Poh Kong meramalkan harga emas akan meningkat kepada US 1500 daripada US 1400 sekarang. Lihat graf harga emas hari ini di atas tu. Graf harga emas bukan macam saham, keluk dia walaupun kadangkala turun namun ia tetap naik ke atas. Tahun 1996 dulu aku pernah jual emas Heroku. Harga emas masa tu baru RM 31.00 satu gram. Sekarang tanyalah kedai emas .....!
So kenapa aku cerita hal itu. Sahabatku Harmoniskar berkata tentang peluang kita, jika mahu hidup selesa 10 tahun lagi, melaburlah dalam jual beli emas!
Paling senang beli emas kat kedai, simpan kat bank.....Kalau tak beli Dinar Emas kat Kelantan tu. Satu dinar sekarang ni, hari ini 14 Mac 2011 ialah RM 664.00......lima tahun lagi entah jadi berapa?
Satu lagi aku nak pesan, fasal aku pernah jual emas 916 dulu, aku nak bagi tau. Kadang-kadang kedai tu ada yang tipu kita. Maksud 916 tu ialah kandungan emasnya 91.6%, tetapi KADANG-KADANG tak sampai pun 90%!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan