Aku sejak seminggu itu memerhatikan budak itu dengan fokus sekali...bukan sebab dia ada keistimewaan tertentu....
Setiap hari dia meniru nota dan latihan kawan di sebelahnya.
Aku pun memanggilnya....
"Awak ni rabun ke?"
"Sikit-sikit Cikgu..."
"Mari sini saya check kejap"
Huruf-huruf yang atas ok...semakin ke bawah semakin dia merapu...
"Semua yang awak sebut di bawah tu, salah...bermakna rabun awak memang melampau"
Aku meminta nombor hphone bapanya. Tetapi dia lupa....
"Nombor ibu ingatlah......"
Aku pun menelefon ibunya.
Terkejut yang amat sangat apabila cikgu buat panggilan kepada ibu bapa ni.
"Tak ada masalah apa-apa, cuma anak Akak ni ...rabunlah, kena check ni kak"
"Teruk ke rabun anak saya tu, pernah saya check awal tahun lepas kata kedai tu 120 power dia....TETAPI ayahnya kata...tak betullah tu...alat tu yang salah, mana ada keturunan aku yang rabun....kata bapaknya tu"
"Tapi kak, ini penting untuk dia. Tahun ni dia ambil UPSR...bila nak pergi kedai cermin mata ni?" desak aku macam apa je.
"Hujung minggu nilah cikgu...Insya Allah"
.....Masa berlalu....Pagi tadi aku tengok budak tu sudah pakai cermin mata.
"Kan hensem awak pakai cermin mata....malu tak?"
"Mula-mula malu, sekarang dah kurang"
"Berapa power cermin mata awak ni?"
"425 kanan dan kiri cikgu"
"Apa?????? Ayah tak terkejut ke?"
"Ayahlah yang paling terkejut...tak percaya"
Justeru itu Tuan-tuan, Puan-puan, checklah mata anak-anak anda. Kita kena prihatin......
12 ulasan:
baguslah cikgu msom ni prihatin dapat hubungi ibubapa pelajar tu...tahniah! :)
120 terus naik jadik 425?
waduhh konpem mmg kelabu asap la tak nampak...
saya yang power spect 200+ ni pun klu tak pki spect mmmg takleh baca info ke sarikata tv tu ;)
SZ,
Ibu dia kata 120, tahun lepas
ENTAH-entah 3,4 tahun lepas
Masa kan berlalu begitu singkat.
Bebudak skrg ni tengok tv dekat sgt.. aku rasa pun Qistina tu mcm dah rabun..
tahniah...Cikgu MS memang prihatin. Iki pun dah pakai cermain mata. dia rabun silau....
Nak tenguk budak rabun ke tidak, perhatikan masa dia menonton tV.Kalau dia kecik2kan mata, pastu tersenget2 rabun ler tu..
vahhh terharunyer kang.. gudjobb cikgu matsom
Saya pun rabun gak tapi sangat rimas bila memakinya... buat dua cermin mata tapi jarang pakai...tak selesA.
SAM
Anak aku sorang lagi tu lagi banyak tgok TV dan Main Game, elok pula matanya berbanding dgn yg kurang tgok TV dah rabu awal2 lagi.
MAMA MIRAKI,
Rabun Silau ni alamtnya kena ada pemandu peribadi nanti.
Mama Janet,
Kucing Janet tu rabun tak ya?
En Me,
Sesekali prihatin....
WKL
Cermin mata ni mungkin menarik seri muka kita, tu yg tak nak pakai tu.
Catat Ulasan