Khamis, 8 September 2011

CERITA MAT INDERA



Namanya pun ahli politik, tak kira Ramadhan yang mulia. Hari Raya hari bermaaf-maafan, namun ahli politik tetap mengeluarkan idea-idea baru bagi menghentam pihak lawan. Kita rakyat biasa ni bergelut dengan masalah kenaikan harga barang makanan, harga rumah dan tanah. 


Mat Sabu memang petah berkata-kata. Namun apabila ia menyebut tentang Mat Indera, nama itu tidaklah asing bagi aku. Kerana perjuangan Mat Indera berakhir di kampung aku. Arwah bapakku selalu berpesan supaya tidak bermain di bawah pokok Kluih yang terletak di depan rumah aku masa tu. Aku tertanya-tanya juga kenapa? Oleh sebab aku agak degil, maka bapakku memarahi aku sambil bercerita sejarah dulu. 


"Kau jangan main di situ. Tempat tu dulu ada Cina Komunis disembelih oleh Wak Sham...Cina Komunis tu kawan Mat Indera yang ditangkap Wak Misban, Wak Beladang Wak Tukyo dan Wak Sham."
"Kenapa dia kena sembelih?"
"Dia nak lari, lagi pun polis cuma nak tangkap Mat Indera saja"


Ketika perbualan ini, mereka yang menangkap Mat Indera itu masih hidup. Kini semuanya sudah tiada. Wak Tukyo berhijrah dengan semua anak-anaknya yang semuanya lelaki dan membuka perkampungan baru di Jerantut dan telah meninggal dunia di sana. Wak Beladang dan Wak Misban juga telah meninggal dunia..Wak Misban meninggal dunia di Kampung Pt Warijo Lintang dan Wak Beladang di Pt Baru Seri Medan, kampungku yang indah dan bersejarah.


Tempat di mana Mat Indera ditangkap setelah mabuk minum kecubung, hanya selang dua kebun daripada rumah bapak aku. Itulah rumah Wak Misban pada masa itu. 


Inilah tapak lama rumah Hj Ismail/ Wak Misban
di Pt Baru Seri Medan yang menjadi saksi penangkapan
Mat Indera. Betul-betul di kawasan yang ada kabel TNB itu. 


Sejak tu aku tak bertanya bapak aku lagi. Ikut cerita bapak Mat Indera boleh menghilangkan diri. Emak aku juga bercerita pada zaman komunis tu, emak tidur kat hutan belakang rumah kerana takut dengan komunis. 


Bagi anda mungkin baru mendengar nama Mat Indera setelah mengikuti isu baru politik dua minggu kebelakangan ini. Tetapi bagi kami penduduk Seri Medan, cerita Mat Indera tak pernah luput daripada ingatan, khasnya oleh warga tua yang masih hidup dan pernah bertemu dengan lelaki itu.


Kepada yang ingin tahu apakah kekejaman yang Komunis lakukan di bumi Seri Medan? Sila klik di sini...Entri Saya Tentang ini









14 ulasan:

mak encik | SZ berkata...

syabas cikgu mat som!

cerita2 sejarah ni memang kena selidik betul2 ...barulah sahih kan...takdelah main percaya je ...

Mat Som Sadona berkata...

Ya SZ,

Nak tulis pun kena hati-hati kerana semuanya ada waris yg mungkin terguris.

Ia tinggal sejarah...

ahowk orang islam berkata...

ohh.. abah ada crita mcmna mat indra kena perangkap.. dia minat sayur sulur keladi.. jadi d campur dengan pucuk kecubung.. yg ni ramai orang seri medan tau.. yang ramai xtau tahun depan seri medan sudah 100 tahun.. arwah hj yusof berasal dari indonesia dtg ke sini utk bukak tanah baru(1912)ramai jugak xtau asal nama seri medan ialah romania..

Tanpa Nama berkata...

