Khamis, 25 Ogos 2011
HARI RAYA PENUH EMOSI
Hari raya tinggal lima hari lagi. Ketika inilah perasaan bercampur-baur. Ada ketikanya terlalu suka. Adakalanya agak sedih, apatah lagi apabila teringat memori silam. Kerana aku pernah merayakan hari raya ini dalam keadaan penuh dhaif. Ketika itu ayahku bekerja menoreh getah di kebun sendiri. Sepanjang bulan Ramadhan, hujan tidak berhenti-henti. Maka tiadalah apa-apa untuk kami meraikan hari yang indah itu.
Ketika syawal menjelma, hujan yang turun saban pagi, telah berakhir. Maka oleh sebab itulah, hari raya kedua hingga raya berakhir, aku telah membantu ayahku menoreh getah sehingga tengah hari. Semangat aku untuk berhari raya telah terbantut pada tahun yang tersebut. Aku hanya menyembunyikan diri di rumah, ketika rakan-rakanku bersuka ria.
Aku memahami masalah arwah ayahku. Anak-anak seramai lapan orang perlu disara. Itulah kenanganku ketika berada di sekolah menengah.....Justeru apabila mendengar lagu S Jibeng ini, ingatanku terhadap arwah ayahku kembali menjelma.
Dan betapakah bertuahnya anak-anakku dan anak-anak sekarang, kerana mereka telah hidup dalam keadaan serba mencukupi.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Perjalanan hidup telah tertulis.. Bila dah dekat2 nk raya ni, aku pun asyik teringatkan arwah ayah.. tp apa lg yg dpt kita lakukan, selain berdoa mudah2an roh arwah lebih tenang & damai di "sana". Amin.
orang kata pengalaman mendewasakan kita.....
Syahdunya kang...
MM itulah harapan semua yg bernama anak.
AZANI-Pengalaman itu adakalanya berbeza antara seseorang dgn seseorang.
Mie- Kesyahduan sering tidak boleh dilupakan.
Catat Ulasan