Ahad, 13 Mac 2011

PASTIKAN KESELAMATAN ANAK ANDA



Pada minggu lepas, seorang lagi kanak-kanak menjadi mangsa meja lipat. Kali ini berlaku di negeri Johor. Kita sebagai ibu bapa haruslah memastikan meja lipat ini diikat dengan sesuatu agar tidak membahayakan anak-anak kita. Yang baiknya, jangan ada di rumah kita. Kalau tak digunakan elok simpan di dalam stor.

Dalam majlis perkahwinan ia juga digunakan. Oleh itu kalau dah rewang atau bergotong-royong di rumah kaum kerabat dan jiran tetangga itu, sentiasalah ingatkan anak-anak jangan bermain-main dengan meja ini, kerana sudah ramai mati tercekik di meja tersebut. Sepatutnya taukey kilang meja ini DISAMAN juta-juta agar mencipta meja dengan lebih selamat.

Selain itu, kita mestilah sentiasa memeriksa barang-barang lain di rumah kita. Wayar-wayar yang longgar, plug semua pastikan dalam keadaan selamat. Maklumlah budak-budak ni, lebih-lebih lagi cuti ni. Yang berkebun tu, racun dan parang usah diletak sebarangan. Kang ada yang main minum-minum air....keraslah pulak budak-budak tu.

Satu kejadian yang aneh dua bulan lepas, seorang atuk terkejut melihat cucunya mati tercekik pada pengikat langsir yang bulat itu. Kanak-kanak hyper memang kreatif.

Satu lagi, elakkan menyimpan air  di dalam baldi, besen, tong di dalam rumah. Ramai dah mati lemas kerananya.....

2 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

anak2 ni mmg betul2 kena peratikan cikgu msom...
jap je lepa macam2 aktiviti kreatif tak trjangkau fikiran boleh dibuatnya ...

semoga anak2 kita sentiasa dilindungi Allah :)

MSOM berkata...

SZ
Sentiasalah kita mendoakan keselamatan anak-anak kita...