Khamis, 30 September 2010

BINCANG TENTANG BLOG DI TV 3



Aku baru sahaja habis menonton rancangan Soal Jawab TV 3. Topik hari ini tentang blog. Ada tiga blogger yang dijemput iaitu:

1. Syed Azidi Aziz-mewakili penulis blog politik. Pernah masuk lokap tiga hari kerana isu kempen mengibarkan bendera terbalik.
2. Datuk Dr Redhuan Bakar-mewakili penulis blog kesihatan dan kedoktoran 
3. Pn Munirah Hanim Ahmad Jahudi- mewakili penulis kaum ibu.

Aku rasa patutnya ada satu lagi perlu dijemput, penulis blog picisan. Hah3X macam aku ni!

Antara intisari perbincangan selama satu jam (jam 11.00-12.00 malam) 29 sept tadi ialah:

Etika dalam menulis blog, Syed Azidi menasihatkan blogger hendaklah bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Blogger juga harus tahu tindak balas yang akan mereka terima terhadap sesuatu yang telah disiarkan dalam blog mereka.

Elakkan semangat mengapi-apikan. Kerana kita tertakluk dengan akta hasutan.

Apabila juruhebah bertanya, sekarang semua orang boleh tulis blog tanpa melihat apa kelulusan mereka? Syed Azidi menjawab bahawa itu merupakan keindahan dalam blog. Kepelbagaian penulis blog itu sesuatu yang baik. Terpulanglah kepada kita memilih blog mana yang kita kehendaki.

Doktor Redhuan Bakar lebih banyak bercerita berkisar tentang dunia penulisan ilmu kesihatan. Sementara Puan Munirah yang mewakili kaum ibu banyak bercerita tentang perkembangan anak beliau. Ini kerana Pn Munirah telah melahirkan kembar tiga. Jadi blog beliau berkisar tentang dunia penjagaan anak-anak.

Blog kalian bagaimana? Blog aku, aku dah tau...BLOG ROJAK. Macam-macam ada!

Oh ya satu lagi apabila ditanya adakah blog boleh buat duit banyak-banyak? Syed Azidi jawab lebih baik beliau buat filem.

Rabu, 29 September 2010

HIDUP HARUSLAH SENTIASA BERSEMANGAT

Kejadian bunuh diri sering terjadi. Jika dahulu peratusnya adalah daripada kalangan orang yang tidak percayakan Tuhan. Namun hari ini kita melihat sudah ada orang Islam membunuh diri, sedangkan mereka tahu ia salah satu dosa besar.

"Dalam khalayak ramai aku keseorangan " mungkin itulah kata-kata mereka yang terlibat.

Minggu lepas sahaja ada seorang usahawan yang membunuh diri. Juga seorang ibu yang membunuh anak dan selepas itu dirinya sendiri di dalam sebuah bilik hotel.

Ada yang bunuh diri kerana suami nak kahwin lagi. Ada yang bunuh diri kerana merasa diri sudah tidak dipedulikan. Ada yang bunuh diri kerana tekanan kerja.

Dulu murid aku di Paloh, bunuh diri kerana Guru Penolong Kanan paksa dia masuk aliran sains. Seorang lagi minum klorok, tetapi tak jadi mati. Sebabnya, kawan-kawan dia fitnah dia sudah tidak suci lagi.

Justeru itu, kita haruslah sentiasa bermotivasi dan ghairah dalam kehidupan.

Yang penting ialah kita mesti mengikuti ajaran Islam dengan sebenar-benarnya.

Selain itu kamu dicadangkan:
1. Rajin-rajinlah blog walking, tengok cerita kawan-kawan yang macam-macam tu....layan....!
2. Selalulah bersama anak/suami/isteri dan selalulah mengunjungi saudara-maramu.
3. Elakkan termenung dan mengenang kisah-kisah sedih masa silam
4. Usahlah menyesal dengan kehidupan sekarang. 
5. Ketenangan dan kebahagiaan dicipta bukan datang sendiri.
6. Belilah majalah banyak-banyak kalau tak ada duit layari je KARANGKRAF
7. Belalah ikan, tanam pokok, beli air terjun buatan macam yang dijual
    kat pekan Air Hitam tu...kerana bunyi air yang mengalir itu   boleh menjadi terapi minda.
8. Fikirkanlah, ramai lagi yang lebih derita dan sengsara daripada kamu.
9. Selalulah menulis entri blog, luahkan segala yang terpendam. Kalau rahsia sangat tulis dalam blog baru.
10.Jika kamu lemah semangat, lihatlah anak-anak kamu semasa tidur. Cuba fikirkan bahawa mereka     memerlukan kamu menjadi hebat. Setelah bercerai kali pertama, Sosilawati Lawiya mengandaikan dirinya sebagai payung. Kini, walaupun dia telah tiada, anak-anaknya ditinggalkan dalam kesenangan. Kalau kita mati apa yang kita tinggalkan? (yang paling utama mereka masih mentauhidkan Allah).

Kadang-kadang aku muak dan nak termuntah tengok drama Melayu kat TV tu. Sikit-sikit cerita orang sakit, bergaduh, sedih-sedih, berebut kebun tak sudah-sudah. Sudah sampai masanya produserkita  buat cerita yang positif, dulu miskin sekarang kaya. Pendek kata tema dia ialah kisah kejayaan, bagaimana nak berjaya dalam hidup.
Lebih malang lagi TV kita sekarang ni dipenuhi carita tahyul dan karut marut. Bagaimana WAWASAN 2020 nak tercapai kalau anak-anak kita ditakutkan dengan pelbagai spesis hantu?! Kalaulah Datuk Mohamad Rahmat ada lagi pasti dia menggelengkan kepala tak sudah-sudah dengan Menteri Penerangan sekarang.

AKU MINAT RENCANA MAJALAH INI

Asyik cerita jenayah je. Jadi apa kata kita tengok majalah ni. Menarik ni sebab ramai ibu bapa tidak mengerti bahasa bayi mereka. Kalau kalian ada baby lagilah. So aku ciplaklah majalah ni, sebab tulisan dia kat situ kecil sangat. Harta intelek ni. (Eh, aku boleh disaman ke?) Duit Nufnang aku pun belum sampai RM 20.00, macamana nak bayar saman?

Kenali petunjuk bayi ingin menyusu
Ramai ibu baru keliru dengan beberapa petunjuk yang diberikan bayi. Apakah itu tanda bayi mahu menyusu, menukar lampin atau sekadar mahu bermain? 

Selain daripada kekeliruan tentang petunjuk bayi ingin menyusu, terdapat petunjuk lain yang sukar dikenal pasti. Ketahuilah, penyusuan susu ibu secara eksklusif memerlukan pemerhatian. Bukan sahaja daripada pihak anda malah suami, ahli keluarga dan penjaga bayi. 

