Rabu, 31 Ogos 2011

WARNA-WARNI HARI RAYA (2) 1432H-2001

Ceria pada pagi raya , walau penat menyiapkan segala



Saya ucapkan selamat...selamat.....hari raya....
Selasa 30 Ogos 2011-Jam 10.15 pagi Raya Pertama




Lampu Raya Moden di Pt Sedayu/Air Putih
Raya Pertama 30 Ogos 2011-Selasa


 Keluarga sebelah Pak Cik aku Tn Hj Jamaluddin (berskopiah putih)
Barisan depan ni sepupu aku Cikgu Muslimah, Salwa, Fauziah dan Murni
Tempat: Rumah ibu saya. Raya Pertama 30 Ogos 2011 Selasa.

SELASA 30 OGOS 2011-RAYA PERTAMA
Tidur kepenatan di rumah neneknya

RABU-31 OGOS 2011-RAYA KEDUA
Ikut bermarhaban di taman tempat tinggal aku. Lokasi Rumah Cikgu Saleh Mudri



RABU 31 OGOS 2011-RAYA KEDUA
Tamat sudah Baraan di kawasan Taman Perumahan aku tinggal ni.
Cikgu Salleh Mudri berucap setelah kumpulan marhaban sampai di rumahnya.

Ahad, 28 Ogos 2011

WARNA-WARNI HARI RAYA (1) 1432H-2011

Nak Lain drp biasa...ucapan Hari Raya online
Dirakam secara tak sempurna. Ada kawan yg kecik hati, nama tak disebut.
Penanda wacana hancus..asyik-asyik SETERUSNYA...SETERUSNYA
Macam-macam mereka komen dalam Facebook aku.
Aku nak tengok juga ucapan kawan-kawan,  tapi mereka tak nak buat. Malu.


SESAAT KEMERIAHAN P SULONG 
Pada malam kedua akhir Ramadhan 1432 Hijrah
28 Ogos 2011-Ahad Malam Isnin


28 Ogos 2011 Ahad malam Isnin di Parit Sulong.


Sebahagian kemeriahan di tempat tinggalku
29 Ogos 2011-Isnin malam Selasa


Kemeriahan malam Hari Raya di pekan Pt Sulong
Pada jam 9.00 malam 29 Ogos 2011.
Isnin malam Selasa.

29 Ogos 2011-Isnin Malam Selasa.Malam raya di Pt Sulong.
Jom lihat apa yang mereka jual.

Sabtu, 27 Ogos 2011

KELUAR KALAU PENTING SAJA




Raya tinggal tiga hari saja lagi. Kalau kita keluar, cuba tengok para pengguna jalan raya kita. Masing-masing memecut dengan laju. Kadang-kadang yang sedang memandu pun ke tepi dengan tiba-tiba tanpa signal. Jalan raya di pekan-pekan dan kampung-kampung mula sibuk dan sesak. Sebab, para anak rantau, mula pulang ke kampung.


Perhatikan wajah-wajah mereka. Yang tak pernah ke luar ke pekan pun , kali ni empat lima kali ulang alik ke sana. Ada saja barang yang belum cukup. Nak beli catlah, daginglah. Lupa nak beli rempahlah. Paku, dawai, daun kelapa eh..macam-macamlah. Sebab tu gaji pun dah habis awal-awal.


Anak-anak muda, mula tunjuk aksi. Merempit. Maklumlah dah lama tak jumpa kawan-kawan. Masing-masing dah berpisah. Menjelang raya nilah dapat kumpul semula.


Yang di rumah pula, kemas itu, kemas ini. Usah lupa anak kecik di mana, takut lemas di dalam besen. Anak yang main mercun nak kena ingatkan selalu. Jangan sampai masuk TV dan menambah koleksi budak-budak cacat yang ada "Saya menasihati kawan-kawan, jangan jadi seperti saya, jari saya dah hilang, kerana main mercun".


Semasa mereka semua memenuhi pekan dan bandar berdekatan, eloklah kita bersantai-santai di rumah. Sambil memasang langsir, dan mengelap tingkap. Kerana, kalau keluar kita akan terdedah dengan kemalangan. Keluar kalau penting saja. Nak beli apa-apa, kena buat list. Fikir dan mesyuarat anak-beranak. Tak payahlah nak berulang ke pekan sampai 5 kali.

