Selasa, 28 Disember 2010

RAJAGOBAL JADI RAJA GOMBAL?


Artikel ini sengaja saya gunakan bahasa Indonesia agar dibaca orang di sana.

Tampaknya perang saraf sudah dimulai di Jakarta. Mereka seolah-olah tidak menerima hakikat bahwa pasukan Indonesia telah kalah 3-0 saat di Staium Bukit Jalil 26 Desember lalu.

Dalam siaran TV3 tadi, nama Rajagobal di tulis di sepanduk dengan nama RAJA GOMBAL? Bagi saya ia tidak mempengaruhi apa-apa. Cuma ia agak macam kekanak-kanakan. Seperti budak sekolah rendah yang mengejek teman-teman sekelasnya.

Mengapa mereka terlalu marah dengan Malaysia? Tidak kira dalam hal politik, ekonomi dan kini dalam bidang olahraga? Kalau ingin marah pembantu rumah didera, mengapa mereka tidak marah kepada negara-negara Arab yang mengambil pembantu rumah dari Indonesia, apabila ada antara mereka didera?

Sesungguhnya, dari zaman Soekarno mereka selalu memandang serong kepada kita.

Semoga pertandingan esok, akan berakhir dengan aman dan salah satu pihak kena terima hakikat kekalahan.

9 ulasan:

Mama Miraki berkata...

GOMBAL = KAIN BURUK kan..ish..ish...teruk tul diaorang ni yea

Zack Zachoes berkata...

saya igt saya tersalah baca kat tv tadi. rupa2nya betul dia tulis 'raja gombal'. ntahnya, tak paham la zaman sekarang ni. ada je pihak yg tak puas hati.

MSOM berkata...

Mama Miraki
Biarlah mereka mengesat air mata mereka dengan gombal itu malam ini.

MSOM berkata...

Zakiah. Lama tak nampak. Sudah buka kilang kuih di Tawau agaknya tu?


Ini soal persaingan dan maruah. Mereka sanggup buat apa-apa sahaja.

Hafiz Salleh berkata...

Kita org melayu rileks jer....Mlaysia maju sebb kita bersikap matang dan tidak berlebih2 dlam m'lakukan sesuatu....x mcm indon tuh...smpai nk kutuk,maki,caci org laen...smpai bile2 pon diorg xkan maju.....

MSOM berkata...

Hafiz,
Indonesia memiliki segala-galanya.
Sumber pekerja yang ramai, tak macam kita kena import dari luar.

Kawasan lebih luas dan sumber semulajdi yang banyak. Tetapi mengapa jadi begitu. Mungkin pengurusan.

Nak salahkan Belanda? Mereka pun dah lama tinggalkan Indonesia.

Para intelaktual mereka mesti merubah keadaan itu. Kalau asyik nak tunjuk perasaan saja rosak negara.

Hafiz Salleh berkata...

Btol tu MSOM...
sbnarnya diorg lbih berpotensi utk sebuah negara yg maju ...segala kerosakan yg berlaku dtgnya dr mereka sendiri....

sahromnasrudin berkata...

malaysia pasti juara..harimau pasti mencakar lagi

MSOM berkata...

Insya Allah En Sahrom. Lama tak ke sini, tkasih atas kunjungan.

Kita sudah terlalu lama tidak mengecapi kejayaan.