Infant cues adalah cara bayi menyampaikan apa yang diingininya. Komunikasi ini mungkin bermula secara tanpa lisan (non-verbal) tetapi akan berpanjangan sehingga bayi menangis apabila tidak dipedulikan. Ini bermakna bayi memberi petunjuk yang dia sudah bersedia menyusu. Ia juga merupakan cara bayi memberitahu, “Saya mahukan susu” (feeding cues) atau “Saya mahu berehat sebentar” (approach cues) mahupun “Saya mahu bermain dengan mama” (withdrawal cues). Bagi mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan petunjuk yang lazim diberikan bayi, ikuti ulasan berikut:

Bayi bersedia menyusu (feeding cues)
Lazimnya petunjuk yang biasa ditunjukkan bayi apabila dia bersedia mahu menyusu dapat anda perhatikan menerusi pergerakan kelopak matanya (sesudah bangun tidur). Dia juga mungkin mengerdipkan mata diikuti dengan berpusing sambil menggerakkan kaki, tangan dan kepala. Jika anda tidak mengendahkan petunjuk ini, bayi akan meneruskannya dengan menjilat bibir, memasukkan jari ke dalam mulut dan menghisap apa sahaja yang berhampiran dengannya.

Bayi akan menjadi lebih aktif memberi petunjuk apabila dia mula mencari-cari sesuatu, mengangakan mulut dan menggerakkan badan serta kepalanya seperti dalam keadaan posisi menyusu. Bayi juga akan mula “berbunyi” untuk memberitahu, “Mama, saya mahu menyusu!”.

Tanda akhir yang bayi akan beri apabila permintaannya tidak dipenuhi adalah dengan perubahan ekspresi muka, bernafas dengan lebih cepat dan seterusnya menangis! Tangisan merupakan tanda akhir yang akan diberikan oleh bayi apabila dia bersedia untuk menyusu namun tidak dipedulikan.

Apa yang perlu dilakukan?
Apabila anda sudah mahir dalam mengenal pasti petunjuk yang dinyatakan, susukan bayi sebelum dia menangis. Hal ini kerana agak sukar memujuk bayi yang sedang menangis untuk menyusu. Malah, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet. Tambahan pula, agak mustahil untuk bayi melekap dengan baik ketika dia menangis. Selain daripada itu, biar pun bayi berjaya disusukan, proses penyusuan akan menjadi lebih singkat kerana dia keletihan kerana menangis dan tertidur. Keadaan ini akan menyebabkan bayi tidak menyusu dengan baik dan tidak mendapat susu yang mencukupi.

Sewaktu bayi menangis, anda perlu menenangkannya terlebih dahulu dengan menggoyangkan tangan sambil mendukung bayi agar dia lebih tenang. Langkah ini penting kerana ia turut membolehkan sistem saraf bayi dilaraskan. Selepas itu, barulah anda boleh mencuba menyusukan bayi semula.

Sementara itu, elakkan bayi dibedung terlalu ketat kerana ini akan menyebabkan bayi “terlepas” daripada memberi petunjuk bahawa dia bersedia untuk menyusu akibat terlalu selesa atau tidur lena. Sebaik-baiknya bedung bayi dengan selimut nipis secara longgar. Elakkan juga menukar lampin sewaktu bayi menangis kerana ini akan memanjangkan lagi kekecewaannya yang kelaparan.

Perlu diingatkan bahawa bayi yang sedang menyusu terus dari ibunya akan memberi petunjuk bahawa dia ingin berehat sebentar (pause) daripada menyusu. Penting untuk anda ketahui agar tidak beranggapan bahawa bayi sudah mendapat susu yang cukup dan mahu berhenti. Adalah normal bagi bayi untuk menyusu 10 - 15 kali dan berhenti seketika selama 2 - 5 saat sebelum menyusu semula.
Tanda awal bayi mahu menyusu
Tanda akhir bayi
mahu menyusu


 Untuk rencana lebih lanjut klik di sini PAPA DAN MAMA

Selasa, 28 September 2010

BIARLAH POLIS JALANKAN TUGAS MEREKA


Sabar,sabar, kes ini agak rumit. Jabatan kimia sedang bertungkus-lumus menganalisis DNA.Satu lagi usah percaya sangat laporan akhbar, seperti kata dua oleh Mohd Bakri kepada pemberita. Semoga kisah tragis ini akan berakhir dengan watak jahat akan menerima balasan yang setimpal.

Satu lagi kalian bayangkan betapa kali ini polis sangat bekerja keras menyelesaikan kes ini. Paling membuat aku sentiasa terbayang-bayang ialah bagaimana mereka mendulang serbuk tulang di dalam sungai itu. Bayangkanlah kalau suami , abang atau adik lelaki kalian yang menjadi polis yang mendulang itu. Dahlah sungai itu berlumpur dan entah ada najis lembu, anjing dan macam-macam lagi. Kalau kerja macam group Gerak Khas Yusof Haslam tu, macam seronok je jadi polis. Boleh mengurat polis yang cun-cun. Baju pun bersih je 24 jam. Dalam seminggu dua minggu semua kes jenayah dapat diselesaikan!

Akhbar melaporkan:

Mohd Bakri  mengulangi amaran bahawa polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemberita yang salah melaporkan kes Sosilawati.

"Saya mesti memberi amaran kepada anda (pemberita) kerana saya akan mengambil tindakan sewajarnya, kami telah memberikan peluang secukupnya bagi anda mendapatkan maklumat, namun bukan untuk menulis sesuatu yang tidak benar, jika tidak, kami akan mengambil keterangan daripada anda," katanya.

KEKELIRUAN- ymail berbeza dengan gmail


Ramai keliru antara ymail dengan gmail.
Aku guna matsom@ymail. Apabila orang mintak e-mel aku, aku bagilah e-mel itu sebab tu nama aku yang betul dan senang, ringkas dan sangat mudah diingat.

Malangnya, kawan-kawan aku kata gmaillah, mana ada ymail?
Malah ada yang berkeras kata aku guna gmail.
Oh kawan-kawan, ymail ialah yahoo juga, cuma baru sedikit.

Aku pun dah daftarkan ymail ni hampir setahun.
Sebab yahoo ofer ymail kepada aku kerana stok nama kita masih kita boleh rebut berbanding yahoo.com. Nama kita dah diambil oleh orang lain. Mungkin mat salleh guna nama aku.

Web nama aku pun ada, tetapi orang putih jual katil. Nasib baik dia tak jual orang. Tu sebabnya aku guna matsomherbs awal-awalnya, kerana nama aku telah dipatent oleh manusia lain di benua yang juga lain.

Sabtu malam Ahad lepas aku secara tiba-tiba diziarahi oleh sahabat lamaku. Malangnya dia melarang aku mengambil gambarnya. Nombor hand phone pun dia tak boleh aku bagi sesiapa. Facebook pun dia tidak akan join. Pendek kata lebih rahsia daripada suami Sosilawati yang sekarang ini.

Aku tanya dia, kenapa? Ni privasi sebab dia berada di Kementerian Pelajaran. Ramai yang nak pindah sekolah, dan pelbagai
permintaan yang akan menyebabkan dia sukar menjalankan kerja dengan telus. Semua orang akan minta tolong itu dan ini.

Yang peliknya dia minta e-mel aku untuk dia attach file gambarnya yang terbaru. Tetapi dengan syarat gambar tu tak disiarkan dalam blog atau facebook. Jadi, untuk apa? Cuma untuk tatapan aku sahaja. Kalau gambar Lisa Surihani tak apalah juga aku simpan....huhuhu

Isnin, 27 September 2010

Iran diserang Stuxnet

Virus komputer dikenali Stuxnet menjangkiti kira-kira 30,000 komputer di Iran tetapi ‘gagal menyebabkan kerosakan serius’, lapor media tempatan yang memetik pegawai kerajaan, semalam.

Hebat sungguh perang zaman ini. Agen-agen Yahudi dan Amerika Syarikat ialah perancang kepada serangan Stuxnet ini. Sasaran merupakan kemudahan nuklear Iran, namun Iran menafikan ia terjejas. Harap-harap benarlah apa yang didakwa Iran itu.

Pengajarannya, negara Islam haruslah maju dan hebat seperti Iran. Bukan sahaja digeruni kerana semangat jati diri rakyatnya tetapi mereka memiliki teknologi yang menggusarkan musuh-musuh mereka.

Agaknya agen-agen itulah juga yang mencipta virus Aids, ebola, H1N1, virus super dan entah apa ke benda lagi......!

RASUAH MENJAHANAMKAN NEGARA

Patutlah warga asing berlambak-lambak di kota dan pekan kita.....!
Patutlah.....Rupa-rupanya pintu masuk dibolosi dengan begitu mudah!
'Mereka' (penjawat awam itu) menyuapkan api neraka ke dalam usus-usus anak isteri mereka! 

Kita tengok pendedahan Berita Harian ini:

Penjawat awam jaga pintu masuk ke Malaysia perlu amanah pikul tanggungjawab

HARI ini genap sebulan selepas berita pendedahan mengenai sesetengah kakitangan imigresen yang menerima habuan mencecah RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam, Pelabuhan Klang. Kebetulan, tarikh sama juga berkuat kuasanya pertukaran 20 anggota serta pegawai kanan jabatan itu dalam usaha membersihkan imej agensi penguat kuasa itu.


Berita Harian pada 27 Ogos lalu melaporkan ada anggota dan pegawai imigresen yang dipercayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan.

Susulan berita itu, pertukaran 20 kakitangan membabitkan kakitangan jabatan itu di Pelabuhan Barat, Utara dan Selatan, termasuk di Jeti Penumpang Pulau Ketam diputuskan sebagai tindakan fasa pertama dalam rombakan besar-besaran jabatan berkenaan.

Pertukaran secara berperingkat. Itulah yang dijanjikan pengurusan tertinggi imigresen bagi mengelak kegiatan pintu masuk negara dibolosi pendatang tanpa izin khasnya dari Indonesia berleluasa, sekali gus menggugat keselamatan negara.

Nyata tindakan yang diambil itu menunjukkan pentingnya tugas penjawat awam di pintu keluar masuk negara kerana bermula dari situlah pandangan pertama sesiapa saja mengenai rakyat dan negara ini dicorakkan. Petugas agensi atau jabatan kerajaan di situ seharusnya membabitkan mereka yang bertanggungjawab, selain bangga menyandang jawatan masing-masing.

Sewajarnya pertukaran itu menjadi iktibar kepada semua penjawat awam terutama agensi penguat kuasa supaya tidak terlalu alpa dengan tugasan harian kerana jika tersalah langkah tentu sebarang kegiatan negatif pasti terbongkar suatu hari nanti.
Jangan pula yang berpandangan sempit dan menganggap pendedahan akhbar ini hanya untuk menghukum serta memburukkan imigresen dan pada masa sama, seharusnya agensi penguat kuasa lain perlu sentiasa berhati-hati kerana mungkin juga selepas ini giliran mereka pula jika dikesan terbabit dalam sebarang kegiatan yang boleh disifatkan menjual maruah negara.

Memang yang ditukarkan itu bukan semua terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa tetapi hakikatnya ada yang akaun banknya ‘kembung’ dengan habuan puluhan ribu ringgit sebulan itu, bagaimanapun seperti kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman: “Tidak timbul soal sama ada yang ditukarkan itu terbabit atau tidak (rasuah dan salah guna kuasa). Yang penting barang yang nak dijual iaitu Jabatan Imigresen perlu dilihat sebagai bagus dan untuk menjamin kualiti barang itu tidak terjejas, mana-mana yang tidak bagus mesti segera dikeluarkan.”

‘Gelap mata’ itulah kata orang tua jika seseorang itu mudah terpengaruh dengan ajakan atau tarikan habuan yang ditawarkan, terutama membabitkan jumlah lebih empat angka, tetapi jangan pula lupa kerana ia juga boleh mengakibatkan masa depan dalam kerjaya juga gelap dek perbuatan yang merosakkan moral dan integriti diri.

Oleh itu, dalam apa juga keadaan kerjasama berpasukan dan tanggungjawab bersama itu penting ketika melaksanakan tugas hakiki sebagai penjawat awam, bukan bersikap pentingkan diri dan memandang sebelah mata sebarang tindak tanduk negatif yang dilakukan rakan walaupun sedar berlaku sesuatu yang boleh memberi kesan negatif kepada negara.

Pertukaran kakitangan imigresen bukan penghujungnya, malah pasukan bertindak khas yang ditubuhkan antara jabatan berkenaan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak pembongkaran kegiatan itu dijangka memberi impak kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) di semua pintu keluar masuk negara ini.

SPRM yang berpengalaman dalam mengendalikan kes rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan tentu dapat mengesan sebarang kelonggaran dalam sistem penyampaian imigresen. Tentu juga pelbagai pandangan bernas diberi untuk memantapkan kawalan di pintu keluar masuk negara dengan menutup sebarang ruang yang boleh mendorong untuk seseorang penjawat awam itu disogok.

Dalam hal ini, pasukan bertindak terbabit tentu melihat isu ini secara menyeluruh dengan merangka pendekatan jangka pendek dan jangka panjang termasuk sistem, SOP, pertukaran kakitangan dan infrastruktur di semua pintu keluar masuk negara.

Itu belum lagi dilihat dari segi sistem penjualan tiket feri yang tidak sistematik dan memerlukan perubahan drastik bagi memastikan pergerakan warga asing yang keluar masuk sama ada sebagai pelancong atau untuk bekerja di sini lebih mudah dikesan.

Memang ia masih pada peringkat cadangan, tetapi jika tidak dipercepatkan, tentu sindiket yang sememangnya pakar untuk menyembunyikan warga asing tanpa dokumen itu terus bermaharajalela dan menggadai maruah negara tanpa sebarang perasaan serta semangat patriotisme walaupun ada di kalangan mereka anak jati Malaysia.

Mengikut rekod, di Jeti Penumpang Pulau Ketam 561,266 orang keluar masuk sejak Januari lalu itu, tetapi yang menyedihkan susun atur di situ tidak ada laluan sistematik untuk kedua-dua arah keluar dan masuk, begitu juga petugas yang mengendalikan 348,289 orang yang masuk atau 212,977 yang keluar untuk tempoh sama.

Jadi bukan sesuatu yang mengejutkan jika dengan mudah warga asing, termasuk pendatang haram membolosi laluan itu hanya dengan bantuan ejen sindiket yang begitu berkuasa di situ.

Itu baru membabitkan satu pintu keluar masuk negara. Bagaimana pula dengan lokasi lain di Utara dan Selatan yang sememangnya diketahui sentiasa sibuk dan sesak dengan warga asing, terutama menjelang sebelum dan selepas musim perayaan serta cuti sekolah.

Tentu pasukan bertindak khas yang ditubuhkan itu tidak hanya menumpukan Jeti Penumpang Pulau Ketam, kerana berdasarkan kumpulan 20 kakitangan imigresen yang ditukar itu, semua tiga pelabuhan di Pelabuhan Klang turut menerima tempiasnya.

Memang benar, soal keselamatan negara tidak boleh dikompromi lebih-lebih lagi jika alasannya hanya untuk mendapatkan habuan wang, sedangkan penjawat awam itu diberi tanggungjawab mengawasi pintu keluar masuk negara.

Kata pepatah Arab, “Apabila wang berkata-kata segala kebenaran lenyap begitu saja.” Itulah yang berlaku di negara tercinta ini yang baru saja menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53, bulan lalu

Ahad, 26 September 2010

FROM ZERO TO HERO

Anggaran harta Sosilawati Lawiya:-
- Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta
- Bangunan Nouvelle Beauty Centre
di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan
di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta
- Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta
- Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta
- Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta
- Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta
- Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta
JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta

Sabtu, 25 September 2010

KEBURUKAN MAKAN DI LUAR


Jika ada masa
Jika ada kesempatan
Kurangkanlah makan di luar. Sama ada makan di hotel, restoran, atau warung.
Kerana apa? Kerana beberapa perkara berikut:

1. Mereka bermotifkan untung semata-mata. Ayam yang mereka beli mungkin daripada sumber yang diragui. Ayam yang disembelih oleh orang yang malas solat. Apatah lagi mungkin dipotong oleh orang bukan Islam.
Jika kita beli ayam, kita kena tengok siapa yang sembelih. Dia jaga sembahnya atau tidak? Takut-takut tak pernah sembahyang Jumaat. Sembelih pun tak baca apa-apa. 

2. Makanan kat luar tu sedap mungkin dibubuh serbuk perasa dalam jumlah yang banyak. Kerana apa? Mereka nak untung! Apa peduli dengan kesihatan? Pergilah menghendap kat kedai-kedai makan tu. Dengar ceritanya keropok lekor yang diproses tu menggunakan sesenduk bahan perasa. Kalau kita masak di rumah, secamca kecil sahaja pun kita takut rambut kita gugur.

3. Sumber air kat kedai makan tu dari mana? Air bertapiskah? Atau sumber terus daripada paip. Biasa kita minum air terbau bau klorin yang maha kuat.

4. Orang yang masak itu adakah mereka membaca Bismillah semasa masak, basuh sayur? Bukankah mereka memasak sambil menyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Lebih teruk lagi nyanyi lagu Lady Gaga? Kita orang Islam mesti berbeza cara dengan orang tidak Islam.

Banyak lagi nak cerita, tetapi cukuplah aku belasah korang semua dengan 4 hujah itu tadi!

KISAH BIBIK BERKAROKE


Nampaknya pagi ini tak ada cerita menarik yang hendak diulas dari akhbar online. Ada satu je yang menyayat. Kisah baby meninggal dunia tersedak susu semasa dalam jagaan pengasuh. Malas betul pengasuh ni jaga anak orang. Agaknya niatnya kerana nak duit je yang jadi begitu. Satu lagi permohonan ke MRSM untuk tingkatan 4 akan bermula Isnin ini.

Ni aku nak cerita fasal bibik ni. Aku tak ada bibik, tetapi ada jiran aku ni Ah Hock sekeluarga mengambil bibik dari Indonesia. Aku tengok bibik tu rajin betul. Setiap hari aku nampak dia buang sampah ke dalam tong di depan rumah itu.

Adalah satu hari tu maka terjadi kisah lucu. Hamidah isteriku memberitahu, pagi tu Bibik buka lagu karoke kuat-kuat. Rentak lagu tu lagu Cina, tetapi Bibik tu belasah nyanyi lagu Jawa. Ah Hock anak beranak tak ada di rumah, berniaga sayur di pasar lambak.

                    Aku ini arep dadi opo...?
                Rasane kok koyo rondo
                Tak tinggalne anak bojoooooo....
                Nggolek duit koyo arep giloooooo!

Bibik tu terus nyanyi kuat-kuat, sampai gamat satu taman perumahan aku ni kata Midah.

Tak lama selepas bibik tu buat macam tu, dah tak nampak kelibatnya dah.

Suatu petang sedang basuh kereta aku tanya Ah Hock.

"Mana bibik awak Taukey?"
"Haiyaaa.....mana boleh tahan, dia selalu curi duit aku....! Gaji bukan wa tak kasi! Wa sudah kasi pulang sama itu olangla!"
     

Jumaat, 24 September 2010

UIAM AKAN BINA KAMPUS DI PAGOH

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan membina kampus di Pagoh, Johor, tidak lama lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, sehubungan itu UIAM akan menjadi rakan kongsi penting bagi Hab Pendidikan Pagoh, yang bakal diwujudkan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berharap Kampus Pagoh akan dapat memulakan operasi pada 2012.
UTUSAN ONLINE



Wau! Ini sudah berita baik bagi orang Pagoh. Harga rumah pun akan meningkat. Tengok Parit Raja sejak ada universiti, dah sibuk 24 jam macam bandar besar. Pewujudan universiti telah merancakkan kegiatan sosio ekonomi di sesuatu kawasan itu. Manalah tahu ada anak aku yang boleh masuk ke sana satu masa nanti, tak perlulah aku susah-susah. 20 minit dah sampailah dari rumah aku.  

Khamis, 23 September 2010

TULIS BLOG TAK BOLEH LETIH


Ni gambar aku (candid daripada AMSUDA )

Ya, tulis blog memang tak boleh letih. Teruja juga tengok mereka tu rajin betul tulis blog. Agaknya mereka tu penulis blog sepenuh masakah? Yang online baca blog mereka sampai 80-100 orang dalam satu saat!
Blog aku ni nak capai 3 orang online dalam satu saat pun payah.

Ada juga blog yang ditulis oleh orang terkenal dalam politik, tetapi jarang ada komen dalam blog dia. Tengok blog Redhuan Tee pulak lagi aku takjub, tanpa Nufnang atau iklan, yang komen sampai 500 komen mengalahkan blog Che Det.

