Semoga kehadiran 2011 menjanjikan sinar kejayaan dan kebahagiaan
Dan semoga hidupmu sentiasa bergemerlapan
Sebagaimana gemerlapannya percikan bunga api
Selamat Tahun Baru drpku dan famili
***************************************************
2010 berlalulah sudah
2011 kini menjengah
Lupakanlah yang sudah-sudah
Binalah kembali ukhuwah
Selamat tahun baru
***************************************************
2011 menjelma kini
Semoga bertambah rezeki
Kehidupanmu sentiasa diberkati
Keluargamu sentiasa dilindungi
Dan sentiasa dlm pemeliharaan Illahi
Selamat Tahun Baru
***************************************************
Itu sahajalah setakat ini yang dapat kukarang pagi ini. Tiba-tiba sahaja fikiranku kehilangan idea untuk mencipta sms tahun baru yang berkualiti.
***************************************************
Di bawah ini pula, sms yang pernah aku terima tempoh hari:
Ya Allah, muliakanlah dan sayangi penerima ucapan ini,
Berkati keluarganya,
Sihatkan tubuh badannya,
Limpahkanlah rezekinya,
Jauhkanlah daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan,
Suburkanlah benih keimanan
dengan penuh kasih sayang dan takwa
Makbulkanlah cita-citanya yang murni
Selamat Tahun Baru 2011
**********************************************************
SELAMAT TAHUN BARU
KEJAYAAN 2010 PALING BERSEJARAH