Khamis, 25 Ogos 2011

HARI RAYA PENUH EMOSI


Hari raya tinggal lima hari lagi. Ketika inilah perasaan bercampur-baur. Ada ketikanya terlalu suka. Adakalanya agak sedih, apatah lagi apabila teringat memori silam. Kerana aku pernah merayakan hari raya ini dalam keadaan penuh dhaif. Ketika itu ayahku bekerja menoreh getah di kebun sendiri. Sepanjang bulan Ramadhan, hujan tidak berhenti-henti. Maka tiadalah apa-apa untuk kami meraikan hari yang indah itu. 


Ketika syawal menjelma, hujan yang turun saban pagi, telah berakhir. Maka oleh sebab itulah, hari raya kedua hingga raya berakhir, aku telah membantu ayahku menoreh getah sehingga tengah hari. Semangat aku untuk berhari raya telah terbantut pada tahun yang tersebut. Aku hanya menyembunyikan diri di rumah, ketika rakan-rakanku bersuka ria.


Aku memahami masalah arwah ayahku. Anak-anak seramai lapan orang perlu disara. Itulah kenanganku ketika berada di sekolah menengah.....Justeru apabila mendengar lagu S Jibeng ini, ingatanku terhadap arwah ayahku kembali menjelma.


Dan betapakah bertuahnya anak-anakku dan anak-anak  sekarang, kerana mereka telah hidup dalam keadaan serba mencukupi.....   

Rabu, 24 Ogos 2011

KESOMBONGAN TIDAK KE MANA

Izinkan aku membebel pada malam-malam buta nan syahdu ini........


Sepanjang kehidupan aku, telah melihat ramai orang yang sombong akhirnya menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka  dengan kedukaan dan kesengsaraan. Rasanya tak perlulah aku ceritakan kisah semasa kanak-kanak ketika di kampung. Cukuplah sejak aku tinggal di Parit Sulong ni, aku telah menyaksikan beberapa orang yang sejenis dengan itu, kini ada yang telah mati. Dan ada yang sedang tersiksa, malah ada yang telah menggunakan pampers 24 jam. 


Adalah seorang hamba Allah ni.....
Sepanjang aku duduk di sini, dia mahu semua orang ikut cakap dia. Kalau nak marah orang, sesuka hatinya keluar daripada mulutnya, bagaikan orang lain itu tidak berperasaan. Dia memegang satu jawatan pun sebab kuasa veto yang melantik dirinya sendiri. Masih terngiang-ngiang aku, dia memaki hamun seseorang di hadapan orang lain. Malah ramai lagi yang pernah disakiti hatinya. Mereka bukan tak nak balas, cuma bukankah perbuatan itu akan menjejaskan nama baik mereka sendiri akhirnya.


Kini, siapa dia? Siapa yang menjengok dia? Tinggallah dia dengan isterinya yang juga sudah ganyut itu. Siapa yang nak mengingati dia? Siapa yang nak mendoakan dia sihat? Melainkan mereka semua sudah tidak peduli akan dia. Itu baru 16 tahun aku duduk di sini. Macam-macam dah berlaku. Dulu sihat walafiat, sekarang terjelepuk bagaikan gombal.


Susahkah untuk kita jadi orang yang baik? Akur. Dan tidak menonjolkan diri dengan cara yang keji? Hidup ini biarlah untuk berbakti. Hidup ini hanya sementara. Sementara sangat. Jadi untuk apa, kita menyombongkan diri dengan apa yang kita miliki? Allah boleh tarik segala yang ada dalam sekelip mata sahaja......

Selasa, 23 Ogos 2011

LINE STREAMYX TERSEKAT-SEKAT

21 DAN 22 OGOS LINE STEAMYX sangat bermasalah. 
Kejap ada kejap tak ada.
Kenapa?
Lantaran itu aku call no 100.
Operator komputer menjawab panjang lebar tanpa ditanya
"TM sedang menaik taraf.....bla.....bla.......bla......layari ......www.tm.com.my
23 Ogos ni tak taulah dah pulih sepenuhnya ke belum?
Susah pulak tak ada line ni.
Ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup aku.
Maklumlah tugasan sekolah pun dah online.
Kerja-kerja jualan pun dah online.
Nak bersembang dengan kawan pun online.

Ahad, 21 Ogos 2011

RAMAINYA ORANG KE PARIT SULONG

 Kali ni ambil gambar dengan handphone Nokia saja. Senang nak candid. Snap sana, snap sini.
Tapi gambar tak clear. Bolehlah untuk menggambarkan suasana di sini.

 Yang berbaju coklat ni macam aku kenal je. Azmi!!!!

 Macam-amacam ada. Ketika ni dah jam 11.30 malam. Parit Sulong tetap berpesta, membeli dan belah.

Baju macam-macam baju. Yang berani jual mercun pun ada.

Sabtu, 20 Ogos 2011

KOLEKSI LAGU RAYA AIDIL FITRI

Kali ni aku memang agak kurang buat liputan tentang kesibukan di Pekan Parit Sulong, kerana sebenarnya aku lebih suka Parit Sulong pada hari biasa, yang normal, yang tidak sibuk, di mana aku dapat memandu dengan santai. Jumpa kawan-kawan sambil mengeteh. Jadi, oleh sebab dah banyak memerap di rumah, sambil menolong isteri apa yang patut, aku dengarlah lagu-lagu raya ni. Kebanyakannya lagu nostalgik masa kita kecik dulu.



SUDIRMAN- BALIK KAMPUNG





DENDANG PERANTAU-PRAMLEE





JUNAINAH M AMIN





M. NASIR - SATU HARI DI HARI RAYA





MAMAT EXIST- KUPOHON RESTU AYAH BONDA





CAHAYA DI AIDILFITRI- BLACK DOG BONE





S JIBENG- MUSAFIR DI AIDIL FITRI





SANISAH HURI-SELAMAT HARI RAYA





DJ DAVE- MENJELANG HARI RAYA





SITI NURHALIZA-SESUCI LEBARAN



Jumaat, 19 Ogos 2011

MENYAYANGI YANG TELAH TIADA

Google Imej

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pasti kita terkenang akan orang yang dahulu pernah bersama-sama kita. Mereka mungkin ibu, ayah, anak, adik-beradik, suami, isteri, saudara-mara, dan sahabat kita. Dan mereka telah banyak berbakti dan berkorban untuk kita. Dengan ketentuan-Nya mereka telah menemui Allah terlebih dahulu daripada kita.

Lalu kita menziarahi pusaranya tak kira masa. Membersihkan kuburnya. Kita doakan dia malam dan siang, agar dia di sana dalam perlindungan Allah.

Apabila kita menderma dan bersedekah, kita berdoa kepada Allah agar fahalanya diberikan kepada arwah. Agar dia seperti masih sentiasa bersama-sama kita. Kerana terputuslah semua perkara apabila kita berada di alam barzah, melainkan tiga perkara. Sedekah jariah, ilmu yang telah diberikan kepada orang dan digunakan oleh mereka, dan doa anak-anak yang soleh.

Yang telah pergi tidak akan kembali. Kita juga akan menyusuli mereka satu masa, yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Justeru itu, semasa hidup ini, berbaktilah kepada sesiapa sahaja. Buang sifat yang keji, dan perbanyakkan sifat yang mulia. Agar ketiadaan kita nanti, sentiasa dirasai oleh  kaum kerabat dan teman-teman kita.

Rabu, 17 Ogos 2011

PESANAN BUAT BAKAL CIKGU

 Dinding Facebook bekas anak murid kadangkala bercerita kisah silam. Termasuklah menceritakan tentang guru-guru yang pernah mengajar mereka. Jika kita dipuji sukalah kita.


Jika menghentam kita walau dalam gurauan, bagaimana pula?





Blogger Ni Lelaki tau, bekas anak murid aku

Ini pula catatan Blog seorang BEKAS anak murid yang menulis entrinya pada tahun 2010. Malangnya aku terjumpa entri ini setahun kemudian iaitu pada awal 2011. Ia rentetan aku berperang mulut dengannya dalam facebook pada tahun 2010 itu.Akibat yang tua berkecil hati-akulah tu! Lepas tu aku membuat bidasan terhadapnya, maka keluarlah entri itu. Namun, aku baru membacanya setelah mencari namaku sendiri dalam carian Google.


Semuanya telah saya ampunkan. Anda tidak bersalah. Mungkin saya yang terlalu sensitif. Semoga anda menemui kejayaan dalam hidup anda.


Buat bakal-bakal guru, ajarlah anak murid anda dengan cara yang terbaik, agar kalian tidak diumpat oleh bekas-bekas anak murid kalian satu masa nanti. Dulu aku tak pernah terfikir adanya Blog, Facebook dan Twitter yang boleh bersembang dan dibaca oleh ramai orang seperti ini.


Setiap kali aku pindah sekolah, aku kena ajar kelas peperiksaan. Di sekolah menengah PMR. Pindah sekolah rendah UPSR. Jadi tekanan sentiasa ada. Jika pelajar tidak mahu ikut apa yang kita hendak, ketika itulah mereka kena mandotori tamparogi.

JENIS-JENIS ZAKAT



Pada 15 Ogos, aku membaca akhbar Sinar Harian. Dalam akhbar tersebut aku terbaca tajuk ini. Bagi aku, ia satu pengetahuan yang patut kita kongsi bersama. 


