MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 2 Disember 2010

JAUHI KEMISKINAN


Aku sedang membaca buku tulisan Mohd Rozani Pawan Chek yang bertajuk Buat Duit Dari Rumah. Almaklumlah aku kan suka baca buku-buku macam ni. Aku bayangkan apabila dah pencen nanti, ketika usiaku kalau panjang, 56 tahun, aku dah tak boleh buat apa-apa. Maka paling simple ialah menjalankan bisnes mail order seperti yang dicadangkan beliau.

Aku nak petik satu tajuk yang diutarakan Mohd Rozani iaitu Miskin Bukan Alasan untuk tidak berjaya dan kaya.

Saidina Ali pernah berkata "Seandainya kemiskinan itu sejenis makhluk, pasti aku penggal lehernya dengan pedangku ini."

Kemiskinan itu menghampirkan diri kepada kekufuran.

Maka alangkah elok kita memikirkan satu bisnes yang boleh membawa kita lari daripada kemiskinan. Antara caranya ialah dengan bisnes dari rumah yang kenali sebagai mail order yang masih agak baru di Malaysia ini, tetapi kini telah ramai jutawan yang lahir dari bisnes ini, antaranya Irfan Khairi yang terkenal itu.

Di sini ada 5 perkara 'JANGAN' berkenaan miskin.

Anda seboleh-bolehnya menggelakkan 5 perkara ini:

Jangan biarkan diri dalam kemiskinan.
Jika kita biarkan ia, maka kehidupan kita, isteri dan anak-anak akan berada dalam kesusahan. Kita hendaklah gigih dalam memperjuangkan meningkatkan ekonomi keluarga kita agar anak-anak dan isteri kita hidup selesa.

Jangan biarkan diri dihina kerana miskin.
Anda perlu sedar anda ada maruah dan harga diri. Anda tidak perlu marah jika anda dihina kerana miskin. Dalam diam kita perlu berusaha dengan gigih agar terkeluar dari kehinaan itu.

Jangan susahkan orang lain kerana miskin.
Hiduplah dengn berdikari, dan jangan menyusahkan orang lain. 

Jangan takut pada miskin.
Tanpa kemiskinan, anda sudah tentu tidak berusaha. Ramai orang yang hebat, asalnya mereka miskin. Terlalu banyak untuk disenaraikan. Jutawan-jutawan itu kebanyakan mereka dahulu merempat dan dihina orang.

Jangan hina kemiskinan.
Hidup ini bagaikan roda yang berputar. Jangan hina kemiskinan anda dan juga kemiskinan orang lain. 

Tiada ulasan: