MAKLUMAN

NO HANDPHONE SAYA (DI ATAS TU) JENDELALIMA TRADING HANYA UNTUK TEMPAHAN PRODUK YG SAYA JUAL.

Khamis, 8 Mac 2012

GAJI BARU SSM AKAN DIBAYAR SELEWAT-LEWATNYA APRIL

Ceupacs berkata, SSM yang hendak digunakan semula bagi menggantikan SBPA yang dimansuhkan hari ini hanya bersifat sementara sebelum kerajaan mengumumkan skim SSM (yang dibaharui), sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya pagi tadi.


Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan satu suruhanjaya bagi mengkaji sistem saraan dan rupa bentuk perkhidmatan awam pada masa akan datang.


Sebagaimana yang telah diketahui, pagi tadi PM mengumumkan satu berita baik, walaupun ada sesetengahnya menganggap satu berita paling buruk, terutamanya yang telah sign pencen 60 tahun! Apo nak dikato.


Mereka yang mempunyai gaji yang sudah sampai dinding (gaji terakhir dalam tangga gaji), pagi tadi menghantukkan kepala berkali-kali ke dinding dan berazam tidak akan mengundi dalam pilihanraya ke 13 nanti. 


Aku pesan " Kalau masih tak dapat menampung keperluan sekarang, silalah tambah pendapatan dengan usaha-usaha sendiri, seperti berniaga, menceburi pelaburan emas perak, berkebun dan sebagainya"


Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.
Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.


Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini akan berkuat kuasa 1 Januari lalu dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.


3 ulasan:

Mama Miraki berkata...

dah cukup baik le PM nak bagi kenaikkan tu kan. itu pun ramai yg tak puas hati lagi. Bersyukurlah...ramai yg bukan kakitangan kerajaan kat luar sana yg tak merasa semua tu. Harap bila dah dapat kenaikkan mutu kerja pun akan naik..dan jangan megeluh lagi sebab banyak kerja...

~ Mummy Gee ~ berkata...

Setuju dengan MMiraki. Beruntung kerja gomen sebab ada pihak yang jaga kebajikan mereka. Kerja swasta ni x boleh nak mengada2 dan komplen lebih2...biasalah ayat standard majikan YOU TAKE IT OR YOU LEAVE IT!!! huhuhu

Msom berkata...

Insaf sungguh saya Mama Miraki, Mummy Gee

Tapi soal gaji ni saya tak pnh kisah
Org masuk U sambung belajar pun
Saya tetap tak kisah
Saya tak nak pening kepala
Asal letak bantal, mata boleh tidur
Saya dah suka.