1. ZAKAT PENDAPATAN


Ia termasuk semua jenis hasil pendapatan-gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain perolehan semasa hidup, bersara  atau mati.


2. ZAKAT PERNIAGAAN


Zakat ini dibayar sebanyak 2.5% daripada harta perniagaan yang layak untuk dizakatkan tertakluk kepada nisab.


3. ZAKAT WANG SIMPANAN


Zakat dikenakan daripada jumlah baki terendah, dalam tempoh setahun simpanan setelah cukup nisab dan haul dengan menyamai atau melebihi nisab. Wang tersebut disimpan dalam akaun simpanan tetap, ASB,Simpanan Semasa dan lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana intitusi kewangan.


4. ZAKAT SAHAM


Pengiraan zakat ke atas saham terbahagi kepada 2:


a. Kumpulan saham yang dimiliki melebihi setahun
b. Saham yang dijual beli untuk tempoh kurang dari setahun.


Manakala saham pelaburan jangka panjang (melebihi setahun), zakat dikira daripada jumlah lot yang dipegang dan didarab dengan harga terendah bagi seunit. Saham yang disimpan pada syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan.


5. ZAKAT SIMPANAN KWSP


Caruman KWSP, wajib dizakatkan apabila simpanan tersebut dikeluarkan yang berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang.


6. ZAKAT EMAS


Zakat ini dikira dalam dua keadaan:


a. Emas yang tidak dipakai (disimpan) dalam tempoh setahun dan jika dinilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab) maka wajib zakat sebanyak 2.5%.


b. Bagi emas yang dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dizakatkan. (Dalam bab ni kalian tanya ustazlah, apa maksud dipakai sekali?)


7. ZAKAT PERAK


Berdasarkan hukum syarak, perak termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Ia terdiri daripada barang yang digunakan leh manusia seperti jongkong perak, mata wang perak, perkakas atau perhiasan daripada perak dan barang kemas perak. Ulama menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham bersamaan 595 gram.


8. ZAKAT PERTANIAN


Zakat hendaklah dibayar mengikut peratus penghasilan jika bijirin dan buah-buahan cukup nisab. Kadar peratus pembayaran bergantung pada cara penghasilan. Hasil tanaman wajib dizakatkan ialah bijirain-bijirin daripada jenis makanan ASASI yang mengenyangkan dan tahan lama seperti beras, kurma, jagung, gandum dan sebagainyaa.


9. ZAKAT TERNAKAN


Zakat wajib dikeluarkan jika memenuhi syarat-syarat iaitu haiwan ternakan terdiri daripada kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta. Haiwan yang dizakatkan perlu sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya.

Isnin, 15 Ogos 2011

LAGI TENTANG EMAS




Dua minggu ini aku suka bercakap tentang hal ini.
Ramai juga kawan-kawan aku dah mula boring. Cuma aku nak korang tengok betul-betul video itu. Berita TV9 sumbernya. Bukan aku yang cakap. Datuk Salleh Majid sendiri mengakui perkara ini, bahawa pulangan emas cukup menarik dalam tayangan video sebelum ini.


Aku dah kaji. Duit anak-anak tu daripada disimpan dalam simpanan jenis kanak-kanak, baik masukkan ke simpanan emas. Kenapa? Cuba bayangkan keuntungan simpanan biasa kanak-kanak cuma untung RM 15 sahaja setahun bagi simpanan RM 2500.


Dan jika anda masukkan ke simpanan emas pula purata setahun untung 20%. Maka jika menyimpan RM 2500 keuntungannya RM 500 SETAHUN. Bukankah perbezaannya seperti langit dan bumi? Jika anak anda menyimpan selama lima tahun, keuntungan terkumpul 100%. Ini jika disandarkan kepada kenaikan selama lima tahun terdahulu. 


Bangsa lain telah membina kekayaan sehingga boleh membeli negara ini. Marilah kita membina ekonomi anak-anak kita, agar generasi kita pada masa akan datang tidak terus terpinggir seperti yang terjadi pada hari ini.


Pelaburan emas merupakan pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Kalau nak jangka pendek, kenalah beli sekurang-kurangnya 1000 gram (sekilo= RM 175000)  

Ahad, 14 Ogos 2011

SEMENTARA MENANTI WAKTU BERBUKA

 Semalam....Sabtu 13 Ogos, aku mengajak Irfan dan Iwan merentasi jalan
Kangkar Senangar ke Pt Laman Bukit, Seri Medan.
Tujuan: Supaya mereka lupa nak makan.
Kedua nak ambil gambar Kilang Minyak Wak Dakam yang terkenal di Selatan ini.

