Hari ini Sabtu 19 Mac. Aku memandu kereta menuju ke Parit Raja.
Untuk mengunjungi rumah ibu mentua. Entah kenapa di Kilang Munchys sudah jem. Lalu aku tidak menyangka yang lain. Sebelum simpang Seri Medan, aku terlihat papan tanda amaran ini. Lalu apabila melihat keadaan itu janganlah hendaknya ada orang-orang yang kukenali terlibat dengan tragedi di simpang yang mengerikan itu, kerana telah banyak nyawa melayang di situ.
Masa: 11.15 pagi
19 MAC 2011
Telahanku ternyata benar...mula-mula terpandang panorama yang tak ingin kita lihat ini.....Sebuah lori 2 tan setengah terlibat. Lori yang terlibat dua buah. Pemandu lori ini maut.
Sebuah lori treler
Dan seorang lagi mangsa tragis rasanya pemandu kereta ini
Aku bukan wartawan untuk sibuk menemu ramah orang di situ, kerana di situ aku melihat sudah ada wartawan-wartawan daripada akhbar harian yang begitu sibuk menjalankan tugas masing-masing.
Cuma aku terdengar, 2 orang terbunuh, mereka ni dari Tangkak..
Melayukah, Cinakah atau Indiakah aku pun tak sempat tanya,
tugas aku cuma snap sana, snap sini. Mayat pun sudah tidak ada di situ...
Yang kelihatan ialah tiang lampu aluminium yang baru dipacakkan untuk menerangi
simpang maut ini telah tumbang
Memang dahsyat......fikirku...mayatnya entah bagaimana keadaannya
Darah-darah yang membasahi jalan raya telah dibersihkan oleh ahli bomba.
Namun percikan darah di depan bus stop ini mungkin tidak disedari mereka.
Orang ramai ingin tahu tentang kejadian itu...
Akibatnya jalan raya jem sehingga mesjid Parit Aton dekat Parit Yani.
3 ulasan:
Innalillahhhh...
Kat simpang tu mmg dah banyak yang jadi mangsa...
Brother sekampungku juga telah 'pergi' setelah beberapa minggu terlibat dlm kemalangan di situ tahun lepas...
sama2 la kita berdoa semoga selamat perjalanan pergi & balik ...
salam MSOM
kemalangan memang tudak berbau...kalau bawa slow pun boleh accident juga...
Catat Ulasan