MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 10 Disember 2010

KENAPA ANAK LELAKI SAYA LEBIH RAPAT DENGAN ISTERI SAYA?

Pemanggil : Hello Tv 1, Assalamualaikum, selamat pagi. Saya nak bertanya dengan Prof. (Tak ingat pula nama profesor wanita yang petah berkata-kata dan penuh informasi tu)

Prof          : Silakan saudara....Masalah apa tu agaknya?

Pemanggil : Saya ni ada satu masalah, iaitu anak saya yang sulong, yang lelaki lebih rapat dengan isteri saya. Kalau dengan saya dia berat mulut. Kenapakah ini berlaku Prof?

Prof         : Ya memang begitu, anak lelaki biasanya lebih rapat dengan ibu mereka dan anak perempuan lebih rapat dengan ayah mereka.Namun jika berlaku kekurangan pada anak kita jangan salahkan  anak kita. Itu merupakan salah kita. Kita yang bentuk mereka jadi begitu. Kita mesti melaksanakan kedua-duannya untuk anak-anak kita. Iaitu DISIPLIN dan KASIH SAYANG.Kalau kita tekankan DISIPLIN sahaja maka mereka akan kurang kasih sayang. Jika kita lebihkan KASIH SAYANG saja, maka anak juga akan rosak (macam anakku Sazali).

Biasanya pagi-pagi aku menonton ceramah motivasi dari TV 3, sejak siaran TV 3 aku rosak ni, aku dah beralih ke TV 1. Dapatlah ilmu sikit pagi ini.

4 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Memang selalunya mcm tu.. Shashal lebih rapat dgn aku. Yg budak pompuan berdua tu lebih rapat dgn ayahnya.. klu makan malam, selagi ayahnya tak balik...mereka call dulu ayahnya baru selera nak makan.. klu jln shopping, muka mencuka klu ayahnya tak ikut.. haha..tapi aku tak kisah, sbb itu kan ayah mereka. Kan kita jugak yg senang..ada sistem pengkhususan.

MSOM berkata...

Dan satu lagi bukti MM merupakan anak emas BAPAK. Berbanding aku yg takut dgn arwah.

Mama Janet berkata...

Tapi biasanya anak lelaki ke perempuan lebih rapat dgn mak kot.Cam putera sy yg sorang ni, sbb mintak apa2 senang dpt.Tapi bila bab nak berjalan lebih suka dua2 ada.

MSOM berkata...

Mama Janet
Tu pun tgok juga tak, ada sesetengah emak lebih garang daripada siayah.