Jadi, kesimpulannya, tulislah blog ikut keseronokan sendiri. Syukurlah purata 100 pengunjung sehari ke blog aku yang entah apa-apa ni. Terima kasihlah kepada anda kerana jadi antara 100 pengunjung blog aku. Dulu mula-mula dapat 20 pengunjung je sehari. Kat mana pulak dapat stastistik tu? Apa lagi tengoklah kat akaun Nufnang kita tu. Kata Kunci apa yang popular pun ada. Kalau nak income yang banyak sikit, sehari mesti ada 1000 pengunjung.

Banyak sangat yang perlu aku belajar!

Rabu, 22 September 2010

NASIB BIBIK DIPERJUANGKAN PENUNJUK PERASAAN

JAKARTA 22 Sept. – Setelah menyepi sejak dua hari menjelang Aidilfitri baru-baru, kumpulan aktivis masyarakat Indonesia pada Rabu kembali mengadakan demonstrasi anti-Malaysia dengan kali ini membawa isu pembantu rumah dari negara itu yang diseksa dan diperkosa oleh majikan Malaysia.

Sambil membawa bendera Indonesia serta bendera kumpulan masing-masing serta sepanduk “Ganyang Malaysia”, mereka membunyikan hon motosikal dan meneriak “Ganyang Malaysia” di hadapan kediaman Duta Besar Malaysia di Patra Kuningan dan di hadapan Kedutaan Besar Malaysia, Kuningan, Jakarta Selatan.

Aku tak nak mengulas sangat isu ini. Majikan yang bersalah itu telah pun ada yang dijatuhkan hukuman dan ada juga yang masih dalam siasatan. Takkan kesalahan satu dua rakyat Malaysia, rakyat Indonesia nak ganyang Malaysia? Agaknya mereka ni penganggur yang tak ada kerja?


Malaysia juga terpaksa menanggung bebanan yang berat daripada masalah jirannya itu. Limpahan pekerja dari Indonesia menyebabkan warga tempatan kehilangan pekerjaan. Juga menyebabkan majikan menurunkan gaji kerana rakyat asing sanggup menerima upah yang rendah.


Juga ramai perompak yang memasuki rumah-rumah di seluruh Malaysia biasanya datang dari Indonesia. Saban hari kita mendengar mangsa menjadi trauma kerana ada antara mangsanya selain dirompak juga diperkosa di hadapan anak dan suami. Kini semua kampung di Johor ini terpaksa diadakan kawalan malam. Terutamanya di kampung-kampung.

Orang-orang kaya sudah mula tidak nyenyak tidur. Jika kita ingin membalas, mahu sahaja kita tunjuk perasaan di depan kedutaan Indonesia. Kedurjanaan perampok-perampok yang bajingan banget itu menyebabkan sebahagian penduduk Malaysia terpaksa bersengkakng mata menjaga kampung mereka.

Untuk pengetahuan anda, tahun lepas rumah ibu Sosilawati juga turut menjadi mangsa rompakan  perampok Indonesia. Namun keluarga itu tidak diapa-apakan cuma diugut dan disamun wang dan barang kemas mereka. 

PARIS HILTON BATAL LAWATAN KE MALAYSIA


Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun itu dalam laman Twitter berkata, beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahan beliau daripada melawat negara itu berikutan menghadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas. "Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang untuk menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang, Paris," kata beliau dalam laman Twitternya sebelum berlepas dari Jepun. Di Kuala Lumpur, beliau dijadual melancarkan pewangi terbarunya yang diberi nama Tease dan beg tangan Paris Hilton koleksi musim gugur/sejuk 2010 di Pavilion Kuala Lumpur.

Baguslah kau tak datang Paris Hilton. Menambah lagi nanti maksiat yang sudah berleluasa kat Malaysia ni. Cukuplah bayi-bayi yang dah banyak dibuang di merata tempat tu. Konsert tu nanti tak ada faedahnya. Gambar dia kat internet pun tak ada yang elok. Kalau Jepun tolak dia, takkan Malaysia nak sambut dia macam ratu pulak.

BUMI AKAN HURU-HARA PADA 2013


Takut pulak nak tunggu 2013. Matahari akan meluap-luapkan api yang luar biasa!
Ya Allah .....! Seramnya aku. Kesiannya anak aku yang masih kecik tu.

Tengoklah KISAHNYA DI SINI KLIK

MENGIMBAS KEMBALI INTERVIEW BERSAMA SOSILAWATI



Aku pun tak pernah tengok temu ramah eksklusif ni.

Selasa, 21 September 2010

POLIS TEMUI GELANG EMAS SOSILAWATI?


Mari kita baca berita baru tentang Kes Sosilawati yang terkini. Hah engkau habis semua kena ambil. Lembu, kambing, burung....merak India tu berapa harganya? Kenapalah kau tamak sangat, inilah jadinya. Kalau boleh reban-reban dia tu semua dilelong. Tanah tu semua, entah siapa punya dulu? 

Penyelam polis temui objek seperti gelang emas di kunci air
2010/09/21
BANTING: Unit penyelam Pasukan Gerakan Marin hari ini menemui satu objek seakan-akan gelang emas dalam operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di kawasan kunci air Kampung Sungai Lang di sini, hari ini.


Empat penyelam memulakan operasi pada 3.20 petang di kawasan kunci air itu yang terletak berhampiran pasar awam pekan tersebut dan operasi ditamatkan pada 5.05 petang tadi. Turut berada di kawasan operasi menyelam itu ialah suspek utama kes pembunuhan empat individu itu. Suspek, yang juga seorang peguam berumur 41 tahun, turut disiasat berhubung kes seorang lelaki ahli perniagaan warga India yang dikatakan hilang di Banting sejak awal tahun ini.


Kawasan operasi menyelam itu menjadi tumpuan orang ramai petang tadi dan mereka sanggup menunggu walaupun hujan turun pada masa itu bagi melihat sendiri bagaimana pasukan polis menjalankan tugas mereka.


Sementara itu, pada jam 3.00 petang tadi, kira-kira 15 petugas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor tiba di ladang ternakan milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati di Ladang Gadong, Tanjung Sepat.


Mereka tiba dengan tiga kenderaan pacuan empat roda dan lori satu tan di ladang itu yang dipercayai lokasi di mana Sosilawati dan tiga yang lain dibunuh dan dibakar.
Kakitangan jabatan itu menghabiskan masa hampir satu jam 45 minit untuk menangkap empat lembu dan lapan kambing termasuk biri-biri yang berada di dalam ladang itu dan memuatkan haiwan tersebut ke dalam lori sebelum beredar daripada lokasi berkenaan.


Bagaimanapun, mereka enggan mengulas lanjut mengenai operasi tersebut ketika diminta oleh pihak media.


- Bernama
Petikan-Berita Harian Online

PETUA JIMATKAN PETROL

PEMANASAN ENJIN:
-Elakkan membuat pemanasan enjin secara berterusan. Cukuplah 3-4 minit, tak perlulah sampai 20 minit.


-Jangan menghidupkan dan menghentikan enjin sesuka hati.


-Elakkan daripada menekan-nekan enjin berlebih-lebihan, terutamanya sebelum mematikan enjin. Ini akan membazirkan bahan api serta menyebabkan minyak mengalir keluar daripada dinding silinder, dan akhirnya
menyebabkan kehilangan tekanan minyak.


-Jangan terus memecut dengan laju. Tambah tahap kelajuan dengan perlahan-lahan apabila mula memandu. Jangan menekan pedal lebih daripada 1/4 kadar maksimum pedal. Ini membolehkan karburator berfungsi pada kecekapan yang sempurna.


CARA PEMBELIAN BAHAN API YANG JIMAT
-Isi minyak ketika pagi-ketika itu suhu sejuk. Atau lewat petang atau malam. Pada masa ini minyak dalam keadaan tumpat.


-Gunakan gred minyak pelincir yang dicadangkan. Minyak pelincir yang berkualiti membantu enjin beroperasi dengan cekap.


-Elakkan daripada mengisi tangki minyak sehingga penuh. Isian yang berlebihan boleh mengakibatkan minyak berkocak dan terkeluar daripada tangki.


MEMANDU SECARA EKONOMI
-Pandu pada kelajuan yang manasabah.


-Elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan. Kerana ia mungkin tidak konsisten, sekejap laju sekejap perlahan akan meningkatkan penggunaan petrol.


-Elakkan memandu laju dengan gear yang rendah. Kalau kereta ada 5 gear, jangan guna gear 4 je.


-Tutup cermin tingkap ketika kereta bergerak laju. Tingkap yang terbuka menyebabkan heretan angin. Dan akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sebanyak 10 %.


-Berfikir sejenak sebelum anda menghampiri bukit. Jika anda ingin memecut, lakukan sebelum menaiki bukit dan bukan semasa ketika berada di atas bukit.


PEMERIKSAAN RAPI
-Penapis udara yang kotor akan menghalang pergerakan udara ke dalam enjin. Setiap 10 000 km kenalah ganti penapis udara yang berbentuk bulat itu.


-Tayar perlulah dipastikan dalam keadaan yang terbaik jangan kempis atau kembang.


-Keluarkan barang-barang yang berat di dalam kereta. Buat apalah booth tu jadi stor pulak. Yang boleh dijual di kedai kitar semula, sila hantar ke sana. Manalah tau ada besi buruk di dalam booth itu.


-Suspensi dan casis.


-Paras minyak- pastikan kereta diservis dengan baik dan selalu memeriksa paras minyak hitam jangan sampai kurang. Setiap 5000 km mestilah ditukar juga oil filter.

SEDETIK BERSAMA MODEL SAMBALAN

Pada saat dunia penuh dengan hiruk-pikuk dan titik bengik kehidupan yang kian parah, aku sempat berposing bersama-sama model-model segera ini. Ada yang dari Rawang, Seri Medan, Cheras, Batu Pahat.
Jurugambar MMJ telah menghasilkan pic-pic tersebut. 

Isnin, 20 September 2010

DAH MINTAK MAAF DENGAN AKU KE BELUM?


Pada hari baik dan bulan yang baik ni, eloklah kita lihat gambar di atas ni. Daripada mana aku copy paste gambar ni ya? Lupa pulak. Tetapi beberapa hari sebelum raya tahun 2010. Mereka ni bergambar untuk cover satu akhbar atau majalah gitulah. Cuma sepatutnya yang duduk tu Datuk Sharifah, sebab beliau lebih tua. 


 Kisah SITI NURHALIZA VS SHARIFAH AINI 
pernah menggemparkan seluruh Nusantara dan menyebabkan surat khabar laris bak jus tembikai di bazar Ramadhan. Jika kini mereka boleh bergambar bersama-sama, kenapa kita tidak memaafkan musuh-musuh kita. Apatah lagi kawan-kawan kita yang selalu mengumpat kita tu. Kalau mereka terus mengumpat kita selepas kita bermaafan, biarkan mereka. Nantikan fahala mereka semua lari kepada kita.  

Sebelum menutup mata malam ini,
Lalu aku teringat sebaris kata-kata
" Sekeping gambar boleh menggambarkan 1001 pengertian"

APA KAITAN SOSILAWATI DAN KEMATIAN SARINA?


Hai....Salawatlah banyak-banyak, zikirlah banyak-banyak.....sekarang ni dalam cuma 30 juta rakyat Malaysia ni, kita dihidangkan dengan pelbagai cerita dan peristiwa tragis yang tiada noktahnya. Kalau jiwa kita tidak kuat, mahu pengsan berkali-kali kita dibuatnya.


Pada seminggu sebelum raya kita dikejutkan dengan ustazah yang dibunuh bersama anaknya, oleh JIRAN terdekat, semata-mata kerana nak bayar hutang suspek merompak ustazah yang ingin balik ke Kelantan itu.
Adik beradik ustazah tu ramai, kasihan.


Selang beberapa hari gempar Datuk Sosilawati hilang dan berakhir dengan cerita yang lebih dahsyat daripada Altantuya, Nurin Jazlin, Datuk Mazlan yang dikerat-kerat hantu Mona Fandey. Kita tengah tunggu hasil ujian DNA untuk dijadikan bukti kukuh dalam pendakwaan terhadap Peguam Keparat itu.


Tiba-tiba sehari dua ni kecoh pula cerita tentang SARINA (kik sini) yang mati tergantung. Aduhai dunia, kenapa umat ini jadi begini? Kematian Sarina tiada kaitan dengan Sosilawati. Naimah Said mendakwa Sarina membunuh diri.

Ahad, 19 September 2010

AKU DAN LELAKI-LELAKI ITU

Azman (berbaju biru) anak angkat Kakanda Saripah dan Hj Johari dari Rawang datang ke Seri Medan 18 Sept. Di tengah tu MMJ. Nama sebenar dirahsiakan. Berbaju merah suami Anis, Sdra Rosli dari Kuala Lumpur.



 Kipas untuk ambil gambar saja. Orang semua dah balik. Aku sampai dah jam 10.30 malam.


11 ekor ayam peliharaan Hj Johari menjadi korban. Ayam organik tulen tu.....! Ayam ni makan keledek.


Sdra Azman dah jatuh cinta dengan warung kuning di Seri Medan ni.
Pagi-pagi lepas Subuh dah ajak kami ngeteh di sini. 


Rosli kata "Kenapalah selama ni Sanisah tak bagi tau aku ada tempat secantik ini di sini?"

 

PAGI NAN INDAH DI SERI MEDAN

Jumaat, 17 September 2010

MEMBINA PENDAPATAN LUMAYAN MELALUI NUFNANG

Aku tertarik dengan rencana dalam Kosmo hari ini. Mari kita kongsikan bersama-sama. Sudah setahun berblog, tetapi masih belum memperoleh apa yang diimpikan? Mari baca motivasi daripada Pengarah Urusan Nufnang.