1.mat indera ni komunis ketidak!!

Mat Som Sadona berkata...

Waderteam
Banyaknya rahsia yg masih tersimpan di Seri Medan.

Mat Som Sadona berkata...

Dia memang pejuang, tetapi telah memilih jalan yg salah, dia memilih KOMUNIS sebagai platformnya.

Jika dibandingkan dengan Panglima Salleh Selempang Merah, maka jasa Panglima Salleh terlalu besar bagi penduduk Batu Pahat.

Katakan dan buktikan...apakah jasa Mat Indera?

Kita bercakap bukan pada dasar politik. Untuk lebih kukuh lagi perlukah saya menemubual orang-orang tua yang teraniaya dgn Komunis, kawan2 Mat Indera itu?

Tanpa Nama berkata...

1.terima kasih tuan matsom!!tuan telah menjawab dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh ideologi politik!!

Mat Som Sadona berkata...

Angin Lalu

Gambar Mat Indera kini tersebar begitu banyak di internet.

Namun gambar2 org yg memperdayakannya
macam tidak ada.

Saya akan cuba dapatkannya. Wajah mereka begitu jelas dalam ingatan saya.

Tetapi saya bukan pelukis yg boleh melukis wajah2 itu.

ahowk orang islam berkata...

bg saya,, dlu kita perlu radikal untuk menentang penjajah... mat sabu x sokong komunis pun, dia kata mat indra tu pejuang.. tu masej dia nak sampaikan... tang panglima salleh.. dia tonjolkan dri tebas senua.. tp yg ramai xtau bininya tu ilmu tinggi.. crita yg dah deberitahu sebelum baca buku sejarah kat sekolah.. ye la.. arwah atok sy kata buat apa bunuh org xbesalah.. xkan tanam sawah pun nak tebas.. sama ja radikal...

Mat Som Sadona berkata...

Zaman perang semua boleh berlaku. Sebab tu jangan sampai terjadi lagi di tanah air kita ini waderteam.

Kpd Ahmad Sabu, sbg org kedua kuat parti harus berhati2 dlm berceramah, kerana kesilapan sedikit akan menjadi bahan kempen parti satu lagi. Ia umpama kes Tengku Razaliegh memakai tengkolok lambang salib pd zaman Semangat 46 dulu.

Ia harus bercakap spt Ustaz Haron Din.

Mat Som Sadona berkata...

Kalau nak buat contoh sebut saja contoh2 yg lain, ramai lagi ada beratus orang lagi. Usah ambil tokoh komunis.

ahowk orang islam berkata...

xtau kenapa. mgkin ada sebab. tp bila sy tgk videa ceramah mat sabu dan apa yg org kata ttg mesej dia nak sampaikan.. jauh sgt la.. sy bukan ahli politikus.. x sokog mna2.. xkira bn ke umno ke.. yg penting kita saling menghormati.. haha.. apa yg penting kerja sama..

Rank&File berkata...

Saya baru terjumpa blog saudara, dan amat tertarik dengan kisah2 zaman komunis. Masa kecil di kg dulu, saya pernah dengar Panglima Ijam mati di tangan Panglima Salih. Betul ke cerita tu?
Dan banyak lagi soalan yang saya nak tanya.

Mat Som Sadona berkata...

Tkasih Sdr Rank-Berkaitan kematian Panglima Ijam tu saya belum tahu tentang itu.

Namun, kalau nak tau tentang kisah perjuangan Panglima Salih, boleh beli Novel Selempang Merah karya ZAHARAH NAWAWI Terbitan DBP. Boleh dicari di kedai2 yg menjual buku Dewan Bhs dan Pustaka.

Saya ada menyimpannya juga. Nantilah kalau cukup fakta, saya ceritakan.Tapi saya tak janji, kerana sejarah Panglima Saleh ni ada masalah perkauman sikit. Luka lama boleh berdarah kembali pulak nanti.