MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 24 Mac 2011

LUAHAN DINIHARI

Melihat drama ahli-ahli politik di negara kita ini
Kadang-kadang membuatkan kita jadi jemu
Pilihan raya kecil saja sudah 16 kali
Maka sepanjang masa masing-masing mengata
Mendakwa itu dan ini
Kita rakyat ni banyak lagi kerja
Daripada asyik beli surat khabar
Membaca cerita-cerita yang belum sahihnya
Elok saja duit itu kita belikan roti canai dengan secawan teh o
Minum lagi kenyang
Kalau seseorang wakil rakyat itu meninggal atau letak jawatan
Elok saja wakil daripada parti yang sama yang menduduki tempat itu
Kerana pilihan raya kecil itu banyaklah menghabiskan duit
Yang jumlahnya bukan sedikit
Harap-harap nanti pilihan raya ke 13 nanti
Pilihlah YB yang terjamin kesihatannya
Bukan yang mempunyai koleksi lengkap penyakit berbahaya
Maklumlah sekarang ni bukan macam dulu
YB kena kerja kuat dan tak ada masa nak rehat

8 ulasan:

AZANI berkata...

salam cikgu MSOM
sangatlah setuju
antara prasyrat sebelum layak betanding selain duit cagaran
perlu ada surat pengesahan kesihatan dari doktor...(tapi rasanya itupun boleh beli, kanZ?)
kena jogging sekurang kurangnya jarak 5 km ke pusat penamaan calon.
kalau tumbang tak dapat bertanding, kalau mengah mengah pun tak dapat bertanding.kena fit.

AZANI berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
=sz= berkata...

ehehee..
idea bagus juga tu..
lampirkan medical checkup kat borang penamaan calon ye cikgu...

sangat tidak faham juga kalalu kes lompat parti tu, boleh plak otomatik bertukar tampuk pimpinan ye...sedangkan masa kita memilih/mengundi dulu ikut parti/bendera... hmmmm

~ Mummy Gee ~ berkata...

Bila YB lompat party sepatutnya kena buat PRK gak, sbb org pilih dia maybe sbb parti bukan sbb dia sebagai calon.

PRK ni banyak gak benefit ... time ni la jambatan yg dah nak roboh akan diganti, tanah yg bertahun didiami dpt geran, org sakit dikunjungi pakmenteri,anak2 sekolah dapat beg dan basikal baru... dll

Saya dah bertahun tak beli paper, rasa rugi je beli paper tu. Baca je kat online lagi detail kita boleh tau....

Sekian saja 'pendapatan' saya utk topik ini. Oh ya saya dlm proses menubuhkan parti baru, mari join parti saya utk election akan dtg... hehhe... dah jemu kerja IT nak jadi politician pulak la

MSOM berkata...

Sdra Azani,
Lari 5 km TU YANG tak TAHAN TU.
Saya yg kurus ni pun kalau lari jauh macam tu, boleh pengsan

MSOM berkata...

Lompat parti tu yg menyebabkan pengundi rasa tertipu. Orang-orang macam ni pasti akan diberi pengajaran jika bertanding lagi.

MSOM berkata...

Paper tu ada gunanya juga Mummy Gee. Kalau ada rewang-rewang kat rumah, boleh buat bungkus ke alas itu dan ini.

en_me berkata...

mugo2 negara akan TETEP aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn