Sabtu, 13 Ogos 2011

KRONOLOGI KISAH MURTAD DI MALAYSIA

SHAH ALAM – Isu murtad di negara ini bukan baru, sebaliknya berlaku sejak 20 tahun lalu, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zukifli Noordin.

Menurutnya, isu ini masih berleluasa sehingga kini kerana belum ada sebarang usaha membanteras gejala ini dan kurangnya kesedaran dalam kalangan orang Melayu.

Beliau mendakwa, terdapat bukti kukuh bahawa wujud cubaan mengkristiankan orang Melayu dan aktiviti ini telah lama wujud tanpa disedari banyak pihak.

“Kita tidak mempunyai masalah dengan orang Kristian, tetapi kita mempunyai masalah dengan pihak yang cuba menentang kita.

“Kita sudah ada bukti dak-yah seperti ini sedang berlaku dan Jais akan keluarkan laporan lengkap berhubung isu murtad ini,” katanya.

Hadir sama, Senator Ezam Mohd Nor dan Jurucakap GCM, Hamidzun Khairuddin.
Zulkifli mendakwa, tindakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya, Rabu lalu, adalah titik permulaan dalam usaha membongkar isu murtad ini.

Menurutnya, terdapat beberapa risalah agama Kristian berbentuk komik, dijumpai orang awam di beberapa lokasi strategik di ibu negara.

“Komik itu diletakkan di KLCC, Pasar Seni, Danau Kota dan beberapa lokasi tumpuan orang Melayu. Ini bertujuan mempengaruhi golongan muda,” katanya.


Menurutnya, orang Melayu menjadi sasaran pihak gereja untuk penyebaran agama Kristian di negara ini, dan terdapat beberapa kes murtad berlaku sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, wujud beberapa pihak, termasuk NGO, yang berusaha mempertahankan tindakan gereja mengkristiankan orang Melayu.

Beliau berkata, kes pertama adalah usaha menjadikan seorang lelaki beragama Islam, Jamaluddin Osman, sebagai paderi Melayu pertama pada 1987.

“Jamaluddin diberi bantuan dan dididik oleh pihak gereja, akhirnya dia ditabalkan menjadi paderi dengan nama Josua Jamaluddin.

“Kita tidak boleh bertindak terhadapnya, kerana apabila polis ambil tindakan di bawah Akta ISA, beberapa NGO, termasuk Majlis Peguam, mencabar kes ini di mahkamah,” katanya.
Kes kedua, Zulkifli memberitahu, terdapat kes murtad, Nor Aishah Bukhari pada 1997 dan beliau sendiri terlibat secara langsung dalam kes itu.

“Dalam kes ini, Aishah dikristiankan di Gereja Panchor Jaya, Rasah dan keluarga Aishah dihalang oleh pihak gereja dari mengambil semula Aishah.

“Pada Ramadan 1997, Aishah dibawa lari pihak gereja ke Singapura dan kini berada di Australia,” katanya.

Menurutnya, pada 1998, sebuah Gereja di Brickfields secara terang-terangan mengkristiankan gadis bernama Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy.



Sumber Sinar Harian.
Kesimpulan: Berilah benteng yang kukuh kepada anak-anak kita, agar mereka tidak terpengaruh terhadap agama yang sesat ini. Siapa yang nak doakan kita di alam barzah nanti jika anak kita jadi Lina Joy atau Aishah Bokhari? 

4 ulasan:

aza ni berkata...

cikgu
dah dipesan puak kristian dan yahudi takan berhnti selagi kita tak ikut mereka...

mak encik | SZ berkata...

bila diumpan dengan wang ringgit & kesenangan...uhuhuhu...

Mat Som Sadona berkata...

Azani
Benar, peringatan itu drp Allah dlm surah Al-Baqarah

Mat Som Sadona berkata...

Pihak berkuasa agama:

Orang yg datang bayar zakat disambut dgn senyuman dan cenderamata.

Yang datang merayu bantuan zakat
Disambut dengan mulut mencuka
Diinterview macam nak mintak kerja
Disiasat segala
Dapatnya pun entah bila