Rabu, 24 Ogos 2011

KESOMBONGAN TIDAK KE MANA

Izinkan aku membebel pada malam-malam buta nan syahdu ini........


Sepanjang kehidupan aku, telah melihat ramai orang yang sombong akhirnya menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka  dengan kedukaan dan kesengsaraan. Rasanya tak perlulah aku ceritakan kisah semasa kanak-kanak ketika di kampung. Cukuplah sejak aku tinggal di Parit Sulong ni, aku telah menyaksikan beberapa orang yang sejenis dengan itu, kini ada yang telah mati. Dan ada yang sedang tersiksa, malah ada yang telah menggunakan pampers 24 jam. 


Adalah seorang hamba Allah ni.....
Sepanjang aku duduk di sini, dia mahu semua orang ikut cakap dia. Kalau nak marah orang, sesuka hatinya keluar daripada mulutnya, bagaikan orang lain itu tidak berperasaan. Dia memegang satu jawatan pun sebab kuasa veto yang melantik dirinya sendiri. Masih terngiang-ngiang aku, dia memaki hamun seseorang di hadapan orang lain. Malah ramai lagi yang pernah disakiti hatinya. Mereka bukan tak nak balas, cuma bukankah perbuatan itu akan menjejaskan nama baik mereka sendiri akhirnya.


Kini, siapa dia? Siapa yang menjengok dia? Tinggallah dia dengan isterinya yang juga sudah ganyut itu. Siapa yang nak mengingati dia? Siapa yang nak mendoakan dia sihat? Melainkan mereka semua sudah tidak peduli akan dia. Itu baru 16 tahun aku duduk di sini. Macam-macam dah berlaku. Dulu sihat walafiat, sekarang terjelepuk bagaikan gombal.


Susahkah untuk kita jadi orang yang baik? Akur. Dan tidak menonjolkan diri dengan cara yang keji? Hidup ini biarlah untuk berbakti. Hidup ini hanya sementara. Sementara sangat. Jadi untuk apa, kita menyombongkan diri dengan apa yang kita miliki? Allah boleh tarik segala yang ada dalam sekelip mata sahaja......

10 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Mujur ko buat entry ni... aku sebenarnya baru je nyampah dgn org. Hahaha...

AZANI berkata...

khuatir juga cikgu,almaklum saya manusia kdg lupa diri juga,tp saya selalu pesan pd diri,saya tak selalu di atas, ada masa akan turun juga....risau...

MAT SOM berkata...

Siapalah yg malang yg SAM marah sgt tu? Mesti org yg jahitkan baju tak siap ni???

MAT SOM berkata...

En Azani
Ada masa bolehlah kita borak2
Saya percaya Encik
org yg dikasihi oleh kawan2.

en_me berkata...

bila nak ngeteh nih kanng.. ehehe, salam ramadhan jerr

oittt!!!sekolah atap jeee!!! berkata...

1.alangkah baiknya kalau mat som adalah orang yang pertama melawat si pulan diatas di 10 ramadhan terakhir ini!

MAT SOM berkata...

En Me
Kita ngeteh di Kong Kong

MAT SOM berkata...

Angin Lalu
Masih terngiang-ngiang sgl kata-katanya yg bisa bak sembilu

Oh....!!!

WONG KHOO LAI berkata...

MS... dah lama kenal kat alam cyber...jom dtg berhari raya kat rumah kampung kita orang. Call dulu kalau nak datang.

MAT SOM berkata...

Tkasih atas undangan Cikgu Bahreyn. Juga, di kesempatan ini singgahlah sini rumah saya, tanya Razak akan lokasinya.