MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Jumaat, 31 Disember 2010

SERANGAN AEDES RAKSASA

Iklan anti Aedes di Televisyen terbaru sungguh berkesan. Situasi seolah-olah seluruh kota diserang raksasa. Sepatutnya memang begitulah keadaannya apabila menghadapi serangan nyamuk aedes. Ia lebih bahaya daripada selsema babi. Kematian akibat denggi tiada noktahnya, malah semakin bertambah dari semasa ke semasa.



Sebelum ini nyamuk juga penyebab penyakit malaria, demam kuning, JE (Japanese encephalitis) yang pernah menggemparkan negara kita dan juga chikungya.


Sejarah paling hebat ialah Raja Namrud yang zalim dan tenteranya dihabiskan oleh nyamuk sahaja dengan izin Allah SWT. Seekor nyamuk sahaja yang ditugaskan untuk memasuki telinga Namrud, dan selepas empat puluh empat hari matilah dia dalam keadaan yang dahsyat. Raja Namrud? Ya Raja Namrudlah yang memerintahkan Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.
Selain itu sejarah kegemilangan nyamuk ialah:

1542- Nyamuk telah membunuh seluruh keluarga ahli ekonomi dan pelayar terkenal Sepanyol, Hernando de Soto.

1421-Kerajaan England telah menghantar laksamana Edward Vernon untuk mencari tanah jajahan baru di Mexico dan Louisiana bersama-sama 27 000 bala tenteranya. Tetapi misi itu musnah kerana 20 000 daripada tenteranya itu mati disebabkan demam kuning akibat nyamuk.

1802-Adik Napoleon Bonaparte Charles le Clers bersama-sama 33 000 ke Louisinia. Tetapi akhirnya 29 000 tenteranya mati akibat demam kuning sebagaimana nasib Edward Vernon.

1923- Lima juta kes malaria dikesan di Rusia, 60 000 orang daripadanya mati.

2002-Demam malaria adalah pembunuh utama kanak-kanak di Afrika.

2010-Di Malaysia yang terbaru dari Januari-2 Oktober 2010 jumlah kes denggi yang dicatatkan 37,419 kes meningkat 17% berbanding tahun 2009. Jumlah kematian dalam tempoh itu ialah 117 kematian berbanding 71 tahun 2009. Peningkatan sebanyak 65%!

Nyamuk juga semakin kreatif. Ia membiak di tempat-tempat yang tidak terfikir oleh kita seperti


Pokok Nenas


Pada seludang kelapa yang jatuh dan menakungkan air

Pokok keladi dan keladi hiasan

Apa lagi yang perlu anda tahu tentang nyamuk terutamanya nyamuk Aedes?

Nyamuk telah wujud 100 juta dahun dahulu.
Terdapat 3000 spesies sehingga kini.
Ia berkembang dari telur ke dewasa dalam 3-7 hari sahaja.
Nyamuk betina hidup sehingga 100 hari.
Nyamuk jantan hidup 10-20 hari sahaja.
Nyamuk boleh bertelur sehingga 3000 biji sepanjang hayatnya!
Nyamuk boleh terbang sejauh 1.5 km
Ada juga sesetengah spesies mampu terbang sehingga 30 km.
Hanya nyamuk betina sahaja yang menggigit mangsanya!
Nyamuk jantan menghisap cairan pada tumbuh-tumbuhan.



Ubat Demam Denggi: Kata mereka SOP KETAM boleh mengubati DEMAM DENGGI!
Cubalah, mungkin ada benarnya.......! Pergi ke hospital adalah MESTI!



TANDA-TANDA DEMAM DENGGI:
Demam denggi bermula dengan demam mengejut
Dengan sakit kepala teruk
Sakit di belakang bebola mata
Sakit sendi dan otot  sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah 
dan gatal-gatal.
Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.
Seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal 
Kemungkinannya terdapat gout dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung

KEBAIKAN NYAMUK:

Beberapa tahun lepas ada menteri kesihatan buat lawak. Dia kata 2020 nanti adalah tahun NYAMUK SIFAR.

Sanggupke kita semua ini hendak berperang dengan nyamuk yang jutaan jumlahnya? Ia ada di dalam kebun, belukar, hutan. Pendek kata di mana-mana pun ada. Saya pernah ke hospital lama di daerah ini. Sedang saya berdiri, saya terpandang akuarium yang sudah tidak kelihatan ikan peliharaanya. Yang ada, akuarium itu mengadungi jentik-jentik yang sedang menari tarian zapin! Itu hospital! Bagaimana kalau anda tinggal di kawasan yang mempunyai jiran-jiran yang hobinya menyelerakkan segala tin, dan bahan-bahan dari dapur mereka? Bukan semua peduli macam kita. Sepatutnya sebelum membeli rumah, kita kena siasat siapa bakal jiran kita. Sama ada dia jenis suka menternak nyamuk atau tidak?

Kalau nyamuk sudah zero, tak ada di dunia ini, apa akan berlaku?




Bakal tutuplah kilang-kilang ubat nyamuk. Kilang kelambu. Kilang ubat jentik-jentik. Pekerja mereka nak kerja apa? Ada yang sudah 25 tahun kerja di situ.



Abang kita yang menyara anak isteri dengan bekerja sebagai penyembur nyamuk ini terpaksalah bertukar kerja sebagai ahli bomba, atau membasuh kereta atau menyembur racun di ladang kelapa sawit.

Saudara kita ni nak chek apa pulak nanti?
Tak kan nak check siapa yang buang bayi pulak?

Abang-abang Nepal kita ni terpaksalah balik kampung tanam padi!

4 ulasan:

Mama Miraki berkata...

Aedes memang bahaya. Anak ke tiga saya ANIS SABRINA salah seorang korban akibat nyamuk aedes. Dia diserang Denggi Berdarah semasa berusia 8 bulan. Al-fatihah buat Anis Sabrina...

MSOM berkata...

Ya Allah, ANIS SABRINA meninggal akibat denggi rupa2nya. Selama ini saya ingat meninggal semasa lahir.
Al-Fatihah...

MUDZAKIR berkata...

Taman di mana saya tinggal pada 26 Disember 2010 yang lalu ada membuat gerak gempur perangi aedes bersama COMBI...Malangnya penduduk yang turut serta boleh dikira dengan jari. Yang lain masih lena dibuai mimpi dan ada juga yang setakat memerhati dari rumah sambil tersenyum kambing. Itulah sikap orang kita....

MSOM berkata...

MUDZAKIR,
Itulah keadaan sekarang.
Dulu, sikap bergotong-royong menjadi teras utama.

Yg tak boleh tahan tu cuma

"memerhati dengan senyum kambing"

Agaknya dia fikir, En Mudzakir ni membuang masa kut? Apalah nak memerangi nyamuk? Begitulah bisik hati mereka.