Selasa, 23 Julai 2013

SUSAHNYA NAK TUKAR DUIT SERINGGIT

Duit kertas Malaysia-Kredit for Enferdgojes

Tahun ni aku dah malas nak tanya bank untuk tukar duit seringgit atau dua ringgit. Jawapan mereka tetap sterotaip. Kalau datang petang, dia suruh datang pagi. Kalau datang pagi, suruh datang esoknya pula. Kalau datang awal Ramadhan, suruh datang pertengahan Ramadhan. Apabila datang tengah Ramadhan dia suruh tunggu seminggu lagi. Hujung Ramadhan, Sodakallahul azim

Tahun ni aku dah kumpul duit awal-awal. Ada duit baru, ada duit buruk. Nasiblah kau budak-budak. 

Tahun lepas, entah macamana, seorang customer produk herba aku tu kerja bank sebagai pegawai bahagian pinjaman. Apabila aku tanyakan tentang duit seringgit. Dia kata kat bank memang susah nak dapat. Beliau itu suruh aku ke rumahnya. Masya Allah, patutlah beliau seorang sahaja dah simpan RM 4000 kat rumahnya Beliau kata, duit itu khas untuk kaum kerabatnya yang kirim. Masa tu aku dapatlah tukar RM 300.

Patutlah pun duit kat bank dah susah nak dapat.....lagi-lagi tahun ni, di mana pengeluaran duit baru agak terhad. Tapi katanya ada duit polimer? Aku nak tukar duit dengan Encik itu lagi malulah, sebab sejak setahun ni, beliau tak membeli produk aku lagi.

Yang pelik lagi, PM kita diam aje ni kenapa ya? Takkan lama sangat nak kaji pemberian bonus tu. Tak payah kaji-kajilah. Kesian yang nak balik kampung jauh-jauh tu.....!


5 ulasan:

umi alya berkata...

ntah le Cikgu, usah le kita bermimpi di siang hari..

duit raya untuk anak2 saya ader bajet k tak? (ala2 wat muka tak malu, huhuhu)

Masha Meisters berkata...

tak kisah...saya tak memilih...duit buruk pun takpe cikgu...hehehehe

Mat Som berkata...

Umi Alya, adalah tu korek kat mana-mana. Tabung bersepah-sepah tu, kali ni kena gunakan nampaknya

Mat Som berkata...

Masha...

Duit yg buruk tapi bungkusannya cantik mungkin sesuai utk Masha

Knor berkata...

suami knor gang dgn banker2 ni..senang sokmo..keluar masuk sokmo..