Sabtu, 27 Ogos 2011
KELUAR KALAU PENTING SAJA
Raya tinggal tiga hari saja lagi. Kalau kita keluar, cuba tengok para pengguna jalan raya kita. Masing-masing memecut dengan laju. Kadang-kadang yang sedang memandu pun ke tepi dengan tiba-tiba tanpa signal. Jalan raya di pekan-pekan dan kampung-kampung mula sibuk dan sesak. Sebab, para anak rantau, mula pulang ke kampung.
Perhatikan wajah-wajah mereka. Yang tak pernah ke luar ke pekan pun , kali ni empat lima kali ulang alik ke sana. Ada saja barang yang belum cukup. Nak beli catlah, daginglah. Lupa nak beli rempahlah. Paku, dawai, daun kelapa eh..macam-macamlah. Sebab tu gaji pun dah habis awal-awal.
Anak-anak muda, mula tunjuk aksi. Merempit. Maklumlah dah lama tak jumpa kawan-kawan. Masing-masing dah berpisah. Menjelang raya nilah dapat kumpul semula.
Yang di rumah pula, kemas itu, kemas ini. Usah lupa anak kecik di mana, takut lemas di dalam besen. Anak yang main mercun nak kena ingatkan selalu. Jangan sampai masuk TV dan menambah koleksi budak-budak cacat yang ada "Saya menasihati kawan-kawan, jangan jadi seperti saya, jari saya dah hilang, kerana main mercun".
Semasa mereka semua memenuhi pekan dan bandar berdekatan, eloklah kita bersantai-santai di rumah. Sambil memasang langsir, dan mengelap tingkap. Kerana, kalau keluar kita akan terdedah dengan kemalangan. Keluar kalau penting saja. Nak beli apa-apa, kena buat list. Fikir dan mesyuarat anak-beranak. Tak payahlah nak berulang ke pekan sampai 5 kali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan