Jumaat, 31 Disember 2010

SMS TAHUN BARU 2011


Semoga kehadiran 2011 menjanjikan sinar kejayaan dan kebahagiaan
Dan semoga hidupmu sentiasa bergemerlapan
Sebagaimana gemerlapannya percikan bunga api 
Selamat Tahun Baru drpku dan famili

***************************************************

2010 berlalulah sudah
2011 kini menjengah
Lupakanlah yang sudah-sudah
Binalah kembali ukhuwah
Selamat tahun baru

***************************************************

2010 berlalu pergi
2011 menjelma kini
Semoga bertambah rezeki
Kehidupanmu sentiasa diberkati
Keluargamu sentiasa dilindungi
Dan sentiasa dlm pemeliharaan Illahi
Selamat Tahun Baru

***************************************************


Itu sahajalah setakat ini yang dapat kukarang pagi ini. Tiba-tiba sahaja fikiranku kehilangan idea untuk mencipta sms tahun baru yang berkualiti.

                ***************************************************

Di bawah ini pula, sms yang pernah aku terima tempoh hari:

Ya Allah, muliakanlah dan sayangi penerima ucapan ini,
Berkati keluarganya,
Sihatkan tubuh badannya,
Limpahkanlah rezekinya,
Jauhkanlah daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan,
Suburkanlah benih keimanan
dengan penuh kasih sayang dan takwa
Makbulkanlah cita-citanya yang murni
Selamat Tahun Baru 2011

                       **********************************************************
SELAMAT TAHUN BARU

KEJAYAAN 2010 PALING BERSEJARAH

SERANGAN AEDES RAKSASA

Iklan anti Aedes di Televisyen terbaru sungguh berkesan. Situasi seolah-olah seluruh kota diserang raksasa. Sepatutnya memang begitulah keadaannya apabila menghadapi serangan nyamuk aedes. Ia lebih bahaya daripada selsema babi. Kematian akibat denggi tiada noktahnya, malah semakin bertambah dari semasa ke semasa.



Sebelum ini nyamuk juga penyebab penyakit malaria, demam kuning, JE (Japanese encephalitis) yang pernah menggemparkan negara kita dan juga chikungya.


Sejarah paling hebat ialah Raja Namrud yang zalim dan tenteranya dihabiskan oleh nyamuk sahaja dengan izin Allah SWT. Seekor nyamuk sahaja yang ditugaskan untuk memasuki telinga Namrud, dan selepas empat puluh empat hari matilah dia dalam keadaan yang dahsyat. Raja Namrud? Ya Raja Namrudlah yang memerintahkan Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup.
Selain itu sejarah kegemilangan nyamuk ialah:

1542- Nyamuk telah membunuh seluruh keluarga ahli ekonomi dan pelayar terkenal Sepanyol, Hernando de Soto.

1421-Kerajaan England telah menghantar laksamana Edward Vernon untuk mencari tanah jajahan baru di Mexico dan Louisiana bersama-sama 27 000 bala tenteranya. Tetapi misi itu musnah kerana 20 000 daripada tenteranya itu mati disebabkan demam kuning akibat nyamuk.

1802-Adik Napoleon Bonaparte Charles le Clers bersama-sama 33 000 ke Louisinia. Tetapi akhirnya 29 000 tenteranya mati akibat demam kuning sebagaimana nasib Edward Vernon.

1923- Lima juta kes malaria dikesan di Rusia, 60 000 orang daripadanya mati.

2002-Demam malaria adalah pembunuh utama kanak-kanak di Afrika.

2010-Di Malaysia yang terbaru dari Januari-2 Oktober 2010 jumlah kes denggi yang dicatatkan 37,419 kes meningkat 17% berbanding tahun 2009. Jumlah kematian dalam tempoh itu ialah 117 kematian berbanding 71 tahun 2009. Peningkatan sebanyak 65%!

Nyamuk juga semakin kreatif. Ia membiak di tempat-tempat yang tidak terfikir oleh kita seperti


Pokok Nenas


Pada seludang kelapa yang jatuh dan menakungkan air

Pokok keladi dan keladi hiasan

Apa lagi yang perlu anda tahu tentang nyamuk terutamanya nyamuk Aedes?