SEBUT sahaja Nuffnang, mustahil jenama komuniti pengiklanan blog itu tidak dikenali oleh blogger-blogger di seluruh Malaysia. Tidak hairan juga, jenama itu amat dikenali di negara-negara jiran terutama Singapura, Australia dan Filipina.

Sumbangan Nuffnang amat besar buat komuniti blogger yang menjadikan jenama itu sebagai platform untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan. Tidak keterlaluan jika dikatakan pendapatan yang diperoleh daripada Nuffnang adakalanya melebihi pendapatan pekerjaan tetap.

Iklan-iklan daripada Nuffnang yang merupakan komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik kini boleh dilihat di lebih 100,000 buah blog oleh lebih tiga juta orang setiap hari.

Ia membenarkan pengiklan untuk memaparkan iklan grafik dan video di blog-blog dalam pelbagai genre. Kejayaan Nuffnang kini dapat dilihat melalui pembangunan pejabatnya di empat buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina dan Australia.

Menarik tentang syarikat Nuffnang Sdn. Bhd. yang terletak di Kuala Lumpur, ia diteraju jejaka yang baru berusia 26 tahun. Timothy Tiah, sebagai pengarah urusan, turut meneraju cawangan Nuffnang bersama pengasas bersama, Cheo Ming Shen yang kini menguruskan pejabat di Singapura.

Menurut Timothy, blogger mampu menjana pendapatan lumayan berdasarkan jumlah pelawat blog. Semakin tinggi jumlah pelawat semakin tinggi pendapatan sehingga mampu mencapai puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan.

"Kami menguruskan iklan-iklan yang akan dipaparkan dalam blog yang berdaftar tanpa mengenakan bayaran kepada blogger. Blogger hanya perlu menjalankan kerja editorial untuk iklan masing-masing bagi menjana pendapatan.

"Selain itu, kami juga menganjurkan majlis-majlis untuk blogger seperti tayangan filem, seminar, bengkel, parti dan sebagainya untuk merapatkan hubungan sesama komuniti blogger di bawah Nuffnang," katanya.

Menceritakan kewujudkan Nuffnang, Timothy memberitahu idea itu timbul di London ketika dia dan Ming Shen berbual mengenai pelan perniagaan mereka apabila pulang ke tanah air. Kedua-dua mereka adalah pelajar jurusan perniagaan dan bermula sebagai blogger.

"Kami berbincang mengenai perniagaan yang ingin kami jalankan selepas pulang ke Malaysia dan Singapura. Kemudian timbul idea untuk berkolaborasi mewujudkan Nuffnang selepas mempertimbangkan populariti blog yang semakin meningkat.

"Kami melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan hanya selepas beberapa tahun syarikat itu ditubuhkan," katanya mengenai syarikat itu yang memulakan pejabat pertamanya di Pulau Pinang pada tahun 2006.

Katanya, pada akhir tahun pertama Nuffnang ditubuhkan iaitu pada tahun 2007 mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 7,523 orang blogger dan ia meningkat kepada 30,708 pada tahun 2008. Tahun 2009 pula jumlahnya meningkat kepada 68,455 orang, manakala sehingga Ogos lalu jumlahnya ialah 105,464 orang blogger.

"Komuniti blogger Nuffnang meningkat dengan pantas dan ini menunjukkan blog menjadi medium pengiklanan yang mendapat sambutan hangat daripada klien pengiklan. Ia menjadi pilihan baru selain medium utama iaitu media cetak dan elektronik.

"Bagaimanapun, untuk berjaya sebagai blogger yang berpendapatan tinggi, seseorang itu mestilah bekerja keras dan mewujudkan blog atas sebab yang betul. Ini kerana sekiranya blog diwujudkan semata-mata untuk mencari keuntungan, ia tidak akan berjaya," katanya.


Menjana pendapatan

Selepas lima tahun menceburkan diri sebagai penulis blog, Mira Abu Bakar, 35, mempunyai pemerhati blog mencecah empat juta orang. Justeru, dia mampu menjana pendapatan sehingga RM100,000 setahun melalui iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu www.redmummy.com.

Mira yang mesra disapa sebagai Kak Red memberitahu, sebab utama dia mewujudkan blog tersebut bukanlah untuk mencari keuntungan kerana ia wujud sebelum Nuffnang beroperasi iaitu pada tahun 2005.

"Ketika mula-mula mendaftar dengan Nuffnang dan membuat editorial untuk iklan pertama, saya hanya memperoleh pendapatan RM90 tetapi jumlah itu meningkat sehingga RM5,000 sehingga RM10,000 sebulan kini.

"Pendapatan lumayan yang saya peroleh daripada blog menyebabkan saya menulis dengan serius dan memperuntukkan sehingga lima jam sehari untuk menguruskan blog saya. Tetapi saya juga dibantu suami yang bertindak sebagai jurugambar untuk menguruskan blog ini," katanya.

Katanya lagi, untuk berjaya melalui blog memerlukan usaha yang keras, sebagaimana dia yang sanggup duduk di hadapan komputer setiap malam bermula pukul 9 malam hingga 2 pagi semata-mata untuk memastikan blognya sentiasa update.

"Pendapatan yang saya peroleh kini tidak didapati dalam sekelip mata. Saya bermula dari bawah dan sesiapa sahaja perlu melalui jalan yang sama untuk berjaya. Jangan cuba meniru gaya blogger lain kerana ia tidak akan berjaya," katanya.

Vivy Sofinas, 23, pula mewujudkan blog sejak dua tahun lalu. Selepas mendaftar dengan Nuffnang dan mempunyai pembaca blog sehingga 7,000 orang sehari, dia memiliki iklan pertama hanya selepas empat bulan blog itu diwujudkan.

"Saya menyertai Nuffnang sejak Oktober tahun lalu dan sehingga kini saya memperoleh pendapatan mencecah RM10,000. Antara pengiklan tersebut ialah Astro, Dell, Lip Ice, Xpax dan Mamee.

"Blog saya banyak berkisar kehidupan peribadi terutama kisah mengenai opah saya yang mendapat sambutan ramai. Saya tidak sangka akan mempunyai ramai pengikut dan pembaca blog," katanya yang tidak pernah menyangka akan memperoleh pendapatan melalui blognya iaitu www.proudduck.com.

Sementara itu, Nor Izdyani Musawir, 20, turut gembira memperoleh pendapatan daripada iklan-iklan yang dipaparkan di blognya iaitu sayesayangiz.blogspot.com. Bagaimanpun, dia tidak dapat melupakan pengalaman perlu membuat rakaman video yang diminta pengiklan.

"Saya terpaksa merakam diri sendiri dan menyanyi untuk iklan Munchy's. Perasaan ketika itu sungguh malu tetapi lama-kelamaan saya sudah terbiasa dan tidak kekok lagi untuk melakukan kerja-kerja editorial bagi iklan-iklan yang saya peroleh.