 Setiap kali lalu tempat macam ni, aku teringat saat-saat akhir perjalanan jutawan kosmetik.

 Mesjid Kampung Pt Laman Bukit, Seri Medan

 Pemandangan di kampung ini lebih indah daripada kampung-kampung lain di Seri Medan.
Oleh sebab itulah ia telah dipilih sebagai sebahagian daripada latar Filem Puteri Gunung Ledang arahan Tiara. M Nasir dan pendekar-pendekar itu pernah berkampung di sini berhari-hari lamanya.


 Tahniah! Walaupun berada di ceruk...keluarga ini dengan bangganya telah
mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini.

 Tu dia! Pintu gerbang ke kilang Minyak Wak Dakam

 Anak isteri Allahyarham Wak Dakam tinggal di sini
Malangnya setelah beberapa tahun Allahyarham meninggal, syarikat ini telah berpecah dua.
Seorang anaknya telah membuka kilang di Melaka. Seorang lagi telah membuka kilang baru di 
Pt Warijo, Lintang. 

 Sebelum ke rumah mereka, kita akan menemui kubur purba ini. Ia bukan kubur orang 
kampung ini. Rasanya yang berpagar ini kubur para pegawai tinggi kerajaan Melaka yang
melarikan diri daripada dikejar Portugis. Sampai sekarang tiada maklumat
yang diketahui berkaitan perkara ini.


 Di sekelilingnya terdapat puluhan batu nesan kecil yang telah ditutupi rumput.
Mereka mungkin pengikut-pengikut yang mengakhiri kehidupan mereka di sini.
Berada di sini, aku seolah-olah berada pada zaman silam.

 Irfan sudah tak sabar untuk mencampakkan umpan


 Seperti sebuah drama seram, baru saja nak memancing. Kilat menyambar begitu kuat. Tiba-tiba
suasana menjadi gelap.

 Aku yang dari kecil memang alergik dengan bunyi guruh yang kuat, cepat-cepat memanggil
Irfan dan Iwan masuk kereta. Ia lebih selamat! Pengecut punya bapak.
Aku takut dengan guruh, sebab datukku dulu mati disambar petir.

 Akhirnya aku memecut kereta meninggalkan tempat itu, menuju kampung yang hanya 2 km
daripada situ. Ternyata keadaannya terang-benderang. 

Jam 7.00 malam kami menuju pulang ke rumah tanpa sempat aku membuat tinjauan lebih tentang bekas
kilang Wak Dakam dan kawasan perkuburan purba itu.

Sabtu, 13 Ogos 2011

KRONOLOGI KISAH MURTAD DI MALAYSIA

SHAH ALAM – Isu murtad di negara ini bukan baru, sebaliknya berlaku sejak 20 tahun lalu, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zukifli Noordin.

Menurutnya, isu ini masih berleluasa sehingga kini kerana belum ada sebarang usaha membanteras gejala ini dan kurangnya kesedaran dalam kalangan orang Melayu.

Beliau mendakwa, terdapat bukti kukuh bahawa wujud cubaan mengkristiankan orang Melayu dan aktiviti ini telah lama wujud tanpa disedari banyak pihak.

“Kita tidak mempunyai masalah dengan orang Kristian, tetapi kita mempunyai masalah dengan pihak yang cuba menentang kita.

“Kita sudah ada bukti dak-yah seperti ini sedang berlaku dan Jais akan keluarkan laporan lengkap berhubung isu murtad ini,” katanya.

Hadir sama, Senator Ezam Mohd Nor dan Jurucakap GCM, Hamidzun Khairuddin.
Zulkifli mendakwa, tindakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya, Rabu lalu, adalah titik permulaan dalam usaha membongkar isu murtad ini.

Menurutnya, terdapat beberapa risalah agama Kristian berbentuk komik, dijumpai orang awam di beberapa lokasi strategik di ibu negara.

“Komik itu diletakkan di KLCC, Pasar Seni, Danau Kota dan beberapa lokasi tumpuan orang Melayu. Ini bertujuan mempengaruhi golongan muda,” katanya.


Menurutnya, orang Melayu menjadi sasaran pihak gereja untuk penyebaran agama Kristian di negara ini, dan terdapat beberapa kes murtad berlaku sejak 20 tahun lalu.

Menurutnya, wujud beberapa pihak, termasuk NGO, yang berusaha mempertahankan tindakan gereja mengkristiankan orang Melayu.

Beliau berkata, kes pertama adalah usaha menjadikan seorang lelaki beragama Islam, Jamaluddin Osman, sebagai paderi Melayu pertama pada 1987.