Nyamuk telah wujud 100 juta dahun dahulu.
Terdapat 3000 spesies sehingga kini.
Ia berkembang dari telur ke dewasa dalam 3-7 hari sahaja.
Nyamuk betina hidup sehingga 100 hari.
Nyamuk jantan hidup 10-20 hari sahaja.
Nyamuk boleh bertelur sehingga 3000 biji sepanjang hayatnya!
Nyamuk boleh terbang sejauh 1.5 km
Ada juga sesetengah spesies mampu terbang sehingga 30 km.
Hanya nyamuk betina sahaja yang menggigit mangsanya!
Nyamuk jantan menghisap cairan pada tumbuh-tumbuhan.



Ubat Demam Denggi: Kata mereka SOP KETAM boleh mengubati DEMAM DENGGI!
Cubalah, mungkin ada benarnya.......! Pergi ke hospital adalah MESTI!



TANDA-TANDA DEMAM DENGGI:
Demam denggi bermula dengan demam mengejut
Dengan sakit kepala teruk
Sakit di belakang bebola mata
Sakit sendi dan otot  sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah 
dan gatal-gatal.
Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.
Seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal 
Kemungkinannya terdapat gout dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung

KEBAIKAN NYAMUK:

Beberapa tahun lepas ada menteri kesihatan buat lawak. Dia kata 2020 nanti adalah tahun NYAMUK SIFAR.

Sanggupke kita semua ini hendak berperang dengan nyamuk yang jutaan jumlahnya? Ia ada di dalam kebun, belukar, hutan. Pendek kata di mana-mana pun ada. Saya pernah ke hospital lama di daerah ini. Sedang saya berdiri, saya terpandang akuarium yang sudah tidak kelihatan ikan peliharaanya. Yang ada, akuarium itu mengadungi jentik-jentik yang sedang menari tarian zapin! Itu hospital! Bagaimana kalau anda tinggal di kawasan yang mempunyai jiran-jiran yang hobinya menyelerakkan segala tin, dan bahan-bahan dari dapur mereka? Bukan semua peduli macam kita. Sepatutnya sebelum membeli rumah, kita kena siasat siapa bakal jiran kita. Sama ada dia jenis suka menternak nyamuk atau tidak?

Kalau nyamuk sudah zero, tak ada di dunia ini, apa akan berlaku?




Bakal tutuplah kilang-kilang ubat nyamuk. Kilang kelambu. Kilang ubat jentik-jentik. Pekerja mereka nak kerja apa? Ada yang sudah 25 tahun kerja di situ.



Abang kita yang menyara anak isteri dengan bekerja sebagai penyembur nyamuk ini terpaksalah bertukar kerja sebagai ahli bomba, atau membasuh kereta atau menyembur racun di ladang kelapa sawit.

Saudara kita ni nak chek apa pulak nanti?
Tak kan nak check siapa yang buang bayi pulak?

Abang-abang Nepal kita ni terpaksalah balik kampung tanam padi!

Rabu, 29 Disember 2010

MALAYSIA JUARA PIALA AFF 2010

Gambar-gambar dan foto Malaysia Juara Piala AFF 2010
Ihsan Berita Harian

Ihsan Kosmo


Kompas.com

Detik.com

Ihsan Repuklika

 Gol Nasuha : Ihsan Repuklika

 Ihsan Rebpuklika

Tahniah kepada Malaysia
Tahniah FAM
Tahniah Rajagobal
Tahniah Khairul Fahmi
Tahniah Safee
Tahniah Norsahrul
Tahniah Semua Pemain
Tahniah Semua Penyokong

Anda Semua Hebat!!!

PM istiharkan 31 Disember sebagai CUTI UMUM!!!

Tu yang paling BESTTTTTT!


STADIUM GELORA BUNG KARNO MACAM NAK PERANG


Ada sekumpulan suporter Timnas membakar bendera Malaysia yang dibuat daripada kertas lalu melaungkan Ganyang Malaysia! 5-1! Korang tengoklah tu, bendera Malaysia yang dilukis mereka itu dirobek-robek. Kelakar sungguh mereka ini. Elok saja mereka ini dihantar ke Palestine untuk membunuh Yahudi.

Wah ....Piala AFF yang akan berakhir di Stadium Gelora Bung Karno malam ini telah menyaksikan satu fenomena yang sungguh luar biasa. Macam nak perang! Difahamkan  kerajaan SUSILO BAMBANG YUDIYONO mengerahkan 7000 anggota keselamatan dan 2300 daripada mereka berada di dalam stadium. Helikopter berlegar,  dan kenderaan-kenderaan angkatan tentera bersiap siaga umpama bakal menghadapi tunjuk perasaan Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, Malaysia tahun 1998 dahulu. Pasukan Bomba juga turut bersiap sedia untuk menghadapi sebarang situasi.

Penyokong dari Malaysia pula akan dikawal ketat. Keselamatan mereka bertaraf VIP. Semua penyokong TIMNAS diperiksa. Ditakuti mereka membawa senjata tajam, laser dan seumpamanya. Kerajaan Indonesia cukup sedar bahawa rakyat mereka terlalu ingin melihat pasukan Garuda menganyang Malaysia dengan 5-0. Kegaiharan yang melampau inilah ditakuti akan menyebabkan rusuhan.

Untuk mengurangkan ketegangan itu, pihak polis Indonesia mengerahkan 900 polis wanita yang dipanggil POLWAN. Tujuannya apa....ya polis wanita yang memeriksa mereka, pastinya nak marah pun tak jadi, lagi kalau polisi wanita itu cantik banget macam Revalina T Temat!

Difahamkan Malaysia akan memakai jersi biru sebagai lambang kemenangan berbanding warna kuning.

(Isi-isi diadaftasi daripada KOMPAS)

Selasa, 28 Disember 2010

RAJAGOBAL JADI RAJA GOMBAL?


Artikel ini sengaja saya gunakan bahasa Indonesia agar dibaca orang di sana.

Tampaknya perang saraf sudah dimulai di Jakarta. Mereka seolah-olah tidak menerima hakikat bahwa pasukan Indonesia telah kalah 3-0 saat di Staium Bukit Jalil 26 Desember lalu.

Dalam siaran TV3 tadi, nama Rajagobal di tulis di sepanduk dengan nama RAJA GOMBAL? Bagi saya ia tidak mempengaruhi apa-apa. Cuma ia agak macam kekanak-kanakan. Seperti budak sekolah rendah yang mengejek teman-teman sekelasnya.

Mengapa mereka terlalu marah dengan Malaysia? Tidak kira dalam hal politik, ekonomi dan kini dalam bidang olahraga? Kalau ingin marah pembantu rumah didera, mengapa mereka tidak marah kepada negara-negara Arab yang mengambil pembantu rumah dari Indonesia, apabila ada antara mereka didera?

Sesungguhnya, dari zaman Soekarno mereka selalu memandang serong kepada kita.

Semoga pertandingan esok, akan berakhir dengan aman dan salah satu pihak kena terima hakikat kekalahan.

....KERJA....KERJA.....KERJA.....!

Dah penat cari barang-barang sekolah relaxlah dulu kat sini. Tiga empat hari cari barang kelengkapan sekolah.

Selama lima hari juga aku sudah mula ulang alik ke tempat bertugas. Kepala sudah mula senoneng dengan istilah-istilah pendidikan. KSSR, Headcount, analisis item, minit mesyuarat, tugas-tugas khas, Linus, Protim.

Sekian banyaknya tugas yang menanti 2011. Tetapi yang paling berat meningkatkan jumlah 5A untuk calon-calon UPSR 2011. Aku kena bersedia kerja di bawah tekanan sebagaimana guru-guru Tahun 6 yang lain. 

Wakil PPD telah memberi taklimat antaranya tugas guru semakin berat dan bersedialah dengan transformasi pendidikan. Patutlah seorang kawan aku tu cuba nak mohon bersara awal. Malangnya....tak dibenarkan.




Ahad, 26 Disember 2010

YIHAAAAA MALAYSIA MENANG!!! 3-0



Rasanya tidak ada hari yang paling gembira dalam sepanjang menyokong pasukan bola sepak Malaysia, sejak berdekad yang yang lalu, kerana Malaysia telah mengalahkan Indonesia 3-0 dalam Piala Suzuki yang hebat itu.

Namun insiden laser itu cukup memalukan kita. Ia sepatutnya tidak berlaku. Ini tidak terfikir oleh kita. Tanpa laser itu pun kita boleh mengalahkan mereka. Kini tembakan laser tersebut dijadikan isu besar oleh media-media di Indonesia termasuk DETIK.COM dan KOMPAS.COM..... aku petik sebahagian protes tersebut. 

KOMPAS.com Akibat insiden sinar laser, Indonesia kehilangan konsentrasi dan momentum untuk meraih kemenangan di babak kedua. Alhasil, Firman Utina dan kawan-kawan dibantai 0-3 oleh tuan rumah Malaysia pada leg pertama final Piala AFF 2010, Minggu (26/12/2010).

Detik.com - Suporter Malaysia berbuat curang dengan menggunakan laser atau Malaysian cheat laser ramai diperbincangkan di situs mikro blogging twitter. Bahkan hingga menduduki trending topic atau kata yang paling banyak diketik para pekicau di twitter.

Data di twitter, Minggu (26/12/2010) pukul 20.45 WIB, tema Malaysian cheat laser mulai masuk trending topic. Kemudian dengan cepat menerobos menjadi trending topic nomor satu.

Umumnya para pekicau Indonesia yang mempersoalkan aksi penonton Malaysia yang menyorot laser hijau ke arah pemain Timnas Indonesia yang bertanding melawan tim Malaysia di Stadion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.


Apa pula yang akan berlaku di Stadium Bung Karno nanti?....Adakah penonton mereka akan membalas insiden ini?

GANYANG INDONESIA



Sudah tidak sabar nampaknya mereka mau mengganyang Indonesia malam ini. Sama-samalah kita saksikan nanti. Sebagai  pasukan underdog kejayaan menewaskan Indonesia pastinya saat yang paling manis yang ditunggu-tunggu oleh semua pecinta bola sepak di negara kita. Kekalahan 5-1 tempoh hari di tangan Indonesia usah dijadikan kayu ukur kerana kejayaan menewaskan juara bertahan Vietnam cukup membanggakan.


Ayuh saksikannya jam 8.00 malam ini dong. Stadium Nasional Bukit Jalil pastinya gamat kerana jumlah penyokong Indonesia dianggarkan berjumlah 15 000 orang akan bertempur suara dengan puluhan ribu penyokong Malaysia. Wah...yang kerja membina bangunan, bibik-bibik, kerja di ladang-ladang juga sanggup keluar kota Kuala Lumpur untuk memberi sokongan patriotik kepada negara mereka yang tercinta. Hendaknya nanti tidaklah ada yang membakar kerusi kalau pasukan yang disokong tidak menang. Dalam sepak bola semuanya bisa terjadi!

WANITA DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP WAJAH MEREKA

Sebagai wanita yang sentiasa sibuk dengan rutin kerjaya yang tidak pernah surut, anda juga sebenarnya perlu meluangkan sedikit masa untuk melakukan rejim penjagaan diri sendiri supaya sentiasa kelihatan cantik dan sihat. Sempena tahun baru ini, apa kata laburkan sedikit wang dan juga masa untuk mendapatkan kecantikan dan kesihatan sepanjang tahun. Antara tips tersebut ialah.

Penjagaan wajah

1. Mencuci muka – Disarankan dua kali sehari untuk setiap wanita, selepas bangun tidur dan sebelum masuk waktu tidur. Ini untuk membersihkan muka dari sisa-sisa solekan dan kotoran yang melekap.

2. Menyegarkan wajah – Fungsinya adalah untuk menyegarkan kulit dan merapatkan pori-pori yang terbuka.

3. Melembabkan kulit – Jika anda sudah berusia 30an, maka kulit tidak seanjal dahulu dan perlu sentiasa memakai pelembab untuk memperlahankan proses penuaan.

4. Menyental wajah – Sesuai untuk menyingkirkan sel kulit mati dan diamalkan sekali seminggu.

5. Pemakaian masker – Amalkan secara rutin seminggu sekali bagi kulit yang tidak bermasalah dan dua kali seminggu bagi yang mengunakan masker untuk kulit berjerawat iaitu jenis penyerap minyak (oil-absorber).

6. Rawatan wajah – Sebulan sekali, anda boleh memanjakan diri di pusat rawatan wajah untuk mendapatkan rawatan eksklusif untuk penjagaan wajah.

7. Pakai pelindung tabir suria sebelum keluar rumah - Tahukah anda SPF adalah cara paling efektif untuk mengelakkan kulit cepat matang kerana penyebab kulit matang adalah matahari jadi jangan tinggalkan lagi krim spf anda mulai tahun baru 2011 ini.