"Tetapi blog ini masih baru dan mempunyai pengikut lebih 2,000 orang. Sejak ditubuhkan tahun lalu, saya memperoleh pendapatan sampingan kira-kira RM2,000," katanya yang menjalankan perniagaan selendang pada awal kewujudan blognya untuk meningkatkan trafik pembaca.

Khamis, 16 September 2010

Sosilawati ke Banting urusan beri komisen Datuk berjaya cari pembeli.


Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya sudah menerima cek RM1 juta pada 2 Ogos lalu, kira-kira tiga minggu sebelum mangsa dan tiga individu lain dilaporkan hilang sebagai wang pendahuluan bagi penjualan tanahnya di Pulau Pinang yang bernilai RM100 juta.

Difahamkan, cek berkenaan diserahkan ketika Sosilawati dan pemandu peribadinya menemui suspek bergelar Datuk di firma guaman milik suspek dekat Banting, Peguam Syarie, Datuk Zaidi Zain yang mewakili Sosilawati membabitkan kes tuntutan RM1.38 juta terhadap bekas suaminya, Nash mendakwa pada pertemuan terakhir dengan mangsa pada 26 Ogos lalu, jutawan itu menceritakan mengenai tanahnya di Pulau Pinang yang dibeli pada harga RM20 juta dan sudah menemui pembeli hasil bantuan suspek.

“Wati (Sosilawati) memaklumkan sudah terima cek RM1 juta yang berstatus cek tertunda dan hanya boleh ditunaikan pada 2 September bersama draf perjanjian yang membolehkan suspek menerima komisen seperti dipersetujui.

“Beliau begitu gembira menceritakan perkara itu kerana bakal menjual tanahnya RM100 juta dan memperoleh keuntungan RM80 juta. Bagaimanapun, Wati tidak memaklumkan siapa pembeli itu,” katanya, semalam.

Zaidi berkata, pada hari jutawan kosmetik dan tiga individu dilaporkan hilang, beliau dimaklumkan tujuan pemergian mereka ke Banting bertemu suspek untuk memberinya komisen kerana berjaya mencari pembeli.
“Bagaimanapun, Wati tidak membawa wang tunai, sebaliknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa peguam dan perunding kewangan peribadinya bagi membolehkan transaksi wang dilakukan.

“Wati dijanjikan suspek pada pertemuan itu pembeli akan membayar 10 peratus iaitu RM10 juta daripada harga tanah yang dijual,” katanya.


B HARIAN.

Barulah kita faham, situasi perkara sebenarnya. Habis kenapa ada akhbar yang mendakwa Sosilawati bawa duit RM 4 juta? Akhbar apalah tu ya? Tiada kreadibiliti langsung. Sama juga macam Joyah yang kerjanya buat cerita dalam drama TV. Di sini menunjukkan bahawa, bukan semua kenyataan akhbar itu betul melainkan andaian semata-mata!

SOS PUNCA 146 PENYAKIT-TERMASUK OBESITI DAN PENUAAN



GEORGE TOWN - Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.


Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.


Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.


Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.


Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

PETIKAN KOSMO ONLINE

Aku pernah buat demo, dalam satu parti jualan. Duit syiling keemasan, kita sapu dengan sos pada satu permukaannya. Apabila kita lap dengan tisu selepas itu, bahagian itu menjadi putih. Warna keemasan tadi tanggal serta merta. Ini menunjukkan di dalam sos ada bahan berbahaya yang boleh menghakis usus-usus kita, lalu akan menyebabkan kita diserang dengan pelbagai penyakit.


Juga satu masa tu, aku terdengar ahli parliment yang lantang, Datuk Aziz dari Parlimen Sri Gading membangkitkan makanan tomyam yang dijual di restoran Siam, banyak menyebabkan penyakit khasnya kanser. Apabila aku tanyakan perkara itu dengan seorang kawan, dia kata kenapa tomyam di kedai itu begitu sedap berbanding dengan yang kita masak? Ini kerana ia dibubuh sejenis kicap yang mengandungi bahan berbahaya! Intai-intailah restoran yang berhampiran dengan kalian. Agak-agak mereka guna kicap apa? Bukan kicap seperti yang kita guna di rumah tu! Nanti aku tanyakan anak saudara aku yang kerja di kedai makan itu, kicap apa yang bahaya itu?

Rabu, 15 September 2010

KRONOLOGI 30 OGOS-PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Mungkin ada yang tidak sempat membaca akhbar hari ini, jadi saya ulang balik kronologi tersebut.

Detik-detik akhir sebelum Sosilawati dibunuh:


Jam 10 pagi:  Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang:       Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang:      Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang:   Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam:  Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10.00 malam:Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.

TENGOKLAH BEKAS KUIH TU, KUT-KUT SUDAH ADA KUIH YANG BERKULAT

Apa khabar? Penat ya meraikan hari raya tahun ini? Kali ini aku cuma sederhana sahaja. Hanya sempat ke rumah adik-beradik yang jumlahnya hampir 13 (8 dan 5) keluarga di samping adik beradik ibuku ada 3 rumah. Namun rumah MM di JB belum lagi ku dapat ke sana, kerana aku ni agak fobia sedikit tengok jalan yang berselirat itu.


Tahun ni juga aku kurang bersemangat untuk menangkap gambar. Aku dapat membezakan, walaupun Pt Sulong meriah, namun tidak seperti tahun-tahun yang lalu. Tahun lepas jam 9.00 pagi, daging lembu sudah habis dijual. Namun tahun 2010 ini jam 3.00 petang masih ramai peniaga yang menggantung daging menunggu pelanggan. Yang aku maksudkan ialah hari Khamis 9 Sept sehari sebelum Hari Raya.


Aku juga bertanya beberapa peniaga yang menjual pakaian. Mereka juga mengatakan ekonomi tahun ini agak kurang memberangsangkan. Malah satu kumpulan gerai di hadapan Klinik Kesihatan Pt Sulong cuma dapat bertahan tiga hari sahaja. Selepas itu mereka berpindah dengan segera ke Pekan Tangkak.


Mereka kata mereka tetap untung. Cuma keuntungan tidak mencapai matlamat yang sebenar. Ada juga yang menjual kuih raya sehingga hari raya yang ketiga.


Apa kata tajuk tadi? Oh ya...! Saja aku nak ingatkan, rajin-rajinlah kemas kini bekas kuih di meja kita tu. Supaya tetamu tidak dihidangkan dengan kuih yang mungkin sudah berkulat, atau mungkin bekas kuih itu diisi dengan kuih yang sudah lemau, atau barangkali biskut yang sedap-sedap itu tinggal 2-3 biji saja. Setiap hari kena check, supaya tetamu yang dipersilakan makan itu tidak terkulat-kulat nak menelan kuih yang ada. Hari raya pertama memang semua nampak teratur dan penuh. Apabila sudah tiba hari kelima dan keenam, kita pun lupa nak tengok. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, biskut yang gebu-gebu hari tu, sudah menjadi kuih sagon!