“Jamaluddin diberi bantuan dan dididik oleh pihak gereja, akhirnya dia ditabalkan menjadi paderi dengan nama Josua Jamaluddin.

“Kita tidak boleh bertindak terhadapnya, kerana apabila polis ambil tindakan di bawah Akta ISA, beberapa NGO, termasuk Majlis Peguam, mencabar kes ini di mahkamah,” katanya.
Kes kedua, Zulkifli memberitahu, terdapat kes murtad, Nor Aishah Bukhari pada 1997 dan beliau sendiri terlibat secara langsung dalam kes itu.

“Dalam kes ini, Aishah dikristiankan di Gereja Panchor Jaya, Rasah dan keluarga Aishah dihalang oleh pihak gereja dari mengambil semula Aishah.

“Pada Ramadan 1997, Aishah dibawa lari pihak gereja ke Singapura dan kini berada di Australia,” katanya.

Menurutnya, pada 1998, sebuah Gereja di Brickfields secara terang-terangan mengkristiankan gadis bernama Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy.



Sumber Sinar Harian.
Kesimpulan: Berilah benteng yang kukuh kepada anak-anak kita, agar mereka tidak terpengaruh terhadap agama yang sesat ini. Siapa yang nak doakan kita di alam barzah nanti jika anak kita jadi Lina Joy atau Aishah Bokhari? 

LAGU RAYA ANUAR DAN ELLINA



Pagi-pagi ni cari mood nak raya
Sambil membantu Hamidah mengemas rumah.
Kena mula sikit-sikit.

Jumaat, 12 Ogos 2011

PELABURAN EMAS

 Graf harga emas dunia dalam tempoh 24 jam
Yang hijau tu ...Lihat! 11 Ogos
Ada menurun sikit setelah mencapai harga 1747 USD seaun semalam
Harga tertinggi dalam sejarah emas dunia
Nak tau.klik di sini KITCO

 Harga emas dalam 30 hari.....bayangkan!

Harga emas dalam RM ....tengok tu dari 5 Ogos sampai semalam
melambung bak gunung everest. Kayalah pelabur-pelabar emas yang dah melabur
enam bulan lalu termasuk kawan aku yang datang menjenguk aku hari tu. Dia beli 20K.

Jika kalian ada duit banyak, eloklah melabur dalam emas. Banyak web yang mengajar kita step bye step macam laman web yang ini. KENAPA EMAS? Ekonomi dunia akan jatuh terjelepuk, dan pelabur dunia telah beralih kepada emas. Cuba bayangkan semasa saya bertunang dulu harga emas tidak sampai RM 30 satu gram. Sekarang harga di pekan kecil pun harga emas telah mencapai RM 185 satu gram (emas 916). 

Banyak cara melabur emas. Baca je web KENAPA EMAS tu. Semalam aku bertandang ke KUWAIT FINANCE HOUSE atas promosi Cikgu Burhan. Menariklah pakej pelaburan dia. Cukup mudah. Beli kepingan emas di situ, dan simpan juga di bank tersebut. Upah simpan Free! Beli masa sekarang, dan jual apabila harga dah naik.

Kalau nak dapat untung secara gadaian, itu kenalah jumpa upline2 dalam web-web tersebut. Itu lain. Contohnya syarikat GCP dan Public Gold.

Jika dalam amanah saham kalian cuma dapat 9% setahun. Tetapi dalam pelaburan emas, kalian akan untung minima 25%-50%.....! 


Poh Kong dan Habib Jewel pun dah jual jongkong emas minima 1 gram, maksimum tiada had. Tunggu apa lagi....cepat-cepat melabur, sebelum duit lebur kerana raya. Budak-budak nak sekolah nanti boleh kita jual, kalau harga baik masa tu!

Apa-apa pun dengar ceramah ini dulu. Banyak duit pun tak guna, kalau keluarga kita tak bahagia.

Rabu, 10 Ogos 2011

OLE-OLE DARI BANDUNG



 Sesampainya di rumah semalam, aku lihat ada sampul surat ekspress....Oh ya....itulah dia hadiah sebab aku telah berjaya meneka dengan tepat teka-teki-teka-tekuk PN SUZIYANTI 
Aku dapat 500.....yihaaaaaaa!
Dan peta Bandung. Terima kasih Pn Suzi. Kesianlah bersusah payah En Abangnya yang poskan hadiah  itu. 
Gambar ni pulak aku nak bagi tau dengan Azana
Sebab dia macam tak percaya...nilah dia 10 gerai yang ada di depan rumah saya.
Jalan kaki dalam 3 minit je untuk sampai di situ.

Ahad, 7 Ogos 2011

PERTANDINGAN JALUR GEMILANG DLM BLOG

Apabila baca kosmo baru nampak pertandingan itu.
Menarik ni.

Sila layari

WEB TERSEBUT

Anjuran Utusan tu.
Lumayan juga!
Boleh buat raya.
Tetapi aku tak ada idea.
Kalian cubalah jadi wakil.
Kalau menang cukuplah belanja aku ngeteh.

MENJENGAH PASAR RAMADHAN PT SULONG



VIDEO BAZAR RAMADHAN PARIT SULONG.

Hari ke enam baru kugagahi diri menjengah Pasar Ramadhan Parit Sulong, antara tujuannya menyiapkan tayangan slaid YOUTUBE tersebut. Semoga kalian dapat mengimbas kenangan silam sewaktu di desa ini pada waktu-waktu yang lampau.

Sabtu, 6 Ogos 2011

BLOG ANDA JENIS YANG MANA?

KENANGAN MENGHADAPI PELANGGAN

Seri Medan Kampungku


Entri hari ini semuanya berkisar tentang kenangan berniaga di pasar. Benda yang pernah dijual ialah ubat, kuih raya, beg tangan dan songkok.


Kenangan menjual songkok ini ada beberapa insiden yang melucukan dan mengharukan.


Songkok budak yang aku jual ni, modalnya RM 5.00 satu ketika itu. Aku jual RM 10.00 bersama hiasan lilitan yang berwarna-warni. Songkok dewasa pula  dijual dengan harga RM 22.00. Pembekalnya kawan aku Masrom dari Kota Tinggi. 


Satu hari di Pasar Parit Yaani, datang sepasang suami isteri. Suami itu kelihatan lembut macam Jaafar On. 


"Abang minatlah dengan songkok ni yang" Dia ingin bertanya isterinya yang nampak macam quenn control.


"Abang tak hensemlah pakai songkok ni, Mah tak minatlah"
"Tapi, saya nak juga songkok ni"
"Tak boleh, Mah kata tak hensem, tak hensemlah"
"Ala.....habis songkok macamana abang nak pakai"


Akhirnya, mereka meninggalkan aku tanpa membeli. Tak apa, bukan rezeki aku.


Tak lama kemudian datang pulak seorang bapa dengan tiga orang anaknya.
Lelaki itu sendiri yang pilih. Ketiga-tiga anaknya diam, tak macam anak-anak aku yang tergedik sana, tergedik sini. 


Seorang anaknya macam nak buka mulut.


"Songkok ni......"
"Jangan cakap apa-apa, pakai je, muat ke tak muat, kau diam"
"Berapa?"
"Abang beli 3, saya bagi diskaun RM 27 termasuk lilitan itu" 


Aku tak boleh buat apa. Sebenarnya nak cari yang betul-betul muat kadang-kadang susah. Biasanya sekitar saiz 19-21 kalau budak-budak ni. Kalau keturunan kepala besar, kena beli songkok orang dewasa 22-23.


Ada juga anak masih merangkak, dibelikan songkok, alahai. Tu saiz 17 -18 biasanya.


Keuntungan? Satu songkok boleh untung RM 4.00, jadi kalau dalam sehari laku 100 dapatlah RM 400. Lumayankan?



CABARAN BERNIAGA DI PASAR

Pasar Parit Yaani-Ihsan Gambar Google

Jika entri sebelum ini aku cerita tentang kenangan berniaga di Pasar Chaah, ni aku nak cerita kenangan pahit berniaga di Pasar Selasa Parit Yaani.

1999.Seminggu lagi nak raya. Aku sudah memenuhkan kereta dengan bungkusan kuih raya. Biasalah sebagai peniaga bermusim, dengan cara berhemah aku tanya satu brother tu.

"Assalamualaikum, nak tanyalah....sebelah abang ni kosong tak bang?" Itulah pertanyaan pertama aku.

"Dia tak memandang aku. Tiba-tiba sahaja mengeluarkan kata-kata.......

"Ni saya nak cakap dengan awak....tu...tengah jalan tu kosong!!!"
Tengah jalan tu maksudnya, tempat lalu-lalangnya kenderaan. Nak mati ker?

Tengoklah gambar tu, Pasar Parit Yaani dibuat di tepi jalan besar, tak ada tempat khas macam Parit Sulong, Seri Medan atau Chaah. Kalau lori besar lalu, seringkali melanggar gerai-gerai tersebut.

Masalahnya, lelaki itu telah bersikap biadab dengan aku. Aku ni memang keras kepala. Disebabkan kata-kata dia tadi, maka aku buka gerai betul-betul bersebelahan tapak gerainya. Padan muka engkau. Kebetulan masa tu kuih-muih aku habis dijual. Bengang betul dia tengok aku. Sampai anak saudara aku AMSUDA yang ketika itu masih darjah empat, jadi pembantu aku, hampir pengsan melayan pelanggan. Melihat dia dah pucat, aku cepat-cepat balik.

Jumaat, 5 Ogos 2011

INI KUIH APA?

Google Punya Gambar 

Apabila tibanya bulan puasa, pasti aku ingat memori aku berniaga di pasar lambak. Seminggu hampir raya, bagi aku adalah waktu keemasan untuk menambah duit dengan menjual kuih raya. Ketika itu gaji aku baru RM 1200. Dengan anak dua orang, dan menanggung hutang kereta dan rumah, berapalah yang tinggal?

Maka pasar yang telah menyaksikan kelibat aku ialah Pasar Minggu di Chaah, Pasar Selasa di Pt Yaani, dan Pasar Parit Sulong. Kalau tak ada pasar biasanya aku berniaga di tepi jalan di Pekan Sri Medan atau Pekan Parit Yaani, kerana ketika itu tiada persaingan langsung. Aku juga pernah menjaja kuih raya sampai hujung Kampung Sejagong. Buka je booth kereta, makcik-makcik, kakak-kakak akan datang beramai-ramai. Biasanya habis licin. Mereka memang suka aku datang, sebab kampung mereka sangat jauh dari pekan, lagi pun harga yang aku jual lebih murah daripada yang ada di pekan itu sendiri.

Bekalan aku beli dari kilang kuih Saleh Urip, taukey Salleh Food yang kini mengiklankan produknya dalam radio dah. Ia terletak di Parit Kemang. Lepas Subuh aku akan menuju ke Senggarang. Ketika itu puasa dan raya masih dalam cuti hujung tahun.

Kenangan paling aku ingat ialah:

Sewaktu baru memulakan bisnes di Pasar Chaah, aku didatangi seorang penguatkuasa. Ada lima orang. Ramai-ramai itu, ada seorang yang sangat cerewet. Aku betul-betul ingat muka dia sampai sekarang.

" Sdra, ini kuih apa?" Soalan pertama, dia tanya aku. Dia memegang satu bungkus krepek pisang yang aku jual.

"Itu krepek pisang" Geramnya aku, takkan krepek pisang pun tak tau. Bangang betul. Dalam hati aku menyumpah.

"Kalau ini krepek pisang, tampallah LABEL. Krepek pisang ni dibuat daripada apa?" Aduhhh, betul-betul mencabar kesabaran aku.

"Krepek pisang tu dibuat daripada pisanglah"
"Yalah lekatlah label, Krepek pisang diperbuat daripada pisang tanduk ke, pisang awak ke, pisang keling ke, garam, gula, apa-apa, beratnya berapa, nama syarikat, tarikh luputnya"

"Saya dah jual tiga tahun, tak pernah orang tanya. Kat Parit Raja tu orang jual krepek berguni-guni tak ada label pun"

"Ini peraturan, awak kena ikut!"

"Dengan orang Melayu memang awak berkira, tu kilang-kilang haram awak tak kacau?"

Dengan muka merah, dia meninggalkan aku. Sambil berkata...

"Minggu depan, saya nak awak lekatkan label"

"Minggu depan dah raya, saya tak jual lagi"

Aku taulah, tu undang-undang. Takkanlah aku yang berniaga sekali-sekala ni nak modal tu semua?

Akibat daripada itu, pada tahun hadapannya aku menjual songkok raya pula di tempat yang sama. Penguatkuasa yang sama lalu di tempat aku. Dia tersenyum-senyum kelat melihat aku. Jalan terus tanpa berminat nak berbual.

Aku pun pelik, tiada penguatkuasa yang begitu cerewet melainkan di Pasar Lambak Pekan Chaah itu. Agaknya sampai sekarang. Aku pun dah 12 tahun pencen berniaga di pasar lambak. 

Rabu, 3 Ogos 2011

RAMADHAN OH RAMADHAN

Suatu pagi yang damai di Seri Medan
(Lokasi bersebelahan Dewan Seri Medan)

Puasa tahun ni, aku dah malas nak meronda bazar Ramadhan. Maka tak adalah gambar yang dapat aku siarkan setakat ni. Tak taulah esok lusa. Sebabnya, cuaca panas kali ni, menyebabkan aku banyak berkurung di rumah. Lagipun di depan rumahku macam-macam ada, walau tak sehebat yang ada di pekan.