PETIKAN MAJALAH NUR 2010

Anda boleh dapatkan set kosmetik BIO ASLI di atas dengan harga ahli RM 150 dengan klik iklan berkelip di bawah ni...JOIN FREE

Sabtu, 25 Disember 2010

AKU DAN HARTA KARUN


Tengah hari buta tadi aku tertidur. Maka dalam tidur aku tu aku bermimpi.....
Aku tak pernah mimpi macam tu
Aku berjalan ke sebuah tempat yang klasik
Tiba-tiba di depanku ada kotak berisi harta karun macam tu
Aku dakap kotak harta karun itu
Aku menjerit keseorangan dan suaraku berserakan
Bolehlah aku pusing dunia lepas ni...!!!
Tiba-tiba aku terbangun...


Mimpi di siang hari.....hahahaha!
Aku pun cari tafsir mimpi dalam Google
Kalian tahu apa jawapan semua mimpi aku tu
Tak guna betul Google ni

Google kata...
Jangan ambil harta karun itu
Kerana ia Ahmad Albab yang punya! 


Jumaat, 24 Disember 2010

LAGU PELAJAR BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

Sekadar Gambar Hiasan

Keputusan PMR telah pun diumumkan. Dengarnya sana-sini ramai yang berjaya dengan cemerlang. Pendek kata macam tak ada yang tak berjaya. Yalah, keputusan peperiksaan adalah milik yang rajin dan gigih dalam pelajaran. Yang gagal bukan bermakna akan gelap dalam hidup. Arwah Sosilawati dulu pun bukan pelajar yang hebat. Daripada orang yang biasa menjadi orang yang luar biasa. 


Pagi tadi jalan-jalan di Parit Sulong meninjau perkembangan itu. Dengarnya SMK Datuk Sulaiman 21 calon PMR 2010 dapat 8A! Tahniah. Manakala jirannya SMK Penghulu Saad 8 calon telah dapat 8A. Juga Tahniah! Dulu semasa aku di sana, nak dapat seorang pun payah. Maklumlah sekarang ni lebih banyak kemudahan, kelas tambahan itu dan ini. Program pelbagai yang dihasilkan oleh tenaga-tenaga baru yang mahir belaka.


Buat yang berjaya tu. Aku nak tujukan lagu lama ni. Aku hafal betul lagu ni, sebab aku antara yang dikira berjayalah kononnya pada tahun 80-an tu (riak nampak? saja eksyen sikit petang ni) Cuma aku tak ada rezeki masuk U. Ada temu duga ke ITM pun aku tak pergi. Maklumlah pada masa itu, keluarga aku susah sangat. Kalaulah ada PETRONAS taja aku masa tu, mungkin sekarang ni aku dah jadi ahli koperat, taklah jual minyak kelapa dara ni.

Lagu ni aku nyanyikan hari-hari. Kalau tak silap penyanyinya DJ Dave. Lirik lagunya begini.....


Tajuk lagu: Lupa Pulak Dah
Hati sungguh berdebar
Rasanya tidak sabar
Menanti keputusan periksa............

Alangkah gembiranya 
Bila diberitahu
Aku mendapat markah terpuji.......... 

Ayah ibu berbangga guru dan kawan-kawan
Mengucapkan tahniah
Atas kejayaanku
Oh sebagai pelajar cemerlang
Air mata bercucuran
Kerana kuterharu
Demi berkat rajin usaha akhirnya berjaya......

Kepada kawan-kawan
Yang kandas pelajaran
Janganlah putus asa
Teruslah mencuba........

(Ulang 2 X)

Lagu ni elok dinyanyikan semasa hari anugerah cemerlang di sekolah anda nanti.







BERILAH SOKONGAN KEPADA BISNES AKU NI...KLIKLAH IKLAN NI...

AKHIRNYA TERTANGKAP JUGA DALANG ITU

Dengan tersiarnya pic ini hati kami telah puas kerana dalang itu akhirnya kecundang


Semasa kami bangun tidur, kami dapati darah tikus itu berselerak di sekitar perangkap usang ini.
Aku mendengar suara rintihan di dalam stor rumah kami. Akhirnya aku dapat menangkap ekor tikus yang sudah tidak bermaya itu.




