dekkkk je tak bagi apa-apa hatta sebungkus sate.

Mama Miraki berkata...

MS lain kali nak jadi broker tanah kena mark up harga tu. katalah tuan tanah kata nak jual 50k..MS kena cakap ngan orang nak jual tu harga tanah 55k. itu biasa tu pada sapa2 yg jadi broker tanah...sebeb biasanya tuan tanah nak jumlah bersih jer...

MSOM berkata...

Tkasihle Mama Miraki, namun kes yg ini saya hanya nak membantu seorang kawan, namun dia berjanji nak bagi persen.

Cuma minat saya tetap pada MLM dan herba-herba.

Seri berkata...

itu semua peluang. peluang untuk jadi usahawan, peluang belajar selok-belok perniagaan

good luck

tapi kena hati2 takut ada yang dengki

MSOM berkata...

Seri, pun boleh iklankan baju-baju yg dah tak nak pakai ke mudah.my
Beg tangan ke.
Dengki, itule yg paling ditakuti, tapi saya belum kaya lagi, janganlah dengki dulu.