Sabtu, 24 Mac 2012

KESIBUKAN MELANDA AKU

Blog aku ni seolah-olah semakin terbiar minggu ini. Aku semakin sibuk dengan beberapa majlis di sekolah aku bekerja ni. Satu lagi sebab, virus menyerang laptop aku yang satu lagi tu....


Minggu ni, guru-guru sekolah aku mengadakan majlis perpisahan dengan Ustaz Mohamad Romodhin dan Cikgu Nor Fatikhin Salim. Ustaz berpindah ke SK Pedas, di Rembau dan Nor Fatikhin berpindah ke SK Sri Broleh.
Chef Ramlah. Makanan ditaja oleh En Zaidi

Aku ditugaskan sebagai juruacara dalam majlis itu. Dalam pengacaraan penutup tu aku berpantun


Pergi ke taman memetik melati
Suara beduk kuat sekali
Andai tak jumpa di alam realiti
Jumpa di Facebook gembira di hati

USTAZ ROMODHIN (BERBAJU OREN) DAN CIK NUR FATIKHIN

Salam Terakhir......



Mereka ketawa terbahak-bahak....Salah seorang cikgu veteran mengusik, ingatkan bertemu di Syurga! 


Ada satu lagi rekod yang sepatutnya aku masukkan, iaitu kejayaan sekolah aku mengajar ni. SK Seri Pasir telah berjaya menjadi Johan Bola Sepak bawah 12 tahun Bagi Zon Parit
Sulong. SKSP telah mengalahkan juara bertahan tiga tahun berturut-turut, SK Pt Sulong dengan jaringan 5-0. Cikgu-cikgu sekolah aku ni memangle hebat.


Oleh sebab aku kena mengajar pada hari pertandingan tersebut, maka tak adalah gambar-gambar yang dapat diuploadkan sini seperti kejohanan yang lepas.


Minggu ini pula kerja-kerja memasukkan data online, apps, sgm, dan kejap ladi saps menjadikan aku semakin jauh daripada blog aku ni, maaflah kalau aku tak dapat balas komen kawan-kawan. Ada masa nanti aku jenguklah. Ditambah pula pelawat/nazir akan bertandang ke sekolah aku, maka tiadalah masa untuk bersantai-santai lagi.

8 ulasan:

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Menarik pantun tu..

Elok le klu komited dgn keja. Itu semua amanah yg harus ditunaikan. Nt bila free2 kat rumah boleh la update blog sehari 8 entry terus sbg membalas dendam :D

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya
Kerja2 ONLINE aku tu memang aku buat di rumah
Di sekolah memanglah FOKUS DLDM KELAS

ms

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Lain kali kalau majlis perpisahan try pantun ini...

Anak enggang di ranting mati
Patah ranting terbanglah ia
Anak dagang tak lama di sini
Habis musim pulanglah dia

Tanpa Nama berkata...

Godong pisang ngliwati sungi
Wong pendatang yo koyo kuwi
Isuk sore awan bengi
Njalok tukar walo disenani

Tanpa Nama berkata...

@tanpa nama diatas...

cekikian aku mboco pantun mu..
hehehhee...

mkf

Tanpa Nama berkata...

Cekikian ojo sampek ora iso ambekan yo ley

Ungu Violet berkata...

terer laa jadi mc...hehee

sama laa...sibuk manjang ngan keje sekolah sejak 2 menjak nih..

blog pun sempat jeling2 jer...huk..

Mat Som berkata...

Semua cikgu sibuklah sangat sekarang ni Cikgu Ungu...