Untuk mempercepat hukuman mati, aku rendam tikus ini di dalam air. Antara kesalahan yang telah dilakukan
oleh dalang ini ialah:
1. Memakan carpet murah kami yang disimpan di dalam stor sebanyak dua gulung sehingga raya tempoh hari dan aku terpaksa beli tikar buluh dan ia memakan belanja ratusan ringgit.
2. Mencuri ikan bilis kami yang belum sempat dimasukkan ke dalam bekas bilis
3. Berlari-lari di atas siling dan mengganggu kententeraman awam.
4. Menakut-nakutkan anak-anak kami yang sedang tidur, macam bunyi toyol berari-lari.
Maka dengan itu dia dijatuhi hukuman mati mandotori di bawah seksyen kanun keseksaan



Lalu aku campakkan mayatnya kepada anak-anak kucing sah taraf yang sentiasa ada di belakang rumah aku ni. Kalau aku buang kucing ni, minggu depan datang pula kucing yang lain. Paling kurang pun ada enam ekor. Kalau kami rajin, kami bagi nasi lauk sedap-sedap, ikan masak asam pedas. Kalau malas, aku biarkan sahaja. Ada 5 dapur yang berkongsi kucing tersebut. 



 
Eh aku pulak yang dapat. Agak-agak habis tak sekor ni aku makan.


Sedap betul daging tikus ni. Macam makan piza!!!

Apa tengok-tengok?

Carikanlah seekor lagi untuk aku Pakcik....!

Untuk aku tak ada ke bro?

Prinsip kucing kalau tengah makan tak boleh berebut. Nasib le siapa yang dapat.
Kalau boleh habis, memang rezeki dia. Tak macam ayam. Kat mulut orang pun dirampas.

Ibu Mithali....Alhamdulillah rezeki anak aku pagi ni
Kepada pecinta-pecinta binatang liar harap membuat bantahan dengan membeli produk BIO ASLI KITA KELAPA DARA....!

Khamis, 23 Disember 2010

MENCARI KELENGKAPAN SEKOLAH

Arina kebosanan kerana kerenah adik-beradik yang begitu cerewet memilih kasut untuk persekolahan  sesi 2011. Jam 2.00 petang kami keluar rumah. Ronda-ronda ke kedai kasut tersohor di Jalan Penggaram, kemudian ke pejabat Pos Laju untuk menghantarkan barang kepada pelanggan. Kemudian ke BP Mall mencari pakaian sekolah. Solat Asar dan Magrib di sana, kerana suraunya yang selesa berbanding surau Summit Parade yang tidak terjaga. Parking pun luas dan free. Itu jelah yang dapat aku laporkan tentang aktiviti keluarga aku hari ini.  

ALHAMDULILLAH JUMPA JUGA AKU BUDAK YANG BAIK-BAIK

Biasanya kalau aku memandu dari rumah sampailah ke bandar, kami selalu disajikan dengan aksi dan babak yang negatif daripada anak muda. Misalnya mereka berlumba motosikal, buat wilie, upkan motosikal, berkumpul di tepi simpang, hisap rokok di warung, pasangan berdating tanpa pedulikan sekeliling.


Namun, hari ini aku rasa agak kagum. Seolah-olah aku tidak percaya dengan situasi itu. Ramai pemuda berkumpul di depan surau BP Mall, dan aku sempat candid sebahagian kecil daripada mereka. Pada masa ini ramai lagi yang sedang mengambil air sembahyang di luar tu. Alhamdulillah.


Kalaulah ibu bapa mereka nampak gambar ni, sejuk rasa hati. Kerana ketika ini jam 5.00 petang. Sembahyang Asar ialah sembahyang yang paling susah nak dilakukan oleh anak-anak kita. Sebab tulah Allah sebutkan dalam firmannya Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan....

HIMPUNAN MUTIARA KATA

Alkisahnya aku beli netbook ni daripada seorang peniaga komputer terpakai. Aku tengok banyak koleksi cerita teladan, cerita nabi-nabi, dan himpunan mutiara kata tersimpan di My Document. Jadi oleh sebab aku takut kehilangan kata-kata hikmat yang berpuluh-puluh ini, adalah lebih baik aku longgokkan kat blog aku ni, mana tahu ada yang minat. Namun aku minta maaf kalau kata-kata pujangga ini asalnya kerja keras seseorang yang aku tidak ketahui siapa orangnya.



Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.


Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya ,cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya


Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.


Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.


Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.


Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan


Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.


Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.


Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle


Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.


Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.


Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.


Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.


Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.


Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan


Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka


Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya.


Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain


Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire


Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.


Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.


Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.


Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.


Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan


Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun ,
dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.


Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H


Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.


Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian


Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.


Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.


Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.


Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai


Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan


Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.


Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji


Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama


Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.


Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire


Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.


Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali


Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim


Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan.


Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya.


Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.


Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang.


Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab


Barangsiapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain.


Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa


Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.


Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe


Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.


Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.


Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.


Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte


Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.


Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.


Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW


Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.


Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.


Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya.


Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.


Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.


Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya.


Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.


Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti
dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi.


Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini.


Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.


Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.


Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia.


Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.


Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya


Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu


Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.


Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.


Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.


Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.


Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar.


Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.


Tentang Waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.


Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.


Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan


Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali


Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan


Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.


Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya.


Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga


Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya.


Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana


Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel


Setiap bunga mawar pasti ada durinya.


Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya


Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.


Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.


Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.


Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.


Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan


Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon.


Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna


Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya.
Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.


Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab


Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh.


Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta.


Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.


Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier


Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong


Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.


Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa


Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi


Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.


Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu.


Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.


Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain


Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan.
Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan.
Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.


Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina


Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya


Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.


Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai


Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga


Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian


Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.


Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa


Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.


Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda


Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.


Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse


Kebenaran itu pabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang-lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.


Tawadhu ialah bila setiap kali seseorang berjumpa dengan seorang muslim, ia menyangka bahwa orang itu lebih baik daripada dirinya.


Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.


Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.


Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.


Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak


Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.
Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.


Seburuk-buruk buta adalah buta hati.


Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.


Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan.


Kalau rumahmu dari kaca, janganlah melempari orang lain dengan batu.


Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia.
-Richard Brinsley Sheridan


Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.


Berita tidak selalu sama dengan kenyataan.


Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius


Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.


Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.


Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur


Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.


Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu -Pepatah Arab


Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze


Awal mula pohon ialah benih.


Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.


Orang yang mengetahui harga dirinya tidak akan binasa.


Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.


Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.


Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.


Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.


Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.


Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.


Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.


Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.


Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.


Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.


Lazatnya memberi maaf lebih baik daripada lazatnya membalas dendam.


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson


Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.


Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.


Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...


Harta yang didatangkan oleh angin akan terbawa pergi oleh taufan.


Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup


Kebaikan seorang pemimpin adalah lebih baik daripada kebaikan zaman.


Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk.


Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi


Segala hal yang lahir akan mati, tetapi cahaya kehidupan yang dipancarkan akan selalu bersinar buat selamanya.


Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.


Dua orang bersaudara ibarat dua buah tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.


Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara


Orang yang meminta-minta kepada Tuhan tidak akan kecewa.


Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)


Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.


Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.


Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerimasesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.


Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga


Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius


Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia


Orang yang berkhianat selalu terhina.


Kebahagiaan adalah haruman yang tidak boleh kamu semburkan kepada orang lain tanpa kamu sendiri mendapat beberapa titisan daripadanya -Emerson


Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya -Stahl P.J


Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.


Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang.
Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)


Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.


Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana
Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu
sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali.


Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya.


Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya


Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.


Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya -Saidina Ali


Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.


Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.


Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.


Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu..
-Whittier


Hadiah Terbaik


Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan


Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya -John Petitsenn


Orang yang terakhir tertawanya, tentu lebih banyak tertawa.


Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan


Apakah diharapkan hujan tanpa awan.


Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.


Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat.


Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari
( Saidina Ali)


Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat seketika cuma.


Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang
(Saidina Ali)


Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.


Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.


Kepapaan membuat seseorang yang petah bercakap menjadi pendiam dan menyebabkan seseorang yang bijak menjadi bodoh.


Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman..


Kaya jiwa lebih baik daripada kaya harta.


Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu


Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan


Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri


Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun
selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang
telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.


Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.


Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.


Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.


Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.


Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.


Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan


Adalah tidak mustahil orang yang paling kita benci sekarang adalah kawan karib kita suatu waktu dahulu.


Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.


Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.


Gerobak kosong lebih banyak bisingnya (suara ributnya) daripada gerobak yang penuh muatan.


Sekiranya anda meletakan satu nilai kecil ke atas diri anda sendiri, ketahuilah bahawa dunia tidak akan meningkatkan harga anda itu


Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini


Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi.


Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.


Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya da